Anda di halaman 1dari 4

PERIBAHASA : Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Pada cuti sekolah yang lalu, aku telah pulang ke kampung di Negeri Sembilan bersama-sama
keluarga. Sebaik tiba di kampung, aku mula berpakat dengan sepupu-sepupuku, Atan dan Usap
untuk memancing ikan di Sungai Jelai.

"Jangan main sungai. Bahaya. Hujan lebat semalam. Arus sungai deras," pesan nenekku.

Bagaimanapun ketika ibu dan ayah berbual dengan nenek di dapur, aku, Atan dan Usop
meneruskan rancangan kami memancing di sungai itu.

Setelah beberapa minit mencampakkan mata kail ke dalam sungai, Atan dapat memancing
seekor ikan yang besar. Atan berasa sangat gembira. Setelah memasang mata kail yang baharu pada
jorannya, Atan mencampakkan pancingnya kembali ke dalam sungai.

Tiba-tiba Atan tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Atan menjerit meminta tolong. Aku dan
Usop cuba mencapai tangannya tetapi gagal kerana arus sungai agak deras. Aku lihat Atan cuba
berenang untuk menyelamatkan diri tetapi terus dibawa arus. Tangannya terkapai-kapai dalam air.

Aku menjerit meminta tolong. Usop pula berlari pulang untuk memberitahu penduduk kampung.
Tidak lama kemudian, penduduk kampung datang bersama-sama ibu dan ayah kami. Beberapa
orang penduduk berenang ke dalam sungai untuk mencari Atan, tetapi gagal. Aku dan Usop
menangis teresak-esak. Lebih kurang tiga jam kemudian, anggota bomba dan penyelamat yang
datang menemui mayat Atan tersangkut pada akar pokok. Mayatnya kemudian dibawa ke hospital.

Aku amat menyesal kerana tidak mendengar nasihat nenekku. Bagaimanapun, penyesalanku
sudah tidak ada gunanya kerana "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna."

PERIBAHASA : Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

Budin seorang budak yang nakal. Dia suka membuli muri-murid yang lain selain sikapnya yang
kasar dan biadap. Budin juga selalu ponteng sekolah. Walaupun dia kerap ditegur oleh gurunya,
namun teguran itu tidak diendahkannya.
Budin ada tiga orang sahabt yang nakal sepertinya. Sahabatnya, Rashid, Balan dan Sidek
menganggap Budin seorang yang berani. Hal ini kerana, Budin berani mencuri barang-barang
peniaga pasar malam. Ketika peniaga sedang sibuk melayan pelanggan, Budin akan berpura-pura
memilih barangan. Dia kemudian akan menghulurkan barangan yang hendak dicuri secara sembunyi-
sembunyi kepada kawan-kawannya.

Budin dan kawan-kawannya sering menjadikan Tok Din, seorang lelaki tua penjual buah-buahan
sebagai mangsa. Kawan-kawan Budin akan berpura-pura terlanggar buah-buahan Tok Din. Apabila
Tok Din sibuk mengutip buah-buahan yang jatuh, Budin akan mencuri wang di dalam tempat
simpanan wang Tok Din tanpa disedari oleh lelaki tua itu.

Bagaimanapun, pada suatu hari, ketika mereka melakukan perkara yang sama, seorang lelaki
terpandang perbuatan mereka. Lelaki iu memekik lalu memaut leher Budin. Budin tidak sempat
melarikan diri lalu ditangkap oleh lelaki tersebut. Lelaki itu kemudian membawa Budin ke balai polis.
Rashid, Balan dan Sidek turut ditangkap oleh pihak polis kerana bersubahat dengan Budin.

Walaupun seseorang itu sangat licik ketika melakukan pebuatan jahat, lama-kelamaan
perbuatan jahat itu akan diketahui juga kerana "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke
tanah juga." Begitulah juga yang berlaku kepada Budin dan kawan-kawannya.

PERIBAHASA : Sediakan payung sebelum hujan

Peribahasa "sediakan payung sebelum hujan" bermaksud kita perlu sentiasa bersiap sedia.
Persediaan dari segi fizikal dan mental ini penting bagi kemungkinan berlakunya perkara yang tidak
dingini.

Seperti peribahasa "beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis," peribahasa ini
mengingatkan kita supaya sentiasa berwaspada dalam apa-apa perkara yang kita lakukan dan
mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan perkara yang buruk daripada berlaku.

Maksud peribahasa ini sangat baik diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka.
Anak-anak yang masih kecil perlu dididik dengan akhlak yang mulia selain dibekalkan dengan ilmu
pengetahuan untuk memastikan mereka hidup sempurna pada masa hadapan. Tanpa didikan yang
sempurna, kemungkinan anak-anak akan mengalami keruntuhan akhlak apabila dewasa.

