Anda di halaman 1dari 1

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

KAEDAH PELAKSANAAN MAJLIS AKAD NIKAH DI NEGERI SELANGOR


SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Selaras dengan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan


Pemulihan (PKPP) oleh Perdana Menteri Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS) telah membuat ketetapan untuk membenarkan semula pelaksanaan majlis
akad nikah dengan kehadiran fizikal pihak-pihak seperti lazimnya sebelum Perintah
Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020.

Bagaimanapun, mengikut ketetapan baru ini, majlis akad nikah hanya boleh
dilaksanakan di masjid-masjid yang ditentukan atau di Pejabat Agama Islam Daerah
dalam kes-kes tertentu yang dibenarkan oleh Pendaftar Kanan. Kehadiran dalam
majlis akad nikah adalah dihadkan tidak melebihi 15 orang, masing-masing 7 orang
dari pihak lelaki dan 8 orang dari pihak perempuan selain dari pengantin lelaki,
pengantin perempuan, wali dan dua (2) saksi. Semua individu yang hadir dalam majlis
akad nikah di bawah ketetapan ini hendaklah mengikuti garis panduan yang telah
ditetapkan oleh JAIS.

Selaras dengan ketetapan ini juga, semua Penolong Pendaftar Perkahwinan


(PPP) hendaklah melaksanakan tanggungjawabnya dalam membantu dan memudah
cara semua urusan anak kariah dalam perkara yang melibatkan permohonan
kebenaran berkahwin lelaki dan perempuan dan urusan akad nikah seperti ditetapkan
di bawah Seksyen 7 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)
Tahun 2003 setelah Kebenaran Berkahwin di bawah Seksyen 17 di bawah enakmen
yang sama dikeluarkan.

Sehubungan dengan itu, pelaksanaan akad nikah menerusi Sidang Video


(Video Conference) adalah dihentikan. Ketetapan baru ini berkuatkuasa pada 22 Jun
2020. Sebarang pertanyaan berkaitan ketetapan ini bolehlah berhubung terus dengan
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-Undang Keluarga di talian 03-5514
3479.

Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor

18 Jun 2020

Anda mungkin juga menyukai