Anda di halaman 1dari 5

KAJIAN DAN PENEROKAAN

BERDASARKAN 4 BIDANG
KEGIATAN PSV
Berdasarkan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, ia sebenarnya
telah disusun mengikut perkembangan kanak-kanak dengan tujuan bagi melibatkan
murid dengan pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni tersebut adalah dalam empat
bidang utama iaitu,bidang menggambar,bidang membuat corak dan rekaan, bidang
membentuk dan membuat binaan,bidang kraf tradsional.Kesemua empat bidang ini
akan memberikan pengalaman seni yang sangat berharga yang akan dapat
memperkembangkan dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid di
sekolah rendah sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif selaras
dengan matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah.

Selain daripada itu, Pendidikan Seni Visual ini membantu murid menguasai
beberapa kemahiran seperti kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik serta
dapat berfikir secara kritis dan kreatif, belajar komunikasi secara berkesan, membuat
pilihan dan bijak membuat interpretasi Murid juga mendapat pengetahuan baru seperti
pengetahuan tentang alat, bahan dan teknik yang boleh diaplikasikan dalam sebarang
kegiatan seni. Sebagai tambahan, dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual murid
juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif yang boleh dilihat melalui
persekitaran, kraf tradsional, prisnip rekaan, unsur seni, pembuatan hasil seni dan
pelbagai lagi.

Organisasi kurikulum dalam Pendidikan Seni Visual merangkumi empat aspek


utama. Saya akan menghuraikan keempat- empat organisasi tersebut, mengaitkannya
dengan bidang kegiatan aktiviti seni visual dengan perkembangan kanak- kanak
berdasarkan kajian literature.
Pemerhatian secara aktif

Empat bidang kegiatan pendidikan seni visual memerlukan pemerhatian yang aktif
sebelum proses kerja dijalankan. Ini mempunyai persamaan dengan organisasi
kurikulum oleh Laura Chapman (1986), di mana pemerhatian juga merupakan pokok
utama sebelum menghasilkan sesuatu karya seni itu. Murid- murid perlu membuat
pemerhatian terhadap alam sekeliling, benda- benda yang berada di persekitaran
mereka dari segi rupa dan bentuk. Ini sebenarnya merangkumi tentang kesedaran
murid mengenai pentingnya pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat
menajamkan persepsi murid sebelum memulakan kerja seni.

Pemerhatian secara aktif juga melatih murid memperkembangkan deria


penglihatan dan pancaidera lain melalui kajian perbandingan yang dibuat terhadap apa
yang telah diperhati. Pemerhatian seperti ini sangat penting kerana ia dapat membantu
dalam mengembangkan emosi dan imaginasi murid.Domain kognitif, psikomotor,
afektif, kreativiti dan sosial murid seperti yang telah dibincangkan sebelum ini dapat
dikembangkan menerusi pemerhatian secara aktif. Jika kita ambil contoh pada aktiviti
membentuk dan membuat binaan, jelas menunjukkan bahawa pemahaman tentang
asas seni visual turut dikembangkan melalui kegiatan pemerhatian. Brown (1980)
mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau
membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan
memperkayakan pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej
tampak di sekeliling mereka.

Justeru itu, jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang
sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis. Karya
binaan yang dihasilkan dari bidang membentuk dan membuat binaan adalah dalam
pelbagai bentuk yang kreatif. Ini terbukti bahawa melalui pemerhatian secara aktif
terhadap objek alam dan buatan manusia membantu murid mendapat idea, imaginasi
dan alam fantasinya dalam menghasilkan sesuatu hasil yang kreatif.
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Bidang kegiatan menggambar, membentuk dan membuat binaan, membuat


corak dan rekaan dan kraftangan memerlukan murid berinteraksi dengan alat dan
bahan semasa proses kerja menyiapkan karya. Kita ambil contoh aktiviti membentuk
dan membina kad dalam mbidang seni membentuk dan membuat binaan , dalam
proses kerja menyiapkan kad ucapan, murid-murid menggunakan alat seperti gunting
untuk menggunting bentuk yang diingini. Selain daripada itu,murid juga dapat
memanipulasikan bahan yang diberikan iaitu kertas dengan melipatnya bagi
mendapatkan lipatan kad yang diingini. Interaksi yang kritis dan kreatif telah ditunjukkan
dalam aktiviti seni yang saya jalankan.