Kejayaan dapat dicapai dengan berusaha. Justeru, seseorang perlu berusaha dari awal agar apa-
apa yang dicita-citakan akan dapat dicapai. Apabila kita telah bersedia , pekerjaan yang kita lakukan
akan menjadi lancar dan teratur. Perancangan awal ini penting untuk memastikan sesuatu yang
dilakukan berhasil.

Bagi murid pula, peribahasa ini wajar diamalkan. Hal ini kerana, setiap murid memang perlu
sentiasa bersiap sedia sebelum menghadapi peperiksaan dengan belajar dan mengulangjkaji
pelajaran. Jika murid tidak belajar, maka kejayaan tidak akan dicapai.

Kesimpulannya, peribahasa ini mempunyai pengajaran yang baik kerana mengingatkan kita
supaya sentiasa bersedi. Oleh itu, wajarlah maksud peribahasa ini dijadikan amalan dalam
kehidupan.

PERIBAHASA : Genggam bara api biar sampai jadi arang

Jika kita hendak men capai cita-cita, kita perlu berusaha secara tekal serta sabar apabila
menghadapi cabaran dan dugaan. Begitulah maksud peribahasa "genggam bara api biar sampai jadi
arang."

Antara contoh yang ada kaitan dengan peribahasa ini ialah diri murid sendiri. Sama ada murid
sekolah rendah, pelajar sekolah menengah atau kolej, mahupun penuntut di universiti, semuanya
perlu gigih menuntut ilmu. Semasa di sekolah rendah, kita perlu menduduki peperiksaan UPSR. Di
sekolah menengah pula, kita menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM. KIta perlu melalui semua
cabaran ini dengan sabar jika hendak berjaya dalam pelajaran.

Bagi peniaga pula, susah payah untuk maju perlu dihadapi terlebih dahulu jika hendak menjadi
usahawan berjaya. Jatuh bangun dalam bidang perniagaan bagi seorang usahawan akan
mematangkan mereka, seterusnya menjadi tangga untuk mereka lebih maju.

Antara contoh yang lain ialah usaha yang dilakukan oleh penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza
Tajuddin. Beliau terus berusaha memajukn diri dan tanah air, dengan membuat persembahan di
Royal Albert Hall, London menggunakan perbelanjaan sendiri. Hal ini membolehkan beliau mencipta
nama pada peringkat antarabangsa.

Semua tokoh terkemuka dunia berjaya hasil usaha gigih. Tokoh pejuang negara seperti Tunku
Abdul Rahman, Dato' Onn Jaafar dan tokoh kemerdekaan yang lain berusaha gigih untuk
memerdekakan negara. Pemimpin pada masa ini pula turut berusaha gigih untuk memajukan rakyat
dan negara demi memastikan Malaysia kekal makmur dan merdeka.
Jelaslah bahawa kejayaan akan datang seiring dengan usaha kerana "kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya."

PERIBAHASA : Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Peribahasa merupakan kalimat indah yang dicipta orang-orang tua dahulu yang berperanan
menasihati, mendidik, menyindir dan memberi peringatan kepada masyarakat. Hingga kini
peribahasa masih dipelajari dan diamalkan dalam hidup sehari-hari.

Antara peribahasa yang biasa kita dengar ialah "harimau mati meninggalkan belang. manusia
mati meninggalkan nama." Peribahasa ini bermaksud orang yang membuat kebajikan semasa hidup
akan sentiasa diingati. Hal ini mengajar kita agar sentiasa berbakti kepada masyarakat. Hingga kini
kita masih mengingati tokoh yang banyak berjasa kepada negara. Contohnya Tunku Abdul Rahman,
Dato' Maharajalela dan Pendeta Za'ba. Mereka telah lama meninggal dunia, tetapi segala jasa yang
dicurahkan tetap dikenang.

Tujuan peribahasa ini menggesa kita agar terus berbakti. Kita boleh berbakti kepada agama,
keluarga dan negara. Bakti yang paling mudah ialah membuat kebajikan yang dapat dimanfaatkan
kepada orang lain seperti menjaga kebersihan.

Apa yang kita kesali dalam kalangan kita ialah kegiatan merosakkan harta benda awam.
Sudahlah tidak mahu berbakti, malahan menyusahlan orang lain. Mereka yang bersikap negatif ini
kerana tidak mempunyai nila-nilai murni dalam hidup mereka.

Jadi, kita perlu bulat hati untuk membuat kebajikan sepanjang hidup kita. Untuk itu, jangan
sesekali hangat-hangat tahi ayam. Sebagai seorang murid yang sentiasa ingin berbakti kepada
sekolah, tindakan yang pertama ialah memastikan mematuhi undang-undang sekolah.Walaupun
negara dilanda teknologi maklumat (IT), peribahasa ini masih sesuai diamalkan dalam kehidupan
kita.

Anda mungkin juga menyukai