Anda di halaman 1dari 4

‫فعل – استفعل‬

ّ – ‫ أفعل – فاعل‬: ‫تصريف الفعل‬


Pengenalan :

Tasrif bermaksud perubahan kalimah kata kerja. Empat


wazan kata kerja dalam unit 1 adalah seperti berikut :
‫استفعل‬-4 ‫فعّل‬-3 ‫فاعل‬-2 ‫أفعل‬-1

‫ الماضي – المضارع – األمر‬: ‫الفعل‬


kata kerja kempat-empat ini merupakan wazan yang
boleh diubah dari madhi kepada mudharik atau amar.
‫الماضي‬ ‫المضارع‬ ‫األمر‬
‫أفعل‬ ‫يفعل‬ ‫أفعل‬
‫فاعل‬ ‫يفاعل‬ ‫فاعل‬
‫فعّل‬ ‫يفعّل‬ ‫فعّل‬
‫استفعل‬ ‫يستفعل‬ ‫استفعل‬
Contoh kata kerja yang menggunakan empat wazan di
atas :
‫الماضي‬ ‫المضارع‬ ‫األمر‬
‫أكرم‬ ‫يكرم‬ ‫أكرم‬
‫حافظ‬ ‫يحافظ‬ ‫حافظ‬
‫شجّ ع‬ ‫يشجّ ع‬ ‫شجّ ع‬
‫استخدم‬ ‫يستخدم‬ ‫استخدم‬
‫ التركيب‬:
Attarkib ialah ungkapan atau isitilah yang terdiri
daripada dua kalimah yang berkaitan antara satu sama
lain.
Attarkib terbahagi kepada tiga :
1-‫التركيب اإلضافي‬
2-‫التركيب النعتي‬
3-‫الفعل التعبيري‬

:‫التركيب اإلضافي‬
Tarkib idhofi datang dalam bentuk sandaran, iaitu dua
perkataan yang saling bergantung satu sama lain bagi
membentuk maknanya.
Contohnya : bola + sepak =‫ القدم‬+ ‫كرّ ة‬
kalimah pertama (bola/‫ )كرة‬dinamakan mudhof.
kalimah kedua (sepak/‫ )القدم‬dinamakan mudhofun
ilaih.
Contoh lain : beg sekolah/buku tulis/meja makan
Kalimah pertama biasanya tiada alif lam.
Kalimah kedua biasanya ada alif lam
‫ التركيب النعتي‬:
Tarkib nakti ialah ungkapan yang menggunakan kata
sifat.
Perkataan pertama adalah pemilik sifat. Ataupun
dipanggil mausuf/man ut dalam bahasa arab.
Perkataan kedua adalah sifat ataupun dipanggil naat.
Contohnya : pemandangan(‫ )المنظر‬+ yang cantik(‫)الجميل‬
Gabungan dua perkataan ini membentuk tarkib naat
Contoh lain : guru+ yang penyabar=‫المعلم الصابر‬
Rumah +yang besar=‫بيت كبير‬
Kedua-dua kalimah gabungan ini hendaklah sama dari
segi :
1-makrifah(ada alif lam) atau nakirah(tiada alif lam)
Jika kalimah pertama ada alif lam, maka kalimah kedua
ada alif lam , dan begitulah sebaliknya.
2-muzakkar atau muannas
Jika kalimah pertama muzakkar, maka kalimah kedua
muzakkar, dan begitulah sebaliknya
3-mufrod atau musanna atau jamak
Jika kalimah pertama mufrod, maka kalimah kedua
mufrod, dan begitulah untuk musanna ataupun jamak
‫الفعل التعبيري‬:
Tarkib jenis ini datang dalam bentuk gabungan antara
kata kerja dan huruf jar.
Contoh :

menjaga=‫ على‬+ ‫يحافظ‬


Kalimah pertama yuhafiz mesti digabungkan dengan
kalimah kedua iaitu huruf jar a’la ketika membina ayat
.lengkap
= Contoh ayat
‫محمد يحافظ على صحته‬
: Contoh kata kerja yang lain
mencari=‫عن‬+‫يبحث‬
berasa=‫ب‬+‫يشعر‬
mementingkan=‫ب‬+ ‫يهتم‬

Anda mungkin juga menyukai