Anda di halaman 1dari 6

Ciri-ciri dalam kepimpinan LMMU ( ada 4 ciri besar, pilih 1 subciri dari ciri ciri

tersebut )
1.) Ciri-ciri Peribadi
Ciri-ciri peribadi merupakan sifat dalaman yang membantu dan
mendorong seseorang pemimpin itu untuk terus kekal dalam melaksanakan
kebaikan bersama. Apabila menonjolkan sisi terbaik diri mereka ,
seseorang pemimpin itu dapat memberikan yang terbaik dalam
melaksanakan tugas mereka.

1 Bertindak secara Sifat ini membantu seorang pemimpin untuk


berani berani menghadapi situasi, orang ataupun
tempat yang mungkin berbeza dari mereka
terutama dalam aspek budaya dan kaum.
Seseorang yang mempunyai sifat berani akan
melihat ketidakselesaan sebagai salah satu
proses yang positif dalam memahami budaya
dan pengalaman orang atau kaum lain.

2 Bertindak secara Sifat ini membantu meningkatkan keupayaan


beretika seorang pemimpin untuk hidup dan
mengamalkan tingkah laku yang selari dengan
peraturan yang telah ditentukan. la juga
membantu seorang pemimpin itu untuk
memilih hala tuju yang betul dalam membuat
keputusan apabilatimbulnya konflik kepentingan.

3 Mencipta Sifat ini membantu seorang pemimpin untuk


matlamat fokus kepada mencapai matlamat jangka panjang
peribadi serta memberi inspirasi kepada seorang
pemimpin untuk terus komited dalam mencapai
matlamatnya itu. la menjawab pertanyaan :
"Apa yang harus saya buat supaya lebih
berkesan dalam melakukan perubahan bersama
orang lain"?

4 Memupuk daya Sifat ini berdasarkan psikologi positif dan


tahan menggalakkan seorangpemimpin untuk
menyepadukan tindakan yang membantu
mereka berkembang. la mengembangkan
amalan positif untuk memupuk keseimbangan,
tenaga dan kepuasan diri.

5 Meneroka Sifat ini menggalakkan seorang pemimpin


perbezaan untuk melihat perbezaansebagai peluang untuk
melibatkan diri dan belajar. la juga membina
refleksi kendiri untuk memahami faktor yang
mempengaruhi mereka apabila berhadapan
dengan perbezaan.

6 Mempamerkan Sifat ini menunjukkan tentang keperluan


kesedaran seorang pemimpin untuk mengenali diri
kendiri mereka sendiri sebagai sebahagian dari cara
untuk membangunkan kepimpinan dalam diri
mereka.

2.) Ciri-ciri Hubungan


Ciri-ciri hubungan menekankan hakikat bahawa untuk melakukan
sesuatu perubahanmemerlukan kerjasama orang lain. Oleh itu,
seorang pemimpin boleh membangunkan keupayaan memupuk
kebijaksanaan dan kekuatan pasukan serta komuniti.

1 Memimpin Sifat ini merujuk kepada keupayaan pemimpin


melalui empati untuk menggunakan emosi dengan bijak dalam
menangani situasi yang sukar berkaitan aspek
budaya dan kaum melalui pendekatan peribadi
yang lebih bersifat kemanusiaan. la
menyedari kepentingan pelbagai pendapat yang
menyumbang kepada kefahaman tentang isu
budaya dan kaum di samping mendidik orang
lain tentang kepentingan perbezaan budaya dan
kaum.

2 Berkomunikasi Sifat ini membantu meningkatkan keupayaan


secara berkesan seorang pemimpin untuk memahami dan
menerima idea daripada pelbagai pihak. la
melibatkan keupayaan untuk mendengar,
menyampaikan maklumat secara lisan dan
bertulis, dan menyesuaikan mesej dengan
pelbagai situasi dan matlamat.
3 Memimpin dan Sifat ini membina pemimpin yang boleh
menurut arahan memimpin pengikut dengan lebih baik. la juga
membantu pemimpin untuk menjadi pengikut
yang berkesan dalam memberi sokongan kepada
ketua mereka dan menyumbang kepadausaha
yang dijalankan.

4 Mengurus Sifat ini membantu pemimpin untuk


dinamika berinteraksi dalam kumpulan yang menjurus
kumpulan kepada ciri-ciri, pembangunan dan kejayaan
pasukan. la menekankan tindakan proaktif yang
perlu diambiI oleh seorang pemimpin untuk
memastikan interaksi yang produktif berlaku
dalam pasukan, mengurus konflik dan
mengembangkan minat.

