Anda di halaman 1dari 2

Sejarah Taman Tergantung Babylon Bagaimana rupanya taman tergantung Babylon?

Seseorang
pernah melukiskannya melalui sebuah puisi : ”Seseorang boleh minum pati buah di taman ini, hanya
dengan menghidu aroma pokoknya sahaja.” Ketika angin berhembus, daun-daun palma berguguran
dibawa angin mengambang ke kolam-kolam lili air, dan ke kota Babylon di bawahnya.    Seluruh
wilayah kota terbesar pertama di masa kuno ini (penduduknya dianggarkan 200.000 orang) kelihatan
sangat jelas dari puncak taman. Walaupun berada di dataran tinggi, namun seluruh tanaman
disirami air setiap hari. Sistem pengairan taman ini sangat menakjubkan. Tidak salah kiranya jika
Philon, ahli falsafah Yunani yang gemar mengembara mencatatnya sebagai satu dari tujuh keajaiban
kuno dunia. Taman ini sangat memikat hati. Sejarah Pembuatan Taman Tergantung Babylon yang
merupakan ibukota dari Babylon, kerajaan kuno Mesopotamia, iaitu sebuah kota yang terletak
berhampiran sungai Euphrates, yang sekarang dikenali sebagai Iraqselatan. Berdasarkan sejarah,
dinasti pertama dari Babylon didirikan oleh Hammurabi pada masa Neo-Babylonian setelah
kehancuran kerajaan Assyrian. Babylon menjadi salah satu kota terpenting pada zaman Timur
Tengah kuno ketika Hammurabi (1792-1750 BC), menjadikannya ibukota kerajaan Babylon.
Kebudayaan bangsa Babylon dibina dengan sangat baik dan catatan cuneiform yang berjaya ditemui
menunjukkan, agama, sejarah, dan ilmu pengetahuan pada masa itu sangat berkembang. Ubat-
ubatan, kimia, alchemy, botany, matematik, dan astronomi juga dipraktikkan. Agama dan tulisan
kuno yang berbentuk cuneiform ini berasal dari kebudayaan Sumer yang lebih tua.    Mereka juga
mengembangkan bentuk abstrak dari tulisan berdasarkan symbol cuneiform (berbentuk baji).
Tulisan ini ditulis di tanah liat yang basah dan dibakar dibawah terik matahari. “Dongeng tentang
penciptaan” bangsa babylon ditulis dalam tujuh lembaran tanah liat dan ditampilkan serta dibacakan
pada festival tahun baru di Babylon.    Lembaran-lembaran ini mengisahkan tentang kejayaan Tuhan
Kota Babylon, Marduk, dan bagaimana Marduk boleh menjadi Tuhan tertinggi, Raja semua Tuhan
yang ada di syurga dan bumi.     Tower of Babel   Bangsa Babylon mempunyai sistem angka yang
lebih maju dari yang kita miliki sekarang, dengan sistem posisi dengan dasarnya 60. Mereka juga
membuat tabel untuk membantu dalam proses perhitungan.    Mereka membahagi hari sama seperti
yang sekarang kita lakukan, 24 jam dengan 60 minit, untuk setiap jam dan setiap 60 minit. Adat
kebiasaan bangsa Babylon ini ikut mempengaruhi bangsa Assyria dan turut memberikan kontribusi
terhadap sejarah Timur Tengah dan Eropah Barat dikemudian hari. Babylon mengalami kemerosotan
dan jatuh kedalam anarki sekitar 1180 BC, tetapi kemudian bangun berkembang kembali sebagai
sebahagian negara  dari kerajaan Assyria selepas abad ke 9 BC. Babylon akhirnya dihancurkan pada
689 BC, oleh bangsa Assyria dibawah kepemimpinan SennaCherib, tetapi kembali dibina lagi.    
Nabopolassar mendirikan apa yang sekarang dikenali sebagai Chaldean atau kerajaan baru Babylon
pada 625 BC, dan akhirnya mencapai masa keemasannya dibawah pemerintahan anaknya
Nebuchadnezzar (604-562 BC). Kejayaan serta kemegahan Babylon menjadi terkenal dan legenda
sejak naik tahtanya Nebuchadnezzar, yang dipercayai sebagai pembina Taman Tergantung Babylon.  
Persembahan Rasa Cinta   Seperti juga Taj Mahal di India, yang dibina oleh Shah Jahan untuk
permaisuri terkasihnya Mumtaz Mahal, taman bergantung Babylon ini pun merupakan sebuah
persembahan cinta. Taman ini dibina Nebukadnezar II yang memerintah dari tahun 605-562 SM,
dikhas bagi Amytis, permaisuri tercintanya yang berasal dari kerajaan Media. Kerajaan Media
berpusat di pergunungan Persia (Iran). Kemahuan Amytis besar diantara hijaunya pergunungan,
serta sejuknya tiupan angin. Keadaan kerajaannya berbeza dengan Babylon.    Babylon merupakan
wilayah datar, kering, dan panas. Ini membuat Amytis selalu terkenang akan hijaunya hutan Media.
Ia rindu kembali ke kampung halamannya. Untuk mengobati kerinduan isterinya Raja Nebukadnezar
memerintahkan, untuk membina sebuah taman rendang di dataran tinggi. Taman itu dibina di timur
sungai Eufrat (Euphrates), sekitar 50 km selatan Baghdad, Iraq. Menurut sejarawan Yunani Diodorus
Siculus, lebar taman ini 400 kaki, panjangnya 400 kaki dan tingginya sekitar 80 kaki. Taman ini berdiri
di atas ‘alas’ yang diperbuat dari batu bata yang ditutup aspal dan keramik (tanah liat dibakar).   
Berfungsi untuk mencegah masuknya resapan air ke tanah yang berkemungkinan besar akan
meroboh kestabilan taman. Sejarawan lainnya, Herodotus mengungkapkan, bahawa taman ini
terletak di dalam dinding istana yang berlapis emas yang panjangnya mencapai 56 mil.    Jalan taman
ini sangat lebar hingga membolehkan kereta yang ditarik empat ekor kuda untuk berpatah balik.
Disini juga berdiri kuil-kuil pemujaan yang berisi patung dewa dari emas. Taman ini dibuat
bertingkat, lebih tinggi dari bangunan lain di kota Babylon, menimbulkan ilusi ‘tergantung di udara’. 
Kesan ini makin jelas bila taman dilihat dari balik rumah-rumah penduduk. Semua tanaman akan
kelihatan tergantung di atas atap perumahan. Inilah sebabnya kenapa taman itu dinamakan taman
tergantung. Disebutkan juga, bahawa taman itu dibina oleh Nebuchadnezzar untuk menghibur
isterinya yang sangat suka berada didaerah yang dikelilingi oleh pergunungan.    Semenjak itulah
taman tergantung, satu dari tujuh keajaiban dunia yang ada.SLL

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Anda mungkin juga menyukai