Anda di halaman 1dari 7

PANDUAN

MENYEDIAKAN
MAKANAN
WHOLESOME 5
APAKAH
"BATCHING"
“Batching” adalah: Melakukan banyak tugas

yang serupa sekaligus.

Apabila kita fokus dengan satu tugas,

kita menjadi lebih effisien dalam menjalankan

tugas itu

Daripada menghabiskan 30-40 minit SETIAP

hari memikirkankan / mencari / membersihkan

dan menyediakan bahan makanan, anda

boleh menyediakan smoothie, salad & sup

sekaligus untuk 5 hari dalam 1.5 jam. Itu akan

menjimatkan masa persiapan sehingga 110

minit!

Mempersiapkan diri akan memastikan bahawa

anda tidak akan meninggalkan makanan sihat

pada hari anda sibuk dan mengikuti

Pelan Makanan Wholesome 5 dengan tekun.

Berikut adalah langkah-langkahnya:


LANGKAH 1

Rujuk senarai runcit yang disediakan di Buku

Resipi

(ambil perhatian bahawa jumlah dalam senarai runcit

adalah untuk 2 hidangan)

Pergi membeli bahan-bahan yang berkaitan


LANGKAH 2
Penyediaan Ramuan Smoothie

Potong buah dan sayur yang sesuai berdasarkan

resipi

Letakkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang

dipotong di dalam beg Ziploc, tutup, labelkannya

dengan betul menggunakan marker tetap,

letakkan paket di dalam peti sejuk beku (freezer)

dengan segera

Apabila hendak minum smoothie anda, masukkan

bahan paket ke dalam pengisar, tambahkan

cecair dan bahan-bahan kering (e.g flaxseeds,

mentega kacang, dll)

Kisar dan hidangkan


LANGKAH 3
Penyediaan Ramuan Salad

Pilih bekas plastik atau bekas kaca Bebas

BPA yang berbentuk rata dan segi empat

tepat. Ini bukan sahaja senang disimpan di

dalam peti sejuk anda, tetapi juga

memberi lebih banyak ruang untuk sayur-

sayuran serta mencegah kelembapan.

Kenal pasti bahan-bahan yang anda

perlu dimasak contohnya tempe,

kacang kuda, bertih jagung, kacang

hitam, beras perang dan sayur-sayuran

Masak mengikut arahan.

Simpan bahan yang telah dimasak ke

dalam bekas berasingan dan simpan di

dalam peti sejuk (Panaskan semula

sebelum makan)

Kenal pasti bahan-bahan yang hendak

diambil mentah. Potong mengikut arahan.


LANGKAH 4
Penyimpanan Bahan Salad

Gunakan 1 bekas untuk setiap resipi

Semasa menyimpan bahan mentah ke dalam bekas,

mulakan dengan sayur-sayuran daun hijau. Pastikan ia

betul-betul kering sebelum disimpan

Keringkan sayur-sayuran yang tidak berdaun, kacang

masak, dan buah dengan tuala kertas (ini akan

menjadikannya lebih garing lebih lama) Letakkan di

atas sayur-sayuran berdaun.

Simpan bekas di dalam peti sejuk

Simpan sayur-sayuran yang telah dibakar dalam satu

bekas dan simpan di dalam peti sejuk beku (Freezer)

Keluarkan dan masukkan ke dalam peti sejuk pada

malam sebelumnya untuk mencair, panaskan semula

sebelum makan

Sediakan dressing untuk setiap salad mengikut resipi

Simpan dressing di dalam peti sejuk sehingga tiba masa

untuk makan salad anda. Gunakan bekas bersaiz kecil

untuk menyimpannya.
LANGKAH 5:
PENYEDIAAN
RAMUAN SUP

Ikut arahan memasak

Bekukan sup dalam bekas berasingan setelah sejuk

Keluarkan sup beku dan masukkan ke dalam peti

sejuk pada malam sebelumnya untuk mencairkan,

panaskan semula sebelum makan

Anda mungkin juga menyukai