Anda di halaman 1dari 16

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

SM2

Analisis Novel

Meniti Impian

Tema. Persoalan. Watak. Plot

Nama : _____________________________
Tradisional /
Klasik
Genre Prosa
Cerpen
Moden

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Permulaan
Perkembangan
Plot Kemuncak / Klimaks
Penurunan
Peleraian Pengakhiran

Pemerian / Penceritaan
Monolog
Monolog dalaman
Teknik Plot
Dialog
Imbas muka
Analisis Prosa
Imbas kembali

Latar tempat
Latar Latar masa
Latar masyarakat

Ayat
Diksi
Kata ganda
Repitisi
Singkatan : ku, mu, nak
Sinkope

Gaya Bahasa terbalik : akan kuambil


Inversi
Bunga : wanita
Perlambangan
bersifat manusia
Personifikasi
Melebih-lebihkan
Hiperbola

Nilai

Pengajaran

Analisis Prosa.mmap - 03/02/2020 - Mindjet


Tema

Semangat dan kesungguhan seseorang pelatih IKM dalam usaha untuk


mencapai kejayaannya menjadi tukang perabot yang berjaya. Zahar tidak
berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di ITM setelah tamat peperiksaan SPM.
Dia telah bekerja dengan bapa saudaranya di bengkel perabot. Dia mahu
meneruskan kejayaannya dalam bidang tersebut. Oleh itu, Zahar berhajat untuk
menjalani kursus Pertukangan Perabot di IKM. Semangatnya semakin membara
apabila dia dihina dan dipandang rendah oleh kawannya sendiri, iaitu Suhaili.
Ibu Zahar dan bapa saudaranya, Pak Yusuf merestui hasratnya itu. Akhirnya,
setelah Zahar tamat menjalani kursus di IKM dia telah berjaya membuka sebuah
bengkel perabot di tanah milik ibunya, Bengkel perabot miliknya menjadi
semakin terkenal apabila kisah perjalanan hidupnya untuk mencapai impiannya
itu tersiar dalam akhbar.

Persoalan

(a) Kasih sayang dalam sebuah keluarga. Contohnya, Zahar amat


menyayangi emak dan dua orang adiknya. Dia juga menyayangi bapa
saudaranya yang banyak membantu keluarganya selepas kematian bapanya.
(b) Percintaan dalam kalangan remaja. Contohnya, Zahar mencintai Suhaili
secara diam-diam tetapi penghinaan yang diterimanya kerana mahu memasuki
IKM te1ah menguatkan azam dan cita-citanya untuk berjaya.
(c) Rela berkorban demi keluarga. Contohnya, Zahar rela mengorbankan
hasratnya untuk meneruskan pelajaran di sekolah swasta kerana memikirkan
keadaan ibunya yang tidak mampu untuk membiayai persekolahannya
disebabkan dua orang adiknya masih bersekolah.
(d) Ketabahan menghadapi kesusahan hidup. Zahar tabah menghadapi
kesusahan hidup selepas ayahnya meninggal dunia. Contohnya, Zahar

Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM2-1 : Meniti Impian 1


membantu bapa saudaranya di bengkel perabot dan membantu ibunya menetak
pokok mengkuang untuk dibuat tikar.
(e) Kemiskinan penduduk kampung yang tinggal di kawasan pedalaman.
Contohnya, Mak Kiah terpaksa melakukan dua pekerjaan seperti menoreh getah
dan menganyam tikar mengkuang untuk menyara kehidupan keluarganya.
(f) Hubungan mesra antara kaum. Contohnya, Tauke Lim telah menunjukkan
sifat mesranya kerana hidup dalam kalangan masyarakat Melayu. Dia juga telah
menempah perabot daripada Pak Yusuf untuk kedai kopinya.
(g) Kepentingan pelajaran dalam kehidupan. Contohnya, Zahar bertungkus
lumus menjalani kursus di IKM dalam bidang pertukangan perabot.
(h) Usaha membawa kejayaan. Contohnya, berkat usaha gigih mendapatkan
kursus Pertukangan Perabot di IKM, Zahar akhirnya berjaya membuka sebuah
bengkel perabot di kampungnya.

