Anda di halaman 1dari 13

IDENTIFIKASI DAN PERKEMBANGAN BAKAT: TREND DAN TATACARA SEMASA

PATHMANATHAN K. SUPPIAH
SEKOLAH PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN SOSIAL
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Abstrak

Kertas konsep ini membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian kanak-


kanak didalam ujian bakat. Kerelevanan komponen-komponen ujian serta keberkesanan
tatacara pengujian bakat akan dibincangkan berpandukan kajian-kajian terkini. Peranan
komponen antropometri dan perkembangan fizikal didapati tidak mempunyai korelasi yang
signifikan. Disebaliknya komponen metakognitif yang mempunyai pengaruh yang kuat
dalam penyerlahan bakat tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Teknik penguasaan
kemahiran baru melalui kaedah imageri dan mental praktis adalah penunujuk yang
signifikan dalan merealisasikan potensi. Turut dibincangkan adalah tatacara perkembangan
bakat berdasarkan konsep perkembangan menyeluruh. Pendekatan perkembangan Bloom
(1985) Ericsson (1993) dan Côté (2007), menghuraikan tahap-tahap perkembangan dan
peranan faktor-faktor praktis, dan deliberate palay dalam pencapaian potensi. Pendekatan
identifikasi bakat pada peringkat umur 16 – 25 tahun juga dibincangkan. Perkembangan
harus dilakukan dengan memberi keutamaan kepada objektif-objektif jangka masa panjang.
Latihan yang berunsurkan kekhususan didapati memastikan kecemerlangan jangka pendek
serta risiko burnout dan masalah psikologi kepada atlet-atlet muda. Sains sukan mempunyai
tanggungjawab serta peranan yang penting dalam memastikan murid-murid sekolah
diberikan peluang serta bimbingan dalam merealsisasikan bakat serta kemampuan pada
tahap yang maksimum. Pengukuran psikologi harus dilakukan dalam proses identifikasi
bakat untuk mempastikan atlet berbakat mendapat bimbingan yang sesuai untuk
merealisasikan potensi.
1.0 Pengenalan

Proses identifikasi bakat (IB) bertujuan mengenal pasti bakat dalam kalangan peserta sesuatu
program pembangunan sukan. Keperluan IB wujud daripada beberapa buah faktor yang
bertujuan menggunakan sumber terhad pada tahap maksimum. Sumber disini merujuk kepada
faktor kewangan dan juga bilangan atlet yang melibatkan diri dalam sesuatu disiplin sukan.
Proses IB juga bertujuan memberi segala bantuan kepada indidividu yang berbakat agar proses
”kematangan” sebagai seorang atlet pada tahap prestasi tinggi dapat dipastikan dan
dipercepatkan. Tujuan-tujuan yang disebutkan mempunyai asas yang kukuh dalam
merelisasikan visi sesebuah pertubuhan sukan ataupun negara dalam mencapai kejayaan di
peringkat sukan tertinggi.
Bakat yang merujuk kepada kebolehan semulajadi yang diwarisi (genetik) dan adalah
spesifik kepada sesuatu domain (Howe, Davidson dan Sloboda, 1998). Howe et. al. seterusnya
mencadangkan bahawa bakat berasal daripada struktur genetik dan oleh itu adalah terpendam.
Petanda-petanda bakat hanya dapat di kenal pasti oleh pakar-pakar pada peringkat awal yakni
sebelum individu memepamerkan prestasi yang cemerlang dalam sesuatu bidang. Seterus Hoe
et. al menekankan bahawa yang berbakat adalah minoriti dan adalah spesifik kepada sesuatu
domain.

Howe dan rakan-rakan mencadangkan pendapat umum bahawa bakat menjadi


keperluan asas untuk kecemerlangan akan menyingkirkan individu yang dianggap tidak
berbakat peluang untuk menyertai program pembangunan dan seterusnya mencapai kejayaan.
Bercanggah dengan pendapat umum, Howe et. al. berpendapat bahawa persekitaran lebih
memainkan peranan dalam memastikan kecemerlangan, dan adalah tidak adil untuk tidak
memberi peluang yang sama kepada individu yang tidak ”berbakat” untuk cuba mencapai
kecemerlangan. Walaupun pendapat Howe et. al. diterima oleh sebilangan pakar namun ada
juga yang berpegang teguh kepada pendapat bahawa bakat adalah penentu utama dalam
kecemerlangan dalam sesuatu domain. Demi memahami percanggahan pendapat ini, orientasi
IB semasa, terutamanya dalam bidang sukan akan dibincangkan.