5 Memotivasikan Sifat ini berkaitan dengan keupayaan seorang


orang lain pemimpin untuk menggunakan taktik yang positif
dalam memberi motivasi dan membangunkan
orang lain. la mengenal pasti kekuatan
individu dan melibatkan orang lain dengan cara
yang berkesan.

6 Bertindak Sifat ini menggariskan bagaimana kecerdasan


dengan emosi iaitu keupayaan untukmembaca emosi
kecerdasan orang lain dan berinteraksi dengan mereka dapat
emosi memberi kesan terhadap kecekapan seorang
pemimpin. la menjelaskan tentang keupayaan
seorang untuk membangunkan kecerdasan
emosinya melalui fokus dan amalan.

3 .) Ciri-Ciri Analitikal
Ciri-ciri analitikal merujuk kepada kompetensi minda pemimpin dalam
melaksanakan tugasnya. Seorang pengkaji kepimpinan iaitu Roger Schwartz
menyatakan "Bagaimana anda fikir begitulah anda akan pimpin," dan
terdapat beberapa cara bagaimana seorang pemimpin boleh meluas dan
menajamkan pemikirannya.

1 Mengenali Sifat ini menerangkan tentang pemahaman


status dan kuasa pemimpin terhadap saling hubungan antara
identiti (kelas, gender, status politik, keupayaan
dsb.) untuk meningkatkan kejelasan tentang
identiti dan kuasa serta meningkatkan
hubungan
2 Berfikir secara Sifat ini meningkatkan kapasiti pemimpin untuk
kritikal menganalisa secara sistematik tentang cara
mereka berfikir untuk mengurangkan be rat
sebelah, prejudis atau penyelewengan pemikiran
3 Merangka Sifat ini membangun pemimpin untuk
mendefinisikan semula isu atau situasi yang
dihadapi dengan cara yang berbeza supaya boleh
berhubung secara lebih meluas dengan orang
lain. la memberi fokus terhadap perbincangan
dan menentukan sudut pandang yang
sesuai untuk memahami sesuatu isu tersebut.

4 Menyoal Sifat ini membolehkan seorang pemimpin itu


untuk menggunakan soalan berpandu yang
provokatif dengan cara yang berkesan dan
tepat pada masanya untuk mencapai matlamat.

5 Membuat Sifat ini adalah berkaitan keupayaan seorang


refleksi pemimpin untuk menilai
pelibatan, tingkah laku dan pemikirannya agar
menjadi lebih baik dalam komuniti
kepimpinannya.

4.) Ciri-ciri Strategik


Ciri-ciri strategik merujuk kepada keupayaan seorang pemimpin
untuk bertindakbalas terhadap situasi yang timbul dalam
persekitarannya. Seorang pemimpin itu akan bertindak dengan lebih
berkesan jika dia lebih memahami faktor yang mempengaruhi
konteks persekitarannya.

1 Mengukur Sifat ini merujuk kepada keupayaan seorang


progress pemimpin untuk sentiasa menilai bagaimana
faktor budaya dan kaum mempengaruhi kerja
mereka melalui hasil yang boleh diukur. la juga
membantu seorang pemimpin itu untuk
menggunakan data kualitatif dan kuantitatif bagi
mengenal pasti sumbangan ekonomi, sosial dan
budaya yang dilakukan oleh pelbagai pihak
kepada komuniti.

2 Mendefinisikan Sifat ini merujuk kepada keupayaan seorang


hala tuju pemimpin untuk membimbing pasukannya bagi
mencapai matlamat. la juga membantu
pemimpin untuk memberi gambaran tentang
sesuatu situasi supaya orang lain boleh
membuat keputusan yang tepat.

3 Memetakan Sifat ini membantu meningkatkan pemahaman


persekitaran faktor utama yang memberi kesan kepada situasi
pemimpin seperti orang, polisi, proses dan
prinsip.

4 Menggunakan Sifat ini berkaitan mengenali, memilih dan


proses yang melaksanakan proses yang
efektif bersesuaian untuk mencapai matlamat tugasan
dengan orang lain.

5 Menggalakkkan Sifat ini mengerakkan pemimpin untuk keluar


inovasi dari kepompongnya dan mencipta atau
memperkenalkan sesuatu yang baru. la ke arah
membina keupayaan pemimpin untuk berani
mengambil risiko.

6 Menangani isu Sifat ini berkaitan keupayaan pemimpin untuk


mengenal pasti, memformulasi, membina dan
mengambil langkah yang sesuai dalam memberi
respon kepada soalan mahupun cabaran yang
datang.

Anda mungkin juga menyukai