Anda di halaman 1dari 4

Ringkasan Hukum Tajweed dalam Quran - Sheikha Marwa El Gindy

NUN MUSYADDADAH & MIM MUSYADDADAH

Ghunnah adalah : Bunyi atau suara dengung yang dihasilkan dari hidung.

Apabila melafazkan huruf nun musyaddadah dan mim musyaddadah, huruf tersebut mestilah ditahan
dalam tempoh masa (lebih kurang dua harakat) bersama dengan suara dengung.

Jenis ghunnah ini dipanggil/digelar sebagai ghunnah yang paling sempurna kerana tempoh ghunnahnya
adalah paling lama.

Apabila berhenti pada perkataan yang di hujungnya mempunyai huruf nun atau mim musyaddadah, suara
ghunnah pada nun atau mim tersebut masih perlu dikekalkan.

Cara penyebutan/pelafazan mim musyaddadah adalah dengan menutup kedua-dua bibir bersama untuk
menyebut mim dan tetap menutupnya kerana suara ghunnah yang dikeluarkan adalah dari hidung.

Cara penyebutan/pelafazan nun musyaddadah adalah dengan meletakkan lidah pada tempat keluarnya
(makhraj) dan mengeluarkan suara ghunnah dalam kadar dua harakat.

18
Ringkasan Hukum Tajweed dalam Quran - Sheikha Marwa El Gindy

TAHAP/TINGKATAN GHUNNAH

Terdapat empat tahap/tingkatan ghunnah

1. Paling sempurna (akmal)


2. Sempurna (kamilah)
3. Tidak sempurna (naqisah)
4. Paling tidak sempurna (anqas)

1- Ghunnah paling sempurna : adalah ghunnah yang paling lama


○ Pada Nun dan Mim Musyaddadah (bertasydid/bersabdu)
○ Pada Idgham dengan Ghunnah, apabila nun sakinah atau tanwin diikuti dengan empat
huruf

2- Ghunnah sempurna : adalah ghunnah yang kadarnya sedikit berbanding ghunnah pertama
○ Ikhfa’ Haqiqi
○ Ikhfa’ Syafawi
○ Iqlab

3- Ghunnah tidak sempurna : adalah ghunnah yang kadarnya sedikit berbanding ghunnah kedua
○ Nun dan mim yang dibaca dengan Izhar

4- Ghunnah paling tidak sempurna : ini adalah ghunnah yang paling singkat/sedikit berbanding
ghunnah yang lain
○ Nun dan mim mutaharrik (berharakat/berbaris)

Ada ulama lain menyatakan bahawa tahap/tingkatan ghunnah terbahagi kepada lima.
Ghunnah di dalam :
1) Nun dan mim musyaddadah dan Idgham Kamil (sempurna) adalah lebih kuat/jelas berbanding;
2) Idgham yang tidak sempurna adalah lebih jelas berbanding;
3) Ikfa’ Haqiqi, Ikhfa’ Syafawi, dan Iqlab lebih jelas berbanding;
4) Nun dan mim sakinah yang dibaca dengan Izhar adalah lebih jelas berbanding;
5) Nun dan mim berharakat.

19
Ringkasan Hukum Tajweed dalam Quran - Sheikha Marwa El Gindy

HUKUM MIM SAKINAH

Definisi/pengertian Mim Sakinah : Mim sakinah adalah mim tanpa apa-apa harakat atau baris sama ada
dhammah, fathah atau kasrah. Ianya berlaku pada kata nama/kata benda (nouns), kata kerja (verbs), dan
kata sendi/kata depan (prepositions).

Ianya boleh hadir/berada di pertengahan kata atau penghujung kata. Ianya kekal tidak berubah sama ada
dalam bentuk penulisan, dalam penyebutan (lafaz), ketika disambung, atau ketika berhenti. Ianya boleh
jadi mim asli atau mim tambahan.

Nouns Verbs Prepositions Pertengahan kata

Hujung kata Mim asli Mim tambahan

Hukum Mim Sakinah


Terdapat tiga hukum Mim Sakinah :

1) Ikhfa’ Syafawi
2) Idgham Syafawi (Idgham Mutamasilayn Saghir)
3) Izhar Syafawi

1- IKHFA’ SYAFAWI
Maksud dari segi bahasa : Menyembunyikan
Maksud dari segi istilah : Apabila mim sakinah bertemu dengan huruf ba, mim akan disembunyikan
bersama dengan ghunnah, dan ini hanya berlaku antara dua perkataan.
Hurufnya : Hanya satu huruf iaitu ba.
Cara penulisan : Tidak ada apa-apa tanda di atas mim. Dan huruf ba setelahnya juga tidak memiliki tanda
syaddah (sabdu).

Ikhfa Syafawi adalah mim sakinah yang bertemu dengan ba; mim sakinah yang disembunyikan akan
disebut/dilafaz dengan kedua-dua bibir yang ditutup dengan lembut, menahan mim dengan panjang
ghunnah, kemudian membuka mulut untuk menyebut huruf ba. Hukum ini tidak akan berlaku kecuali
antara dua perkataan.

20
Ringkasan Hukum Tajweed dalam Quran - Sheikha Marwa El Gindy

2- IDGHAM SYAFAWI (Idgham Mutamasilayn Saghir)


Maksud dari segi bahasa : Memasukkan, menggabungkan, meleburkan
Maksud dari segi istilah : Pertemuan antara mim sakinah dan mim berharakat, maka dua huruf mim
bergabung menjadi satu mim musyaddadah dengan ghunnah.
Hurufnya : Hanya satu huruf iaitu mim
Cara penulisan : Tidak ada apa-apa tanda di atas mim. Dan huruf setelahnya memiliki tanda syaddah

Apabila mim sakinah bertemu dengan mim berharakat (berbaris); maka dua huruf mim tersebut akan
digabungkan/dileburkan menjadi idgham dan cara penyebutannya adalah dengan satu huruf mim yang
bertasydid dan berghunnah (lebih kurang 2 harakat) ketika bibir sedang tertutup.

Hukum ini boleh berlaku sama ada pada satu perkataan atau dua perkataan.

3- IZHAR SYAFAWI
Maksud dari segi bahasa : Jelas dan nyata
Maksud dari segi istilah : Menyebut/melafazkan mim sakinah dengan jelas apabila ia bertemu dengan
huruf selain huruf ba dan mim.
Hurufnya : Semua huruf kecuali ba dan mim
Cara penulisan : Terdapat tanda sukun di atas huruf mim sakinah.

Izhar Syafawi adalah apabila mim sakinah bertemu dengan mana-mana huruf kecuali ba dan mim; mesti
disebutkan/dilafazkan dengan jelas tanpa ghunnah.

Hukum ini boleh berlaku sama ada pada satu perkataan atau dua perkataan.

21

Anda mungkin juga menyukai