Anda di halaman 1dari 9

SCCA1013

SCCA1013

TAJUK MUKA / SURAT

Muka hadapan

1.0 Pengenalan 1

2.0 Fungsi – fungsi komunikasi

A. Rangkaian Sosial 2

B. Memotivasi 3

C. Pendidikan 4

D. Ejen Perubahan 5

Rujukan 6-7
SCCA1013

1.0 PENGENALAN

Pada era globaliasi kini yang cekap dan beroientasikan teknologi , teknik pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berfokuskan kepada kemahiran dan teknologi iaitu Pendidikan Teknikal
dan Vokasional (PTV) kini terbukti berkualiti untuk memenuhi keperluan industri yang
memerlukan tenaga kerja mahir (Zainal, 2016). Selain itu, . PTV mendorong kepada
perubahan dengan langsung dapat menyumbang kepada ekonomi yang berasaskan
pengetahuan, kemajuan teknologi serta mobiliti terhadap tenaga kerja global (Osman, 2016).

Di Malaysia, terdapat beberapa sekolah menengah vokasional di setiap negeri yang


dipilih untuk menjadi perintis dan telah dikuatkuasakan pada tahun 2012. Kursus yang
ditawarkan ialah kursus-kursus yang terkandung dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan
mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA) . Contohnya,
kursus yang ditawarkan ialah Teknologi Pembuatan, Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi
Logam. Tambahan lagi, kursus teknologi kimpalan dan fabrikasi logam melatih para pelajar
kepada aspek merekabentuk atau memasang struktur logam dengan melalui beberapa kaedah
seperti, melipat, membengkok, menggulung mengimpal, memotong serta kaedah lain yang
telah diajar untuk membaikpulih kerangka logam.

Seterusnya, salah satu daripada perubahan yang dominan dalam sistem penyampaian PTV
adalah menaik taraf sekolah menengah vokasional dan sekolah menengah teknik kepada
Kolej Vokasional. Institusi baharu ini menyediakan peluang pendidikan PTV seawal umur
belasan tahun iaitu pada tingkatan tiga dan menawarkan pengajian pada peringkat diploma.
Institusi pendidikan ini memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan maklumat
melalui pelbagai kaedah untuk berhubung dengan para pelajar. Salah satu yang menjadi
aspek utama dalam kejayaan seseorang pelajar adalah cara komunikasi yang diadaptasikan
oleh guru kepada pelajar dalam suatu penyampaian ilmu. Terdapat beberapa fungsi
komunikasi yang digunakan melalui institusi pendidikan untuk para pelajar

1
SCCA1013

2.0 FUNGSI – FUNGSI KOMUNIKASI

A. RANGKAIAN SOSIAL

Rangkaian sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting seiring
dengan dunia pendidikan baharu dalam memahami suatu penyampaian melalui bentuk
komunikasi yang digunakan. Penggunaan rangkaian sosial dalam P&P akan menjadikan ia
lebih mudah dan efektif. Contohnya, menggabungkan teknik suara, melibatkan komunikasi
antara dua pihak, bunyi, gambar, video serta teks telah mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif dan terbaik. Oleh itu, penggunaan rangkaian sosial perlu
dititikberatkan dan dipelbagaikan melalui pelbagai aspek dalam penggunaan teknologi
terkini seperti komputer, aplikasi , laman sesawang perisian dan lain-lain.

i. Laman sesawang

Melalui (P&P) dengan web online akan menjadikan seorang pelajar itu bersikap lebih
positif dan berupaya mempelajari kemahiran literasi maklumat dengan menggunakan internet
(Richardson 2010). Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan laman sesawang
merupakan sebuah teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem pendidikan. Selain
daripada penglibatan pelajar secara aktif pada laman sesawang , ia juga dapat mempertingkat
tahap pembelajaran di kalangan pelajar dan melancarkan proses pengajaran oleh pensyarah di
IPTA (Chang 2001). Ini akan menyebabkan para pelajar tidak hanya bergantung pada buku
sahaja untuk mendapatkan suatu ilmu kerana setiap ilmu yang disampaikan adalah berbeza
dari segi pendapat dan tokoh.

ii. Penstriman video

Penggunaan media teknologi streaming video, penyimpanan bahan P&P dapat dijalankan
secara sistematik dan menghasilkan pembelajaran yang produktif (LTSN Generic Center,
2003).. Warga pendidik merupakan golongan penting dalam proses P&P. Ini kerana pendidik
sering mencari variasi alternatif dalam mewujudkan suasana dan P&P yang lebih menarik
dan berkesan. Ini menunjukkan bahawa melalui rangkaian sosial ini memainkan peranan
yang penting terhadap institusi pendidikan dalam mendapatkan maklumat tanpa had .

2
SCCA1013

B. MEMOTIVASI

Motivasi berasal dari bahasa latin movere yang bermaksud dorongan atau daya
penggerak. Motivasi boleh dilihat melalui bagaimana caranya mendorong kerja individu
supaya mereka bekerja keras dengan memberikan semua kemampuan dan daya usaha untuk
mencapai suatu tujuan. Setiap individu mempunyai dorongan motivasi dasar yang berbeza -
beza. Dalam menganalisis konsep motivasi harus diingat bahwa tingkat motivasi berbeza dari
aspek individu dan situasi yang dihadapi. Motivasi merupakan proses psikologi yang
meningkatkan dan mengarahkan perilaku untuk mencapai tujuan ( Kreitner & Kinicki,
2003:248). Motivasi merupakan kekuatan yang mendorong seorang karyawan yang
menimbulkan dan mengarahkan perilaku ( Gibson ,1996 :185 ) 3. Motivasi merupakan proses
yang menjelaskan intensiti, arah, dan ketekunan seorang individu untuk mencapai tujuannya (
Robins, 2007: 222).

Proses pendidikan yang berkesan memerlukan interaksi yang berkesan antara guru
dan pelajar dari segi aspek bimbingan dan kaunseling. (Ab. Halim (2005). Contohnya, dari
aspek peribadi seorang guru itu seharusnya peramah dan mudah didampingi. Guru yang
mempunyai sikap seperti ini dalam mana - mana insitusi pendidikan amat membantu para
pelajar jika meraka mempunyai masalah. Ini kerana guru merupakan orang kedua terdekat
selain ibu bapa yang boleh memberikan motivasi dan pendapat dalam menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh para pelajar.

Konsep ini berpadanan dengan cara pendidikan Rasullah yang menerapkan kaedah
kasih sayang antara guru dan pelajar. Pendekatan ini merupakan ciri yang boleh dikaitkan
sebagai kaunselor. Guru mahupun pendidik haruslah menjalankan usaha sebagai pembimbing
dengan memberikan nasihat dan bantuan kepada murid yang mempunyai masalah dalam
proses pembelajaran dan pengajaran atau peribadi. ( Abdul Raof & T. Subahan, 1991).

Guru adalah seorang manusia yang mempunyai ketinggian akhlak seperti yang diajar
oleh Rasullah s.a.w sesuai dengan peranan mereka sebagai pendidik yang menyampaikan
ilmu. Dalam pada yang sama, guru juga memainkan peranan yang penting dalam
memotivasikan para pelajar. Contohnya, isu semasa yang boleh dikaitkan adalah mengenai
Covid-19 yang menyebabkan semua organisasi agak terjejas termasuklah institusi pendidikan
terutamanya golongan pelajar yang tidak berkemampuan. Oleh itu, guru perlu mengambil
tindakan untuk menyuntik semangat kepada para pelajar untuk terus berjuang walaupun
hanya dengan menggunakan pengajaran secara maya.

