Anda di halaman 1dari 18

Topikȱ1 X Apresiasiȱdanȱ

KritikanȱSeniȱ1ȱ

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mampu menerangkan apa itu apresiasi dan kritikan seni;


2. Berkebolehan mengenal pasti seni visual dan seni sentuh;
3. Menyatakan kesan apresiasi dan kritikan seni kepada masyarakat; dan
4. Membahaskan tentang sikap terbuka dalam kritikan seni.

X PENGENALAN

Di dalam dunia ini terlalu banyak karya-karya seni telah dihasilkan secara
individu atau berkumpulan. Karya seni yang dihasilkan biasanya mempunyai
tujuan yang tersirat dan tersurat. Sebagai contoh, karya seni yang dihasilkan
pada zaman Pra Sejarah lebih menggambarkan situasi dan aktiviti mereka
sendiri.
2 X TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

Seni tampak atau seni visual telah lama bertapak di negara ini. Kita mengagungi
karya-karya seni daripada tokoh-tokoh terkenal tanah air seperti DatoÊ Syed
Ahmad Jamal, Hossein Enas, Mazli Mat Som dan Chuah Tian Theng. Karya
mereka memberikan gambaran secara realiti mengenai Malaysia dari tahun
1930an sehinggalah ke hari ini. Perasaan dan ekspresi mereka diluahkan dalam
coretan-coretan di atas kanvas mahupun di media-media lain.

Namun mampukah kita menilai sesebuah hasil seni itu dengan baik? Kita kurang
memberikan perhatian terhadap kritikan dan apresiasi seni walaupun ia
merupakan salah satu daripada cabang seni. Rajah 1.1 memaparkan dua karya
seni catan yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis terkenal di Malaysia.

Mari kita amati.

Rajah 1.1: Karya seni catan yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis terkenal di Malaysia
daritahun 1960an sehingga 1980an. Apakah apresiasi dan kritikan seni yang
dapatanda hasilkan apabila melihat karya seperti ini?

Sumber Karya Seni Catan : Modern Malaysian Art from the pioneering era to pluralist
era (19430Ês -1990Ês ă Muliyadi Mahmood ă Utuisan Publications & Distributors Sdn Bhd,
2007

ȱ AKTIVITI 1.1

Tuliskan satu esei pendek mengenai apresiasi dan kritikan seni mengikut
persepsi anda sendiri
TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1 W 3

1.1 PENGENALAN KEPADA APRESIASI DAN


KRITIKAN SENI 1
1.1.1 Pengertian Apresiasi dan Kritikan Seni
Tahukah kita apa itu apresiasi dan kritikan seni? Menurut Zakaria Ali (1989),
apresiasi seni merupakan satu latihan yang melibatkan deria pandang dan deria
sentuh kita.

Beliau juga memberikan contoh bahawa objek-objek seni seperti seni catan dan
cetakan cuma boleh dipandang manakala objek-objek seni yang berupa arca dan
binaan boleh disentuh. Kedua-dua deria ini saling berkaitan agar dapat
membantu kita menikmati karya seni dengan lebih baik. Objek seni itu bertindak
sebagai alat penyampai idea daripada seseorang seniman.

Rajah 1.2: Hauser

Kita perlu memahami objek seni itu sendiri dengan baik. Menurut Hauser:
 A work of art is a challenge: we do not explain it, we adjust ourselves to it.‰

Peranan kita adalah sebagai pemerhati. Kita perhatikan teknik dan penghasilan
karya, tema dan permasalahannya, sebab dan penyebabnya serta bentuk cabaran
yang dihadapi pada sesebuah karya seni.

