Anda di halaman 1dari 1

Penjelasan Kreativiti dan Artistik berdasarkan hasil seni Amira Daniea

Amira Daniea dilahirkan sebagai seorang yang mengalami gangguan spektrum


autisme (ASD) tetapi dia memiliki bakat melukis dan daya pemikiran kreatif dalam
aktiviti seni yang dikenalpasti oleh ibunya, Dr. Azlina Masdar melalui kemampuan
dan kemahiran. Amira Daniea mempunyai ciri pemikiran kreatif iaitu ciri imaginatif
dalam dirinya. Seterusnya, Amira Daniea juga memiliki multiple creative talent.
Menurut Calvin W Taylor bukan semua individu mempunyai bakat yang sama.
Dengan itu, dia memiliki bakat melukis dan bakat tersebut dikenalpasti pada usia
empat tahun. Amira gemar melukis karakter kartun Hello Kitty dan Little Miss
Sunshine pada usia empat tahun. Dia memiliki ciri kreativiti dan artistik dalam bidang
seni. Oleh itu, kebanyakan lukis yang dihasilkan oleh Amira Daniea mempunyai
tarikan tersendiri walaupun baru berusia empat tahun. Di samping itu, pada usia 10
tahun dia mula melukis menggunakan medium cat akrilik atas kanvas yang
menjelaskan bakat dan kreativitinya lebih menyerlah. Walaupun Amira Daniea
dilahirkan sebagai seorang yang mengalami gangguan spektrum autisme (ASD),
pemikiran kreatif dan artistiknya dalam aktiviti seni tetap meningkat pada satu usia
ke usia lain.

Anda mungkin juga menyukai