Watak dan Perwatakan


(a) Watak utama dalam novel ini ialah Zahar.
(b) Watak sampingan terdiri daripada Suhaili, Pak Yusuf, Mak Kiah, Mak
Temah, Tauke Lim, Norimi, Cikgu Baharum, dan Razali.
Zahar
(a) Zahar merupakan anak sulung Mak Kiah. Dia mempunyai dua orang
adik lelaki, iaitu Halim dan Zakri.
(b) Ayah Zahar telah meninggal dunia.
(c) Zahar seorang yang gigih dan rajin. Dia gigih dan rajin membantu bapa
saudaranya di bengkel perabot.
(d) Zahar bercita-cita tinggi, iaitu dia bercita-cita untuk membuka kedai
bengkel perabot kepunyaanya sendiri.
(e) Zahar tidak mudah berputus asa. Zahar tidak berputus asa walaupun
dihina oleh Suhaili sewaktu hendak belajar di IKM.

Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM2-1 : Meniti Impian 2


(f) Zahar seorang yang bertanggungjawab. Dia bertanggungjawab untuk
memastikan adiknya, Halim dan Zakri dapat meneruskan pelajaran.
(g) Zahar seorang yang penyayang. Zahar amat menyayangi emak dan adik-
adiknya. Setiap kali cuti, dia akan pulang ke kampung untuk bertemu dengan
keluarganya.
(h) Zahar seorang yang setia. Zahar tetap setia kepada Norimi walaupun
Suhaili cuba menjalin hubungan semula dengannya.
(i) Zahar taat akan suruhan agama. Zahar selalu ke masjid sewaktu berada di
kampung.
(j) Zahar beradab dan berbudi pekerti mulia. Zahar sentiasa menunjukkan
sikap yang baik apabila bersama dengan orang lain. Sikapnya itu membuatkan
orang lain suka bersahabat dengannya.
(k) Zahar seorang yang berprinsip. Zahar menolak pertolongan yang cuba
dihulurkan oleh Suhaili kerana dia mempunyai prinsip untuk hidup berdikari
demi mengejar cita-citanya.

Pak Yusuf
(a) Pak Yusuf ialah bapa saudara Zahar, iaitu adik kepada Mak Kiah.
(b) Pak Yusuf mempunyai isteri bernama, Mak Temah dan dua orang anak
yang masih menuntut di universiti.
(c) Pak Yusuf memiliki sebuah bengkel pertukangan perabot.
(d) Pak Yusuf seorang yang lemah lembut dan bertimbang rasa.
(e) Umur Pak Yusuf dalam lingkungan 60-an dan masih kuat bekerja.
(f) Pak Yusuf seorang yang prihatin. Dia sentiasa memikirkan kebajikan dan
pelajaran Zahar.
(g) Pak Yusuf suka menolong orang lain. Dia bersusah-payah membantu
Zahar sewaktu Zahar ingin melanjutkan pelajaran ke IKM dan menghulurkan

Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM2-1 : Meniti Impian 3


sumbangan sebanyak RM5000 sewaktu Zahar hendak membuka bengkel
perabot.
(h) Pak Yusuf sentiasa memberi dorongan kepada anak saudaranya dalam
mencapai cita-cita untuk menceburi bidang pertukangan perabot.