Kritikan seni perlu direalisasikan agar masyarakat dapat menerima kritikan dan
apresiasi seni. Menurut T.S.Elliot (terjemahan Wong Seng Tong (1991) )ȱȱ

„Kritikan ialah mengupas dan menghuraikan karya-karya seni dengan


menggunakan tulisan atau tujuan dasarnya adalah menjelaskan karya-karya seni
sementara mengawal selera pembaca.‰

Menghayati dan mengkritik sesuatu karya seni memerlukan satu disiplin yang
khusus. Untuk menilai, kita perlu mempunyai kriteria-kriteria tertentu. Kriteria
asas dalam mengkritik dan menghayati karya seni dipamerkan pada rajah di
bawah.
4 X TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

Rajah 1.3: Gambar rajah menunjukkan kriteria asas yang perlu diambil kira dalam
menghayati dan mengkritik karya seni.

Menurut Encyclopaedia Britannica, kritikan seni ialah satu perbincangan


ilmiah yang beralasan dan bersistem untuk menghuraikan atau menilai
gaya, teknik dan cara penghasilan karya seni itu. Manakala Pepper, Stephen C.
(1996) pula menyatakan bahawa kritikan seni merupakan satu bidang ilmu yang
perlu diketengahkan.

Apresiasi seni adalah hubungjalin dalam bentuk penghargaan di antara


pengkritik dan seniman. Karya atau objek seni pula merupakan pernyataan
seniman. Pengkritik seni perlu memberi ulasan dengan jujur. Tahukah kamu,
sesuatu apresiasi seni dikhuatiri tidak dapat dihasilkan dengan baik kerana akan
menyinggung seniman yang menghasilkan karya? Untuk menegaskan
pendapatnya, pengkritik perlu menyelami dasar jiwa seniman itu sendiri.

Ungkapan ÂKarya seni ini cantik atau karya seni ini terlalu abstrakÊ tidak boleh
diterima lagi di dalam kamus penghayatan seni.
TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1 W 5

1.1.2 Perkembangan Apresiasi dan Kritikan Seni


Pendapat Tokoh
Kritikan seni telah berkembangan di Eropah sejak zaman Greek lagi malahan
dikatakan telah berkembang pesat sejak zaman sebelum masihi lagi.

Rajahȱ1.4:ȱSocrates

Berdasarkan Teori Idea oleh Socrates (469 ă 399 SM) menjelaskan bahawa
seniman mestilah menghasilkan karya seni berdasarkan idea.

„Idea hanyalah sebahagian dari fikiran. Tanpa idea tidak ada apa yang
membolehkan fikiran menetapkannya. Dalam keadaan yang demikian, seluruh
kekuatan pemikiran itu akan musnah.‰

Seorang lagi pengkritik seni dan ahli falsafah klasik unggul, Plato melalui
bukunya Timaeus, penghasilan seni itu datangnya dari jiwa dan jiwa merupakan
perantaraan di antara perasaan dan minda manusia. Di dalam karya bertajuk
Symposium, Plato telah mengemukakan Êteori estetikaÊ di mana ia telah
menyatakan ciri-ciri kritikan seni dan menjelaskan bahawa penghayatan akan
memberikan pengalaman estetik kepada pengkritik seni.

Ahli falsafah Greek, Aristotle pula menjelaskan perkara yang sama di dalam
bukunya berjudul Poetics yang melihat seni sebagai satu elemen yang
mendekatkan manusia dengan alam.
6 X TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

Mari kita lihat pula pendapat tokoh-tohoh falsafah moden di Eropah.

Rajah 1.5: Giorgio Vasari (1511 ă 1574)

Giorgio Vasari (1511 ă 1574) menjelaskan bahawa perkembangan seni kritikan


terbahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat awal, peringkat pertengahan dan
peringkat matang seperti yang dilakar di dalam gambar rajah di bawah.

Rajah 1.6: 3 tahap perkembangan seni kritikan menurut Giorgio Vasari (1511 ă 1574).

Joachim Winklemann (1717 ă 1768) menjelaskan bahawa kritikan atau


penganalisaan sesebuah karya seni mengandungi nilai estetik dan karya seni
adalah satu bentuk peniruan keindahan. Menurut Winklemann, konsep peniruan
terbahagi kepada tiga perkara iaitu:

i. Seniman meniru alam


ii. Seniman meniru bahan
iii. Seniman meniru keindahan
TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1 W 7

Rajah 1.7: Tiga konsep peniruan karya seni.

Wincklemann mengatakan bahawa kebolehan mengkritik dan menilai keindahan


adalah berbeza-beza. Seseorang pengkritik mampu menikmati keindahan jika
melatih pancaindera melalui daya intelektual. Kita lihat pendapat Winckelmann
mengenai kritikan seni seperti di bawah.

Rajah 1.8: Wincklemann menyatakan „Keindahan itu mesti dinikmati oleh deria
dan difahami oleh intelek. Perasaan luaran dan dalaman penting untuk
mengenal dan menikmati keindahan.‰

Kritikan seni di Malaysia dikatakan telah bermula sejak 1920an lagi. Antara
tokoh kritikan seni yang termasyhur ialah Syed Sheikh Al-Hadi.
8 X TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

Rajah 1.9: Syed Sheikh Al-Hadi (1867- 1934)

Beliau merupakan seorang ulama yang telah menulis di dalam Al-Ikhwan


mengenai kesusasteraan dan keagamaan di samping mengkritik mengenai
peranan lukisan dan gambar.

Selain daripada Syed Sheikh Al-Hadi, seorang lagi pengkritik ialah Abdul Gani
Hamid. Melalui ‰Seni lukis dari Kongres ke Kongres‰ yang disiarkan dalam
Majalah Mastika edisi Mac 1958, beliau mengkritik mengenai kedudukan seni
lukis di Malaysia yang jauh ketinggalan berbanding bidang seni lain terutamanya
kesusasteraan Melayu.

ȱ AKTIVITI 1.2

Senaraikan tujuan kritikan dan apresiasi seni dalam penghasilan karya


yang anda faham
TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1 W 9

1.2 TUJUAN PENGENALAN KEPADA


APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
1.2.1 Pengetahuan tentang Perkembangan
Pendekatan Apresiasi dan Kritikan Seni

Setujukah kamu jika dikatakan seni itu indah dan unik? Drs. Sidi Gazalba,, dalam
bukunya ÂPandangan Islam tentang SeniÊ menerangkan, seni adalah sebahagian
daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesekelompok manusia melalui
pancaindera kelima ekoran fitrah semula jadi yang cinta kepada seni. Manusia
memerlukan satu media perantaraan untuk meluahkan perasaan dan emosi
untuk dikongsi bersama manusia lain.

Menurut para ilmuan, seni akan menjadi lebih bermakna jika seiring dengan
kritikannya. Sejarah kritikan seni telah wujud kira-kira dua ratus tahun yang lalu.
Kajian para sarjana klasik merealisasikan teori kritikan ini dan telah menjadi
perbahasan para seniman. Kita perlu tahu bahawa, apreasiasi seni adalah
sebahagian daripada kritikan seni. Menurut Zakaria Ali, apresiasi seni adalah
latihan yang melibatkan deria pandang dan sentuh yang mampu membantu kita
menikmati karya dengan lebih seronok lagi.

Maksud:
Deria pandang ă objek-objek seni seperti catan dan cetakan
Deria sentuh ă objek-objek seni seperti arca dan binaan

Sumber: Zakaria Ali

Kaedah kritikan seni memerlukan teori yang berkaitan dengan sejarahwan seni
dan seniman itu sendiri.

Pengkritik seni perlu untuk:


i. Mengulas
ii. Menganalisa
iii. Mengkritik
iv. Membina idea yang lebih mantap.
10 X TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

Karya ini bukan bertujuan memburukkan karya paling terkenal ini, tetapi tujuannya
adalah untuk menyedarkan masyarakat ketika itu agar meninggalkan corak hidup tradisi
kepada satu perubahan yang lebih moden. Apakah apresiasi dan kritikan seni anda pada
karya seperti ini?

