Anda di halaman 1dari 1

Ketika saya berusia tujuh tahun, saya dan keluarga tinggal di kampung Chenderong Balai Perak iaitu

rumah saya sebelum kami pindah dan menetap di rumah terkini di Langkap Teluk Intan perak. Ketika di
kampung, saya selalu bermain bersama rakan rakan. Pada waktu petang atau awal pagi, kebiasaannya
saya dan rakan rakan akan pergi bermain parit sambal bermandi-manda di sana. Walaupun bahaya, ia
tetap kami lakukan kerana ia menyeronokkan pada usia ketika itu. Itulah aktiviti ketika saya kecil ketika
di kampung. Menjadi kanak kanak yang cergas berpusing dikampong menaiki basikal bersama rakan
rakan. Menjelang senja pula, saya dan rakan rakan akan ke surau yang berada di belakang rumah saya
untuk kami mengikuti kelas mengaji alquran. Kami akan menunaikan solat fardhu magrib dan isyak
secara berjemaah. Walaupun kami digelar kanak-kanak yang buas, tetapi kami tetap solat dan menolong
ahli kariah surau untuk mengemas surau, membantu mengagihkan makanan dan sebagainya.

Pada suatu hari, saya terdengar ayah dan ibu saya berbual mengenai kami sekeluarga akan pindah ke
rumah baru di Langkap. Saya tertanya tanya dakah benar apa yang ibu bapa saya bualkan. Oleh itu, saya
terus bertanya kepada ibu tentang hal tersebut dan ibu menyatakan bahawa benar kami sekeluarga
akan berpindah pada minggu hadapan selepas saya bertanya pada ketika itu. Pada ketika itu, hati saya
berkongsi dua perasaan iaitu sedih dan gembira. Sedih kerana saya akan tinggalkan kawan-kawan di
kampung, tidak dapat mandi sungai bersama mereka, menaiki basikal pusing kampung dan sebagainya.
Hal yang mengembirakan pula ialah saya akan menetap di pekan, rumah baru yang lebih selesa dan
nyaman.

Keesokan selepas hal itu terjadi, awal petang saya menanti kehadiran rakan rakan saya untuk bertemu
bermain di kawan rumah. Saya sedih untuk menyatakan hal tersebut kepada mereka. Kerana kami akan
berpisah dan tidak tahu akan bertemu untuk bermain dan berseronok semula. Selepas habis bermain,
saya memberitahu mereka bahawa saya akan berpindah ke langkap, hampir 15-20 kilometer dari
kampung rumah lama saya. Walaupun tidak berapa jauh, akan tetapi pada usia kecil seperti kami, kami
hanya mempunyai basikal dan mustahil kami akan mendapat kebenaran untuk bergerak sejauh itu
untuk bertemu. Saya dan rakan-rakan amat sedih ketika itu. Rakan saya yang bernama Zaim, yang kami
gelarkan Tol kerana kepala dia botak singkatan kepada toyol jadilah tol, dia menangis memeluk saya.
Saya masih ingat kenangan itu sehingga kini walaupun sudah berusia 19tahun. Amir dan juga Mukriz
juga turut bersedih tentang hal ini. Menjelang senja seperti biasa, kami akan bertemu di surau. Selepas
solat magrib, kami berkumpul. Saya sangat terharu pada ketika itu kerana Zaim memberikan saya sebiji
bola sepak. Zaim mengatakan bahawa bole tersebut mereka beli dengan duit mereka bertiga sendiri
iaitu Zaim Amir dan Mukriz. Saya menangis teresak esak ketika itu. Jadi barangan yang mempungai nilai
kenangan yang sangat bermakna buat saya. Saya masih simpan sehingga kini. Walaupun saya sudah
lama tidak bertemu mereka tetapi kenangan kami main bersama masih terpahat dalam inngatan saya.
Sudah 12 tahun kami berpisah dan langsung tiada khabar berita tentang kawan kawan baik saya. Saya
harapkan mereka baikbaik sahaja. Bola tersebut sangat saya hargai dan merupakan barangan yang
paling saya jaga sehingga kini kerana kenangan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai