Anda di halaman 1dari 6

3.

PEMIKIRAN TENTANG NILAI MORAL

(I) Budi
Nilai budi yang dimaksudkan ialah budi bahasa. Budi bahasa merupakan perlakuan atau tutur
kata yang beradab dan bersopan-santun. Mereka yang beradab dan penuh dengan sopan-
santun dianggap sebagai orang yang budiman.
Hikayat Malim Deman ini cuba mempamerkan sikap budi bahasa yang dimiliki oleh Malim
Deman ketika berkunjung ke teratak nenek kebayan.

Kerikal gulai maman,


Digulai dengan daun campa;
Mengapa orang muda di laman,
Silakan naik kita berjumpa.

Bunga Angsana di kebun nenek,


Dahannya rendang pohonnya rampak;
Bagaimana kami nak naik,
Tuan rumah belum lagi nampak.
(Hikayat Malim Deman, Hlm.54)

Peristiwa ini memberikan gambaran budi bahasa Malim Deman yang ketika berada di kayangan
telah meminta keizinan terlebih dahulu untuk memasuki rumah nenek kebayan. Beliau tidak
terus menerpa masuk walaupun beliau merupakan golongan bangsawan. Hal ini
menggambarkan keperibadian dan budi bahasa yang dimiliki oleh Malim Deman
3. PEMIKIRAN TENTANG NILAI MORAL (sambungan...)

(ii) Tolong-Menolong

Nilai tolong-menolong atau sikap saling membantu antara satu sama lain juga banyak diterapkan dalam Hikayat
Malim Deman ini. Tidak kira pembesar mahupun rakyat jelata, masing-masing bekerjasama dalam melaksanakan
sesuatu aktiviti. Pemikiran moral tolong-menolong ini dapat dilihat dengan jelas dan meyakinkan dalam contoh di
bawah;
Yang capik datang bertongkat,
Yang buta beraba-raba,
Yang tuli leka bertanya,
Yang kecil terambin lintang,
Yang jarak tolak-tolakkan,
Yang pendek bertinjau-tinjau,
Yang kurap mengekor angin,
Yang pekak pembakar meriam,
Yang buta penghembus lesung,
Yang lumpuh penghalau ayam,
Yang pekung penjemuran,
Yang kurap pemikul buluh.
(Hikayat Malim Deman, hlm. 197)

Petikan di atas menggambarkan situasi kerukunan dan semangat gotong-royong dalam kehidupan masyarakat
Melayu tradisi. Gambaran yang sedemikian diperlihatkan dalam setiap upacara keramaian seperti kenduri-kendara
dan majlis perkahwinan raja atau dalam kalangan pembesar istana.
Rakyat jelata turut terlibat dalam pengendalian upacara atau pesta yang diadakan kerana masing-masing telah
diagihkan dengan tugas yang bersesuaian dengan kebolehan diri masing-masing, walaupun keadaan fizikal mereka
kurang sempurna. Kecacatan atau kelainan upaya bukan satu penghalang untuk berbakti dan mencurahkan
tenaga.
Justeru, tiada seorang yang ketinggalan untuk turut sama menyertai sebarang perayaan atau keramaian yang
diraikan.
4. KEPEMIMPINAN
Hikayat Malim Deman telah menyelitkan pemikiran politik tentang kepemimpinan. Pemimpin yang
baik ialah pemimpin yang bijak dalam pentadbiran, ikhlas dan amanah dalam melaksanakan tugas
serta mampu mempraktikkan keadilan dalam pemerintahannya.
Digambarkan dalam Hikayat Malim Deman ini, kehidupan seorang insan yang mempunyai
kedudukan dan dihormati. Insan tersebut telah dimulia dan diagung-agungkan seperti yang
tergambar dalam petikan berikut;

Bukan teluk parang-parang,


Anak ketam di dalam padi,
Telutuh dilepuh-lepuh,
Enayang di balik rumah;
Bukannya makhluk sebarang-barang,
Cucu Adam sepian nabi,
Turun di langit yang ketujuh,
Jadi khalifah pada Allah.
(Hikayat Malim Deman, hlm. 187)

Dapat dikesan dalam petikan di atas, Hikayat Malim Deman mengangkat darjat golongan pemimpin
dengan jurai keturunan Malim Deman dijadikan tirai penceritaan untuk mengisahkan kehebatan asal
usul keturunan yang boleh dianggap sebagai satu kelebihan yang dimilikinya. Dengan kata lain,
darjah yang dimilikinya merupakan satu aset yang tidak mungkin dimiliki oleh orang kebiasaan atau
rakyat jelata. Ketinggian darjat ini dikaitkan juga dengan konsep daulat iaitu kelebihan yang ada
pada raja.
5. PEMIKIRAN TENTANG KEPAHLAWANAN
Hikayat Malim Deman juga ada menyelitkan tentang pemikiran kepahlawanan. Malim Deman seperti yang
diceritakan berjaya melawan Mambang Molek iaitu anak raja kayangan. Dengan sifat kepahlawanan itulah
Malim Deman berjaya dalam sebarang perlawanan atau pertempuran. Sifat kepahlawanan ini bukan sahaja
kegagahan dan keberanian dalam melawan musuh, malahan turut mempunyai ilmu yang penuh di dada.
Dalam Hikayat malim deman ini penulis menunjukkan ketangkasan dan penguasaan ilmu iaitu ilmu silat yang
mendalam sehingga berjaya menewaskan musuh dengan mudah. Hal ini digambarkan dalam pantun dibawah;

Diparang ke kiri melompat ke kanan,


Diparang ke bawah melompat ke atas,
Diparang ke atas menyusup ke bawah.
Ditikam ke kiri ia ke kanan,
Ditikam ke kanan ia ke kiri,
Ditikam ke hadapan ia ke belakang,
Ditikam ke atas ia menyusup ke bawah,
Ditikam ke bawah ia melompat ke atas.
( Hikayat Malim Deman, hlm. 64)

Berdasarkan petikan tersebut, satu gambaran tentang ketangkasan dan keberanian yang dimiliki oleh Malim
deman. Penguasaan ilmu persilatan pula dapat dilihat melalui tingkah laku Malim deman ketika diserang
musuh;
5. PEMIKIRAN TENTANG SOSIOEKONOMI

Hikayat Malim Deman telah memberikan gambaran dalam aspek sosioekonomi melalui perniagaan,
iaitu tentang kesibukan dan kemewahan aktiviti perdagangan di kawasan pelabuhan yang menjadi
tumpuan para pedagang yang membawa segala jenis khazanah untuk diperdagangkan.

Selup wangkang bergandingan,


Berjenis-jenis gada-gadanya,
Ada yang merah gada-gadanya,
Muatan sutera dan mastuli;
Ada yang putih gada-gadanya,
Muatan lilin dengan getah;
Ada yang hijau gada-gadanya,
Muatan kesumba dengan malau;
Muatan emas dengan perak.

(Hikayat Malim Deman, hlm. 188)

Perihal kekayaan diungkapkan melalui perkataan sutera, kesumba, emas, perak dan sebagainya.
Jumlah sukatan muatan diukur dengan menggunakan gada-gada (bendera kecil di puncak tiang
kapal atau perahu untuk mengetahui arah angin) yang begitu banyak serta mempunyai warna yang
pelbagai dibawa masuk oleh pedagang luar yang datang dari seluruh pelusuk nusantara.
Jumlah gada-gada yang banyak menunjukkan pelabuhan yang sibuk dan sarat dengan barangan
dagangan yang banyak.
KESIMPULAN

Akal budi dan pemikiran yang terdapat dalam Hikayat Malim Deman ialah tentang
ketaatan, kerjasama, nilai moral, kepemimpinan, kepahlawanan dan sosioekonomi.
Pemikiran yang diterapkan ini sarat dengan nilai dan kepentingannya yang
tersendiri dalam melahirkan masyarakat yang berkualiti.
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan cerita lipur lara telah digunakan sebagai
wahana untuk memberikan pengajaran yang amat penting dalam kehidupan
masyarakat pada masa kini.
Pemikiran Melayu dalam cerita lipur lara yang diketengahkan itu memiliki unsur-
unsur kemoralan, kemotivasian, keaspirasian, keharmonian dan realiti kehidupan.
Dengan demikian, segala unsur yang bersifat positif itu diharap dapat membantu
dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

Anda mungkin juga menyukai