Rajah 1.10: Karya Marcel Duchamp. ÂReplica of L.H.O.O.QÊ Pencil in reproduction of


LeonardoÊs Monalisa. 7 õ‰ X 4 õ‰. 1919.

Kritikan dan apresiasi seni berkait rapat dengan sejarah. Berdasarkan


Encylopaedia Britannica, kritikan seni adalah satu perbincangan ilmiah yang
beralasan dan bersistem untuk menghuraikan atau menilai gaya, teknik dan cara
penghasilan sesebuah karya seni. Bagi menghasilkan satu apresiasi dan kritikan
seni, penghayat perlu memahami objek seni sebaik mungkin.

Kita akan lebih menghargai rasa dan perasaan seseorang seniman dan karya
seninya, dengan mendalami konsep apresiasi seni melalui penerangan
seterusnya.

1.2.2 Pendekatan Apresiasi dan Kritikan Seni


Kita sedia maklum bahawa, apresiasi atau menghargai seni adalah sebahagian
daripada kritikan seni. Menghayati seni adalah satu bidang yang perlu diberikan
perhatian. Penghayatan karya seni memerlukan bahasa seni iaitu bahasa lisan
dan tulisan. Penerapan bahasa dalam penghayatan seni adalah dalam bahasa
visual atau seni tampak. Bahasa yang menjurus kepada objek-objek seni terhasil
daripada pelbagai media dan teknik. Objek-objek seni ini merupakan media
penghubung antara seniman dan penghayat seni dan bertindak sebagai
penyampai maklumat, pengertian, penerangan dan komentar seniman.
TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1 W 11

Menurut Hamidah Abdul Hamid (1993), penilaian yang dibuat tidak hanya
berkait rapat dengan kepekaan penghayat terhadap karya seni yang dinilai tetapi
melibatkan pengiktirafan karya tersebut. Penilaian dan penelitian yang
diucapkan oleh pengkritik merupakan reaksinya selepas mengenal pasti unsur-
unsur yang membolehkan penghayat menilai. Herbert Read (1951) dalam
bukunya The Meaning of Art menerangkan, seni adalah bersifat harmoni yang
dihasilkan daripada pengamatan atau penilaian.

1.2.3 Kesan Terhadap Individu dan Masyarakat


Guru seni seperti anda, harus membentuk pemikiran kreatif dan kritis kepada
para pelajar dalam menilai sesuatu karya seni. Anda perlu menjelaskan kepada
pelajar bahawa anggapan stereotaip seperti: seni memberikan kesan negatif,
tidak menjamin masa depan atau merupakan subjek bagi pelajar yang lemah
adalah tidak benar sama sekali.

Seni merupakan satu wadah penyataan emosi. Sebagai contoh, penyataan emosi
tentang kepincangan dalam masyarakat boleh digambarkan dalam bentuk seni,
tidak kira dalam bentuk seni lukis, seni lakon dan sebagainya.

Menurut R.G. Collingwood (1958) dalam The Principles of Art, seseorang


seniman itu tidak dapat meluahkan emosi dan perasaannya selagi beliau tidak
mengeluarkannya.

Seni tidak terbatas pada seni lukis sahaja tetapi merangkumi penulisan, lakonan
mahupun nyanyian. Segalanya diluahkan tanpa had atau batasan. Pernahkan
anda membaca puisi ÊPerjuangan Yang Belum SelesaiÊ? Puisi ini dideklamasikan
oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-4, Tun Mahathir Mohamad pada tahun
1990. Beliau telah meluahkan emosi beliau dari setiap bait-bait kata dengan
titisan airmata tentang perjuangan rakyat belum lagi selesai untuk
membangunkan negara ke martabat dunia.
12 X TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

Rajah 1.11: Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mantan Perdana Menteri Malaysia ke - 4
Sumber : heliconia.wordpress.com/2008/04/

