Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pengenalan

Teori kritikan ini merupakan salah satu genre kesusasteraan. Dalam penulisan karya
sastera ini, saling berkait dengan teori kritikan. Hal ini dapat mengenalpasti ciri-ciri karya
yang bermutu tinggi. Ciri-ciri tersebut, kritikan sastera berperanan bagi menghasilkan
penulisan karya sastera yang bermutu tinggi serta memberi kesan kepada pembaca. kritikan
sastera ini melibatkan proses penilaian. Berdasarkan penghayatan dan penganalisisan,
seseorang itu dapat memberikan pandangan, bahasan dan keputusan sama ada karya itu
berjaya dan bermutu atau sebaliknya.

2.0 Definisi Kritikan Sastera

Menurut Hashim Awang (1985), kritikan kesusasteraan ialah satu usaha


mempertimbangkan dan menilai karya sastera secara jujur dan sistematik. Yang dikatakan
jujur kerana pengkritik mesti membuktikan status karya berkenaan sama ada bermutu atau
tidak bermutu. Selain itu, teori pengkritikan ini akan menganalisis karya sastera dengan lebih
jelas. Kritikan sastera ini merupakan suatu disiplin ilmu yang saintifik. Hal ini kerana ia
ditumpukan kepada penghayatan, penganalisisan dan penilaian sesebuah karya sastera.
Bukan itu sahaja, kritikan sastera ini turut menggunakan pendekatan atau metadologi
tertentu dalam membuat kritikan. Mengkritik karya sastera ini juga melibatkan penghayatan.
Sesuatu penghayatan merangkumi apresiasi, pengamatan, pemahaman, tanggapan,
perasaan, seta pemikiran yang terjelma sebagai reaksi terhadap sesuatu bacaan.

3.0 Karya Sastera Yang Dipilih

Sebelum mengkritik secara lebih lanjut, saya akan mengulas serba sedikit mengenai
karya sastera yang telah saya pilih. Saya memilih karya sastera ialah puisi syair. Syair
adalah sebuah bentuk puisi berlagu. Syair berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke
Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut
kesesuaian bahasa Melayu klasik ketika itu. Menurut Za’aba pula mendefinisikan bahawa
syair berasal daripada perkataan ‘syir’ yang membawa maksud perasaan serta pengenalan
dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman.
Setiap syair yang dihasilkan menggunakan bahasa yang indah dan menarik. Jelaslah
bahawa karya tersebut dapat menimbulkan pelbagai perasaan kepada pembaca melalui
susunan kata serta bahasa yang menarik di samping dapat menimbulkan pelbagai
persoalan yang timbul dalam diri pembaca.

1
4.0 Kritikan Karya

Syair Jong Pecah karya Adibah Amin ini menceritakan peristiwa perpecahan
sesebuah bangsa yang semakin terhakis. Dalam syair ini, pengarang mengetengahkan
sebab dan akibat perpecahan sesuatu bangsa serta harapannya. Karya sastera ini juga
terdapat pelbagai nasihat serta iktibar daripada sesebuah peristiwa perpecahan bangsa
yang telah berlaku suatu masa dahulu. Syair Jong Pecah ini bertemakan cinta iaitu cinta
kepada negara. Pengarang syair ini mengisahkan kronologi kejatuhan sesebuah negara
untuk mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah. Negara berkenaan pernah aman
damai serta terkenal kerana semangat bersatu padu antara rakyat dengan pemerintahan.
Disebabkan oleh kelalaian rakyat, negara berkenaa telah jatuh ke tangan penjajah
menyebabkan rakyat hidup menderita kembali. Walau bagaimanapun, setelah bertahun
lama dijajah rakyat negara tersebut saling bersatu padu dan akhirnya kedaulatan negara itu
dapat ditegak semula. Pengarang menggunakan istilah ‘jong pecah’ untuk menggambarkan
tema perpecahan kalangan pemerintah. Pemilihan konsep dan imej jong dan dipadankan
dengan konsep negara adalah sesuai dengan tema syair kerana jong yang rosak akan
tenggelam. Demikian sesebuah negara yang rosak (rakyat dan pemerintah tidak bersatu)
juga akan musnah (tenggelam).

