Anda di halaman 1dari 2

IBU BAPA BERPERANAN DALAM MEMBENTUK DISIPLIN PELAJAR

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim, guru - guru dan rakan
sekalian. Selamat petang dan salam sejahtera.

Berdirinya saya di sini, untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Ibu


Bapa Berperanan dalam Membentuk Disiplin Pelajar". Ini bermaksud ibu bapa
lebih bertanggungjawab dalam mendidik pembentukan sahsiah anak - anak
mereka.

Para hadirin yang dihormati,

Bagi seorang pelajar masanya lebih lama berada di rumah berbanding di


sekolah. Oleh itu, ibu bapa lebih lama bersama mereka daripada guru. Tentulah
ibu bapa dapat memberikan perhatian dalam pembentukan disiplin anak mereka.

Ibu bapa juga lebih memahami tingkah laku anak - anak mereka. Melalui
kesedaran ini, tentulah mudah bagi ibu bapa untuk membentuk peribadi anak -
anak mereka.

Sebagai ibu bapa tentulah mereka lebih bertanggungjawab dalam soal


mendidik anak. Mereka tidak mahu anak mereka terlibat di dalam gejala - gejala
yang negatif. Ibu bapa tidak boleh mengharapkan pihak lain untuk membentuk
disiplin anak - anak mereka.

Ibu bapa lebih ikhlas dalam mendidik anak. Mereka juga tidak
mengharapkan apa - apa balasan daripada usaha yang dibuat. Ibu bapa lebih
mengharapkan kejayaan anak - anak mereka.

Para hadirin yang dihormati,

Melalui huraian di atas, jelaslah ibu bapa memainkan peranan yang penting
dalam pembentukan disiplin anak - anak mereka.
Pendahuluan:
Setiap ibu bapa mengimpikan kejayaan anak-anak - tidak boleh sekadar berpeluk
tubuh dan mengharapkan impian menjadi kenyataan - perlu sedar - memainkan
peranan utama dalam memastikan kejayaan anak-anak.

Isi-isi:

membelikan buku-buku rujukan, buku kerja – biasakan anak-anak buat latih tubi
atau latihan tambahan agar dapat menguasai setiap subjek dengan baik

 menyediakan jadual ulang kaji dan memastikan anak-anak mengikut jadual yang
dibuat – bimbing agar mereka lebih berdisiplin mengikut jadual tersebut – dapat
lebih bersedia menjelang peperiksaan

menyediakan kelengkapan alat tulis yang cukup – pen, pen warna, set geometri -
pembelajaran terganggu jika tidak cukup kelengkapan

menyediakan makanan yang berkhasiat – cergas dan cerdas dalam kehidupan


seharian

memberi kata-kata perangsang/ motivasi kepada anak-anak – jangan rendahkan


kemampuan mereka – sentiasa beri sokongan/dorongan agar mereka boleh
berjaya

Penutup:
Ibu bapa perlu turut sama berusaha - tidak wajar menyerahkan tanggungjawab
kepada pihak sekolah atau pusat tuisyen - kejayaan yang besar bermula dari
rumah - kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Anda mungkin juga menyukai