„P
Perjuangan Belum Selesai‰

Tugas kita belum selesai rupanya


Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai


Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

Sebahagian dari Puisi  Perjuangan Belum Selesai yang dibaca oleh Tun Dr. Mahathir
Mohamad dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat Melayu berusaha untuk
mencapai kejayaan.
Sumber : http://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/08/30/perjuangan-belum-selesai/

Contoh tersebut merupakan perluahan emosi dalam bentuk sajak. Bagaimana


pula jika seni dilihat dalam bentuk lukisan? Anda sebagai seorang guru perlu
TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1 W 13

menjelaskan kepada pelajar bahawa lukisan umpama Êseribu wajahÊ dan mampu
meluahkan emosi.

Buku ÊThe Meaning of MeaningÊ oleh I.A. Richard dan ÊPrinciple of Literacy
Criticism Êkarya C.K. Ogden menyatakan, penyampaian makna dan isi dalam
penyataan emosi berbeza mengikut setiap individu. Penyampaian sesuatu karya
seni juga punya makna tersendiri. Penghasilan lukisan yang terhasil akan
kelihatan menarik dalam bentuk seni visual berbanding dengan prosa kata.
ȱ

Rajah 1.12: Karya Awang Damit Ahmad . Â Poskad Kepada DuniaÊ. 1981. Perluahan
perasaan pelukis tentang peperangan di Republik Balkan
Sumber Karya Seni Catan : Modern Malaysian Art from the pioneering era to pluralist
era (19430Ês -1990Ês ă Muliyadi Mahmood ă Utuisan Publications & Distributors Sdn Bhd,
2007

Awang Damit Ahmad, seorang pelukis terkenal telah merakamkan luahan hati
beliau dalam karyanya yang bertajuk Ê Poskad Untuk DuniaÊ (1990) ă Sila rujuk
Gambar 1.8 di atas. Dalam karya tersebut, beliau menggambarkan pergolakkan
perasaan tentang peristiwa masyarakat di Palestine, Bosnia Herzegovina yang
telah dizalimi oleh tentera Yahudi. Peristiwa tersebut menyentuh hati beliau
apabila masyarakat di sana disembelih, dirogol dan dibunuh di hadapan
keluarga sendiri. Satu bentuk karya yang mudah difahami dan pemilihan poskad
sebagai medium penyebaran sebagai luahan seni beliau dari satu destinasi ke
destinasi yang lain.

Bagaimana dengan karya Zakaria Yusof yang bertajuk ÊDonÊt Play During
MaghribÊ? Berdasarkan gambar 1.9, apakah persepsi anda mengenai karya seni
tersebut? Melihatkan tajuknya sahaja kita pasti terfikir akan kanak-kanak yang
bermain ketika waktu senja. Masyarakat Melayu percaya, waktu senja adalah
14 X TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

waktu larangan untuk bersukaria kerana ketika itu iblis, syaitan atau makhluk
halus sedang berkeliaran mencari mangsa. Hakikatnya, karya ini memberikan
perhatian mengenai keutamaan masa bersama keluarga dan peringatan untuk
beribadat ketika Maghrib.

Rajah 1.13: Karya Zulkifli Yusof,. ÂDonÊt Play During Maghrib. 1996
Sumber : Falsafah dan Kritikan Seni.Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong
Malim. Mohd Johari Ab.Hamid (2004

ȱ
AKTIVITI 1.3
a) Anda dikehendaki mencari satu karya seni Barat dan satu karya seni
tempatan. Hasilkan satu apresiasi dan kritikan seni.

b) Bincangkan dengan rakan anda dan perdengarkan hasil apresiasi


dan kritikan anda tadi.