3
SCCA1013

C. PENDIDIKAN

Kemahiran guru dalam berkomunikasi lisan dan instruksional itu akan menentukan
keberhasilan siswa belajar (Suparno, 1999). Antara perkara harus diketahui adalah skema dan
model komunikasi yang tepat untuk diterapkan dalam kriteria guru iaitu(4K1N) yang terdiri
daripada komunikasi, kolaborasi, kreatif dan kritis. Tambahan lagi, (RPH) Rutin
Pembelajaran Harian yang selalu diguna pakai oleh guru sebelum memulakan kelas. Perkara
tersebut perlu dijadikan aspek utama dalam komunikasi pendidikan.Terdapat 6 aspek yang
terlibat dalam pendidikan adalah:

1. Sumber (Source) - Adalah dasar yang digunakan dalam penyampaian mesej (bahan)
dalam hal ini berupa cetakan buku , dokumen dan lain – lain.

2. Pengekod (Encoder) - Dalam hal ini orang yang menyampaikan pesanan seperti guru atau
pensyarah dalam menyampaikan pesanan harus memenuhi kriteria antaranya; dapat
menyelesaikan masalah, masalah menguasai Bahasa dan penampilan yang kemas.

3. Mesej (Message) - Adalah keseluruhan dari apa yang disampaikan oleh komunikator
(guru) daripada penggunaan bahan yang akan diajarkan.

4. Menyahkod (Decoder) - Orang yang menerima mesej yang disampaikan oleh guru, dan
tindakan untuk menuntukan makna dalam suatu penyampaian.

5. Media (Channel) - Adalah seluruh alat untuk penyampaian mesej (bahan).

6. Hasil (Result) - Hasil akhir suatu komunikasi, dalam hal ini seorang guru yang telah
memberikan bahan pembelajaran kepada pelajar maka hasil yang diberikan kepada pelajar
dapat memahami tujuan pembelajaran tersebut yang dilihat dengan adanya respon terhadap
suatu penyampaian.

Komunikasi adalah penyampaian suatu pernyataan oleh seseorang kepada orang lain
(Efendy, 2005). Komunikasi memainkan peranan penting bagi manusia dalam kehidupan
seharian. Tanpa komunikasi, maka tidak ada proses interaksi, pertukaran ilmu dan
pengalaman. Peranan komunikasi adalah potensi yang dapat digunakan untuk memenuhi
tujuan tertentu. (Rudulph F. Varderber (1978). Ianya bermaksud tujuan kesenangan untuk
menunjukkan ikatan dengan orang lain, membangun dan memelihara hubungan. Untuk
kelangsungan hidup sendiri yang meliputi keselamatan fizik, meningkatkan kesedaran

4
SCCA1013

peribadi dalam menampilkan diri kita pada orang lain demi mencapai cita - cita peribadi. (C.
Pearson dan Paul E. Nelsom (1979).

D. EJEN PERUBAHAN

Guru yang telah dilatih sebagai guru teknologi komputer merupakan penggerak
kepada perubahan penggunaan teknologi komputer dan berperanan sebagai inovator dalam
organisasi sosial mengikut saranan( Rogers. (1995) Havelock dan Zlotolow (1995).
Transformasi sebagai ejen perubahan adalah transformasi bermaksud perubahan sepenuhnya
dalam rupa atau sikap seseorang atau sesuatu supaya terdapat penambahbaikan ( Menurut
Cambridge Advanced Learner’s Dictionary (2005). Dalam kajian ini, transformasi dilihat
sebagai proses perkembangan pelajar yang mengikuti kursus Teknologi Elektronik di Sekolah
Mengengah Vokasional (PTV) , latihan praktikum, sehingga menjadi pelajar yang mampu
melakukan perubahan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah
yang ditempatkan.

Seorang guru yang berkualiti boleh menguasai segala kemahiran, pengetahuan dan
kepakaran yang ada pada diri sendiri sebagai perubahan keberkesanan pengajaran amali di
dalam bengkel. Guru merupakan penyuluh ilmu kepada pelajarnya tanpa guru yang
mempunyai kemahiran mengajar yang baik akan memberi kesan kepada perkembangan
pelajar. (Kasim & Yusuf (2004). Pembelajaran secara amali dapat membantu pelajar dalam
mengukuhkan ingatan mereka. Ini kerana perubahan yang dilakukan oleh seorang guru dalam
meningkatkan pengetahuan para pelajar.

Oleh itu, guru perlu diadaptasikan dengan kemahiran supaya ilmu yang disampaikan
berkesan dan mampu mendorong pelajar untuk minat pada suatu subjek itu tanpa rasa jemu.
Kejayaan seorang pelajar dalam suatu mata pelajaran bergantung kepada kemahiran yang
dilakukan oleh guru itu sendiri dalam melakukan perubahan. Oleh sebab itu, guru hendaklah
sentiasa melaksanakan, merancang dan menilai supaya dapat memperbaiki mutu pengajaran
mereka kearah yang lebih baik. Peranan ejen perubahan ini menjadi tunjang utama dalam
institusi pendidikan bagi menjadikan batu loncatan yakni perubahan kepada para pelajar agar
komunikasi yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan baik. Oleh hal yang demikian, fungsi
ejen perubahan dalam bidang komunikasi ini sangat penting dalam institusi pendidikan. Ini
kerana kemahiran yang ada pada seorang guru itu dalam menyampaikan ilmu pada segala
bentuk komunikasi untuk kejayaan para pelajar.

5
SCCA1013

RUJUKAN

Abdullah Ishak. 1989. Sejarah perkembangan pelajaran dan Pendidikan Islam. Kuala
Lumpur:Badan Dakwah dan Kebajikan Malaysia.

Ab. Halim Tamuri. 2005. Hala Tuju dan Cabaran Pendidikan Islam dalam Era Globalisasi.
Kertas kerja Seminar Pendidikan dan Penghayatan Islam. Jabatan TITAS,
Universiti Pendidikan Sultan Idris , Tanjong Malim, 1 Mac.

Abdul Raof Dalip & T. Subahan Mohd. Meerah. 1991. Isu- Isu Latihan mengajar. Shah
Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV, 2012). Pengenalan Transformasi PTV.
Dicapai pada Mei 20, 2014, dari http://www.bptv.edu.my/v3/index.php/transformasi
-pendidikan vokasional.

Chang, Chi Cheng. (2001). A study on the evaluation and effectiveness analysis of webbased
learning portfolio (WBLP). British Journal of Educational Technology; 32(4): 435-
459.

Gibson, Ivancevich, and Donelly. 1996. Organisasi: Perilaku, Struktur, Proses . Jilid 1, edisi
Kelapan. Jakarta: Binarupa Aksara.

Havelock, R. G., & Zlotolow, S. (1995). Panduan Ejen Perubahan. (2 ed.), Englewood Cliffs
NJ: Pendidikan Penerbitan Teknologi.

Kreitner, Robert dan Angelo Kinicki. 2000. Perilaku Organisasi. jilid1, Jakarta: Salemba
Empat.

Osman, O. (2016). APEX 2020: Merealisasikan universiti global. Pulau Pinang: Penerbit
Univesiti Sains Malaysia.

Richardson W. (2010). Blogs, Wikis, Podcasts, and Other Powerful Web Tools for
Classrooms. Corwin Sage Company. United State of America.

Suparno. (1999). Kemahiran BerKomunikasi Lisan dalam Konteks Instruksional Guru


Sekolah Dasar. Jurnal Ilmu Pendidikan, Vol 6, No 1, hal 51-60

LTSN Generic Centre. (2003). E-learning Series: A Guide for Teacher. [Atas
Talian] http://www.dur.ac.uk/resources/its/lt/elearning/ELN063.pdf (September 19, 2017).

6
SCCA1013

Zainal, A. (2016). Model kelestarian program TVET berasaskan kompetensi pensyarah dan
amalan lestari kolej vokasional. (PhD tesis tidak diterbitkan). Universiti Tun Hussein
Onn, Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai