Anda di halaman 1dari 1

1.0: Pendahuluan.

Secara amnya, rancangan pengajaran harian (RPH) merupakan suatu rangka kerja aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menjadi panduan kepada seorang guru di dalam bilik
darjah mengikut jangka masa pengajaran yang ditetapkan. Penetapan rancangan ini dapat
membantu guru dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna. Abdull Sukor
Shaari (2008), menjelaskan bahawa seorang guru yang efektif sentiasa membuat rancangan
pengajaran hariannya dengan mengambil kira perbezaan individu agar semua pelajar dapat
mengikuti sesi pengajaran secara harmoni. Rancangan pengaran harian (RPH) seorang
guru lazimnya terbahagi kepada tiga peringkat iaitu perancangan sebelum mengajar,
perlaksanaan dan proses penilaian. Ketiga-ketiga peringkat ini sangat penting dalam
menentukan keberkesanan aktiviti pengajaran yang dijalankan di dalam kelas. Menurut
Shahabudin Hashim dan Rohizani Yaakub (2007), satu sesi pengajaran yang baik
bergantung kepada kemahiran guru dalam memadankan kaedah pengajaran dengan
objektif pembelajaran dan juga gaya pembelajaran murid. Oleh itu,seorang guru juga
mestilah bijak dalam memilih pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai dengan
keupayaan muridnya agar objektif yang ditetapkan dapat dicapai dengan sempurna hasil
daripada penetapan rancangan pengajaran harian (RPH) yang sistematik.

Rujukan:

Abdull Sukor Shaari. 2008. Guru Berkesan: Petua dan Panduan. Sintok, Kedah: UUM Press.

Shahabudin Hashim. Rohizani Yaakub. Pedagogi: Strategi Dan Teknik Mengajar


Dengan

Berkesan. Batu Caves, Selangor: PTS Professional.

Anda mungkin juga menyukai