Anda di halaman 1dari 3

Soalan objektif, pilih jawapan yang paling tepat

1. Antara berikut manakah pernyataan yang menggambarkan maksud lari pecut


a. Lari pecut merupakan larian terpantas yang memerlukan kelajuan yang
tinggi dan menggunakan system tenaga anaerobic
b. Lari pecut merupakan larian perlahan mengelilingi suatu trek larian
c. Lari pecut ialah larian secara bergilir-gilir sehingga ke garisan penamat
d. Lari pecut ialah larian laju yang tidak menggunakan system anaerobic

2. Manakah antara berikut benar menunjukkan kategori yang ada dalam acara
lari pecut
a. 100 meter dan 800 meter
b. 100 meter dan 600 meter
c. 100 meter, 200 meter dan 400 meter
d. 100 meter, 200 meter dan 800 meter

3. Apakah nama objek di bawah ?

a. Blok pengukur larian


b. Blok larian jauh
c. Pengukur trek larian
d. Blok permulaan untuk acara lari pecut
4. Acara lari pecut dan lari berganti-ganti sesuai di jalankan di atas padang atau
trek larian?

a. Padang
b. Trek larian

5. Apakah kategori yang betul dalam acara lari berganti-ganti?


a. 100 meter dan 400 meter
b. 4x200 meter
c. 4x400 meter
d. 4x100 meter dan 4x400 meter

6. Antara berikut manakah yang menunjukkan gaya pertukaran baton yang ada
dalam acara lari berganti-ganti?
a. Gaya pertukaran baton secara visual dan tanpa visual
b. Gaya pertukaran baton secara visual
c. Gaya pertukaran baton secara tanpa visual
d. Gaya pertukaran baton secara larian

7. Apakah maksud gaya pertukaran baton secara visual dalam acara lari
berganti-ganti?
a. Pemain hadapan tidak menoleh ke belakang
b. Pemain hadapan memberikan isyarat sebelum bermula larian
c. Pemain yang akan menerima baton perlu menoleh ke belakang dengan
menghulurkan tangan untuk mengambil baton
d. Pemain belakang menghulurkan tangan untuk mengambil baton
8. Apakah maksud gaya pertukaran baton secara tanpa visual dalam acara lari
berganti-ganti?
a. Pemain yang akan menerima baton tidak menoleh ke belakang dan hanya
menghulurkan tangan sahaja untuk mengambil baton tersebut
b. Pemain yang akan menerima baton perlu berhenti untuk mengambil baton
tersebut
c. Pemain belakang perlu mengambil baton tersebut dengan penuh
keyakinan
d. Pemain hadapan menoleh ke belakang untuk mengambil baton

9. Dalam acara lari pecut, ketika berada dalam kedudukan ‘ke garisan’ apakah
yang perlu dibuat oleh atlet ?
a. Kaki dominan berada di belakang
b. Kaki dominan berada di hadapan
c. Kaki dominan berada di hadapan dan lutut kaki belakang menyentuh trek
larian kemudian buka kedua-dua belah tangan seluas bahu
d. Kaki kanan dan kiri perlu berada dalam posisi yang sama

10. Apakah nama objek di bawah?

a. Pengukur trek larian


b. Baton untuk lari pecut
c. Baton untuk acara lari berganti-ganti
d. Pengukur larian berganti-ganti

Anda mungkin juga menyukai