Anda di halaman 1dari 12

JKA321 / 4

  JKA321TG1
 
AGAMA DAN HUBUNGAN SOSIAL
RELIGION AND SOCIAL RELATIONS
Academic Session 2021/2022
 
TUGASAN TG1
 
MOHD AMIRUL SYAFIQ BIN CHE
Name
MAT 
Matric No. JG/10848/19  
I.C No. 961106115053 
Regional
 KUALA LUMPUR
Centre. 961106115053
 House :                           
 Phone No.
 H/P: 01124313396
NOR EMYLIA DASIA BINTI
Name
MOHAMED GANY 
Matric No. JG/10940/19  
I.C No. 980406075616 
Regional
 PENANG
Centre. 980406075616
 House :                           
 Phone No.
 H/P: 0182784020
Name MOHAMAD ROFAIEE BIN RADZUAN 
Matric No. JK/12860/19  
I.C No. 881003086077 
Regional
 KUALA LUMPUR
Centre.
881003086077
 House :                           
 Phone No.
 H/P: 01110031402
MUHAMMAD SHOLIHIN BIN ABD
Name
RASHID 
Matric No. JG/9578/17  
I.C No. 920807145561 
Regional
 PENANG
Centre. 920807145561
 House :                           
 Phone No.
 H/P: 0145065476
Name NOR ATIKAH BINTI ISHAK 
Matric No. JG/10939/19  
I.C No. 950321085420  950321085420
Regional  KUALA LUMPUR
Centre.
 House :                           
 Phone No.
 H/P: 0133611740
  

NOTE :

1. Please use this form as the FRONT COVER of your assignment.


    AS : Please use blue colour cover
    LR : Please use yellow colour cover

2. Complete all details.

3. Without the barcode, your assignment cannot be recorded by the computer system.
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN............................................................................................................1

1.1 Sejarah Agama........................................................................................................ 1

2.0 AGAMA DARI SUDUT ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI.........................................2

3.0 AGAMA DARI SUDUT TEORI STRUKTURAL-FUNGSI..............................................3

3.0 FUNGSI AGAMA.........................................................................................................3

4.0 KEPENTINGAN AGAMA DALAM MASYARAKAT.......................................................4

5.0 KESIMPULAN............................................................................................................. 6

RUJUKAN.............................................................................................................................. 7
1.0 PENGENALAN
1.1 Sejarah Agama
Agama merupakan suatu kepercayaan atau ajaran jalan hidup kebenaran yang
dianuti oleh seseorang individu. Agama mengandungi dan mengajar manusia mengenai
pedoman yang membantu membimbing mereka ke arah kehidupan yang lebih sempurna
dan teratur mengikut pengajaran moral dan nilai – nilai murni yang digariskan oleh agama
tersebut. Ajaran kebenaran yang disebut sebagai agama ini diwujudkan untuk memenuhi
keperluan hidup manusia dan dijadikan panduan untuk aturan hidup yang bertamadun.
Agama dikatakan telah mula wujud dan kenali oleh manusia sejak 4000 tahun yang lalu.
Menurut pakar sejarah, agama yang pertama wujud dan dianuti oleh manusia adalah agama
Hindu atau pada awalnya dikenali sebagai Sanatana Dharma. Perkembangan awal agama
Hindu berpusat di sekitar Lembah Indus dan juga daerah sekitar India dan Pakistan yang
wujud pada hari ini. Berdasarkan laporan kajian komposisi agama dunia yang diterbitkan
oleh Pew Research Center mendapati bahawa agama Kristian merupakan agama yang
mempunyai paling ramai penganut di dunia pada tahun 2020 dengan jumlah penganut
seramai 2.38 bilion atau 31.11% daripada populasi dunia. Agama Islam pula mempunyai
penganut kedua teramai dengan 1.91 bilion penganut atau 24.9% daripada jumlah populasi
dunia.