Dalam organisasi kurikulum Laura Chapman (1986) turut menjelaskan bahawa


penerokaan adalah antara organisasi kurikulum yang penting. Melalui penerokaan
terhadap alat dan bahan maka akan terhasilah kreativiti dan idea- idea yang menarik.
Sebenarnya, dalam ke empat- empat bidang kegiatan seni di sekolah rendah di
Malaysia, murid- murid digalakkan membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif mereka. Murid- murid akan menggunakan pelbagai
bahan dan alat yang mana dapat memperkembangkan domain psikomotor dan
kemahiran asas seni visual mereka.

Menurut Simpson (1956), interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
menunjukkan hasil belajar domain psikomotor yang jelas dan tampak dan kemampuan
bertindak individu. Hasil belajar Psikomotor ini merupakan lanjutan dari domain kognitif
iaiatu memahami sesuatu dan domain Afektif yang baru tampak dalam bentuk
kecenderungan- kecenderungan perilaku.
Apresiasi Seni Visual secara mudah

Apresiasi seni visual sangat penting sekali dalam memberikan pengalaman kepada
murid mengenai aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai
kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Laura Chapman (1986) turut
menjelaskan bahawa empat aspek utama organisasi kurikulum adalah apresiasi dan
perlanjutan. Apresiasi seni yang dijalankan dapat menghasilkan karya yang lebih
berkualiti dan kreatif di masa hadapan.

Bagi organisasi kurikulum pendidikan seni visual di sekolah rendah di


Malaysia,apresiasi seni visual secara mudah yang dijalankan membantu murid
menghargai karya seni yang dihasikan bukan sahaja oleh mereka sendiri tetapi oleh
rakan- rakan lain dan karya- karya yang ada di sekeliling mereka. Berdasarkan kepada
aktiviti menghasilkan kad ucapan dari bidang kegiatan membentuk dan membuat
binaan yang telah saya jalankan kepada murid- murid tahun empat, jelas menunjukkan
bahawa murid- murid mendapat pengalaman dan dapat menggunakan karya yang
dihasilkan untuk kegiatan kehidupan seperti memberikan kepada seseorang dengan
tujuan yang murni.

Selain daripada itu, apresiasi seni visual ini juga dapat melibatkan murid- murid
dengan perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari asek seni melalui karya
seni yang telah dihasilkan. Rakan- rakan dan murid itu sendiri boleh membuat penilaian
terhadap hasil akhir karya seni bagi tujuan positif untuk meningkatkan lagi kualiti seni di
masa hadapan.Menurut Awang Omar (2009), salah satu elemen penting dalam
pengajaran Seni Visual di disekolah ialah apresiasi. Ianya biasa dilakukan pada
penghujung pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil masa lebih kurang 10
minit. Dalam ruang apresiasi ini murid dan guru akan berbincang tentang hasil karya
yang telah dihasilkan oleh murid di dalam kelas.
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Selain daripada pengalaman apresiasi seni seperti yang telah dinyatakan di atas,
melalui bidang- bidang kegiatan seni di sekolah rendah, murid juga dipupuk nilai
menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran kehidupan
mereka. Menghargai nilai baik dalam proses kerja dan hasil akhir seni membentuk
sahsiah yang baik di kalangan murid-murid.

Dalam organisasi kurikulum pendidikan seni visual, menghargai nilai baik dalam
kehidupan adalah termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotism,
nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan
yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. Feldman (1976) mendapati
bahawa melalui Pendidikan Seni Visual, kanak-kanak dapat meningkatkan kesedaran
tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai