Anda di halaman 1dari 2

TRIAL ADVOCACY - LLB 41303 A’ISYAH BINTI MD NOOR (046443)

HUJAHAN MITIGASI PERINGANAN HUKUMAN

Dengan izin Tuan, saya A’isyah Md Noor mewakili pihak Pembelaan. Tuan, hari ini
ditetapkan tarikh untuk Mahkamah menjatuhkan hukuman bagi OKT. Pihak Pembelaan
memohon agar Mahkamah yang Mulia ini mempertimbangkan beberapa faktor sebelum
menjatuhkan hukuman yang adil.

Tuan, pengakuan salah OKT bukan sahaja menjimatkan masa dan kos mahkamah tetapi juga
telah meringankan beban pihak Pendakwaan dan saksi-saki. Walaupun pengakuan ini dibuat
di peringkat pembelaan, masih lagi perlu dipertimbangkan kerana ia dibuat, dengan izin
Tuan, "at the earliest opportunity".

Dengan izin Tuan, selain itu, pihak Pembelaan ingin menekankan beberapa aspek latar
belakang OKT yang perlu diambil kira oleh Mahkamah. OKT berusia 29 tahun semasa
ditangkap dan merupakan anak ke-3 daripada 4 orang adik-beradik. OKT tinggal berasingan
dengan isteri dan anaknya atas sebab komitmen pekerjaan di mana OKT merupakan seorang
kerani am di sebuah hospital kerajaan di Cheras sebelum ditangkap. Di samping mencari
nafkah buat anak dan isterinya, OKT menanggung tanggungjawab menjaga ibunya yang
menghidap penyakit barah usus dan memerlukan rawatan kemoterapi secara mingguan.

Tuan, pihak Pembelaan ingin menegaskan bahawa OKT adalah pesalah pertama berdasarkan
pemeriksaan kad pengenalan OKT. Hal ini hendaklah diberi perhatian kerana pesalah pertama
wajar diberi peluang dengan menjatuhkan tempoh penjara serendah mungkin seperti yang
telah dinyatakan dalam kes Surentheran Selvarajoo v PP [2005] 2 CLJ 264.

Seterusnya, OKT telah insaf dan sedia mengaku salah, dengan izin Tuan, “at the earliest
opportunity”. OKT juga telah bersedia menanggung segala konsekuensi atas kesalahan yang
dilakukan. Perkara ini boleh dilihat dari bermulanya tangkapan atas OKT di mana OKT
langsung tidak menunjukkan sebarang halangan untuk pihak polis memperoleh bahan dan
bukti kes serta telah bekerjasama dengan sebaiknya. Dengan izin Tuan, “character” dan
“antecedent” yang OKT menunjukkan akibat penyesalan yang dilaluinya wajar
dipertimbangkan dan kes Lian Kian Boon v PP [1991] 1 MLJ 51 telahpun menegakkan

1
bahawa sekiranya Mahkamah menerima pengakuan salah tersebut, OKT hendaklah diberi
peluang memohon hukuman yang lebih ringan dijatuhkan.

Sebagai penutup, pihak Pembelaan ingin mengemukakan beberapa kes untuk panduan
Mahkamah yang Mulia ini berkenaan, dengan izin Tuan, “quantum” hukuman yang sesuai.
Murujuk kes PP v Baharudin Mustaffa [2005] 8 CLJ 445, Mahkamah memutuskan bahawa
berat dadah merupakan faktor utama yang perlu diambil kira apabila hendak menjatuhkan
hukuman. Di dalam kes ini, OKT telah dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun dan 10
sebatan atas kesalahan memiliki 424 gram dadah jenis “cannabis”.

Tuan, walaupun terdapat sedikit variasi di antara fakta dan situasi kes yang disebut sebentar
tadi dengan kes pada hari ini, Mahkamah hendaklah mengambil kira bahawa hukuman yang
dijatuhkan merupakan hukuman yang adil. Oleh itu, pihak Pembelaan memohon hukuman
yang adil dan wajar untuk kes ini berdasarkan hujahan-hujahan yang telah disampaikan
sebentar tadi. Terima kasih Tuan.

Anda mungkin juga menyukai