Mengikut definisi, agama membawa maksud kepercayaan kepada Tuhan, atau


sesuatu kuasa atau entiti ghaib dan sakti seperti Dewa, amalan dan institusi yang berkait
rapat dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua perkara yang
sangat berkaitan. Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu
sistem pegangan atas kebenaran yang komprehensif, dan pegangan ini adalah merujuk
kepada aspek ketuhanan. Kepercayaan pula Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang
individu dan lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Kepercayaan seseorang
berkenaan sesuatu perkara, perbuatan, ritual atau simbolik tidak semestinya menjadi
kepercayaan atau ikutan bagi individu lain. Berbeza pula dengan agama di mana ianya
melibatkan sesebuah kelompok masyarakat atau komuniti manusia. Oleh itu, sesuatu
agama itu menjadi satu fenomena atau perlambangan sesebuah masyarakat yang boleh
dikesan melalui aspek seperti yang berikut:

1. Perlakuan - cara sembahyang, pemakanan, perayaan dan upacara keagamaan.


2. Sikap – nilai murni ajaran agama yang diterapkan seperti sikap hormat, kasih
ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan mempunyai tanggapan suci dan bersih
terhadap agama mereka.

1
3. Pernyataan – bacaan dan ayat ritual atau ayat suci seperti mantera, doa, syair dan
kalimah - kalimah suci.
4. Benda material – alatan, infrastruktur bangunan dan rumah ibadat atau sebarang
kebendaan yang zahir seperti masjid, gereja, azimat, salib, alatan sakti dan lain -
lain.

2.0 AGAMA DARI SUDUT ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI


Antropologi merupakan satu cabang bidang sains sosial yang mengkaji tentang
manusia dan cara hidup mereka. Antropologi mengkaji tingkah laku manusia lebih banyak
pada tahap individu dan matlamat utama antropologi adalah untuk memahami kepelbagaian
manusia dan perbezaan budaya. Menurut Bustanuddin Agus (2006), agama menurut
fahaman antropologi adalah sebuah fenomena budaya kepercayaan manusia dan
masyarakat dan tidak menyentuh mengenai konsep ketuhanan dan atau agama berasal dari
Tuhan. Oleh yang demikian, antropologi tidak pernah membahaskan tentang kesalahan atau
kebenaran sesebuah agama sama ada dari sudut kepercayaan agama itu sendiri atau
segala perbuatan dan ritual berkaitan dan hanya membincangkan tentang agama dan
peranannya dalam pembinaan masyarakat. Beliau turut merumuskan bahawa kajian
antropologi agama selalunya berpaksikan kepada empat permasalahan dan pertanyaan
utama:

1. Dasar - dasar fundamental atau perkara asas agama dan fungsi dan tempatnya
didalam kehidupan manusia.
2. Bagaimana manusia yang hidup dalam bermasyarakat memenuhi keperluan dan
kehendak agama mereka.
3. Dari mana asal usul agama.
4. Bagaimana manifestasi perasaan dan kepentingan agama pada manusia.

Sosiologi didefinisikan sebagai ilmu tentang perilaku sosial berdasarkan tinjauan dari
kecenderungan dan interaksi antara individu dengan individu lain, dengan
memperhatikan simbol-simbol interaksi tersebut. Sosiologi agama pula boleh ditakrifkan
sebagai ilmu yang membahaskan tentang hubungan antara pelbagai masyarakat atau
perbezaan masyarakat secara utuh dengan berbagai sistem agama dan peranan
pelbagai agama dalam masyarakat yang berbagai serta pengetahuan tentang sistem
keagamaan yang berbeza - beza.

Menurut Keith A. Roberts (2012), objektif kajian sosiologi agama memfokuskan kepada:

2
1. Kelompok - kelompok agama meliputi pembentukannya, kegiatan, pemeliharaannya
dan pembaharuannya.
2. Perilaku individu dalam kelompok - kelompok agama tersebut atau proses sosial
yang mempengaruhi status keagamaan dan perilaku ritual.
3. Konflik diantara kelompok - kelompok agama tersebut.