2.0 Identifikasi Bakat – Trend semasa

Persoalan mengenai keberkesanan sesuatu program IB wujud disebabkan oleh tatacara proses
ini diimplimentasi sehingga terdapat pendapat yang menyatakan bahawa IB lebih condong ke
arah menyingkirkan bakat dari sesuatu program pembangunan sukan. Pendapat ini wujud
berdasarkan prosedur IB yang menggunakan bateri pengukuran antropometri dan ujian prestasi
yang dianggap sebagai ciri-ciri yang perlu untuk berjaya dalam sesuatu sukan.

Premis utama pendapat ini adalah ciri-ciri antropometri seorang atlet cemerlang dalam
sesuatu sukan diekstrapolasikan kepada kanak-kanak sebagai ciri-ciri yang menentukan
kecemerlangan dalam sukan tersebut. Sebagai contoh, dalam tatacara IB sukan renang, profil
perenang yang berbakat adalah:
i. tinggi (lebih dari ketinggian purata);
ii. bahu yang lebar dan pinggul yang sempit (secara relatif);
iii. lengan yang panjang (ukuran di antara ekstrimiti lengan mesti melebihi
ketinggian);
iv. ukuran kaki lebih panjang dari batang tubuh;
v. tangan dan kaki yang besar.
(Richards, 1999)

Walaupun ciri-ciri ini kelihatan dikalangan atlet-atlet yang mencapai kejayaan


diperingkat elit, persoalan yang timbul adalah: Bilakah ciri-ciri ini dapat dilihat atau dikenalpasti
dikalangan kanak-kanak? Berdasarkan pendapat Ericsson et. al. (1993) bahawa seorang
individu memerlukan pelaburan selama 10,000 jam atau 10 tahun dalam ”deliberate” praktis
untuk berjaya (akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian perkembangan bakat)
kebanyakkan agensi dan pertubuhan sukan memfokuskan proses IB dikalangan kanak-kanak.
Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri antropometri semasa
pra akil baligh tidak akan mengekalkan ciri-ciri tersebut semasa dewasa. Abott dan Collins
(2002) dalam kajian ke atas kanak-kanak di Scotland telah menunjukkan proses tumbesaran di
kalangan kanak-kanak adalah tidak stabil dan adalah tidak tepat untuk menggunakan ukuran-
ukuran ini dalam meramal kecemerlangan pada peringkat dewasa. Berdasarkan kajian-kajian
yang telah dijalankan, Vaeyens, Williams dan Philippaerts (2008) telah merumuskan bahawa
kebanyakkan ciri-ciri kualiti atlet elit hanya akan dipamerkan di peringkat lewat remaja kanak-
kanak. Seiring dengan pengukuran antropometri, teknik IB melibatkan bateri ujian kecergasan
fizikal dan prestasi.

Bateri ujian prestasi yang pada umumnya digunakan dalam proses IB melibatkan ujian-
ujian yang mengukur kelajuan, kekuatan, daya tahan otot , ketangkasan dan daya tahan
aerobik. Kajian-kajian yang telaah dijalankan ke atas kanak-kanak mendapati bahawa kadar
kematangan fizika mempunyai pengaruh yang besar terhadap prestasi komponen-komponen
kecergasan fizikal yang dinyatakan di atas (Vaeyens, Williams dan Philippaerts, 2008).

Dapatan-dapatan ini mencadangkan bahawa meramalkan potensi kejayaan berdasarkan


ukuran antropometri dan ujian-ujian prestasi mungkin tidak mendatangkan hasil yang diingini
kerana prestasi di dalam ujian-ujian ini dipengaruhi oleh kadar dan tahap kematangan.
Keperluan sukan yang terdiri daripada kombinasi kemahiran, atribut dan kapasiti mewujudkan
fenomena compensation. Fenomena ini merujuk kepada keadaan di mana kanak-kanak yang
mempunyai keupayaan yang rendah dalam sesuatu komponen yang perlu dalam sesuatu sukan
akan meningkatkan keupayaan dalam komponen lain agar kanak-kanak itu masih dapat
mempamerkan prestasi yang tinggi dalam sukan tersebut (Williams dan Ericsson, 2005). Ini
mungkin menyebabkan kanak-kanak ini tersingkir dari pemilihan ke program perkembangan
bakat jika komponen yang menjadi forte kanak-kanak tersebut tidak diuji. Seterusnya harus
dinyatakan bahawa dalam sesuatu permainan (cthnya hoki atau bola sepak) keperluan
perbezaan komponen kecergasan akan berbeza mengikut posisi permainan (tidak termasuk
penjaga gol).

