Anda di halaman 1dari 8

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

KERTAS KERJA

KEM SMART 3M PEMULIHAN KHAS LINUS2.0


NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017

5 HINGGA 6 SEPTEMBER 2017

KOMPLEKS RAKAN MUDA DAERAH


SEBERANG PERAI SELATAN
KERTAS KERJA

KEM SMART 3M PEMULIHAN KHAS LINUS2.0 NEGERI PULAU PINANG


TAHUN 2017

1.0 PENGENALAN.
Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) telah menyasarkan bahawa semua murid
berkeupayaan untuk menguasai aras literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas
selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Program Literasi dan Numerasi (LINUS)
diwujudkan untuk menangani masalah murid yang berkeupayaan tetapi masih belum menguasai
literasi dan numerasi. Sasaran NKRA pada tahun tiga semua murid mencapai 100% penguasaan
asas litersasi dan numerasi.
Berdasarkan Saringan 1 LINUS2.0 tahun 2017, didapati masih terdapat murid yang tidak
menguasai konstruk Literasi dan Numerasi. Justeru, Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan
Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah bersetuju untuk
mengadakan satu program bagi membantu murid-murid yang masih belum mencapai konstruk
yang telah ditetapkan. Melalui Kem SMART 3M Pemulihan Khas LINUS2.0 ini, murid-murid akan
didedahkan dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menerapkan elemen Pembelajaran Abad 21
di samping kaedah didik hibur yang lebih menarik minat dan menyeronokkan.

2.0 MATLAMAT
Murid Tahun 3 yang belum menguasai Konstruk 3 hingga Konstruk 8 dalam Saringan 1
LINUS2.0 tahun 2017 dapat menunjukkan peningkatan penguasaan konstruk dalam Saringan 2
LINUS2.0 tahun 2017.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi bimbingan secara dekat kepada murid Pemulihan Khas dalam kategori K3-K8.
3.2 Meningkatkan tahap penguasaan konstruk Literasi dan Numerasi dalam kalangan murid
Pemulihan Khas kategori K3-K8.
3.3 Meningkatkan motivasi diri dalam kalangan murid Pemulihan Khas kategori K3-K8 untuk
mencapai kejayaan seperti murid-murid aliran perdana.

4.0 SASARAN
4.1 60 orang murid Pemulihan Khas Tahun 3 yang belum menguasai konstruk 3 hingga konstruk
8 dalam Saringan 1 LINUS2.0 tahun 2017.

5.0 TARIKH
5.1 5 hingga 6 September 2017

6.0 TEMPAT
6.1 Kompleks Rakan Muda Daerah Seberang Perai Selatan

7.0 PENGLIBATAN
7.1 Pegawai Unit Pendidikan Khas, SPSPK, JPN Pulau Pinang
7.2 Pegawai Pendidikan Khas/Pemulihan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah
7.3 Jurulatih Utama Program Pemulihan Khas Negeri Pulau Pinang
7.4 Guru Pemulihan Khas Negeri Pulau Pinang
7.5 Murid Pemulihan Khas Tahun 3
8.0 JAWATANKUASA
8.1 Jawatankuasa Induk Kem SMART 3M Pemulihan Khas LINUS2.0 Negeri Pulau Pinang 2017
Penaung : En. Shaari b. Osman
Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Penasihat : En Mohd Jamil b. Mohamed
Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Pengerusi : Pn Rosmaliza bt. Mohamed Amin
Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
Naib Pengerusi : Tn Hj Norhassim b. Hj Mahat
Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan
Penyelaras : En Huzaimi b. Mohd Hashim
Ketua Unit Pendidikan Khas.
Setiausaha : Cik Norliza Bt Mohamad Hazali.
Penolong Pengarah Pemulihan Khas.
Pen. Setiausaha : En. Khairi b. Ghazali.
Penyelia Pemulihan Khas.
AJK : Pegawai Pendidikan Daerah Timur Laut
Pegawai Pendidikan Daerah Barat Daya
Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara
Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah

8.2 Jawatankuasa Pengelola Kem SMART 3M Pemulihan Khas LINUS2.0 Negeri Pulau Pinang
2017
Penasihat : En Mohd Jamil b. Mohamed
Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Pengerusi : Pn Rosmaliza bt. Mohamed Amin
Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
Naib Pengerusi : Tn Hj Norhassim b. Hj Mahat
Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan
Penyelaras : En Huzaimi b. Mohd Hashim
Ketua Unit Pendidikan Khas.
Setiausaha : Cik Norliza Bt Mohamad Hazali.
Penolong Pengarah Pemulihan Khas.
Pen. Setiausaha : En. Khairi b. Ghazali.
Penyelia Pemulihan Khas.

Ahli Jawatankuasa :
Urusetia : Unit Pendidikan Khas
Pendaftaran/Pra Ujian & Pasca Ujian : PPD Timur Laut
Dokumentasi/Laporan/Buku Program : PPD Barat Daya
Makanan/Minuman/Hadiah/Sijil : PPD Seb Perai Utara.
Aktitivi/ Bina Bahan Sumber PdPc : PPD Seb Perai Tengah.
Persiapan Tempat/Kebersihan/Keselamatan: PPD Seb Perai Selatan.
Kem Komandan : SK Permatang Tok Mahat
Solat dan Tazkirah : SK Sungai Setar
Pendidikan Moral : SJKT Tasek Permai
Fasilitator : JU Program Pemulihan Khas & Guru
Pemulihan Khas Pulau Pinang
9.0 PERANAN JAWATANKUASA

Jawatankuasa Peranan Tindakan


Urusetia  Menguruskan persediaan bahan dan UPK, JPNPP
peralatan
 Memastikan bahan dan peralatan
mencukupi sepanjang program
 Memastikan program berjalan lancar.
Pendaftaran  Menyediakan borang pendaftaran murid PPD Timur Laut
dan guru pengiring mengikut daerah
dan jawatankuasa kem.
 Membuat pendaftaran kehadiran.
Pra dan Pasca Ujian  Menyediakan instrumen bertulis Pra PPD Timur Laut
dan Pasca Ujian.
 Mengurus Pra dan Pasca Ujian
Dokumentasi  Merakam gambar sepanjang kem. PPD Barat Daya
Laporan  Membuat laporan bertulis selepas tamat PPD Barat Daya
kem
Buku Program  Menyedia dan mengedar buku program PPD Barat Daya
kem
Makanan/Minuman  Mengurus makan dan minum sepanjang PPD Seberang Perai
kem Utara
 Menyediakan air mineral
Hadiah/Sijil  Menyediakan hadiah untuk murid. PPD Seberang Perai
- Murid lelaki dan perempuan terbaik Utara
keseluruhan
- Pemenang pertandingan eja, baca
dan kira.
 Berhubung dengan AJK Pra dan Pasca
Ujian untuk mendapat nama murid lelaki
dan perempuan terbaik.
 Berhubung dengan AJK Aktiviti untuk
pemenang pertandingan eja, baca dan
kira
 Mengurus penyampaian hadiah dan sijil
semasa majlis penutup
Aktiviti  Merancang dan menyusun aktiviti PdPc PPD Seberang Perai
Literasi dan Numerasi untuk murid Tengah
sepanjang kem
 Berhubung dengan fasilitator bagi
setiap aktiviti Literasi dan Numerasi
Bina Bahan Sumber  Melaksanakan bengkel bina bahan PPD Seberang Perai
PdPc sumber PdPc Tengah
 Memastikan bahan sumber PdPc
mencukupi untuk aktiviti murid
 Berhubung dengan fasilitator bagi
setiap bahan untuk aktiviti murid.
Persiapan Tempat  Memastikan asrama, bilik seminar dan PPD Seberang Perai
bilik kuliah dalam keadaan baik untuk Selatan
pelaksanaan kem
 Membawa murid dan guru pengiring ke
asrama selepas pendaftaran.
Kebersihan/Keselamatan  Memastikan persekitaran kem dalam PPD Seberang Perai
keadaan bersih dan selamat. Selatan
Kem Komandan  Memastikan persekitaran kem dalam SK Permatang Tok Mahat
keadaan selamat
 Memanggil dan memastikan murid telah
bersedia sebelum memulakan aktiviti.
 Sentiasa berhubung dengan urusetia
bagi setiap aktiviti yang akan
dilaksanakan.
 Lain-lain tugas yang berkaitan
Solat dan Tazkirah  Imam bagi setiap solat SK Sungai Setar
 Menyampaikan tazkirah solat Maghrib
dan Subuh
Aktiviti Pendidikan Moral  Melaksanakan aktiviti pendidikan moral SJKT Tasek Permai
kepada murid bukan islam
Fasilitator  Berhubung dengan AJK Aktiviti JU Program Pemulihan
melaksanakan semua aktiviti PdPc Khas & Guru Pemulihan
murid. Khas

10.0 SENARAI AKTIVITI

Aktiviti Perkara Penglibatan


Murid PdPc Literasi Murid
Aktiviti 1 Fasilitator
Guru Pembelajaran Berkesan Guru Pemulihan Guru pengiring
Khas
Murid PdPc Numerasi Murid
Aktiviti 2 Fasilitator
Guru Etika Keguruan Guru pengiring
Murid Pertandingan Eja, Baca, Kira Murid
Aktiviti 3 Guru Pengiring
Fasilitator
Murid Teknik Menjawab Saringan LINUS2.0 Murid
Aktiviti 4 Fasilitator
Guru Mengenali Ciri-ciri MBK Guru Pengiring

11.0 GARIS MASA PELAKSANAAN KEM


Tarikh/Hari Perkara Tempat
2 Ogos 2017 Mesyuarat Penyelarasan Kem SMART 3M Bilik Serambi Mutiara,
Rabu Pemulihan Khas LINUS2.0 Negeri Pulau JPNPP
Pinang 2017 Bil.1
17 Ogos 2017 Bengkel Bina Bahan Kem SMART 3M SK Bakap Indah, SPS
Khamis Pemulihan Khas LINUS2.0 Negeri Pulau
Pinang 2017
4 September 2017 Mesyuarat Penyelarasan Kem SMART 3M SK Bakap Indah /
Isnin Pemulihan Khas LINUS2.0 Negeri Pulau Kompleks Rakan Muda
Pinang 2017 Bil.2 Daerah SPS
5 – 6 September 2017 Kem SMART 3M Pemulihan Khas Kompleks Rakan Muda
Selasa – Rabu LINUS2.0 Peringkat Negeri Pulau Pinang Daerah SPS
2017

12.0 TENTATIF

12.1 Hari Pertama : 5 September 2017 (Selasa)


Masa Perkara Tindakan
AJK Pendaftaran
8.00 - 8.30 pagi Pendaftaran murid
AJK Persiapan Tempat
8.30 - 9.00 pagi Sarapan pagi AJK Makanan
9.00 - 9.30 pagi Taklimat Peserta / Ice breaking Kem Komandan
Kem Komandan
AJK Pra Ujian & Pasca
9.30 - 10.30 pagi Pra Ujian : Literasi & Numerasi
Ujian
Guru Pengiring
10.30 - 11.00 pagi Minum Pagi AJK Makanan
Kem Komandan
Aktiviti 1
Murid :
Murid : PdP/PdPc Literasi
11.00 pagi – 12.30 t/hari AJK Aktiviti / Fasilitator
Guru Pengiring : Pembelajaran Berkesan
Guru :
Guru Pemulihan Khas
KU Pend Khas / Urusetia
Makan Tengahari AJK Makanan
12.30 t/hari - 2.00 petang Solat Zohor AJK Solat
Rehat Guru Pengiring
Kem Komandan
Aktiviti 2 Murid :
2.00 - 4.30 petang Murid : PdP/PdPc Numerasi AJK Aktiviti / Fasilitator
Guru Pengiring : Etika Keguruan Guru :
Pen PPD SPU / Urusetia
Minum Petang AJK Makanan
4.30 - 5.30 petang
Solat Asar AJK Solat
Kem Komandan
5.30 - 6.30 petang Riadah
Guru Pengiring
6.30 - 7.00 petang Makan Malam AJK Makanan
Solat Maghrib dan Tazkirah AJK Solat
7.00 - 9.00 malam Aktiviti Pendidikan Moral AJK Pendidikan Moral
Solat Isyak
9.00 - 10.30 malam Aktiviti 3 Kem Komandan
Pertandingan Eja, Baca dan Kira AJK Aktiviti
Fasilitator
Guru Pengiring
10.30 – 11.00 malam Minum Malam AJK Makanan
AJK Keselamatan
11.00 malam Persiapan Diri / Tidur
Guru Pengiring

12.2 Hari Kedua : 6 September (Rabu)


Masa Perkara Tindakan
Persiapan Diri AJK Solat
5.30 - 7.00 pagi Solat subuh berjemaah & Tazkirah AJK Pendidikan Moral
Aktiviti Pendidikan Moral Guru Pengiring
Malaysia cergas Kem Komandan
7.00 - 8.30 pagi
Sarapan AJK Makanan
Aktiviti 4 Kem Komandan
Murid : Teknik Menjawab Saringan AJK Aktiviti
8.30 - 10.00 pagi
LINUS2.0 Fasilitator
Guru Pengiring : Mengenali Ciri-ciri MBK Pen PPD SPS / Urusetia
Kem Komandan
10.00 - 11.00 pagi Pasca Ujian : Literasi dan Numerasi AJK Pra Ujian dan Pasca
Ujian
Guru Pengiring
Majlis Penutupan Kem Smart 3M Urusetia
11.00 pagi -12.30 t/hari Pemulihan Khas LINUS2.0 Negeri Pulau AJK Hadiah
Pinang 2017
12.30 t/hari -1.00 petang Makan Tengahari AJK Makanan
1.00 petang Bersurai Guru Pengiring

13.0 BUTIRAN PERBELANJAAN

Aktiviti Sokongan Nota Pengiraan Jumlah


(RM)
Tuntutan Perjalanan (OS21000)
Pegawai JPN / PPD / Guru RM25.00 X 40 orang X 1 kali 1000.00

Makan/Minum/Cetakan (OS29000)
Makan/Minum RM16.00 X 120 orang X 2 hari 3840.00

Penginapan RM15.00 X 120 orang X 1 kali 1800.00

Bahan PdPc / Cetakan Instrumen Pra dan RM860.00 X 1 kali 860.00


Pasca Ujian
JUMLAH 7500.00

13.0 PENUTUP
Diharapkan program ini dapat mencapai objektifnya dan membantu meningkatkan
penguasaan konstruk dalam kalangan murid Pemulihan Khas semasa Saringan 2 LINUS2.0 2017.
Selain itu, adalah diharapkan murid Pemulihan Khas dapat membina keyakinan diri dan
membangun potensi individu yang lebih seimbang dari segi kognitif, psikomotor dan afektif
terutama apabila mereka melalui pembelajaran di kelas arus perdana kelak.
Disediakan oleh :

JAWATANKUASA KEM SMART 3M PEMULIHAN KHAS LINUS2.0 PULAU PINANG 2017

Disemak oleh :

....................................................
(HUZAIMI BIN MOHD HASHIM)
Ketua Unit Pendidikan Khas
Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Disahkan oleh :

...............................................................
(ROSMALIZA BT MOHAMMED AMIN)
Ketua Sektor
Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Anda mungkin juga menyukai