Anda di halaman 1dari 3

RINGKASAN CERITA KALILAH WA DIMNAH

Pada suatu hari, raja Dabsjalim meminta kepada Wazir Baidaba yang merupakan
seorang wazir dan pendeta bagi Raja tersebut mengisahkan perumpamaan dua orang sahabat
yang berkasih-kasihan. Oleh disebabkan fitnah yang ditimbulkan oleh pihak yang dengki
dengan perjalinan tersebut, menyebabkan permusuhan antara dua sahabat itu tadi. Baidaba
mula menulis dan mereka cerita tentang perkara tersebut dalam bentuk cerita Hikayat Kalilah
dan Dimmah dalam bentuk perwatakan haiwan yang bermula dengan seekor lembu yang
bernama Sjatrabah yang mengikuti tuannya membawa barang dagangan untuk berniaga.

Di dalam perjalanan mengikuti tuannya pergi berniaga, secara tiba-tiba Sjatrabah


terjatuh ke dalam lumpur. Disebabkan itu, tuannya cuba menarik keluar Sjatrabah daripada
lumpur tetapi tidak berjaya dan meninggalkan Sjatrabah bersama seorang hambanya. Begitu
juga dengan hambanya turut mencuba untuk mengeluarkan Sjatrabah daripada lumpur tetapi
tidak berjaya juga. Dan hamba itu pun meninggalkan Sjatrabah sendirian menuju kepada
tuannya. Sjatrabah cuba mengeluarkan dirinya daripada lumpur itu akhirnya berhasil jua.
Sebaliknya Sjatrabah tidak tahu bagaimana ingin mencari tuannya dan dia mengambil
keputusan untuk diam dan mencari makanan di dalam hutan itu sahaja.

Sjatrabah masuk ke hutan dan memakan rumput yang banyak sambil mendengus kuat.
Terdengarlah Raja Singa suara si Sjatrabah, namun tidak diketahui oleh Raja Singa siapakan
empunya suara itu. Jadi Raja Singa gelisah memikirkan suara kuat yang menganggunya dan
tidak lagi keluar dari singgahsananya. Makanan raja Singa itu di hantar oleh pekerjanya. Di
dalam hutan itu juga tinggal banyak binatang buas, antaranya termasuklah Kalilah dan
Dimnah. Kalilah dan Dimnah merupakan dua ekor serigala yang bijak pandai dan bertugas
untuk mecari makanan untuk Raja Singa. Kalilah menjadi pelik kerana Raja Singa
kebelakangan ini jarang keluar dari singgahsananya bertemu rakyat. Maka disuarakan
isihatinya kepada Dimnah. Dimnah pun merasakan dia ingin menjadi orang yang rapat
dengan Raja Singa moga-moga dapat menjadi pembantu kepercayaannya. Dimnah pun
mengadap kepada Raja Singa dan di khabarkan olehnya akan perihal kebijaksanaan dirinya
kepada Raja Singa. Raja Singa mula mempercayai Dimnah.

Dimnah bertanya kepada Raja Singa akan kerunsingan yang melandanya


kebelakangan ini. Raja Singa pun memberitahu Dimnah akan kerisauannya akan suara
mendengus yang kuat di jajahannya kebelakangan ini. Dimnah menawarkan diri untuk
menyiasat dan menghilangkan kerisauan Raja Singa tersebut. Raja Singa membenarkan
permintaan Dimnah itu dengan separuh hati. Selang beberapa lama datanglah Dimnah kepada
Raja Singa membawa Sjatrabah si lembu yang sering mendengus di hutan miliknya itu. Maka
di ceritalah Sjatrabah akan perihal dirinya sehingga dia boleh berada dihutan itu. Maka
fahamlah Raja Singa itu akan masalah Sjatrabah dan diterimanya Sjatrabah menjadi rakyat
dibawah Jajahannya.

Akhirnya Raja Singa mula mempercayai Sjatrabah. Ini kerana Sjatrabah mulia, baik
dan ikhlas dalam berkawan. Raja Singa banyak mendapatkan pandangan Sjatrabah dalam
sesuatu perkara dan menjadi kawan yang setia dan disayangi oleh Raja Singa. Rupanya
persahabatan antara Raja Singa dan Sjatrabah tidak disenangi oleh Dimnah. Dimnah mula
mencari jalan untuk mengkhianati Sjatrabah dan menjadikan Raja Singa benci dan
menghukum Sjatrabah. Kalilah ada memberi nasihat agar janganlah Dimnah melampaui
batas-batas, namun tidak dipedulikan oleh Dimnah kerana mahukan kedudukannya disisi
Raja Singa kembali sebelum Sjatrabah muncul, dipercayai oleh Raja Singa sepenuhnya.

Fitnah yang yang di buat oleh Dimnah ke atas Sjatrabah, dipercayai Raja Singa. Lalu
terhukumlah orang yang tidak bersalah, seorang sahabat yang amat dipercayai, terpaksa
dibunuh kerana fitnah. Akhirnya hukuman bunuh dijatuhkan kepada Sjatrabah. Berdukalah
Raja Singa Selepas itu kerana kehilangan seseorang yang jujur menasihati dan menjadi
sahabatnya. Ibu Raja Singa pun rungsing melihat Raja Singa dalam keadaan sedemikian.

Bak kata pepatah, buah yang busuk terbau juga akhirnya. Begitulah dengan Dimnah,
walaupun rahsianya begitu kemas disimpan, namun akhirnya diceritakan juga khianatnya
kepada Sjatrabah kepada Kalilah. Kalilah terkejut dan berduka dengan perbuatan khianat
Dimnah. Rahsia khianatnya didengari oleh Pembesar Harimau. Lalu Harimau bercerita rahsia
itu kepada Ibu Raja Singa. Lalu Ibu Raja Singa meminta Dimnah dipenjarakan dan
menunggu untuk dibicarakan. Kalilah melawat sahabatnya di dalam penjara secara senyap-
senyap. Sekali lagi pengakuan Dimnah mengkhianati Sjatrabah didengari oleh Harimau tua
yang terpenjara. Kalilah meninggal akhirnya kerana menanggung rindu kepada sahabat
baiknya yang terpenjara

Pengakuan tersebut dijadikan bukti dan kedua-dua ekor Harimau, iaitu pembesar
Harimau dan Harimau yang terpenjara menjadi saksi penting ke atas penghakiman yang
dijalankan oleh pakcik Raja Singa. Akhirnya hukuman mati dijatuhkan kepada Dimnah
kerana menjadi punca fitnah, namun Dimnah menyatakan yang dia pun tak sanggup hidup
lagi kerana kehilangan seorang sahabat yang amat disayanginya iaitu Kalilah.

Rujukan :

1. Nurul Huda Kariem MR. 2004. Hikayat Kalilah & Dimnah: Fabel-Fabel
Alegoris. Ebook oleh Nurul Huda kariem MR.
2. Abdullah bin muqafa’. 1937. Kitabu Kalilah wa Dimnah. Al-Qahirah: Matbaah al-
Emiriah bi bulaq.

Anda mungkin juga menyukai