Pada dasarnya seorang kanak-kanak yang mempunyai kombinasi kemahiran, atribut dan
kapasiti akan mencapai kejayaan pada peringkat kanak-kanak. Bloom (1985) telah menyatakan
bahawa kejayaan diperingkat kanak-kanak tidak semestinya membawa kejayaan diperingkat
dewasa. Dapatan ini telah diperkukuhkan dalam satu kajian yang dijalankan ke atas peserta-
peserta Sukan Olimpik di Athens yang mendapati hanya 44% daripada peserta telah menyertai
sukan pada peringkat junior, sementara 56% yang lain telah mendapat pengalaman pada
peringkat elit pada umur 22 (± 3.1) tahun (Güllich, 2007). Sokongan kepada pendapat terus
diperkukuhkan dengan satu kajian retrospektif oleh Güllich (dalam cetakan, sumber Vaeyens,
Güllich, Warr, Chelsea and Philippaerts, Renaat, 2009). Kajian yang dijalankan ke atas 140
peserta sukan Olimpik mendapati bahawa tiada pemenang pingat Olimpik terdiri daripada
mereka yang telah mengikuti program perkembangan bakat sebelum berumur 12 tahun. Di
antara peserta yang telah menyertai program perkembangan di antara umur 13 – 15 tahun,
18% telah memenangi pingat. Peratus peserta yang telah memenangi pingat terdiri daripada
mereka yang telah menyertai program perkembangan bakat selepas umur 15 tahun.

Dapatan-dapatan ini mencadangkan bahawa kaedah IB yang diamalkan dengan meluas


pada masa kini kemungkinan besar tidak akan mencapai matlamat. Disebaliknya pula, kanak-
kanak yang mungkin berjaya, tetapi disebabkan oleh proses kematangan yang lewat akan
tercicir daripada aliran perkembangan yang disokong oleh sumber kewangan dan kepakaran
yang mungkin menghasilkan pemenang pingat Sukan Olimpik dari kalangan mereka yang
tercicir. Lebih merungsingkan jika ’bakat’ yang telah diidentifikasi dan melalui proses
perkembangan yang melibatkan kos kewangan dan kepakaran tidak menyerlah pada peringkat
dewasa, di mana atribut fizikal tidak dipengaruhi oleh kadar kematangan fizikal.

Teknik IB yang memfokuskan kepada ciri fizikal (bagi dari segi komponen kecergasan
ataupun kemahiran) mengabaikan ciri multidimensi kecemerlangan dalam sukan –
kecemerlangan adalah hasil kombinasi faktor fizikal dan psikologi. Peranan psikologi dalam
pencapaian staus elit dalm sukan telah mula diperkatakan sejak 80an. Orlick (1988) telah
mendapati perbezaan di antara pemenang pingat dan peserta lain adalah ciri psikologi seperti
penetapan matlamat, penilaian prestasi kendiri, imageri dan komitmen. Abbot dan Collins
(2004) menyatakan bahawa motivasi dan strategi pembelajaran adalah faktor penentu yang
penting dalam mempastikan individu yang berbakat nerealisasikan potensi iaitu pencapaian
prestasi tertinggi dalam sukan. Individu-individu yang berusaha ke arah kecemerlangan dalam
sukan juga mengaplikasikan teknik-teknik meta-kognitif yang mengoptimumkan penumpuan
dan seterusnya penguasaan kemahiran. Teknik metakognitif yang dimaksudkan adalah teknik
penetapan matlamat kendiri dan kawalan kendiri dalam meningkatkan kemahiran (Kreiner-
Philips dan Orlick, 1992)

Seterusnya kertas ini akan membincangkan orientasi program-program perkembangan


bakat dari perspektif Bloom (1985), Ericsson (1993) dan Côté (2003). Pendekatan-pendekatan
ini menghuraikah tahap-tahap yang dilalui serta ciri-ciri psikologi dikalangan mereka yang
berpotensi menyerlah di peringkat sukan tertinggi.

3.0 Orientasi Program Perkembangan Bakat

Program-program perkembangan bakat bertujuan menyediakan pengalaman


persekitaran yang dapat membantu dan mempercepatkan proses perkembangan bakat ke
tahap maksimum. Pada dasarnya penyelidik bersetuju bahawa perkembangan seharusnya
wholistic dan membantu kanak-kanak merealisasikan potensi mereka. Berbanding dengan pakar
IB yang lebih mencondong ke arah nature, penyelidik-penyelidik lebih berminat kepada konsep
nurture dalam perbahasan nature vs nurture dalam lalulan ke kecemerlangan dalam sukan

Tahap Perkembangan Bloom

Bloom (1985) dalam menghuraikan tahap-tahap perkembangan, menyatakan bakat


yang wujud tidak akan kesampaian jika tidak diiringi dengan dorongan, bimbingan, pendidikan
dan latihan. Kajian beliau yang melibatkan 120 atlet, ahli muzik, pelukis dan saintis berbakat
selama 4 tahun, memfokuskan kepada perkembangan atlet tersebut, daripada penglibatan awal
peringkat kanak-kanak sehingga mencapai kepakaran dalam bidang-bidang masing. Bloom
telah membahagikan proses perkembangan kepada tiga tahap yang bercirikan peranan orang
dewasa – guru, jurulatih dan ibubapa - yang mampu memberi galakan.

Tahun-tahun Awalan - Tahap Initiasi

Pada peringkat ini penglibatan kanak-kanak adalah untuk keseronokkan dan aktiviti-
aktiviti yang dirancang lebih kepada konsep main. Guru atau jurulatih dan ibubapa dapat
mengenalpasti sesuatu keistimewaan dalam setiap kanak-kanak. Kanak-kanak akan bergantung
kepada orang-orang dewasa untuk sokongan dan tunjukajar. Teknik pengajaran pula adalah
berorientasikan proses berbanding hasil. Ini bermaksud teknik yang diajar lebih mengutamakan
penghasilan lakuan yang betul berbanding dengan kejayaan mencapai matlamat.
Peranan guru dan ibubapa walaupun kurang berkemahiran, namun mereka menjadi
sumber dorongan, ibubapa terutamanya menjadi pencetus minat dalam sesuatu bidang. Selain
daripada itu ibubapa juga merupakan sumber tenaga dan motivasi.

Tahun-tahun Pertengahan dan Tahap Perkembangan

Watak kanak-kanak yang berubah dari peserta dalam sesuatu acara sukan kepada ahli
sesuatu acara sukan, bercirikan ”ketagihan” untuk melakukan praktis agar mencapai kejayaan
dalam penguasaan kemahiran. Guru-guru akan lebih berkemahiran dan menunjukkan minat
peribadi terhadap atlet tersebut. Pengajaran kemahiran menekankan penguasaan teknik yang
berkualiti tinggi dan pada masa yang sama menekankan kepentingan etika berkerja seperti
dedikasi dalam perlaksanaan tanggunjawab. Perasaan sayang kepada jurulatih akan bertukar
kepada menghormati.
Jumlah masa penglibatan meningkat dan orientasi atlet beralih ke arah pencapaian
berbanding dengan keseronokkan. Peranan ibubapa masih penting dalam isu-isu sokongan
moral dan kewangan serta membantu dalam menetapkan prioriti seharian.

Tahun-tahun Akhiran – Tahap Penyempurnaan

Pada tahap ini , menurut Bloom, individu akan mencapai tahap kepakaran. Sikap
berubah dari ketagih ke obsesi dalam penguasaan kemahiran. Jurulatih akan meletakan sasaran
yang membebankan tetapi mampu dicapai. Sikap individu kadang-kadang bertukar dari hormat
ke takut kepada jurulatih. Tanggungjawab menghadiri dan melibatkan diri dalam latihan
berubah dari jurulatih kepada atlet. Atlet menyedari peranan dan tanggungjawab mereka dalam
mempastikan kejayaan atau kepakaran dikecapi.

Dalam merumuskan perjalanan individu ketahap penyempurnaan, Bloom menyatakan


bahawa kehadiran bakat pada umur yang muda tidak akan bermakna jika individu tersebut
tidak melibatkan diri dan kekal dalam sesuatu program perkembangan bakat. Peningkatan
kemahiran individu tersebut tidak akan berkembang pada tahap ayang optimum malahan dia
akan ditinggalkan oleh mereka yang melibatkan diri secara berterusan dalam sesuatu program
perkembangan.

Huraian yang berikut akan berfokus kepada perbezaan pengalaman perkembangan yang
berperanan dalam mereliasasikan kepakaran dalam sukan. Penyediaan aktiviti yang bercorak
formal dan informal dengan tujuan meningkatkan pembelajaran dan kemahiran prestasi akan
dibincangkan.

“Deliberate practice”

Ericsson, Krampe dan Tesch-Romer (1993) telah mengambil pendirian bahawa faktor
nurture atau faktor pesekitaran memainkan peranan yang paling penting dalam pencapaian
prestasi sebagai seorang pakar dalam sesuatu bidang. Berdasarkan kajian keatas ahli-ahli
muzik, Ericsson et. al. menekankan bahawa dapatan mereka boleh diaplikasi dalam disiplin
yang lain termasuk sukan.

“deliberate practice” dirujuk kepada sebagai sebarang aktiviti yang:


i. dilakukan dengan tujuan spesifik meningkatkan prestasi – bukan untuk
keseronokkan atau ganjaran;
ii. memerlukan usaha kognitif dan/atau fizikal
iii. relevan kepada perkembangan kemahiran yang positif.

Menurut Ericsson et.al penglibatan dalam praktis sedemikian akan meningkatkan


kemahiran secara linear dan pelaburan sebanyak 10 000 jam dalam “deliberate practice” adalah
perlu dalam proses ke arah kepakaran dalam sukan. Dapatan dari kajian tersebut, juga
mendapati bahawa walau pun individu diberikan pengalaman pembelajaran yang sama,
perbezaan prestasi antara individu masih wujud. Yang menarik di sini, Ericsson et. al.enggan
menerima perbezaan wujud disebabkan oleh perbezaan individu, tetapi mengutarakan bahawa
perbezaan yang wujud adalah hasil daripada pengalaman pembelajaran yang berobjektif
dengan tahap kesukaran yang sesuai, maklum balas dan peluang untuk mengulangi serta
pembetulan ralat.

Selain daripada, Ericsson et. al. juga mencadangkan bahawa disebabkan oleh ciri-ciri
‘deiberate practice’ , yang membebankan fizikal dan mental, inidividu perlu bermotivasi tinggi
dan menangani kekangan usaha agar tidak mengaami burnout. Kedudukan yang diambil oleh
Ericsson et. al. menempatkan ‘nurture’ sebagai faktor utama dalam mencapai tahap kepakaran
dalam sukan. ‘Nurture’ disini merujuk kepada interaksi individu dengan persekitaran yang
menggalakkan penguasaan kemahiran. Pada masa yang sama, pengalaman pembelajaran yang
tidak sesuai berkemungkinan mengekang proses perkembangan.

Seiring dengan pendapat Ericsson et. al. mengenai peranan persekitaran dalam
mempastikan laluan atlet ke tahap prestasi tinggi Côté (1990) mengutarakan ide ‘deliberate
play’. Pendekatan ini mencadangkan bahawa corak pembelajaran yang tidak formal dan
semulajadi adalah lebih efektif dalam mempastikan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Deliberate Play

Konsep ‘deliberate play’ oleh Côté adalah berdasarkan hakikat pengalaman atlet
dalam sukan adalah melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang menyeronokan dan tidak serius (fun and
playful). Ciri-ciri ‘deliberate play’ adalah :
i. aktiviti fizikal pada tahap awal perkembangan
ii. menghasilkan motivasi intrinsik
iii. kepuasan serta merta
iv. direka khas untuk memaksimumkan keseronokkan.

Dari segi konteksnya, ‘deliberate play’ mempunyai kesamaan dengan aktiviti-aktiviti


fizikal seperti berlari, memanjat, melompat dan ‘rough and tumble play’ (Pellegrini & Smith,
1998). Pada masa yang sama ‘deiberate play’ menunjukkan ciri organisasi dan corak
‘behavioral’ yang unik. Menurut Pellegrini dan Smith (1998) , aktiviti sebegini menggalakkan
i. peningkatan tahap kecergasan biomotor dan ekonomi pergerakan
ii. meningkat kawalan corak pergerakan motor yang spesifik
iii. menyumbang kepada pengawalan emosi dan prestasi kognitif kanak-kanak.

Corak pembelajaran yang tidak formal serta dalam persekitaran semulajadi


menghasilkan cabaran-cabaran yang setara dengan kemampuan kanak-kanak. Satu contoh
yang boleh dikaitkan adalah permainan bola sepak di lorong-lorong dan di kawasan-kawasan
lapang yang menjadi medan penghasilan pemain-pemain bertaraf dunia hari ini. Perkara yang
sama boleh dikaitkan dengan sukan-sukan yang menjadi tradisi sesuatu kaum atau negara,
kriket di India dan Pakistan, bola keranjang di kalangan penduduk African Americans dan sepak
takraw di Thailand dan Malaysia.

Keperluan peralatan yang minima, ruang permainan yang ada, peraturan yang wujud
secara semulajadi membenarkan kanak-kanak melibatkan diri secara bebas. Keperluan yang
minimum dan mudah berbanding dengan ’”deliberate practice”’ membenarkan kanak-kanak
bereksperimen dengan pergerakan yang berbeza, dan mengajar kanak-kanak menjadi inovati
dan mengubahsuai peralatan, peraturan denga ruang yang sedia ada (Côté, Baker &
Abernethy, 2007).

Salah satu kelebihan yang ketara apabila ‘deliberate play’ dibandingkan dengan
‘“deliberate practice”’ adalah ’time on task’. ‘Deliberate play’ menyediakan peluang bergerak
aktif yang sukar direplikasi dalam situasi ‘“deliberate practice”’. Dapatan dari kajian-kajian yang
dijalankan ke atas bola tampar, bola sepak dan taekwondo menunjukkan peratus penglibatan
dalam sesi praktis adalah di antara 25% hingga 54%. Berbanding dengan permainan bola
sepak dikalangan kanak-kanak yang menggalakkan pergerakan dan penglibatan aktif
sepanjang sesi permainan (Côté, Baker & Abernethy, 2007).

Pellegrini dan Smith (1998) mengulaskan bahawa penglibatan dalam aktiviti fizikal
semasa kanak-kanak menyediakan pengalaman kognitif, motor dan sosial yang mempunyai
kebaikkan serta merta atau kemudian. Pengalaman bermain ini juga dicadangkan dapat
melengkapkan kanak-kanak dengan corak-corak pergerakan asas yang membolehkan mereka
menangani cabaran fizikal, kognitif dan sosial pelbagai jenis sukan.

Berdasarkan dapatan daripada kajian-kajian yang dibincangkan, laluan dari novis ke


tahap pakar dalam sukan bukanlah satu perkara yang mudah. Ericsson et. al. (2003)
menekankan bahawa ’”deliberate practice”’ adalah satu-satu caranya untuk mencapai
kepakaran dalam sukan. Malahan, turut dinyatakan seorang yang bermula pada tahap umur
yang lewat akan tertinggal dan tidak mampu mencapai kepakaran dalam sukan. Kajian-kajian
terkinin telah menyoal dan membentangkan dat yang menyoal perspektif-perspektif yang
diutarakan ole Ericsson et.al. Côté dan Baker (2006) telah menyoal pendekatan bahawa
“deliberate practice” tidak dapat menghuraikan kompleksiti laluan ke tahap pakaran secara
menyeluruh. Perhubungan di antara aspek-aspek perkembangan , motivasi dan psikososial
harus di beri kepentingan dalam laluan dari novis ke pakar. Côté dan Fraser-Thomas (2007)
telah mengubah suai Model Perkembangan Penglibatan dalam Sukan ( Developmental Model of
Sport Participation) yang dicadangkan oleh Côté (1999) yang menghuraikan aspek-aspek
perkembangan, motivasi dan psikososial dalam menghuraikan laluan ahli-ahli sukan ke tahap
kepakaran.
Model Perkembangan Penglibatan dalam Sukan
(Developmental Model of Sport Participation)

Model yang dicadangkan oleh Côté dan Fraser-Thomas (2007), mengambarkan perkembangan
penglibatan dalam sukan. Rajah 1 membentangkan laluan yang mungkin diamabil oleh seorang
individu dalam penglibatan dalam sukan. Laluan-laluan yang dimaksudkan adalah:
i. sukan sebagai rekreasi melalui percubaan;
ii. prestasi elit melalui percubaan ;
iii. prestasi elit melalui kekhususan dan “deliberate practice”.

Faktor penentu yang membezakan di antara laluan-laluan adalah amaun dan jenis
penglibatan dalam sukan. Pengilibatan secara rekreasi dan pencapaian prestasi elit bermula
dengan peringkat percubaan dan kemudian berpisah ke dua laluan yang berbeza. Disebaliknya,
laluan ke prestasi elit mengamabil laluan pengkhususan awal.

Sukan sebagai Rekreasi melalui Percubaan dan Deliberate Play

Pada peringkat awal, di antara umur 6 hingga 12 tahun, kanak-kanak akan mencuba
dalam pelbagai jenis acara sukan. Tahun-tahun percubaan (sampling years) bercirikan amaun
“deliberate play” yang tinggi dan “deliberate practice” yang rendah. Penglibatan dalam
pelbagai jenis sukan menjadi norma dalam peringkat ini. Aktiviti “deliberate play” menjadi ciri
utama dalam laluan ini pada tahap kedua iaitu di antara 12 hingga 18 tahun. Objektif
penglibatan adalah untuk pengekalan kesihatan dan kecergasan.

Penglibatan rekreasi yang dicadangkan disokong oleh kajian retrospektif yang telah
dijalankan ke atas wanita yang aktif dan tidak aktif dalam sukan (Robertson –Wilson, Baker,
Derbyshire & Côté, 2003). Penglibatan wanita yang aktif bermula pada peringkat umur 6 tahun
dalam pelbagai sukan dan menerusi corak konsep bermain. Walaupun, terdapat unsur
“deliberate practice”, penglibatan dalam program adalah fleksible dan mengambil kira
perbezaan individu.
 Penglibatan Rekreasi  Prestasi Elit  Prestasi Elit
 Kesihatan  Kesihatan  Tahap Kesihatan Rendah
 Keseronokkan  Keseronokkan dlm  Tahap keseronokkan
18
sukan
Tahun – Tahun Pelaburan Rendah
 Amaun “deliberate
practice” tinggi
17 Tahun- tahun Rekreasi  Amaun deliberate play Pengkhususan Awal
rendah
 Fokus – satu sukan
 Amaun “deliberate practice”
16
 Amaun tinggi
“deliberate play”  Amaun deliberate play rendah
 Fokus – satu sukan
15 yang tinggi
 Amaun Tahun-tahun Kekhususan
 Amaun “deliberate play”
““deliberate
14 dan “deliberate practice”
practice”” rendah seimbang
 Aktiviti yg  Penglibatan dalam sukan
13 memfokuskan pada lain berkurangan
kecergasan dan
kesihatan
UMUR

12

Tahun-tahun Percubaan
11

Aktivti
10  Amaun “deliberate play” tinggi
 Amaun ““deliberate practice”” rendah
 Penglibatan dalam pelbagai sukan
9

7 1. Penglibatan Rekreasi 2. Prestasi Elit 3. Prestasi Tinggi Melalui


Melalui Percubaan Melalui Percubaan Pengkhususan Awal

Permulaan Penglibatan dalam Sukan

Rajah 1: Model Perkembangan Penglibatan dalam Sukan


(adaptasi daripada Côté, J., Baker, J., & Abernrthy, B. (2007). Practice and play in
the development of sport expertise. In R. Eklund & G.Tenenbaum (Eds). Handbook
of sport psychology. (pp. 184 – 202; 3rd edition). Hoboken, NJ: Wiley
Prestasi Elit melalui Percubaan

Laluan kedua yang dicadangkan juga berciri tahun-tahun percubaan. Dalam laluan
ini, peringkat kedua yang dilalui adalah tahun-tahun kekhususan (13+ tahun). Pada peringkat
ini, penglibatan dalam aktiviti yang lain berkurangan dan penglibatan dalam “deliberate play”
dan ”“deliberate practice”” adalah seimbang. Peringkat ini dianggap sebagai peringkat transisi
ke peringkat pelaburan (investment years).
Pada peringkat pelaburan, penglibatan adalah berfokuskan kepada satu sukan. Corak
penglibatan berbentuk ”“deliberate practice””. Hasil daripada dedikasi kepada cita-cita, individu
akan mencapai prestasi elit dalam sukan terpilih, seiring keseronokkan dan tahap kesihatan
yang baik.

Prestasi Elit Melalui Kekhususan

Sukan-sukan seperti gimnastik berirama dan sukan terjun adalah bercirikan


pengkhusuan yang berlaku pada peringkat awal penglibatan dalam sukan. Laluan ini bercirikan
penglibatan maksimum dalam ““deliberate practice”” dan minimum dalam “deliberate play”.
Penglibatan adalah sejenis sukan secara khusus. Walaupun laluan ini mampu berakhir dengan
pencapaian prestasi elit namun aspek kesihatan dan keseronokkan adalah pada tahap yang
rendah.

Pendekatan Baru dalam Identifikasi Bakat

UK Sport dalam usaha memastikan pencapaian yang cemerlang dalam Sukan Olimpik
2012 telah menjalan IB di kalangan individu yang berumur di antara 16 – 25 tahaun. Dengan
menetepkan kriteria ketinggian minimum 1.9 m untuk lelaki dan 1.8 m untuk wanita serta
pengalaman penglibatan pada peringkat regional sekurang-kurang sejenis sukan, UK Sport
telah menerima 3010 permohonan. Seramai 1245 individu telah ujian awal yang merangkumi
ujian prestasi dan ujian kemahiran generik dan spesifik, fisiologi serta analisis psiko-sosial. 101
atlet telah ditempatkan dalam sukan-sukan seperti bola baling, mengayuh dan sukan kenu.
Sehingga kini seramai 48 atlet yang diidentifikasi sedang menjalani latihan sepenuh masa
(Vaeyens et. al., 2009).
Pendekatan ini membawa kepada suatu dimensi yang baru yang dikenali sebagai
pemindahan bakat (talent transfer). Walaupun teknik IB ini agak baru, tetapi pemindahan atlet
dari satu sukan ke sukan lain telah lama wujud. Sebagai contoh Yelena Isinbaeva seorong
gimnas artistik telah menukar sukannya ke acara lombol bergalah dan mengecapi kejayaan
pada peringkat yang cemerlang.