1.3 TUJUAN PENGENALAN APRESIASI DAN


KRITIKAN SENI KEPADA GURU
1.3.1 Peranan dan Sumbangan Tokoh Seni
Peranan guru seni amat penting dalam melihat perkembangan sosial pelajar
dalam meluahkan perasaan. Menurut Charlotte Wolff (1970) dalam buku beliau
bertajuk ÂPsychology of GestureÊ menekankan bahawa kritikan dan apresiasi seni
ini adalah satu perlakuan manusia dalam menyatakan perasaan. Tambah beliau
lagi, manusia meluahkan perasaan dan emosi di bawah sedar.
TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1 W 15

Apresiasi dan kritikan seni memerlukan penghayat seni yang berani dan
bertanggungjawab. Penghayat seni adalah orang yang dapat mengenal pasti
kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam karya seni.

Karya Hossein Enas yang bertajuk ÂDi Musim Puja PantaiÊ memberikan
gambaran dua wanita yang berada di tepi pantai berlatarbelakangkan pantai dan
perahu. Mohd Johari (2004) dalam buku beliau bertajuk ÂFalsafah dan Kritikan
SeniÊ menyatakan, pengkritik meletakkan karya Hussein Enas sebagai karya yang
sempurna. Gambaran seorang wanita muda bersama seorang wanita tua
berlatarkan perkampungan nelayan berkemungkinan mempunyai talian
kekeluargaan. Pakaian dan selendang yang dipakai pula memberikan nilai
estetika tekstil masyarakat setempat yang dihasilkan daripada pengalaman
seniman itu sendiri. Warna biru yang dipilih telah memberikan kesan yang baik
terhadap karya tersebut. Sila rujuk gambar1.14 di bawah.

Rajah 1.14: Karya Hossein Enas .„Di Musim Puja Pantai‰(1990)


Sumber: Falsafah dan Kritikan Seni.Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.
Mohd Johari Ab.Hamid (2004)

Penilaian ataupun kritikan melibatkan teori keindahan, seperti diperkatakan oleh


Plato (428 ă 348SM) dalam tulisan beliau seperti Laws, Republic, Ion, Symposium
dan sebagainya. Menurut Plato, kanak-kanak perlu diketengahkan dengan nilai
keindahan diperingkat rohani dan jasmani supaya kepentingan mencintai nilai
keindahan, menghargai seni serta memahami nilai estetika akan menjadi sebati
dengan diri kanak-kanak.
16 X TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

1.3.2 Peranan dan Sumbangan Pengkritik Seni


Dunia seni itu sendiri adalah kritis. Pengkritik seni diibaratkan sebagai jambatan
yang menghubungkan antara masyarakat dengan seniman. Tugas seorang
pengkritik seni adalah mengupas sesuatu karya dari sudut yang berlainan,
menceritakan luahan emosi seniman serta mampu menaikkan nilai yang terdapat
dalam sesuatu karya seni. Namun begitu, pengkritik seni perlu jujur dalam
kritikannya.

Seorang seniman pula harus menerima kritikan yang dibuat oleh pengkritik seni
dengan fikiran yang terbuka, tidak kira kritikan itu bersifat positif atau negatif.
Kritikan sebenarnya merupakan satu proses membina semula daya intelektual
seseorang seniman, di mana ia akan mematangkan lagi minda seniman untuk
mengorak langkah dengan lebih jauh.

Sifat keterbukaan perlu ada diantara pengkritik dan seniman. Ianya akan
membantu penghasilan karya seni yang lebih berkualiti, setara itu, meninggikan
martabat seni tanah air.

1.3.3 Fungsi Apresiasi dan Kritikan Seni


Apresiasi dan kritikan seni turut melibatkan bidang seni visual, seni lakon, seni
nyanyian, penulisan dan sebagainya. Di antara fungsi-fungsinya diterangkan
dalam rajah berikut:

Rajah 1.15: Fungsi Apresiasi dan Kritikan Seni.


TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1 W 17

ȱ AKTIVITI 1.4
ȱ(a) Hasilkan sebuah lukisan atau sebuah sajak. Tunjuk atau
perdengarkan kepada rakan-rakan anda. Catatkan setiap kritikan
mereka dan bincangkan keperluan yang perlu dilakukan dalam
penambahbaikkan karya seni yang dihasilkan.