Selain itu, analisis dari segi bentuk syair Jong Pecah ini terdiri daripada 7 rangkap.
Setiap rangkap tersebut mempunyai empat baris. Setiap baris terdiri daripada empat hingga
lima patah perkataan. Seterusnya, syair ini mempunyai sembilan hingga sebelas suku kata.
Kesemua rima akhir syair ini ialah aaaa.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa jenis gaya bahasa yang terdapat dalam syair ini
ialah gaya bahasa anafora. Penggunaan gaya bahasa anafora adalah perulangan perkataan
pada awal baris secara berturutan. Gaya perulangan itu dapat menimbulkan kesayuan dan
kekesalan rasa. Nada kesayuan itu penting dan sesuai dengan tema dan mesej syair yang
membicarakan tentang kejatuhan sesebuah kerajaan. Contohnya, pada rangkap empat
baris tiga dan empat:

Entah di mana salah dan silap,

Entah siapa dan lelap

Seterusnya, simpulan bahasa iaitu satu bahasa kiasan yang merujuk makna tersirat.
Contohnya, perkataan ‘bunga bangsa’ yang bermaksud pahlawan yang berjuang menuntut
kemerdekaan. Selain itu, terdapat simpulan bahasa ‘harga diri’ yang bermaksud maruah diri.
Penggunaan lambang dan kiasan itu berpadanan dengan ciri dan tema syair ini serta
menepati ciri-ciri kesusasteraan itu sendiri. Apabila mengkritik pemerintah atau golongan

2
lebih berkuasa adalah sesuai dengan penggunaan kata-kata kiasan demi menjaga
statusnya dan hubungan dengan golongan bawahan.

Tambahan pula, penggunaan gaya bahasa diksi, terdapat penggunaan bahasa Arab.
Contohnya, perkataan Assalamualaikum, Rahman dan ilahi. Terdapat juga penggunaan
bahasa daerah, iaitu rebeh. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan rebeh ini
bermaksud robek atau terkulai. Pengarang juga menggunakan perkataan ‘sajikan’ pada
rangkap satu baris tiga. Perkataan ‘sajikan’ tersebut bermaksud mempersembahkan.
Penggunaan gaya bahasa diksi bagi perkataan ‘jong’ pula merupakan simbol yang
bermaksud negara atau bangsa. Menurut Wikipedia, jong tersebut bermaksud sebuah kapal
perlayaran. Pengarang mengibaratkan jong atau kapal sebagai sebuah negara manakala
penumpangnya ialah rakyat. Pengarang mengetengahkan perkataan ‘Jong Pecah’ untuk
tajuk syair ini kerana sekiranya jong atau kapal perlayaran tersebut pecah akan
menyebabkan ia tenggelam dan memusnahkan semua muatannya. Penggunaannya sesuai
kerana syair ini menggambarkan perpecahan golongan pentadbir iaitu pengendali jong. Jika
raja merupakan pemerintah di istana, pengendali jong merupakan pemerintah sepanjang
pelayaran jong berkenaan.

Syair ini turut diwarnai oleh unsur-unsur bunyi iaitu unsur bunyi asonansi dan
aliterasi. Unsur bunyi asonansi merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama pada
perkataan secara berturutan dalam baris-baris puisi. Pengulangan begini menimbulkan
kesan kehalusan, kelembutan, kemerduan atau keindahan bunyi. Contohnya, pengulangan
vokal ‘a’ iaitu ‘negara dan bangsa menempa nama’. Manakala, penggunaan unsur bunyi
aliterasi. Unsur bunyi aliterasi bermaksud pengulangan konsonan yang sama dalam baris-
baris puisi secara berturutan. Contohnya, ‘sebuah syair saya sajikan’.

5.0 Rumusan

Secara keseluruhan, teori atau pendekatan sastera dibina bagi tujuan untuk
menganalisis karya sastera mengikut kriteria masing-masing. Mengkritik karya sastera ini
bertujuan untuk memahami mesej atau amanah yang ingin disampaikan, struktur
penceritaan dan kandungan cerita. Bukan itu sahaja, ia turut dapat membantu pembaca
memahami teks dan juga membantu pengarang mempertingkatkan mutu karya. Melalui
analisis terhadap karya akan terpancar rahsia yang dapat membantu membina kualiti
kehidupan pembaca. Setiap karya sastera yang dihasilkan tersebut mempunyai maksud
tersirat peristiwa yang dapat diteladani oleh pembaca dan bukan sekadar dihasilkan
bertujuan menghiburkan masyarakat.

3
Rujukan

Hashim Awang. (1985). Diakses dari

https://www.scribd.com/document/69004301/Bab-4-Kritik-Sastera

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2011). Diakses dari


http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rebeh

https://mandala991.wordpress.com/tugas-kuliah/aliterasi-dan-asonansi-pada-puisi/

http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=12383

https://www.bmspm.net/syairjongpecah.htm

https://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=8935

http://fikirasa.proboards.com/thread/25/jenis-kritikan

https://vdocuments.mx/bab-4-kritik-sastera.html

Wikipedia. (2018). Diakses dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Jong

Za’aba. Diakses dari https://pengertiandefinisi.com/pengertian-syair-dan-contoh-syair/

Anda mungkin juga menyukai