Mak Kiah
(a) Mak Kiah ialah ibu kepada Zahar.
(b) Mak Kiah sudah kematian suami.
(c) Mak Kiah mempunyai tiga orang anak, iaitu Zahar, Halim, dan Zakri.
(d) Mak Kiah sering sakit.
(e) Mak Kiah mengambil upah menoreh getah dan menganyam tikar
mengkuang.
(f) Mak Kiah seorang yang penyayang kerana sentiasa mengambil berat akan
kebajikan anak-anaknya.
(g) Mak Kiah mementingkan pelajaran anak-anaknya. Walaupun hidup
miskin tetapi dia tetap memberikan galakan kepada Zahar untuk belajar di IKM.
(h) Mak Kiah sentiasa memberikan perangsang kepada anak-anaknya untuk
berjaya dalam hidup.

Mak Temah
(a) Mak Temah merupakan isteri kepada Pak Yusuf.
(b) Mak Temah memiliki fizikal yang agak berisi.
(c) Mak Temah rajin memasak.
(d) Mak Temah patuh kepada suami.
(e) Mak Temah sentiasa memberi dorongan kepada Zahar untuk berjaya.

Suhaili
(a) Suhaili ialah bekas teman sekelas Zahar sewaktu bersekolah.

Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM2-1 : Meniti Impian 4


(b) Suhaili juga merupakan anak kepada Pak Karim, iaitu Ketua Kampung
Caruk Petitih.
(c) Suhaili graduan lepasan diploma di ITM.
(d) Suhaili pernah bekerja di sebuah kilang di Petaling Jaya dan kemudian
menjadi Penolong Ketua Unit Pemasaran di kilang perabot di Kamunting
Perak.
(e) Suhaili merupakan seorang yang pendiam dan cantik, tetapi mesra kepada
orang yang mengenalinya.
(f) Suhaili pernah menjadi buah hati Zahar sewaktu zaman sekolah.
(g) Suhaili bersifat ego kerana menghina Zahar yang ingin belajar di IKM. Dia
menganggap graduan lepasan IKM akan hidup merempat.
(h) Suhaili memutuskan hubungan dengan Zahar setelah mempunyai teman
lelaki baharu yang kacak dan berada.
(i) Suhaili mementingkan pelajaran.
(j) Suhaili menyedari kesilapannya dan meminta maaf atas segala kesilapan
yang telah dilakukannya terhadap Zahar.

Norimi
(a) Norimi berasal dari Johor Baharu.
(b) Norimi menyertai kursus di IKM bersama-sama Zahar.
(c) Norimi seorang yang lemah lembut, cantik, dan perwatakannya
menarik.
(d) Norimi mengambil kursus Lukisan Seni Bina di IKM.
(e) Norimi menjalin hubungan yang istimewa dengan Zahar.
(f) Norimi mempunyai sedikit perasaan cemburu apabila mengetahui Zahar
pernah menaruh harapan kepada Suhaili.
(g) Norimi seorang yang rajin dan cemerlang dalam peperiksaan sewaktu di
IKM.

Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM2-1 : Meniti Impian 5


Tauke Lim
(a) Tauke Lim mementingkan masa depan anak-anaknya.
(b) Tauke Lim mempunyai hubungan yang rapat dengan orang-orang
Melayu.
(c) Tauke Lim memberikan galakan kepada Zahar untuk berjaya dalam
bidang perniagaan perabot.
(d) Tauke Lim mempunyai visi dalam bidang perniagaan.
(e) Tauke Lim mempunyai kedai menjual dan membaiki basikal.
(f) Tauke Lim ingin membuka kedai kopi dan telah menempah perabot
daripada Pak Yusuf.

Cikgu Baharum
(a) Guru kursus pertukangan di IKM.
(b) Seorang guru yang bertanggungjawab.
(c) Gemar memberi nasihat kepada pelatih-pelatihnya.
(d) Tidak lokek memberi ilmu.
(e) Berpengalaman mengajar selama lima belas tahun di IKM.
(f) Sentiasa memastikan pelatih-pelatihnya berjaya dalam setiap peperiksaan
yang dijalankan di IKM.

Razali
(a) Razali masih bujang dan tinggal menyewa.
(b) Razali membantu Zahar dengan cara mengajaknya tinggal bersama-
samanya sepanjang Zahar menjalani praktikal di kilang tempatnya bekerja.
(c) Razali seorang yang pendiam, rajin, dan tidak banyak kerenah.
(d) Razali bekerja di kilang perabot yang sama dengan tempat Zahar
menjalani praktikal.

Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM2-1 : Meniti Impian 6


Plot

(a) Dalam bahagian eksposisi atau permulaan cerita pengarang


memperkenalkan latar belakang watak utama iaitu Zahar. Zahar mempunyai
cita-cita yang tinggi tetapi gagal melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam.
Hasratnya untuk meneruskan pelajaran di sekolah swasta juga gagal kerana
ibunya tidak mampu membiayai persekolahannya. Hal ini demikian kerana dua
orang adiknya masih bersekolah. Bagi membantu meringankan beban ibunya
Zahar telah menolong bapa saudaranya, Pak Yusuf di bengkel pertukangan
perabot. Walau bagaimanapun, Zahar tetap menyimpan azam untuk berjaya
pada masa hadapan.

(b) Bahagian perkembangan cerita Zahar telah berjaya menerima tawaran


memasuki IKM dalam kursus Pertukangan Perabot. Mak Kiah berasa gembira
kerana hasrat anaknya itu telah tercapai. Zahar memberitahu Bakar dan Rahim
bahawa dia akan mengikuti kursus Pertukangan Perabot di IKM, Sungai Petani,
Kedah. Bakar menyuruh Zahar memberitahu Suhaili tentang hal tersebut.
Semasa di sekolah dahulu, hubungan Zahar dan Suhaili begitu rapat. Namun
begitu, sejak Suhaili dapat menyambung pelajaran di ITM keadaan tersebut
terus berubah.

(c) Bahagian konflik cerita, mengisahkan Zahar menghadapi konflik dengan


Suhaili iaitu bekas teman sekolahnya. Zahar berasa kecewa dan terluka apabila
Suhaili menghina hasratnya untuk menyambung pelajaran di IKM dalam
jurusan pertukangan perabot. Penghinaan daripada Suhaili benar-benar
membuatkannya berasa kecewa. Kekecewaannya semakin parah apabila melihat
sendiri Suhaili bertemu dengan seorang jejaka yang tampan dan bergaya.

Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM2-1 : Meniti Impian 7


(d) Klimaks atau kemuncak cerita Zahar berjaya melanjutkan pelajaran di IKM
dalam jurusan Pertukangan Perabot. Di IKM dia telah bertemu dengan Norimi
pelajar dalam jurusan Lukisan Seni Bina. Dia telah mendapat keputusan yang
cemerlang dalam setiap peperiksaan yang dijalankan di IKM. Sikapnya yang
berkarisma dan bercita-cita tinggi membuatkan Norimi menyimpan perasaan
terhadapnya.

(e) Bahagian peleraian cerita pula ialah sewaktu Zahar mendapat tawaran
membuat latihan praktikal di kilang Usaha Bersatu di Kawasan Perindustrian
Kamunting Taiping, Perak. Sifatnya yang rajin menyebabkan dia menjadi
pelatih yang cemerlang. Di sana, dia telah bertemu dengan Suhaili yang secara
kebetulan turut bekerja di situ. Suhaili ingin cuba memberi bantuan kepada
Zahar tetapi demi prinsip hidupnya dia telah menolak bantuan itu mentah-
mentah. Suhaili yang telah putus cinta cuba untuk berbaik-baik semula
dengannya tetapi hatinya telah terpikat kepada Norimi. Suhaili berasa malu dan
kesal atas perbuatan dan kata-katanya dahulu terhadap Zahar. Zahar telah
memaafkannya dan cuba melupakan segala kenangan antara mereka berdua.
Akhirnya, impian Zahar untuk menjadi tukang perabot yang terkenal tercapai.
Bermodalkan pinjaman daripada MARA dan sumbangan Pak Yusuf sebanyak
RM 5000 serta wang yang diterima dari tempat Zahar membuat latihan
praktikal, dia telah berjaya membina sebuah bengkel perabot di tanah milik
ibunya. Bengkelnya itu diberi nama Bengkel Perabot Meniti Impian. Bengkel
perabot Zahar menjadi semakin terkenal setelah tersiarnya rencana tentang
bengkel itu dalam akhbar Harian Kebangsaan.

Teknik Plot
(a) Teknik pemerian.

Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM2-1 : Meniti Impian 8


Pengarang memerihalkan keadaan Zahar yang sedang bersiap-siap untuk
menghadirkan diri ke program minggu suai kenal pada hari pertama Zahar
mendaftarkan diri ke IKM. Contohnya,
LIMA minit lagi pukul 2.30 petang, Zahar sudah siap memakai seluar panjang
hitam dan kemeja-T warna biru muda. Selepas menyarungkan stoking, dia
memakai kasut kanvas yang baru dibeli semasa ke Alor Setar tempoh hari.
[hlm. 62]
(b) Teknik dialog.
Banyak dialog antara watak-watak dalam novel ini. Contohnya,
"Ya, besok kita mesti siapkan mejanya pula," balas Pak Yusuf dengan
wajah ceria.
"Lusa pula pak cik?" tanya Zahar.
"Lusa pak cik hantar kau ke IKM. Setuju?" [hlm. 45]
(c) Teknik monolog.
Pengarang menggunakan teknik monolog tentang reaksi Zahar sewaktu Tauke
Lim dapat mengetahui hasrat hatinya.
Ah, Tauke Lim ini cukup cekap menghidu hasrat yang tersembunyi dalam
hati kecil ini! bisiknya. [hlm. 53]
(d) Teknik monolog dalaman.
Suhaili terfikir tentang keadaannya dan reaksi Zahar apabila mereka bertemu.
Contohnya,
Tidakkah kelu lidah ini untuk menuturkan walau sebaris kemafaan?
Bagaimanakah riak di wajahnya nanti apabila mata ini bersapa dengan
matanya?
Ah, jika fikiran ini terus dilayan, seribu pertanyaan lagi pasti mengetuk
pintu ingatan! [hlm. 162]
(e) Teknik imbas kembali.

Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM2-1 : Meniti Impian 9


Ada beberapa peristiwa yang telah berlaku disorot semula oleh pengarang.
Antaranya termasuklah Zahar teringat akan perwatakan Suhaili sewaktu di
sekolah suatu ketika dahulu. Contohnya,
Zahar tahu, Suhaili bukan seorang yang suka berbual-bual kosong. Sejak
mereka mula belajar sekelas dalam tingkatan empat dan lima, Zahar sudah
mengenali bahawa anak ketiga Pak Karim itu seorang yang pendiam tetapi
mudah mesra, jika persoalan yang hendak dibualkan berfaedah dan berkaitan
dengan hal pelajaran.
[hlm. 25-26]
(f) Teknik saspens.
Ketika Zahar pulang untuk menemui keluarganya di kampung, Zahar terlihat
rumah Pak Karim sedang mengadakan kenduri. Zahar tertanya-tanya sama ada
kenduri tersebut merupakan kenduri kesyukuran atau kenduri kahwin.
Besar juga kenduri Pak Karim ni, hati Zahar berbisik lalu mengatur
langkah semula. Tetapi untuk apa Pak Karim buat kenduri pada hari Sabtu,
hujung bulan pula ni? Kenduri kesyukuran atau kenduri kahwin? Ah, mengapa
fikiran ini begitu jauh membuat telahan! [hlm. 82]

Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM2-1 : Meniti Impian 10


Pelan Lokasi

@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my

Anda mungkin juga menyukai