Anda di halaman 1dari 9

KDT2073

FIQH AL-IBADAH

SOLAT ISTISQA’

NAMA MUHAMMAD AIZAT BIN IBRAHIM

NO. MATRIK 21080309

NAMA PENSYARAH NUR SHAHIDAH BINTI AB HAMID


ISI KANDUNGAN

ABSTRAK........................................................................................................................................ 3
PENDAHULUAN............................................................................................................................. 3
PENGERTIAN SOLAT ISTISQA’ ................................................................................................... 3
HUKUM SOLAT SUNAT ISTISQA’ ............................................................................................... 3
KAEDAH MELAKUKAN SOLAT ISTISQA’ .................................................................................. 4
NIAT SOLAT SUNAT ISTISQA’ ..................................................................................................... 5
CARA MENGERJAKAN SOLAT ISTISQA’ ................................................................................... 5
MEMBACA KHUTBAH SELEPAS SOLAT .................................................................................... 6
DOA MINTA HUJAN ...................................................................................................................... 7
PENUTUP ........................................................................................................................................ 8
RUJUKAN........................................................................................................................................ 8
ABSTRAK: Kertas kerja ini akan membincangkan tentang pengertian, hukum, kaedah, dan
cara Solat Istisqa’. Solat Istisqa’ atau solat minta hujan sangat penting untuk difahami dan
diketahui oleh negara beriklim tropika seperti Malaysia. Solat ini dilakukan bila terjadi
kemarau yang panjang atau kerana perlunya hujan atas sebab-sebab tertentu.
Kata kunci: Solat Istisqa’, cara, kaedah

PENDAHULUAN
Solat merupakan doa dan ibadat yang paling penting bagi seorang hamba. Melalui
solat seorang hamba dapat berhubung secara langsung dan paling hampir dengan Allah SWT.
Hal ini kerana solat merupakan doa dan ibadat yang paling penting dan hanya kepadaNya
mereka memohon kerana Allah adalah Maha Pemberi Rahmat.

PENGERTIAN SOLAT ISTISQA’


Solat istisqa’ ialah solat sunat 2 rakaat yang dilakukan bertujuan untuk meminta hujan
atau permohonan khusus kepada Allah untuk memohon diturunkan hujan disebabkan
berlakunya kemarau panjang. Ianya dilakukan dengan penuh harap kepada Allah SWT
supaya diampunkan dosa dan diturunkan hujan berserta rahmat daripadaNya.

Solat Istisqa’ sangat dituntut bagi penduduk Islam di sesuatu tempat seperti sesebuah
daerah atau negeri yang telah lama mengalami kemarau, musim kering, berjerubu
dan kesukaran memperolehi sumber air yang boleh mengakibatkan kesihatan terjejas,
tanaman mati dan binatang ternakan kebuluran dan memerlukan air iaitu hujan sebagai salah
satu sumber air. Maka sangat dituntut untuk melakukan solat sunat istisqa’.

HUKUM SOLAT SUNAT ISTISQA’


Hukum melakukan solat istisqa’ adalah sunat muakkad ke atas orang yang mukim,
musafir, merdeka, hamba, yang sudah baligh dan belum baligh, lelaki serta perempuan. Solat
sunat ini dilakukan bagi tujuan meminta hujan. Jika tidak berkehendakkan hujan maka
hukumnya tidak harus dan tidak sah.
KAEDAH MELAKUKAN SOLAT ISTISQA’

1. Persediaan sebelum melakukan Solat Istisqa’


i. Berpuasa sunat selama tiga hari.
ii. Meninggalkan segala kezaliman, maksiat dan kemungkaran.
iii. Melakukan solat sunat taubat.
iv. Beramal soleh seperti berzikir dan bersedekah.
v. Saling memaafkan antara satu sama lain.

2. Istisqa’ boleh dilakukan dengan 3 cara iaitu:


Pertama: Sekurang-kurangnya berdoa pada bila-bila masa yang dikehendaki secara individu
atau beramai-ramai.

