Anda di halaman 1dari 6

KARANGAN UPSR (SYARAHAN) : FAEDAH MENABUNG

Selamat sejahtera kepada Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.
Berdirinya saya di sini untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Faedah Menabung’.
Hadirin yang saya hormati,
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk keperluan pada masa
hadapan di dalam tabung atau di bank. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang
perbelanjaan seharian untuk disimpan di bank sebagai tabungan kita. Sikap suka menabung perlu
dipupuk sejak kecil kerana menabung memberi banyak faedah kepada kita.
Antara faedah menabung ialah dapat memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan merancang
perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Amalan berjimat cermat seperti
membawa bekalan air dan makanan ke sekolah membolehkan kita menyimpan baki duit saku yang
diberi oleh ibu bapa ke dalam tabung. Ini akan menjadikan kita insan yang berjimat-cermat dan
sentiasa berwaspada agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati.
Di samping itu, menabung dapat membantu kita atau keluarga apabila ditimpa kesusahan
ataupun di saat kita memerlukan wang. Contohnya menggunakan wang tabungan tersebut untuk
membeli barang keperluan sekolah ataupun untuk membeli ubat-ubatan di kala kita sakit.. Ini tentu
dapat mengembirakan ibu bapa kita terutamanya jika waktu itu mereka kekurangan wang dan
sebagainya.
Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan merancang
perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini akan menjadikan kita berjimat-
cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati.
Di samping itu, menabung boleh memberi peluang kepada kita untuk mendapatkan sesuatu
peluang baik yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli buku idaman yang jarang-
jarang ditemui dengan menggunakan wang simpanan. Ini tentu mengembirakan kita kerana
memperoleh apa yang sudah lama diidamkan sedangkan pada masa itu ibu bapa kita mungkin kurang
mampu untuk membelinya.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Seterusnya, amalan menabung juga membolehkan kita membantu orang lain. Contohnya, kita
boleh meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk bayaran yuran sekolah adik jika pada masa
itu ibu bapa kita memerlukannya. Ini secara tidak langsung akan mengeratkan tali persaudaraan
kerana membantu mereka ketika dalam kesusahan.
Berdasarkan hujah-hujah di atas, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa menabung itu
mendatangkan banyak faedah.Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-rakan supaya menjadikan
amalan menabung sebagai amalan hidup kerana banyak faedah yang boleh kita diperolehi daripada
amalan ini. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah
menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Sekian, terima kasih.
Kepentingan Internet
Pada era globalisasi ini, penggunaan Internet semakin meluas. Internet boleh
mendatangkan banyak manfaat kepada kita.
Kita boleh melayari Internet untuk mencari pelbagai maklumat terkini.
Maklumat yang dikehendaki boleh diperoleh dengan cepat dan mudah. Gambar dan
informasi juga boleh dicetak atau disimpan di dalam komputer.
Selain itu, kita boleh berhubung dengan ahli keluarga dan sahabat handai di
seluruh dunia melalui rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter. Kemudahan ini
bukan sahaja membolehkan kita menghantar mesej serta-merta, malahan
menjimatkan kos.
Di samping itu, kita boleh membuat bayaran bil dan membeli barangan melalui
Internet. Transaksi boleh dilakukan di mana-mana sahaja secara online. Ini dapat
menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu beratur panjang di kaunter
bayaran.
Bukan itu sahaja, kita akan peka kepada perkembangan semasa. Kita dapat
mengetahui peristiwa yang berlaku di serata dunia dalam masa yang singkat.
Misalnya berita dalam lapangan politik, sukan dan hiburan. Kita tidak akan menjadi
katak di bawah tempurung.
Pendek kata, Internet memainkan peranan yang amat penting dalam
kehidupan kita. Kita perlulah bijak menggunakan teknologi yang canggih ini.
AKU SEPASANG KASUT

Aku dilahirkan di Malaysia. Aku diberi nama “ North Star “. Tubuhkku diperbuat
daripada getah dan kain. Reka bentuk badanku agak luar biasa, khas untuk menarik
perhatian para remaja.
Aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak dan dibalut dengan sehelai kertas
putih. Kemudian, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang lebih besar bersama-
sama kawan-kawanku yang lain. Aku seterusnya dibawa menaiki lori.
Lori itu telah menghantar kami ke sebuah pasar raya yang besar. Pemandu
lori itu lalu memindahkan aku dan kawan-kawanku yang lain ke bilik stor.
Selepas beberapa hari, aku dikeluarkan dan dipamerkan di atas sebuah rak
kasut. Sejurus kemudian, seorang remaja menghampiriku dan terus membelek-belek
aku. Setelah mencubai aku, dia pun membeli aku dengan harga RM 65.98.
Kumari merupakan nama tuan baru aku. Dia akan memakaiku pada setiap
petang sama ada untuk mengayuh basikal, bermain badminton, berjoging ataupun
berjalan-jalan pada waktu petang. Kawan-kawannya sering memuji akan kecantikan
aku.
Aku bersyukur kerana mendapat tuan yang cermat dan pembersih. Setiap kali
selepas memakaiku, Kumari akan mencuci kakiku yang dilekati pasir. Kemudian, dia
akan menyusun aku di atas rak kasut bersama-sama dengan rakan-rakanku yang lain.
Sekiranya badanku kotor akibat terkena lumpur, dia akan mencuciku dengan
berhati-hati agar badanku tidak sakit. Selepas itu, Kumari akan menjemur aku di
bawah cahaya matahari agar badanku cepat kering.
Hari berganti hari dan bulan berganti bulan, getah pada tapak kakiku pun
menjadi haus. Pada suatu hari, tuanku tergelincir sewaktu berjalan dalam hujan
lebat. Sejak kejadian itu, tuanku tidak memakai aku lagi. Akhirnya, dia telah
membuang aku ke dalam tong sampah. Tamatlah riwayat hidupku.

Anda mungkin juga menyukai