Kesimpulan

Kertas ini telah membentangkan kesan-kesan pendekatan-pendekatan IB yang tradisi


dan implikasi pendekatan-pendekatan ini dalam laluan ke pencapaian prestasi tinggi dalam
sukan. Tatacra IB harus mengambilkira bukan sahaja ciri-ciri seorang juara tetapi yang lebih
penting adalah kualiti-kualiti seorang juara yang membolehkan individu tersebut mengekalkan
tahap pencapaian pada tahap yang tinggi. Tidak dapat dinafikan, penglibatan pada peringkat
akar umbi mesti bercorak menyeluruh, iaitu bukan sahaja mengambil kira perkembangan fizikal,
tetapi faktor-faktor psikologi dan perkembangan sosial harus diberi perhatian yang sewajarnya.
Peranan ”deliberate play” memberi peluang kepada kanak-kanak berkembang secara
menyeluruh harus di beri perhatian yang sewajarnya. Keghairahan ibubapa, jurulatih serta
ajensi-ajensi dalam mengejar kaejayaan tidak boleh dilakukan dengan menjadikan kanak-kanak
sebagai ”mangsa” dalam mencapai cita-cita orang dewasa. Perkembangan kanak-kanak harus
berlaku dalam persekitaran yang bebas dari tekanan dan dalam keadaan yang mendatangkan
keseronokkan. Sesungguhnya program perkembangan sukan haruslah bertujuan melahirkan
atlet-atlet yang mencapai tahap pada prestasi tinggi tanpa mengabaikan perkembangan sosial
dan afektif mereka.
RUJUKAN

Abbott, A., & Collins, D. (2002). A theoritical and empirical analysis of a ‘state of the art’ talent
identification model. High Ability Studies, 13 (2), 156 -178.

Bloom, B.S. (1985). Developing talent in young people. New York: Ballentine Books.

Côté, J. (1999) The influence of the family in the development of talent in sports. Sports
Psychologist, 13, 395-417.

Côté, J., Baker, J., & Abernethy, B. (2007). Practice and Play in the development of sport
expertise. In R. Eklund & Tenenbaum, G. (Eds.). Handbook of sport psychology. (3rd
ed.). 184-202. Hoboken, NJ: Wiley.

Côté, J., & Fraser-Thomas, J. (2007). The health and developmental benefits of youth sport
participation. In P. Crocker (Ed.) Sport psychology: A Canadian perspective. 266-294.
Toronto, Ontario, Canada: Pearson.

Ericsson, K.A., Krampe, R.T., & Tesch-Romer (1993). The role of deliberate practice in the
acquisition of expert performance. Psychological Review, 100, 363 – 406.

Güllich, A. (2007). Trainng – Support – Success: Control related assumptions and empirical
findings. Saarbrücken: University of Saarland.

Howe, M.J.A., Davidson, J. W., & Sloboda (1998).Innate talents: Reality or myth? Behavioral
and Brain Sciences, 21, 415.

Kreiner-Phillips, K., & Orlick, T. (1992). Winning after winning: The psychology of ongoing
excellence. The Sport Psychologist, 7, 31 – 48.

Pellegrini, A.D. & Smith, P.K. (1998). Physical activity play: The nature and function of
neglected aspect of play.

Orlick, T., & Parlington, J. (1988). Mental links to excellence. The sports psychologist, 2, 105 -
130.

Richards, R. (1999). Talent identification and development. Proceedings at ASCTA Convention.

Robertson-Wilson, J., Baker, J., Derbyshire, E., & Côté, J. (2003). Childhood physical activity
involvement in active and inactive female adults. Avante, 9, 1-8.

Vaeyens, R., Lenoir, M., Williams, A.M., & Philippaerts, R.M. (2008). Talent identification and
development programmes in sport: Current models and future directions. Sports
Medicine, 38, 703 – 714.

Vaeyens, R., Güllich, A., Warr, Chelsea, C. R. and Philippaerts, R. (2009). Talent identification
and promotion programmes of Olympic athletes. Journal of sports sciences, 1-14.
Williams, A.M. & Ericsson, K. A. (2005). Perceptual-cognitive expertise in sport: some
considerations when applying the expert performance approach. Human Movement
Science, 24 (3), 283-307.

Anda mungkin juga menyukai