Anda di halaman 1dari 1

PENGAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU KELAS PRAUNIVERSITI:

SUATU CADANGAN PEDAGOGI


Fariza Nurbaya Binti Muhammad
SMK NASIRUDDIN SHAH
E-mail: nurbaya@hotmail.com
Abstrak
Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 memerlukan pelajar yang aktif dan mampu
menangani masalah dengan bijak, tersusun dan kreatif terutama dalam pembelajaran sistem
bahasa Melayu yang dianggap sangat rumit oleh sesetengah guru dan pelajar. Pengajaran dan
pembelajaran ilmu tatabahasa secara terperinci terutama tentang morfologi dan sintaksis
bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap mudah. Hasil pembelajaran yang diharapkan
sebagaimana yang terkandung dalam sukatan pelajaran iaitu pelajar seharusnya dapat
mengenal pasti dan mengkategorikan kata mengikut bentuk dan penggolongannya,
membezakan jenis kata iaitu kata terbitan, kata ganda, kata majmuk, mengenal pasti dan
menganalisis binaan ayat sama ada ayat dasar atau ayat terbitan, menjadi satu cabaran yang
besar kepada guru. Proses tersebut bukan sahaja menjadi masalah pelajar tetapi juga turut
dihadapi oleh para guru terutama untuk memahamkan pelajar. Oleh hal yang demikian itu,
pengajaran untuk kedua-dua tajuk ini memerlukan kaedah dan teknik yang sesuai dan pelbagai.
Analisis kata dan ayat menggunakan rajah pohon didapati mampu menyelesaikan masalah
pembelajaran tatabahasa lebih-lebih lagi jika digunakan dengan pendekatan yang mudah dan
betul. Penulisan ini akan cuba untuk menerangkan langkah demi langkah yang boleh
digunakan oleh guru dan pelajar dalam memahami dan mendalami bidang morfologi dan
sintaksis bahasa Melayu. Pelbagai teknik, strategi dan aktiviti P&P juga dicadangkan sebagai
panduan kepada guru dalam melaksanakan pengajaran tatabahasa.

Kata kunci: pengajaran dan pembelajaran sistem bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai