Anda di halaman 1dari 13

”TANGAN DE WAZAN” KIT MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TING 4

MENGENALPASTI WAZAN KATA KERJA BAHASA ARAB

ZULIANA BINTI MD SUKOR


SMKA Segamat Johor
zulianashukor@gmail.com

ABSTRAK
Kajian ini mengenengahkan salah satu masalah pdpc dalam mengenalpasti wazan, pola kata atau formula
kata kerja bahasa arab dasar dan berimbuhan dalam ilmu morfologi. Model Kemmis & McTaggart (1988)
digunakan sebagai asas kerangka konseptual kajian. Oleh itu tinjauan awal untuk mengenal pasti masalah
yang dihadapi murid dengan menganalisis latihan, temu bual dan ujian sebelum intervensi. Berdasarkan
analisis tersebut, didapati 5 orang murid Tingkatan 4 masih keliru dengan pelbagai jenis kata kerja bahasa
arab, perubahannya, huruf penambahannya, dan barisnya yang betul. Kit Tangan De Wazan telah
diinovasikan bersesuaian dengan gaya pembelajaran murid dan penekanan kepada asas ilmu morfologi
sebagai cabang ilmu untuk menguasai bahasa Arab. Setelah melalui pelbagai proses intervensi, hasil analisis
ujian menunjukkan bahawa inovasi ini telah berjaya mencapai objektifnya.

Kata kunci: wazan kata kerja bahasa arab, ilmu morfologi, inovasi bahasa arab, tangan de wazan, pola kata

1.0 PENGENALAN
Dalam usaha memenuhi keperluan negara, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bermula tahun 1977 dan
Kelas Aliran Agama (KAA) bagi sekolah menengah terpilih pada 1987. Bahasa Arab
merupakan tambahan bahasa asing di sekolah dan kelas tersebut (Kementerian Pendidikan
Malaysia,2019). Sejak penubuhan kedua-duanya hinggalah sekarang, sukatan mata pelajaran
Bahasa Arab telah digubal dan dipinda beberapa kali di bawah KBSM, sehinggalah
perkembangan terkini bermula pada tahun 2011, sukatan baru diperkenalkan di bawah
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) (Bahagian Pendidikan Islam (BPI), 2012).
Sukatan baru KSSM ini mengutamakan empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 bermula sekolah rendah lagi hingga Tingkatan 5. Hal ini termaktub
antara enam Aspirasi Murid dan sebelas Anjakan PPPM(Kementerian Pendidikan
Malaysia,2013), memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Bahasa Arab adalah bahasa
tambahan yang amat digalakkan oleh murid untuk mempelajarinya berdasarkan
kepentingannya hingga membawa kepada penubuhan SMKA dan KAA. Merujuk kepada
Dokumen Standard Kurikulum Bersepadu (DSKP) bagi tingkatan 4 dan 5 pula didapati
sedikit berbeza berbanding penekanan kepada empat kemahiran untuk menengah rendah.
Apabila instrumen format peperiksaan SPM Bahasa Arab KSSM yang baru diperkenal,
penekanan kepada ilmu morfologi dan sintaksis secara teori dan aplikasi juga perlu digarap
dan diintegrasikan bersama empat kemahiran bahasa. Hal ini disebabkan kepentingan ilmu
morfologi dalam penguasaan bahasa Arab disamping dapat mengekalkan daya tumpuan dan
minat murid terhadap bahasa Arab (Mohd Zaini bin Sejo,2012).

Bidang morfologi menerusi bidang leksikologi yang berkaitan pengetahuan kosa kata
dan penggunaannya tidak boleh diabaikan atau diletakkan di peringkat kedua dalam
pembelajaran bahasa di sekolah mahupun di universiti (Hasnurol,Kaseh&Maheram,2020).
Ilmu morfologi adalah kajian berkaitan dengan perkataan, manakala ilmu nahu itu sendiri
merupakan perbahasan mengenai ayat. Justeru, sebelum seseorang mempelajari nahu,
seseorang itu mestilah mempelajari ilmu morfologi Arab. Pada peringkat ini, ilmu morfologi
mempunyai fungsi asas yang amat penting dan mesti dikuasai. Maka dengan itu ilmu
morfologi mesti diperjelaskan dengan sebaiknya dan disampaikan dengan cara yang
sepatutnya agar tujuan akhir daripada mempelajari nahu bahasa Arab akan dapat dicapai. Hal
demikian penting kerana penguasaan aspek pembentukan kata berimbuhan dapat membantu
para pelajar memahami makna kata-kata yang lain, termasuklah menguasai makna kata
dasarnya (Abdurochman 2017).

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Perubahan baru kepada penekanan empat kemahiran bahasa yang digarapkan dengan
ilmu morfologi dan sintaksis secara teori berbanding menengah rendah yang hanya menekan
empat kemahiran bahasa sahaja, menyebabkan guru-guru bahasa Arab SPM terdiam seketika
bagi mencari pendekatan terbaik untuk menjalankan proses pembelajaran dan pemudahcara
yang berkesan termasuk saya. Kebimbangan saya bertambah apabila terdapat 5 orang murid
yang belum menguasai tajuk wazan, pola kata atau formula dan huruf tambahan pada kata
kerja dasar bahasa arab dan kata kerja bertambah (berimbuhan).

Hakikatnya tajuk Wazan Kata Kerja Dasar dan Bertambah (WKKDB) dalam subjek
Bahasa Arab merupakan tajuk asas ilmu morfologi sebelum menguasai perkataan-perkataan
bahasa arab yang lain. Permasalahan menguasai kosa kata berimbuhan turut menjadi faktor
utama kepada kegagalan mempelajari dan menguasai bahasa Arab dan implikasinya PdP
bahasa Arab menjadi hambar dalam kalangan pelajar bahasa kedua atau bahasa asing .
(Hasnurol,Kaseh&Maheram,2020). Marpuah (2017) turut menyatakan kelemahan
penggunaan tatabahasa yang termasuk dalam bidang morfologi Arab merupakan masalah
utama yang dihadapi oleh pelajar yang mempelajari Bahasa Arab. Bagi pandangan Hasibuan
& Khairina Nst (2014) pula, kesalahan morfologi mencakupi pelbagai kesalahan, seperti
kesalahan pembentukan kata, kesalahan memilih afiks atau penggunaan kosa kata yang tidak
tepat dalam berbahasa.

Kegagalan memahami dan menguasai pola kata kerja ini akan menyebabkan masalah
yang berpanjangan. Pembentukan perkataan bahasa arab yang lain bermula daripada
pengetahuan sedia ada tajuk ini. Jika asas ilmu morfologi ini tidak dapat dikuasai oleh murid,
saya bimbang mereka boleh gagal dalam mata pelajaran Bahasa Arab SPM dan menguasai
seni bahasa Arab. Sebagai seorang guru, saya perlu berusaha untuk membantu mereka
menguasai tajuk ini dengan cara dan teknik yang paling berkesan. Mereka sangat berharap
saya dapat membantu mereka menemui satu jalan penyelesaian yang mudah bagi mereka
menguasai tajuk asas ilmu morfologi ini tanpa hanya menghafalnya.

1.2 Pengumpulan Data Awal


Pengumpulan data awal dibuat berdasarkan analisis dokumen kertas latihan murid,
ujian lisan , dan temu bual bersama lima orang murid yang telah dikenalpasti.

Guru meneliti setiap jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa menjawab
soalan-soalan latihan yang diberi. Jadual 1 dan Jadual 2 menunjukkan hasil analisis yang
dilakukan terhadap kertas latihan murid, didapati lima orang murid daripada murid kelas 4
Ibnu Hayyan tidak boleh menyebut dan menulis kata kerja telah berlaku, sedang berlaku dan
kata kerja suruhan bahasa arab dengan betul pada barisnya dan ejaannya. Pada hal mereka
telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran dan teknik sebelum ini untuk menguasai tasrif
kata kerja sejak menengah rendah lagi. Peta i-Think juga telah digunakan untuk membantu
mereka. Mereka seolah-olah bingung untuk mengingat dan banding beza setiap kata kerja
bahasa arab.
Jadual 1
Analisis Kesalahan Kemahiran Menulis Kata Kerja Bahasa Arab

Contoh kata kerja Bilangan Sebab kesilapan Jawapan Sebenar


yang salah pada murid yang Berlaku
tugasan murid. salah jawab
Latihan menukar 5 Murid tidak tahu dan Latihan menukar kata
kata kerja telah keliru antara kata kerja telah berlaku
berlaku kepada kerja asal dan kepada sedang berlaku&
sedang berlaku& berimbuhan dalam kata arahan
kata arahan bahasa arab daripada ‫عا َون‬-َ ُ‫ََيُ َعُا َون‬-َ‫عاون‬
َ‫َيَعُونََُ–َاعون‬-‫عَاوَن‬ segi huruf tambahan, Telah& Sedang menolong
Telah saling baris dan wazannya. ‫ب َّلغَ–يُبل َُغ–َبَلَغ‬
Menolong/sedang Hal ini menyebabkan Telah& Sedang
menolong makna yang berbeza menyampaikan
‫ب َّلغَ–َيبْل َُغَ–َابلغ‬ bagi setiap kata kerja. َ‫أ ْكرمَ–ََيُ ْكرَمَُ–َأ َْكر ْم‬
Telah menyampaikan Walapun kemahiran Telah&sedang memuliakan
/ sedang sampai mendengar dan
َ‫كرمَُ–َا ْك ُر ْم‬
ُ ‫أَ ْكرمَ–َي‬ membaca telah
Telah memuliakan / dijalankan.َ
sedang mulia
Latihan 4 Murid’tidak boleh Latihan mewazankan kata
mewazankan kata menulis dan kerja :
kerja : menyebut wazan ‫قامَ–َفعل‬
َ‫قامَ–َفعال‬ perkataan dengan ‫استطاعَ–َاستفع َل‬
‫استطاعَ–َاستفا َل‬ betul kerana mereka َ‫فعل‬-َ‫مر‬
َ‫َفل‬-َ‫مر‬ tidak tahu wazan atau
َ formula bagi setiap
kata kerja dan huruf
penambahannya.

Jadual 2
Analisis jumlah murid tidak menguasai 3 item kemahiran bertutur tanpa baris

Bil MA MB MC MD ME JUM TIDAK


MENGUASAI
1 Murid boleh menyebut kata kerja X X X X X 5
dengan baris yang betul.
2 Murid boleh menyebut X X X X X 5
perubahan kata kerja dengan
betul.
3 Murid boleh menyebut wazan / / X X X 3
kata kerja dengan betul.
Jumlah 2 2 3 3 3 13
Ujian awal telah dilakukan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid
untuk mengenalpasti wazan kata kerja bahasa arab dan perubahannya. Saya telah mengenal
pasti lima orang murid sebagai peserta kajian selepas memperoleh pelbagai pola kesilapan
yang telah dilakukan oleh lima orang peserta kajian seperti dalam Jadual 1. Hasil analisis
didapati enam orang murid mendapat 13 markah dan ke bawah. Hal ini kerana mereka tidak
menguasai kemahiran menulis dengan baik.
Jadual 3
Markah sebelum intervensi 5 orang murid.

Bil Nama murid Markah sebelum Peratus markah


intervensi (%)
1 Murid A 20/50 40
2 Murid B 19/50 38
3 Murid C 17/50 34
4 Murid D 15/50 30
5 Murid E 12/50 24

Jumlah markah 83/250 33.2

Seramai lima orang murid yang mendapat markah rendah 20 dan ke bawah dalam
ujian awal telah dipilih untuk ditemu bual bagi mendapatkan gambaran sebenar tanggapan
murid terhadap wazan kata kerja bahasa arab. Jadual 3 adalah temu bual dan analisis daripada
perbualan tersebut:

Jadual 4
Soalan guru, respon murid dan analisis

Murid Soalan guru dan respon murid Analisis respon murid

A&B Guru : Kamu dah belajar daripada sekolah


rendah dan menengah rendah banyak -Murid tidak boleh menukar
perkataan kata kerja. Kenapa masih lagi silap kata kerja dengan betul.
menyebut perubahan setiap kata kerja ?
Murid : Kami keliru dengan pelbagai bentuk -Murid tidak menguasai
kata kerja bahasa arab yang banyak. Ada yg perubahan setiap wazan.
berhuruf macam vokal, ada yang takde, ada
yang hampir sama tapi berbeza .. nak hafaz -Murid tidak tahu huruf
pun susah” Penambahan setiap kata kerja

C, D & E Guru : Mengapa kamu tak boleh menukar


kata kerja dengan wazannya dengan tepat? -Murid tidak tahu adanya jenis
Murid : Ustazah, kami tak pernah diajar kata kerja dasar dan
bentuk-bentuk dan jenis kata kerja dan huruf berimbuhan dan fungsinya.
imbuhannya atau huruf penambahannya.
Murid : Ustazah takde ke cara lain untuk -Murid kali pertama
saya mudah ingat wazan kata kerja bahasa diperkenalkan dengan ilmu
arab dengan mudah. Banyak sangat? morfologi.

Kesimpulannya, pengumpulan data awal telah menunjukkan lima orang murid ini
keliru dengan pelbagai jenis kata kerja bahasa arab, fungsinya, huruf penambahannya,
bahagian-bahagiannya dan kaitan antaranya apatah lagi untuk mengingat formula atau wazan
bagi pelbagai kata kerja walaupun kaedah latih tubi menggunakan lafaz-lafaz, ayat dan ibarat
secara betul mengikut nahu dan sorof yang tepat telah dipraktikkan.
2.0 FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat mengenalpasti wazan atau
formula dan huruf tambahan pada kata kerja dasar bahasa arab dan kata kerja bertambah
(berimbuhan). Bagi mengatasi masalah lima orang murid saya ini, saya perlu berusaha untuk
mencipta sesuatu inovasi yang sangat hampir dengan anak-anak murid saya, di mana pun
mereka berada. Mereka memerlukan sesuatu yang mawjud di depan mata untuk mengingat
dan menguasai setiap formula tajuk ini tanpa ada rasa keliru dan bingung. Kajian ini
memfokus kepada bahan bantu bagi membantu murid-murid saya meningkatkan pemahaman
dan penguasaan mereka dalam hasil pembelajaran berikut:
• menyenarai dan membezakan wazan-wazan atau formula bagi kata kerja dasar
dan bertambah bahasa arab dengan betul pada huruf dan barisnya.
• menulis dan menyebut contoh-contoh kata kerja yang lain mengikut formulanya
yang sama.
• menulis dan menyebut huruf penambahan bagi kata kerja bertambah atau
berimbuhan.

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


3.1 Kajian ini dijalankan, berdasarkan objektif berikut:
1. Meningkatkan tahap kemahiran murid mengenalpasti wazan atau formula dan huruf
tambahan pada kata kerja dasar bahasa arab dan kata kerja bertambah (berimbuhan)
menggunakan Kit Tangan De Wazan
3.2 Soalan Kajian
1. Adakah Kit Tangan De Wazan dapat meningkatkan tahap kemahiran murid
mengenalpasti wazan atau formula dan huruf tambahan pada kata kerja dasar bahasa
arab dan kata kerja bertambah (berimbuhan)?

4.0 PESERTA KAJIAN


Kajian ini melibatkan 5 orang pelajar Tingkatan 4 Ibnu Hayyan daripada SMKA
Segamat yang terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki. Mereka antara murid yang mendapat
markah terendah dalam latihan dan tugasan yang diberi. Daripada pemerhatian saya juga,
mereka merupakan antara murid yang sukar untuk menerima ilmu sekiranya melibatkan
banyak perkataan yang hampir sama dan tidak suka menghafaz. Mereka memerlukan sesuatu
bahan maujud untuk membantu mereka mengakses maklumat untuk disimpan dalam
pemikiran mereka.

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Saya menggunakan model Kemmis & McTaggart (1988) sebagai asas kerangka
konseptual kajian untuk menjalankan penyelidikan ini. Model ini dipilih kerana menurut
Khairuddin, Ibrahim, Zaridah (2016), model ini merupakan model penyelidikan tindakan
yang popular dalam kalangan pengamal pendidikan dan guru-guru di Malaysia kerana ia
mudah difahami dan dikendalikan. Selain itu, pada pendapat pengkaji model ini amat
sistematik dan terperinci. “Action Research Cycle” merupakan asas kepada model ini.
Terdapat empat elemen utama yang terdapat didalam model ini iaitu tinjauan awal,
merancang tindakan, melaksanakan tindakan serta memerhati dan akhir sekali mereflek.

Mengenal pasti masalah


-Membuat refleksi
dan situasi kajian
-Pengumpulan maklumat
-Menentukan fokus kajian
Merancang tindakan :
Menghasilkan
Kit Tangan De Wazan

Mereflek: Membuat Melaksana tindakan :


perbandingan data Penggunaan Tangan De
sebelum dan selepas Wazan dalam PdPc

Memerhati :
Pemerhatian latihan
murid, Ujian selepas
dan temu bual

Rajah 1. Model Penyelidikan Kemmis & McTaggart

5.1 Perancangan Tindakan


Dalam kajian yang dijalankan oleh Mohd Zaini bin Sejo (2012), Penekanan Ilmu
Morfologi Dalam Buku Teks Bahasa Arab Kurikulum Baru Sekolah Menengah mendapati,
guru-guru bahasa Arab perlu membuat persediaan pengajaran samada berkaitan kandungan
ataupun teknik yang sesuai juga dalam membina bahan bantu mengajar (BBM) yang boleh
digunakan dalam menyampaikan tajuk morfologi kepada murid. Adalah lebih baik
penggunaan pembinaan bahan bantu tersebut berpandukan dengan gaya pembelajaran VAK
dalam kalangan murid agar pembelajaran menjadi amat berkesan. Penerapan Gaya
Pembelajaran Visual-Audio-Kinestetik (VAK) merujuk kepada tiga gaya pembelajaran yang
diamalkan oleh pelajar dalam proses pembelajaran ilmu. Gaya pembelajaran ini
menggunakan deria mata (visual), telinga (auditori), dan pergerakan (kinestetik). Ini
disokong dengan kajian Zati, Farah, Faizah (2019) yang mendapati kecenderungan pelajar
bahasa Arab menggunakan gaya pembelajaran VAK terhadap kemahiran bahasa Arab adalah
lebih ke arah kinestetik, diikuti dengan gaya pembelajaran auditori, dan gaya pembelajaran
visual yang dapat menarik minat murid untuk mempelajari bahasa Arab. Pembelajaran
menyeronokkan juga berkait dengan penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaan bahan
bantu mengajar yang menarik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang
menggembirakan (Abdul Rashid, Asmah, 2013). Jadi Kit Tangan De Wazan merupakan
inovasi mawjud yang telah diilhamkan ideanya dengan susunan 17 wazan atau formula asas
kata kerja dasar dan berimbuhan bahasa Arab yang mempunyai huruf asal dan huruf
tambahan dengan baris yang berbeza setiapnya. Saya ilhamkan inovasi ini dengan sesuatu
yang amat dekat dengan murid. Tangan De Wazan dicipta menerusi jari manusia dan
ruasnya, telapak tangan dan ruasnya dan juga belakang tangan dan bentuknya bagi kedua-
dua tangan kanan dan kiri dan gabungan kedua-duanya. Kit Tangan De Wazan mengandungi
Tangan De Wazan untuk bahan bantu mengajar guru, contoh Tangan De Wazan untuk bahan
pembelajaran murid dan buku Mufrodat Perkataan Tangan De Wazan.

Kaitan idea inovasi antara ruas dan tangan dengan formula atau wazan kata kerja
bahasa arab yang telah dicipta ialah setiap ruas jari dan tapak tangan kiri hadapan mewakili
6 wazan dan formula kata kerja dasar 3 huruf . Manakala belakang tangan kiri mewakili 1
wazan dan formula kata kerja dasar 4 huruf. Seterusnya setiap ruas jari dan tapak tangan
kanan hadapan mewakili 9 wazan dan formula kata kerja tambahan 3 huruf. Manakala
belakang tangan kanan mewakili 1 wazan dan formula kata kerja tambahan 4 huruf. Jumlah
ruas dan bentuk tangan sangat bertepatan dengan huruf tambahan bahasa Arab dan
kedudukannya.
Rajah 2. Tangan De Wazan

5.2 Pelaksanaan Tindakan


Saya merancang untuk melaksanakan satu sesi pembelajaran dan pemudahcaraan
selama 90 minit. Saya terlebih dahulu merancang rancangan pengajaran harian (RPH) yang
digunakan semasa proses PdPc. Objektif PdPc telah dirancang dengan betul dengan teknik
dan aktiviti yang boleh menjadikan proses PdPc amat berkesan hanya dengan satu kitaran
sahaja. untuk memastikan murid saya boleh mengenalpasti dengan menulis dan menyebut
semua wazan, pola kata atau formula dan contoh kata kerja bahasa arab dengan betul. Berikut
adalah aktivitinya:
5.2.1 Aktiviti 1 : Murid menulis 6 wazan atau formula kata kerja dasar 3 huruf pada
lukisan ruas jari dan tapak tangan kiri mereka dan 1 wazan kata kerja dasar 4 huruf
pada lukisan belakang tangan.
Langkah 1- Guru meminta murid melukis tapak tangan kiri mereka termasuk ruas jarinya
di atas kertas A4 berwarna kuning dan mengguntingnya mengikut bentuk
tangan. Murid melukis dan menggunting dengan lukisan tersebut dengan kemas
Langkah 2- Setelah selesai, guru meminta murid menulis sambil menyebut 6 wazan atau
formula kata kerja dasar 3 huruf pada lukisan ruas jari tertentu dan tapak
tangan kiri mereka dan 1 wazan kata kerja dasar 4 huruf pada lukisan belakang
tangan dengan bimbingan guru secara berkumpulan.

5.2.2 Aktiviti kedua : Murid menulis 9 wazan lagi kata kerja 3 huruf bertambah
(berimbuhan) pada lukisan ruas jari dan tapak tangan kanan mereka dan huruf
penambahannya dan 1 wazan kata kerja dasar 4 huruf bertambah pada lukisan
belakang tangan.
Langkah 1- Guru meminta pula murid melukis tapak tangan kanan mereka termasuk ruas
jarinya di atas kertas A4 berwarna hijau dan mengguntingnya mengikut bentuk
tangan. Murid melukis dan menggunting dengan lukisan tersebut dengan kemas.
Langkah 2- Setelah selesai, guru meminta murid menulis 9 wazan atau formula kata kerja
3 huruf bertambah pada lukisan ruas jari tertentu dan tapak tangan kanan
mereka dan 1 wazan kata kerja 4 huruf bertambah pada lukisan belakang tangan
kanan dengan bimbingan guru dan menyebutnya secara dalam kumpulan.
5.2.3 Aktiviti ketiga : Murid menulis 1 kata kerja dasar dan 1 kata kerja bertambah
bagi setiap wazan pada lukisan tangan kanan dan kiri.
Langkah 1 : Guru meminta murid menulis 1 contoh kata kerja bagi setiap wazan yang
ditulis pada tangan kiri dan kanan dan murid menulis dan menyebutnya dalam
kumpulan.
Langkah 2 : Kemudian guru meminta murid berkolaboratif bersama kumpulan lain untuk
berkongsi perkataan kata dasar yang telah mereka tulis dan menyebutnya
kepada rakan dikumpulan lain. (5 pelajar ini dibahagikan kepada dua
kumpulan)
Langkah 3 : Kemudian guru meminta murid menulis semua contoh kata kerja dalam Buku
Mufrodat Tangan De Wazan supaya dapat menghimpunkan perkataan-
perkataan kata kerja berbeza yang telah diperolehi daripada kumpulan lain.

5.2.4 Aktiviti keempat : Murid diberi latihan untuk menilai penguasaan mereka.
Langkah 1 : Guru memberikan latihan kepada murid di akhir pdpc dan murid menjawabnya
tanpa berbincang dengan rakan yang lain.

Selain itu, saya telah menjalankan ujian selepas intervensi terhadap 5 orang murid
bagi mendapatkan penilaian secara keseluruhan terhadap penguasaan wazan, pola kata atau
formula dan huruf tambahan pada kata kerja dasar bahasa arab dan kata kerja bertambah
(berimbuhan) dalam kalangan murid. Sekali lagi saya membuat refleksi berdasarkan sesi
pengajaran dan intervensi yang telah dijalankan.

Kesimpulannya, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian tugasan murid ketika


intervensi dan aktiviti dijalankan di dalam kelas dengan menggunakan kit Tangan De Wazan,
ujian selepas intervensi dan kaedah temu bual berserta dengan beberapa jenis instrumen
kajian seperti senarai semak, borang transkripsi temu bual, ujian sebelum dan selepas
intervensi juga dijalankan untuk memperoleh data. Selepas memperoleh data, saya telah
meneliti data-data yang diperoleh untuk mengingat kembali peristiwa dan pengalaman yang
berkaitan. Kemudian, menapis untuk memilih fakta-fakta yang penting, menghimpun data
mengikut kategori serta mempermudahkan maklumat yang kompleks. Setelah data
dianalisis, saya telah merumuskan data yang terpilih dalam bentuk yang mudah
dipersembahkan seperti carta. Akhirnya saya menjalinkan perhubungan antara data serta
merangkakan teori untuk menjelaskan situasi.

6.0 DAPATAN KAJIAN


Perbincangan dapatan kajian dilakukan untuk menjawab soalan kajian dalam
penyelidikan tindakan ini iaitu adakah Kit Tangan De Wazan dapat meningkatkan tahap
kemahiran murid mengenalpasti wazan atau formula dan huruf tambahan pada kata kerja
dasar bahasa arab dan kata kerja bertambah (berimbuhan)? Jawapan soalan kajian dianalisis
melalui perbincangan hasil dapatan yang diperoleh daripada tiga kaedah pengumpulan data,
iaitu pemerhatian, ujian sebelum dan selepas intervensi dan kaedah temu bual.
6.1.1 Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian dilakukan semasa murid-murid menjalankan aktiviti selama 90
minit termasuk latihan yang diberi. Tindakan murid sepanjang proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (pdpc) diperhati pada kemahiran menulis dan kemahiran bertuturnya dengan
menyebut wazan dan contoh kata kerja. Murid-murid dilihat sangat bersemangat dan teruja
dengan lukisan tangan yang dilukis dan ditulis pola kata yang betul bagi setiap ruas sambil
menyebut pola kata kerja dengan penuh yakin dan tepat. Perbandingan data pemerhatian bagi
latihan sebelum dan selepas intervensi juga menunjukkan perubahan yang amat
memberangsangkan dari penguasaan peserta kajian terhadap wazan, pola kata atau formula
dan huruf tambahan pada kata kerja dasar bahasa arab dan kata kerja bertambah
(berimbuhan). Tiada kesalahan pada mengubah kata kerja dan penulisan baris dan hurufnya.
Peningkatan tahap penguasaan kemahiran bertutur kelima-lima peserta kajian selepas
intervensi melalui Tangan De Wazan pula mencapai tahap 100% berbanding 13.3% sebelum
intervensi.
Jadual 5
Perbandingan dapatan data pemerhatian kemahiran bertutur tanpa baris peserta kajian
sebelum dan selepas intervensi

Bil Item Tahap penguasaan Tahap penguasaan


Sebelum intervensi Sebelum intervensi
Menguasai Tidak Menguasai Tidak
Menguasai Menguasai
1 Murid boleh menyebut 0 5 6 0
kata kerja dengan baris
yang betul.
2 Murid boleh menyebut 0 5 6 0
perubahan kata kerja
dengan betul.
3 Murid boleh menyebut 2 3 6 0
wazan kata kerja dengan
betul.

Peratus % tahap 13.3 86.7 100 0%


penguasaan

6.1.2 Kaedah Ujian


Kaedah ujian yang digunakan ini termasuk ujian sebelum intervensi dan ujian selepas
intervensi. Ujian sebelum dijalankan untuk menganalisis tinjauan awal sebelum intervensi
dijalankan . Manakala ujian selepas dijalankan terhadap peserta kajian selepas intervensi
semua langkah dalam intervensi Tangan De Wazan telah dijalankan untuk mengukur sejauh
manakah intervensi tersebut dapat membantu peserta kajian mencapai objektif kajian
tindakan, dalam penguasaan pola kata kerja bahasa arab.

Jadual 6
Perbandingan dapatan markah sebelum dan selepas intervensi 6 orang murid

Bil Nama Markah Peratus Markah Peratus


murid sebelum markah selepas markah
intervensi (%) intervensi (%)
1 Murid A 20/50 40 48/50 96
2 Murid B 19/50 38 47/50 94
3 Murid C 17/50 34 45/50 90
4 Murid D 15/50 30 45/50 90
5 Murid E 12/50 24 45/50 90
Jumlah markah 83/250 33.2 230/250 92
Melalui perbandingan keputusan peserta kajian dalam ujian sebelum dan selepas
intervensi, dapat dilihat bahawa semua peserta kajian telah menunjukkan peningkatan
pencapaian yang amat memberangsangkan. Secara keseluruhan, pencapaian peserta kajian
dalam ujian selepas intervensi adalah jauh lebih baik berbanding dengan ujian sebelum
intervensi dengan peningkatan sebanyak 58.8%. Dengan peningkatan pencapaian tersebut,
objektif untuk meningkatkan penguasaan murid mengenalpasti wazan, pola kata atau
formula kata kerja dasar dan berimbuhan bahasa Arab melalui Tangan De Wazan yang
diaplikasikan dalam proses intervensi adalah tercapai . Hal ini juga menunjukkan tahap
penguasaan peserta kajian dalam asas ilmu morfologi menjadi lebih kukuh dan mantap.

6.1.3 Kaedah Temu Bual


Kaedah temu bual dijalankan untuk memperoleh maklum balas daripada setiap
peserta kajian tentang intervensi yang telah dijalankan serta keberkesanan Tangan De Wazan
dengan menyediakan instrumen temu bual seperti borang transkripsi temu bual. Maka
maklum balas daripada peserta kajian dapat dianalisis secara tersusun dan tidak akan
terpesong daripada matlamat dan objektif kajian tindakan ini. Berikut menunjukkan dapatan
daripada temu bual bersama lima orang peserta kajian.

Jadual 7
Dapatan data temu bual bersama peserta kajian

Bil Item Tema Peserta kajian Bilangan


peserta
MA MB MC MD ME
1 Adakah kamu boleh Menguasai / / / / / 5
menulis wazan atau pola
kata kerja bahasa arab pada
baris dan huruf dengan
betul?
2 Adakah kamu boleh Menguasai / / / / / 5
menyebut pola kata kerja
bahasa arab dengan tepat?
3 Adakah kamu mampu Menguasai / / / / / 5
memberikan contoh kata
kerja lain dengan wazan
atau pola yang sama?
4 Adakah kamu mampu Menguasai / / / / / 5
merubah kata kerja telah
berlaku kepada kata kerja
sedang berlaku dan kata
kerja arahan dengan betul?
5 Adakah Inovasi Tangan De Sangat / / / / / 5
Wazan sangat membantu membantu
kamu dalam menguasai
tajuk wazan kata kerja?

Secara keseluruhan, respons peserta kajian terhadap item temu bual yang
menunjukkan bahawa semua peserta kajian telah mampu mengenalpasti dan menguasai
wazan, pola kata atau formula dan huruf tambahan pada kata kerja dasar bahasa arab dan
kata kerja bertambah (berimbuhan) dengan baik selepas mengikuti proses intervensi.
Buktinya, semua peserta kajian mengatakan Tangan De Wazan sangat membantu mereka
menulis dan menyebut pola kata kerja dengan tepat.

Justeru, dapatan daripada pemerhatian, temu bual dan analisis ujian menunjukkan
bahawa peserta kajian dapat mengenalpasti wazan, pola kata atau formula dan huruf
tambahan pada kata kerja dasar bahasa arab dan kata kerja bertambah (berimbuhan) dalam
kalangan murid dengan baik dalam waktu yang singkat dan pembelajaran yang
menyeronokkan melalui inovasi Tangan De Wazan.

Kejayaan yang diperoleh dalam kajian ini bukan sahaja menunjukkan


penambahbaikan amalan pedagogi saya sebagai seorang guru malah juga memberi
keyakinan kepada guru bahasa Arab lain untuk menjalankan kajian seterusnya ke peringkat
yang lebih tinggi agar dapat membantu meningkatkan pencapaian murid. Saya juga
menyedari bahawa sebagai pendidik perlu sentiasa kreatif dan cekap menggunakan kaedah
yang sesuai untuk membantu murid menguasai sesuatu pengetahuan dan kemahiran agar
mutu pengajaran guru dapat ditingkatkan.

7.0 REFLEKSI
7.1 Implikasi Terhadap Peserta Kajian
Tangan De Wazan telah memberi peluang kepada peserta kajian untuk memperoleh
pengalaman yang baharu sepanjang proses pelaksanaan intervensi. Antara kekuatan
pelaksanaan kaedah ini ialah setiap peserta kajian telah membina sendiri Tangan De Wazan
sebagai bahan pembelajaran kendiri yang dekat dengan diri mereka. Malah mereka telah
melalui satu gaya pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan dengan gaya pemikiran
mereka. Maka benarlah, pembelajaran menyeronokkan juga berkait dengan penggunaan
bahan bantu mengajar. Hal ini disokong oleh Yahya dan Dayang Raini (2011), terdapat
perbezaan yang signifikan bagi min prestasi pemahaman bacaan antara murid-murid
berpencapaian sederhana yang mengikuti pengajaran pemahaman bacaan menggunakan
bahan bantu yang sesuai dengan murid-murid berpencapaian sederhana yang mengikuti
pengajaran menggunakan kaedah tradisional. Kesimpulannya, pembelajaran yang
menyeronokkan perlu melibatkan kreativiti guru yang mampu memberi kesan terhadap
pembelajaran di dalam bilik darjah. Kaedah ini bukan sahaja berjaya membantu peserta
kajian menyelesaikan masalah kekeliruan mereka mengenalpasti wazan, pola kata atau
formula dan huruf tambahan pada kata kerja dasar bahasa arab dan kata kerja bertambah
(berimbuhan), malah juga dapat menyelesaikan masalah hilang fokus dan kurang minat
peserta kajian dalam pelaksanaan proses PdPc. Secara keseluruhannya, saya telah berjaya
membantu peserta kajian mencapai objektif kajian ini dengan efektif.

7.2 Implikasi Terhadap Amalan Kendiri


Seterusnya, saya menyedari bahawa sebagai seorang guru perlu sentiasa peka terhadap
masalah yang dihadapi oleh murid serta keperluan mereka. Guru yang baik adalah guru yang
reflektif, responsif terhadap perubahan emosi dan keperluan pendidikan setiap seorang
daripada muridnya. Selain itu, pemikiran yang kreatif merupakan satu keperluan bagi
seorang guru supaya dapat meningkatkan keprofesionalismenya. Hal ini disokong oleh Izani
Hj Daud (2012), guru yang berjaya ialah guru yang bukan sahaja luas dalam ilmu
pengetahuannya, tetapi juga bijak menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang
berkesan untuk membudayakan pemikiran kreatif dan inovatif. Saya mesti berfikir dengan
kreatif dan inovatif untuk mendapatkan kaedah atau teknik yang sesuai dengan keperluan
peserta kajian. Akhirnya saya telah menemui idea yang dekat dengan murid dan sangat tepat
penciptaan ruas tangan manusia oleh Yang Maha Kuasa dengan susunan huruf pola kata
kerja bahasa Arab yang saya namakan “TANGAN DE WAZAN” untuk membantu
penguasaan peserta kajian terhadap wazan, pola kata atau formula dan huruf tambahan pada
kata kerja dasar bahasa arab dan kata kerja bertambah (berimbuhan). Kesimpulannya,
pemikiran reflektif amat penting bagi pengkaji agar dapat mengesan kelemahan serta
membuat penambahbaikan terhadap intervensi yang dilaksanakan untuk membantu peserta
kajian mencapai objektif yang ditetapkan dengan lebih berkesan.

7.3 Implikasi Terhadap Kurikulum


Kajian tindakan ini bukan sahaja dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap ilmu sorof
sahaja, bahkan dapat membantu murid menguasai keempat-empat kemahiran bahasa seperti
mana kehendak kurikulum KSSM yang baru. (Bahagian Pendidikan Islam, 2012). Di
samping itu juga dengan terciptanya inovasi Tangan De Wazan ini dapat menambah bahan
bantu mengajar bahasa Arab dalam ilmu morfologi yang mudah difahami dalam masa yang
singkat dan mudah. Merujuk kepada cadangan Mohd Zaini bin Sejo (2012), menggalakkan
guru-guru bahasa arab membina bahan bantu mengajar (BBM) yang boleh digunakan dalam
menyampaikan tajuk morfologi kepada para pelajar, ternyata Tangan De Wazan boleh
menjadi antara salah satu bahan bantu mengajar asas ilmu morfologi. Moga hasil kajian ini
juga dapat merealisasikan harapan hasil dapatan kajian Hasnurol,Kaseh&Maheram,2020
yang telah menyatakan kurangnya penyelidikan berkaitan aspek asas dalam ilmu morfologi,
iaitu aspek-aspek kedalaman kata seperti struktur bentuk kata. Saya berharap kajian ini iaitu
Kit Tangan de Wazan dapat meningkatkan tahap kemahiran murid mengenalpasti (WKKDB)
merupakan antara kajian yang dapat mengisi kelompangan penyelidikan tersebut.
Seterusnya,matlamat pihak Bahagian Pendidikan Islam (BPI) KPM terhadap KSSM Bahasa
Arab kepada murid untuk memperkukuhkan kemahiran berbahasa murid agar kemampuan
mereka dalam interaksi sosial dan akses kepada pengetahuan dapat dipertingkatkan serta
dapat membentuk sahsiah diri melalui pengamalan nilai-nilai murni, diharap dapat dicapai.