3.0 AGAMA DARI SUDUT TEORI STRUKTURAL-FUNGSI


Teori Struktural-Fungsi atau Teori Fungsionalisme adalah salah satu perspektif
utama dalam kajian sosiologi. Teori ini memberi penjelasan bahawa masyarakat merupakan
suatu kelompok yang terdiri daripada bahagian-bahagian atau elemen yang berhubungan
dan saling bekerja sama satu sama lain (Henslin, 2007). Jika berlakunya perubahan pada
satu bahagian, ianya akan membawa perubahan kepada bahagian yang lain juga. Mengikut
teori ini masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan
semasa. Dari sudut sosiologi agama, teori ini menjelaskan bahawa masyarakat merupakan
lembaga atau badan sosial seimbang yang mencorakkan kegiatan kelompok manusia
berdasarkan norma - norma kepercayaan yang dianuti secara bersama yang dianggap
benar dan mengikat penyertaan serta peranan kelompok manusia itu secara bersama (Ajat
Sudrajat, 2017). Menurut teori fungsionalisme lagi, manusia dicirikan oleh dua jenis
keperluan dan kecenderungan iaitu untuk keperluan untuk menyesuaikan diri dengan
persekitaran dan menguasai atau mengawal persekitaran di sekeliling mereka.

Secara asasnya, teori fungsionalisme menyebut bahawa apa - apa perkara yang
tidak berfungsi akan hilang dan lenyap dengan sendiri. Oleh kerana agama masih wujud
sejak dari beribu tahun lagi sehingga sekarang dan sentiasa berkembang, agama dianggap
sebagai suatu perkara yang mempunyai fungsi dan memainkan peranan penting di dalam
perkembangan hidup individu dan masyarakat. Teori ini merumuskan bahawa agama
merupakan satu elemen penting yang telah memberikan sumbangan besar di dalam
penerapan kehidupan seseorang individu, masyarakat serta kebudayaan, kerana agama
telah memberikan pengalaman suatu norma atau peraturan kehidupan yang menjamin
aturan hidup yang lebih sempurna. Talcott Parsons berpandangan bahawa agama
merupakan sebahagian daripada sub-sistem dalam budaya masyarakat dan kepercayaan
terhadap agama membantu manusia dalam menyediakan garis panduan atau set norma
yang lebih spesifik yang menggariskan tentang cara seseorang harus bertindak. Secara
ringkasnya, agama membantu manusia untuk memahami tentang perkara yang baik dan
buruk dan apakah tindakan yang dikira baik atau buruk serta keperluan menjauhi atau
mengelakkan diri dari melakukan perbuatan tidak baik tersebut.

3
4.0 FUNGSI AGAMA
Selain daripada mengawal tingkahlaku dan menjadi garis panduan hidup seseorang
individu, agama juga berperanan dalam membantu seseorang itu memahami dan
mengintepretasi makna kehidupan berdasarkan pengalaman dan ilmu keyakinan yang
dianuti. Sebagai contoh, seseorang itu dapat menilai sendiri kepentingan nilai murni yang
diajar oleh agama seperti mempunyai sikap kasih sayang dan hormat kepada keluarga,
bersifat jujur dan amanah dalam pekerjaan dan bercakap benar dalam komunikasi akan
dapat melihat bahawa kehidupannya akan lebih baik dan tenang. Selain itu, agama juga
membantu setiap individu untuk menjawab segala persoalan tentang perkara–perkara yang
tidak dapat dijawab oleh orang lain. Sebagai contoh, di dalam agama Islam ada
menceritakan perihal syurga dan neraka, kehidupan alam selepas kematian dan hari
pembalasan di mana perkara ini merupakan perkara yang di luar norma fikiran manusia
namun disampaikan melalui agama untuk pedoman dan panduan kehidupan manusia.

