Anda di halaman 1dari 2

KKP EDU 3106

2.0 ETNIK BAJAU

2.1 PENGENALAN KEPADA ETNIK BAJAU

Bajau adalah merupakan sebuah kumpulan etnik yang menetap di pantai barat dan
timur Sabah sejak beberapa ratus tahun yang lalu dan diiktiraf sebagai penduduk asli
dan antara bumiputera terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya. Mereka bekerja
sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda
dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.

Menurut I.H.N. Evans, (1992), masyarakat Bajau adalah satu kelompok Melayu Proto
yang bersifat “maritime” atau mempunyai hubungan yang rapat dengan laut. D.E.
Sopher, (1965) mengklasifikasi masyarakat Bajau sebagai salah satu kelompok
“nomadic seafolks” atau “boat nomads”. Menurutnya juga semua kelompok boat
nomads tersebut sering digelar “sea gypsies” oleh penulis Inggeris dan “sea nomads”
oleh penulis Jerman dan Belanda. Kedua-dua istilah tersebut mempunyai makna yang
sama dan merujuk kepada kelompok manusia yang suka mengembara di laut.

Orang Bajau merupakan penyelam dan pengutip hasil laut mahir yang menggunakan
cara penangkapan tradisional pada masa dahulu. Di Sabah, mereka adalah nelayan
yang tinggal di daerah Ѕemporna sementara di daerah Kota Belud, Papar dan Tuaran
mereka adalah nelayan, pesawah dan penternak serta bercucuk tanam. Bajau Кota
Вelud pula digelar “Koboi Sabah” mini kerana Bajau sudah lama terkenal dengan
penunggang kuda dan menjadi pesawah serta penternak.Pada masa yang sama
juga,masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga
mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “Sea Gypsies, Panglima Dilaut, Pelaut dan
Pelayar Terunggul.”

Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Pantai Barat yang menetap di
sekitar Putatan, Tuaran, Kota Belud dan Papar. Manakala Orang Bajau Pantai Τimur
pula menetap di sekitar Κudat, Ѕandakan, Lahad Datu, Κunak, Semporna dan Tawau.

2
KKP EDU 3106

Bajau yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di
seluruh dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka
dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain mereka pakar dalam
pembuatan pedang Samurai yang dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu
ketika dahulu kepada kaum Bajau dan Irranun di Kota Belud. Pedang Samurai daripada
Kota Belud amat tinggi kualiti dan senang di dapati sehinggakan menjadi tarikan dan
cenderamata yang harus dibeli oleh para pengunjung yang singgah di Kota Belud.

Orang Bajau Pantai Вarat adalah berbeza dengan Orang Bajau Рantai Timur
khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisi,
adat resam dan budaya hidup adalah sangat berbeza. Masyarakat Bajau Pantai Barat
banyak yang terlibat dengan pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau
Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.

GAMBAR 1 GAMBAR 2
PERAHU ORANG BAJAU PENUNGGANG KUDA BAJAU

Anda mungkin juga menyukai