Kedua: Diadakan selepas ruku’ pada rakaat akhir solat fardhu dan selepas bersolat atau
diadakan doa khas (mohon hujan) di akhir khutbah kedua Solat Jumaat.

Ketiga: Kaedah terbaik adalah dengan mendirikan Solat Sunat Istisqa’ secara berjemaah
dengan meminta orang ramai bersama-sama melakukan perkara-perkara berikut:

 Bertaubat
 Bersedekah kepada fakir miskin, meninggalkan kezaliman dan mendamaikan
persengketaan
 Berpuasa selama 4 hari berturut-turut

Pada puasa pada hari keempat, semua penduduk keluar ke kawasan lapang, berpakaian
biasa tanpa wangi-wangian, merendah diri dan sopan santun. Kemudian melakukan solat
sunat istisqa’ sebanyak dua rakaat sama seperti solat sunat hari raya diiringi dengan
dua khutbah selepas solat. Pada khutbah pertama hendaklah membaca istighfar 9 kali dan
pada khutbah kedua 7 kali.

Sunat dibawa juga bersama-sama ke kawasan solat adalah kanak-kanak, orang tua dan
binatang ternakan. Hal ini adalah kerana bencana yang menimpa turut mengenai mereka
semua.
NIAT SOLAT SUNAT ISTISQA’
Niat solat sunat ini adalah:

Usolli sunnatal istisqo’i rak’ataini imaman / makmuman lillahi taala

Sahaja aku solat sunat Istisqa’ dua rakaat (sebagai imam / makmum) kerana Allah Taala.

CARA MENGERJAKAN SOLAT ISTISQA’


Solat Sunat Istisqa’ boleh dikerjakan secara seorang diri atau berjemaah.Setiap rakaat
ada dua kali berdiri (qiam), dua kali rukuk dan dua kali sujud. Iaitu mengandungi empat kali
rukuk dan empat kali sujud.

Seperti solat hari raya, selepas membaca doa iftitah bertakbir sebanyak 7 kali dengan
diselangi bacaan tasbih bagi rakaat pertama dan 5 kali takbir yang juga diselangi dengan
tasbih bagi rakaat kedua.

Lafaz tasbih:

‫ وللا أكْبر لح ْول ول ق ا‬،‫ ول إِله إِ ال للا‬،ِ‫للا وا ْلح ْمد هلل‬


‫ـوة إِ ال بِاهلل‬ ِ ‫سبْحان‬

Rakaat Pertama

1. Membaca Al-Fatihah dan sebarang surah (boleh dinyaringkan bacaannya),


kemudian rukuk.

2. Berdiri tegak sekali lagi selepas rukuk dan membaca Al-Fatihah lagi sekali
berserta surah.

3. Selepas itu rukuk, iktidal dan sujud.


Rakaat Kedua

1. Lakukan sama seperti rakaat pertama.

2. Surah yang dibaca sebaik-baiknya surah yang panjang.

3. Memberi salam

MEMBACA KHUTBAH SELEPAS SOLAT


Disunatkan membaca khutbah atau peringatan, memuji-muji kebesaran Allah SWT
yang menjadikan matahari dan bulan yang merupakan tanda kebesaranNya, memberi nasihat
memperbanyakkan amal baik, menjauhi dosa dan maksiat.

Juga disunatkan untuk berkhutbah dengan dua khutbah selepas Solat Sunat Istisqa’.
Khutbah pertama hendaklah dimulakan dengan 9 kali istighfar dan khutbah kedua dengan 7
kali istighfar.

Di dalam khutbah pertama, disunatkan untuk membaca doa. Semasa berdoa,


disunatkan orang ramai untuk mengangkat tangan beramai-ramai.

Dalam Khutbah Kedua ketika doa dibaca (setelah berlalu satu pertiga dari khutbah
kedua), disunatkan khatib berpusing menghadap ke arah kiblat (pusingan itu dilaksanakan
dari kanan ke kiri) dan mengubah kedudukan kain lepas (bahagian atas yang membalut
tubuhnya) dengan dijadikan bahagian atas ke bawah, bahagian bawah ke atas, bahagian kanan
ke kiri dan bahagian kiri ke kanan bagi menyatakan keadaan bertambah hina dan
menzahirkan rasa rendah diri yang teramat sangat kepada Allah SWT. Orang ramai juga
sunat untuk mengikuti dengan membalikkan selendang mereka sebagaimana yang dilakukan
oleh Nabi SAW.