8.0 RUMUSAN
Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, semua peserta kajian telah berjaya
mengenalpasti wazan, pola kata atau formula kata kerja dasar dan tambahan bahasa arab
dengan betul. Hal ini menunjukkan bahawa kit “Tangan DeWazan” yang diinovasikan telah
berjaya membantu peserta kajian yang keliru dan bingung untuk menguasainya. Oleh itu,
pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan tindakan susulan yang dapat dilakukan
bagi kajian yang seterusnya.

Pertama sekali, saya bercadang untuk menggabungkan inovasi Tangan De Wazan


dengan inovasi-inovasi saya sebelum ini iaitu sistem k-Sorof 3.0 dan Puzzle i-Insyak untuk
dijadikan satu aplikasi yang dintegrasikan dengan teknologi digital selaras dengan anjakan
ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, memanfaatkan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
Sebelum menjalankan kajian seterusnya, terdapat beberapa langkah penambahbaikan kaedah
yang perlu dilakukan bagi merealisasikan cadangan tersebut.

Saya juga perlu mengkaji dan mencari idea-idea baru untuk membantu murid
menguasai keempat-empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan
menulis agar matlamat yang disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tercapai.
Semoga dengan kajian ini, dapat menambahkan semangat saya dan rakan-rakan guru bahasa
Arab untuk terus berusaha mencari teknik, kaedah dan inovasi berkesan demi mencapai
aspirasi yang tinggi ditengah-tengah persekitaran global yang berdaya saing.
PENGHARGAAN
Adalah diharapkan kajian tindakan ini dapat menepati kehendak BPI KPM seterusnya dapat
memberi manfaat kepada murid dan guru lain. Jutaan terima kasih dirakamkan atas
kerjasama 5 orang murid Tingkatan 4 sebagai kumpulan sasaran dalam menjayakan kajian
ini dan rakan-rakan yang mendorong saya untuk menyelesaikan kajian ini dengan terhasilnya
Tangan De Wazan.

RUJUKAN
Abdul Rashid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
Vol. 3, Bil. 2: 49-63. ISSN: 2180-4842.
Awatif Abd Rahman,Mohd Syafie Zulkifli,Muhammad Hashimee, Ainon Wazir, Muafah
Said & Naqibah Mansor. (2020). Tahap penguasaan ilmu nahu dalam kalangan guru
Bahasa Arab. E-Jurnal Bahasa dan Linguistik KUIS. vol. 3 (1), 102-116. eISSN: 2682-
8987.
Bahagian Pendidikan Islam, KPM, (2012). Retrieved from http://www.bpi.edu.my
Hasibuan, N., dan R. R. Khairina Nst. (2014). Analisis kesalahan penggunaan morfem
infleksi dalam konjugasi bahasa arab pada santriwati kelas di Pesantren Darul Arafah.
Kajian Linguistik Program Studi Linguistik FIB USu. (2):78–93.
Hasnurol Hashim,Kaseh Abu Bakar&Maheram Ahmad, (2020). Penguasaan kosa kata
bahasa Arab menerusi pengetahuan makna dan penggunaannya . Jurnal Pengajian
Umum Asia Tenggara 21(2020): 157–171
Izani bin Daud, (2012). Membudayakan pemikiran kreatif dan inovatif melalui kepelbagaian
kaedah pengajaran bahasa. Inovasi dan kreativiti menjana transformasi
pendidikan.Penerbitan MGCM: 115-125
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
– 2025. Putrajaya. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Pengenalan Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama (SMKA). https://www.moe.gov.my/pendidikan
Zaridah Ramli. (2016). Penyelidikan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Selangor: Sasbadi
Sdn. Bhd
Marpuah, Siti. (2017). Penguasaan komunikasi bahasa arab melalui kaedah aktif
komunikatif di sekolah menengah agama. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
Mohd Zaini bin Sejo (2012), Penekanan ilmu morfologi dalam buku teks bahasa Arab
kurikulum baru sekolah menengah. Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Arab 2012. Universiti Kebangsaan Malaysia: 190-205
Yahya Othman & Dayang Raini Pakar. (2011). Kesan perisian cerita interaktif semasa
mengajarkan kemahiran bacaan dan kefahaman dalam kalangan pelajar tahun 4 di
Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 27-49.
Zati Azmina Jaafar,Farah Nur-Rashida Rosnan & Norfaezah Mohd Hamidin. (2019)
Penilaian gaya pembelajaran VAK dalam kalangan pelajar. e-Prosiding Persidangan
Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusian. Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor: 284-297

Anda mungkin juga menyukai