Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN PERINGKAT PENYOALAN DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN

MASALAH

Soalan Peringkat Kognitif


(Berfikir)
Adakah awak pasti? Hal ini perlu dipertimbangkan…
Bagaimana dengan kesahihan……? Adakah anda mempunyai fakta yang cukup
Bagaimana kebolehpercayaan? untuk menyokong?
Adakah anda telah mempertimbangkan…..? Adakah ini maklumat ini benar/
sahih/sesuai?
Jelaskan lagi kepada saya….. Adakah anda dapat kenal pasti....?
Bagaimana jika…….? Adakah anda setuju dengan pendapat yang
telah dikemukakan oleh kawan anda
sebentar tadi?
Apa maksud awak? Bagaimana perkara ini berkesan pada…?
Apa perkembangan yang berlaku di sini? Apakah ramalan anda tentang isu ini?
Adakah ini sesuai? Mengapa isu ini penting?
Soalan Peringkat Metakognitif
(Belajar Tentang Berfikir)
Adakah anda pasti? Adakah anda telah mempertimbangkan….
(proses atau strategi)?
Apa yang masih perlu dilakukan? Jika ada, adakah matlamat dan strategi anda
perlu berubah?
Apakah cara penyelesaian yang mungkin Apakah kesimpulan yang telah anda buat?
berlaku?
Di manakah anda dapati jurang atau Adakah matlamat anda telah tercapai?
kekaburan?
Di mana kita boleh mulakan? Bagaimana anda boleh menyelesaikan
masalah ini?
Apakah strategi anda? Mengapa proses ini penting?
Bagaimana kita boleh menyesuaikannya Apa yang anda mahu capai?
dengan …?
Apa yang telah anda yang capai? Apakah halangan yang anda lalui?
Bagaimana kita dapat mengetahui lebih Apakah strategi yang paling berkesan untuk
lanjut tentang perkara ini? anda setakat ini?
Soalan Peringkat Epistemik
(Keinginan untuk mengetahui masalah tidak berstruktur)
Bagaimana anda tahu? Apa yang boleh kita ketahui? Sejauh mana
tahap kepastian?
Adakah perlu pada huraian lanjut? Kenapa? Apa yang cuba dipertaruhkan di sini?
Apa yang membuatkan anda berkata begitu? Jika……., kemudian…….?
Bagaimana anda membuat keputusan Apakah perkaitan dengan penyataan
setelah mengetahui cara untuk masalah yang dikemukakan?
menyelesaikan masalah ini?
Bagaimana anda menentukan penyelesaian Bagaimana peranan (perspektif) anda
yang terbaik? mempengaruhi pengetahuan dan perhatian
anda?
Sumber : Illinois Mathematics and Science Academy, 2000.
STRATEGI PENYOALAN DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH

Soalan adalah salah satu alat terbaik untuk meningkatkan dan mengukur kefahaman pelajar

dalam pembelajaran berasaskan masalah. Penyoalan membantu pelajar berfikir, membuat

refleksi pemikiran mereka dan mempertimbangkan maklumat yang diperolehi dan kesannya.

Berikut beberapa contoh jenis soalan yang berbeza.

 Penyiasat mengemukakan soalan untuk mendalami idea atau konsep seperti, ”Boleh

tak anda jelaskan lebih lanjut mengenai perkara ini?”

 Cabaran mendorong pelajar untuk menyokong hujah atau mengesahkan alasan yang

mereka kemukakan, seperti, ”Bagaimana anda dapat membuktikan bahawa maklumat

ini benar?”

 Pengalihan membawa pelajar kembali kepada masalah, seperti, “Sebelum

perbincangan anda ada menyatakan bahawa……apa pendapat anda sekarang?”

 Penetapan matlamat membantu pelajar untuk menetapkan matlamat untuk

pertanyaan dan penyelesaian masalah, seperti, ”Di manakah kami boleh mendapatkan

maklumat tersebut?”

 Pemantauan dapat mendorong pelajar untuk memantau proses siasatan dan

penyelesaian masalah mereka, seperti, ”Adakah anda mempunyai semua yang

diperlukan untuk dilaporkan dalam kumpulan anda?”

Sumber : Illinois Mathematics and Science Academy, 2000.

Anda mungkin juga menyukai