Anda di halaman 1dari 1

Terdapat pelbagai produk makanan dijual di merata-rata

tempat seperti kedai runcit, pasar raya dan gedung-gedung


besar. Memastikan pembelian produk makanan yang selamat
adalah menjadi keutamaan saya dan keluarga. Untuk
memastikan saya memilih produk makanan yang selamat dan
sihat, saya akan memastikan produk makanan dipasaran itu
memenuhi kriteria keselamatan makanan yang di tetapkan oleh
pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihataan Malaysia dan
Pihak Berkuasa Tempatan.

Pertama, produk makanan itu mestilah mempamerkan tarikh


luput. Produk makanan tersebut mestilah belum melepasi tarikh
luput seperti yang dipamerkan. Kedua, pembungkusan produk
makanan. Produk makanan yang dijual di pasaran mestilah
berada dalam keadaan fizikal yang baik. Saya tidak akan
membeli produk makanan yang kemek, berlubang atau
berkarat. Ketiga, produk makanan yang dijual di pasaran
mestilah memenuhi skim pensijilan makanan selamat
tanggungjawab industri (MeSTI) seperti yang disyorkan oleh
KKM. Keempat, label kandungan pada makanan. Saya akan
mengutamakan produk makanan yang kaya dengan protein,
vitamin dan zat mineral serta kurang mengandungi lemak,
garam, gula dan MSG. Kelima, produk makanan tersebut
mestilah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM).

Sebagai pengguna yang bijak, kita mestilah membeli produk


makan yang selamat dan sihat. Pilihan di tangan kita!!!
#Makanan selamat dan sihat #Dari ladang kepinggan.

Anda mungkin juga menyukai