RUMUSAN
x Terdapat pelbagai fahaman tentang apresiasi dan kritikan seni. Walau
berapa ramai tokoh sekalipun yang memberikan pendapat (seperti Hauser,
Socrates, Plato, Vasari dan lain-lain), namun, apresiasi seni boleh
dihuraikan sebagai ekspresi menghargai karya seni. Penghayatan terhadap
karya seni pula melibatkan kedua-dua deria pandang dan deria sentuh kita.
Apabila kita menghayati sesebuah karya itu, ia kebiasaannya akan dituruti
dengan keinginan untuk memberikan pendapat. Ini diklasifikasikan sebagai
kritikan seni. Kritikan seni boleh menjadi positif ataupun negatif. Konsep
apresiasi dan kritikan seni menghubungkan seniman dengan penghayat
seni. Kedua-dua pihak perlu bersikap terbuka ketika proses apresiasi dan
kritikan seni berlaku. Impak konsep apresiasi dan kritikan seni
membolehkan karya-karya seni dihasilkan dengan lebih berkualiti.

x Karya seni kebiasaannya terbahagi kepada seni visual dan seni sentuh. Seni
visual terdiri daripada hasil-hasil lukisan atau karya tulisan. Ia hanya boleh
dinikmati melalui pandangan mata sahaja. Manakala, seni sentuh pula
merujuk kepada sesuatu yang boleh dipegang seperti arca dan ukiran.

x Sifat menghayati dan kritis ada pada diri kita semua. Kesan apresiasi dan
kritikan seni berbeza mengikut individu. Namun, secara amnya, apresiasi
membentuk masyarakat yang lebih menghargai karya seni. Nilai ini perlu
diterapkan dari zaman kanak-kanak lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh
biar dari rebungnya. Konsep kritikan seni pula membentuk masyarakat
yang berfikiran jauh dan kritis. Dari sudut seniman pula, konsep apresiasi
dan kritikan seni, mampu membentuk karya seni yang lebih berkualiti.

x Kritikan terhadap karya seni melibatkan dua individu iaitu penghayat seni
dan juga seniman. Ketika proses kritikan berlaku, kedua-dua pihak harus
bersikap terbuka. Kritikan boleh menjadi sesuatu yang positif juga sesuatu
18 X TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

yang negatif. Penghayat seni harus jujur dalam memberi kritikan dan
mengenepikan soal peribadi. Kesimpulannya, kritikan harus bersifat
umum. Manakala, seniman perlu menerima kritikan dengan fikiran terbuka
dan memahami bahawa, setiap individu mempunyai pendapat yang
berbeza. Begitu juga dengan karya seni mereka. Seniman mungkin
mempunyai persepsi yang berbeza dengan penghayat seni. Penerimaan
terhadap kritikan membolehkan seniman melahirkan karya yang lebih
bermutu di masa hadapan. Konsep apresiasi harus diterima sebagai salah
satu cabang ilmu oleh semua

x Apresiasi x Kejujuran
x Kritikan Seni x Daya intelektual
x Penghayat seni
x Seniman
x Perbincangan ilmiah
x Emosi

RUJUKAN
x Mohd Johari Ab.Hamid (2004). Falsafah dan Kritikan Seni.Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Ć Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman; Esei Seni Halus. Dewan Bahasa
dan Pustaka Kuala Lumpur

Ć Md Nasir Ibrahim. & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003).


Pendidikan Seni untuk Maktab & Universiti. PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Ć Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran


Pendidikan Seni Visual KBSR dan KBSM, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka

Ć Muliyadi Mahmood. (2007). Modern Malaysian Art from the


Pioneering Era to Pluralist Era (19430Ês -1990Ês). Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd, 2007

Anda mungkin juga menyukai