Di samping itu, agama juga berfungsi untuk memberi makna moraliti dalam
kehidupan seseorang individu. Seseorang yang mempunyai agama kebiasaannya
mempunyai sifat moral yang tinggi dan sentiasa memastikan hidupnya berada di landasan
yang betul serta menjauhi diri daripada sebarang perlakuan atau percakapan yang mensia-
siakan dirinya sendiri atau memudaratkan orang lain. Selain itu, agama juga berfungsi
sebagai pendukung atau pemberi semangat rohani di dalam diri setiap orang bagi
menghadapi hidup yang penuh cabaran. Seseorang yang mempunyai pegangan agama
yang kuat biasanya mampu menghadapi sebarang cabaran dan rintangan kehidupan kerana
mereka mempunyai keyakinan bahawa dugaan hidup ini adalah bersifat sementara dan
percaya bahawa Tuhan akan sentiasa memelihara dan melindungi diri mereka dari segala
perkara yang merbahaya. Itu dapat dilihat di mana kajian yang pernah dilakukan oleh ahli
sosiologi Phil Zuckerman (2007) mendapati bahawa negara yang mempunyai jumlah
penduduk yang ateis atau tidak mempunyai agama melaporkan kadar kes bunuh diri yang
lebih tinggi berbanding negara yang mempunyai jumlah penduduk ateis yang sedikit. Satu
kajian lain berkenaan depresi dan bunuh diri yang dijalankan mendapati bahawa mereka
yang tidak mempunyai sebarang pegangan agama atau kepercayaan mempunyai kadar kes
percubaan bunuh diri yang lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai agama dan
kepercayaan (Dervic et al, 2004).

5.0 KEPENTINGAN AGAMA DALAM MASYARAKAT


Memetik catatan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang
menulis bahawa keagamaan dan kerohanian merupakan aspek penting dalam pembentukan

4
peribadi individu dan juga masyarakat yang memainkan peranan dalam pembangunan
sahsiah dan identiti negara. Beliau turut berkata bahawa prinsip pertama Rukun Negara iaitu
Kepercayaan Kepada Tuhan telah memperjelaskan hakikat bahawa agama merupakan nadi
pembinaan jati diri rakyat Malaysia dan salah satu tiang yang membentuk jiwa masyarakat
Malaysia yang harmoni dan saling bertoleransi. Prinsip ini juga menjadi bayangan bahawa
rakyat Malaysia perlu berpegang teguh kepada nilai murni yang diajar dan diterapkan oleh
agama masing–masing. Apabila setiap masyarakat berpegang teguh kepada ajaran agama
mereka, maka ia dapat membentuk kehidupan yang sejahtera. Masyarakat yang mempunyai
pegangan agama yang jitu akan bertindak dan berkelakuan sebagai masyarakat yang
bertanggungjawab dan sentiasa menjaga keamanan dan keharmonian negara, di mana
ianya dapat dipupuk bermula dari ketaatan dan kepercayaan kepada agama masing–
masing. Hal ini jelas menunjukkan bahawa agama adalah ejen penting yang dapat
membantu membentuk sahsiah masyarakat yang berjiwa bersih seterusnya membina
sebuah masyarakat yang hidup secara bersama dengan harmoni dan saling mengamalkan
nilai-nilai murni.

Selain itu, agama juga penting dalam memupuk perpaduan dalam masyarakat
Malaysia. Merujuk kepada prinsip pertama Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan,
Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan bahawa
manusia tidak boleh lari daripada kehidupan ingin bertuhan dan masyarakat yang hidup
bertunjangkan agama akan sentiasa menjalani kehidupan mereka kea rah kebaikan dan
kebenaran. Melalui pegangan agama setiap masyarakat akan sentiasa mempunyai batasan
dalam perlakuan dan amalan seharian mereka. Akibat daripada batasan ini, ia akan menjadi
seseorang itu manusia yang bertimbang rasa, menjauhi perkara jahat dan akan sentiasa
melakukan sesuatu tindakan dengan bijak dan berfikiran sewajarnya. Hal ini seterusnya
akan mewujudkan masyarakat yang harmoni yang menerima dan mengamalkan perbezaan
agama untuk saling menghormati antara satu sama lain.