Rasulullah SAW (keluar untuk bersolat Istisqa’) dengan penuh tawaduk khusyuk, menghina
diri dan mengenakan pakaian biasa dengan penuh harapan. Baginda bersolat dua rakaat
sebagaimana solat Hari Raya, tetapi tidak berkhutbah seperti khutbah yang biasa itu

— Riwayat Nasa’i
DOA MINTA HUJAN
Kita digalakkan supaya memperbanyakkan doa, zikir, memohon ampun dengan
merendah diri dan menghinakan diri ketika melaksanakan solat istisqa’.

Doa mengenainya memang sudah masyhur dan doa yang dianjurkan untuk memohon,
antaranya:

Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah hujan ini rahmat, bukan azab, bukan kemusnahan,
bukan bala, bukan kehancuran dan bukan kebanjiran. Ya Allah! Turunkanlah hujan ke atas
bukit, kawasan berpasir, kawasan tumbuh-tumbuhan dan kawasan lembah. Ya Allah!
Turunkanlah hujan di sekeliling kami bukan di atas kami. Ya Allah! Turunkanlah hujan yang
menyelamatkan kami daripada kegetiran. Hujan yang menyegarkan dan menyuburkan, hujan
yang lebat merata bumi, hujan yang sentiasa mendatangkan manfaat sehingga hari kiamat.
Ya Allah! Siramilah kami dengan hujan dan janganlah Engkau jadikan kami golongan yang
berputus asa. Ya Allah! Sesungguhnya hamba-hamba-Mu dan negara ini telah didatangi
kesukaran, kesempitan hidup dan kelaparan. Kami tidak mengadu melainkan kepada-Mu. Ya
Allah! Tumbuhkanlah tnam-tanaman kami, banyakkanlah susu ternakan kami, turunkanlah
kepada kami keberkatan daripada langit, dan tumbuhkanlah bagi kami yang tiada sesiapa
yang boleh menghindarkannya selain-Mu Ya Allah! Kami memohon ampun kepada-Mu
kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penganpun, maka turunkanlah hujan yang
lebat ke atas kami.”
PENUTUP

Kesimpulannya, Solat Istisqa’ sangat dituntut untuk melaksanakannya jika berlaku sebarang
musibah dan menghadapi masalah keputusan air kerana kemarau, sedang manusia, haiwan
dan tumbuh-tumbuhan sangat memerlukannya. Hanya kepada allah jualah tempat memohon
dan Allah adalah Maha Pemberi Rahmat.

RUJUKAN

- KITAB AL-FIQH AL-MANHAJI MAZHAB AL-SYAFIE.

- Ashab Al-Fadhilah Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.

- Muqaddimah, Hukum Bersuci, Solat, Azan & Iqamah, Zakat Fitrah, Qurban, dan
Pengurusan Jenazah.

- Penterjemah: Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri & Rakan-rakan.

- Diterbitkan oleh: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Blok D7 & D9, Kompleks D Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62519 Putrajaya. www.islam.gov.my.

- Dicetak oleh: Aslita Sdn Bhd. No. 20, Jalan 4/10B Spring Crest Industrial Park Batu Caves
68100 Kuala Lumpur.

- https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-istisqa/

- https://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_Sunat_Istisqa

-https://siraplimau.com/cara-solat-sunat-istisqa-meminta-hujan-secara-berjemaah-atau-
sendirian/

- https://shafiqolbu.wordpress.com/2013/06/25/solat-sunat-istisqa/
- https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/12/umat-islam-arab-saudi-tunai-solat-istisqa-
mohon-hujan-kurangkan-kemarau/

- https://www.hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/10.htm

Anda mungkin juga menyukai