Anda di halaman 1dari 2

No.

Dunia pada hari ini telah digemparkan dengan penularan virus Corona
iaitu COVID-19 yang telah meragut beribu nyawa dan menular di serata
dunia. Pandemik baru ini telah menyebabkan semua sekolah terpaksa
ditutup dan pelajar perlu melaksanakan pendidikan secara maya. Oleh
itu, tidak semua pelajar dapat menyertai kelas dalam talian ini. Terdapat
beberapa punca yang menyebabkan sesetengah pelajar tidak dapat
menyertai kelas dalam talian ini.

Antara punca masalah ini ialah masalah rangkaian internet. Masalah ini
berlaku kerana tidak semua pelajar tinggal di tempat yang mempunyai
capaian internet yang laju. Contohnya, terdapat beberapa pelajar yang
tinggal di kawasan pedalaman dan perkampungan. Bagi mereka yang
tinggal di kawasan bandar tetapi kurang bernasib baik, mereka perlu
menunjukkan sedikit usaha mencari kawasan yang mempunyai
rangkaian internet yang lebih stabil supaya tiada masalah semasa kelas
sedang berlangsung. Usaha tangga kejayaan. Jelaslah bahawa capaian
internet yang kurang stabil dan kawasan tempat tinggal juga
mempunyai kaitan dalam punca pelajar tidak dapat masuk ke kelas.

Selain itu, dalam kalangan semua pelajar, ada juga yang tidak
mempunyai peranti untuk masuk ke kelas. Kebiasaannya, mereka ini
datang dalam golongan yang kurang berkemampuan. Sebagai contoh,
terdapat beberapa pelajar yang mempunyai adik-beradik yang ramai.
Oleh itu, ibu bapa pelajar tersebut tidak mampu untuk membelikan
setiap seorang peranti yang canggih dan mereka harus berkongsi peranti
tersebut dengan adik-beradik yang lain. Maka, mereka perlu
memberitahu guru kelas supaya mereka mendapat bantuan dan tidak
merisaukan guru. Jelaslah bahawa ketiadaan peranti merupakan elemen
penting untuk masuk ke kelas dan menjadi salah satu punca pelajar tidak
hadir.

Seterusnya, punca ini datangnya dari pelajar itu sendiri iaitu terlajak
tidur. Kebiasaannya, mereka ini tidak mempunyai tidur yang cukup.
Contohnya, tidur lewat pada pukul 3 atau 4 pagi kerana bermain
permainan video, menonton filem, belajar lewat malam dan sebagainya.
Oleh itu, mereka hanya mempunyai waktu tidur lebih kurang 4 jam
sahaja sebelum kelas bermula. Apabila mereka sudah tidur pada waktu
sebegitu, semestinya mereka akan bangun lambat dan kemungkinan
besar akan terlepas “PdPr”. Sudah terang lagi bersuluh bahawa
mempunyai tidur yang cukup menjadi salah satu punca pelajar terlepas
dan tidak masuk kelas.

Punca yang terakhir ialah sikap pelajar yang malas serta ibu bapa atau
guru yang kurang tegas. Pelajar seperti ini biasanya akan ponteng semua
kelas dan masuk apabila mahu sahaja. Ibu bapa yang tidak menegur
anak mereka akan terus bersikap begini sehingga tamat kembali ke
sekolah. Sikap mereka ini akan menjadikan masa mereka disia-siakan
sepanjang pendidikan secara maya ini berlangsung.

Kesimpulannya, setiap pelajar mestilah mencari jalan untuk masuk ke


kelas dan bersemangat untuk belajar supaya masa yang ada tidak disia-
siakan. Dimana ada kemahuan , disitu ada jalan. Mereka perlu terus
bersemangat untuk teruskan pelajaran agar menjadi orang yang berguna
di masa hadapan.

385 patah perkataan.

Anda mungkin juga menyukai