Seterusnya, agama juga berkepentingan membentuk masyarakat yang mempunyai


pembangunan ekonomi yang kukuh dan stabil. Agama melalui pengajaran nilai - nilai murni
bukan sahaja dapat membentuk masyarakat yang mempunyai sahsiah dan peribadi yang
baik, tetapi juga membentuk manusia yang berdaya saing dan bermotivasi tinggi serta
bertindak mengikut moral yang tinggi. Sebagai contoh, masyarakat yang mempunyai
pegangan agama yang mengamalkan sikap jujur dan amanah di dalam perniagaan dan
urusan jual beli akan lebih dipercayai oleh masyarakat. Ini seterusnya akan meningkatkan
hasil pendapatan dan membolehkan perniagaan untuk terus berkembang pesat. Melalui
perkembangan ini, hasil pendapatan negara akan semakin bertambah melalui kutipan hasil
cukai yang akan digunakan untuk pembangunan negara. Jika negara semakin membangun,

5
ianya akan meyakinkan para pelabur untuk membuat pelaburan dan seterusnya
meningkatkan ekonomi negara. Selain itu, agama juga dapat membantu mengawal,
mengimbangi dan mengurangkan kebergantungan masyarakat terhadap sistem ekonomi
kapitalis. Sebagai contoh, sistem kewangan Islamik yang ternyata lebih fleksibel dan
mengurangkan bebanan rakyat menjamin kestabilan ekonomi. Instrumen kewangan dan
bantuan pembiayaan bersifat sosial seperti wakaf, derma, takaful dan zakat telah membantu
membuka peluang kepada usaha menggembleng sumber secara lebih berkesan ke arah
penyediaan pembiayaan dan perlindungan kewangan kepada masyarakat di dalam segmen
pendapatan rendah dari segi bentuk modal benih, modal kerja dan manfaat takaful. Program
kewangan berteraskan agama seperti ini boleh memberi impak penting dalam
meningkatkan daya tahan kewangan dan kesejahteraan sosial dalam masyarakat. Akibat
daripada pengenalan konsep kewangan Islam ini, masyarakat mempunyai pilihan dalam
memilih sumber kewangan yang lebih lestari dan ini telah dibuktikan melalui Laporan
Tahunan 2019 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) di mana laporan menunjukkan bahawa
sistem kewangan Islam telah berkembang pada kadar yang lebih pantas berbanding sistem
kewangan konvensional dimana jumlah pembiayaan institusi kewangan Islam mencakupi
39.2% daripada jumlah pembiayaan keseluruhan sektor perbankan. Selain itu, jumlah dana
yang disimpan dan diuruskan di bank Islam kini mewakili 38% daripada jumlah keseluruhan
deposit sektor perbankan dan sumbangan bersih takaful kepada jumlah keseluruhan
perniagaan insurans dan takaful terus meningkat kepada 18.3% berbanding tahun 2018
pada kadar 16.6%.

Kepentingan seterusnya ialah agama membantu menanamkan semangat kebajikan


dan muafakat sosial dalam masyarakat. Agama sentiasa menggalakkan dan
mempromosikan kebajikan-kebajikan sosial seperti kebenaran, kejujuran, kasih sayang,
disiplin dan sebagainya. Masyarakat yang mengasimilasikan nilai-nilai kebajikan ini akan
membantu membentuk peribadi masyarakat penyayang yang lebih berdisiplin. Jika wujud
perasaan saling menyayangi dalam diri masyarakat, ianya akan mewujudkan hubungan
silaturahim yang lebih erat. Semangat silaturahim ini dapat dilihat ketika musim-musim
perayaan di mana semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama saling kunjung
mengunjungi serta bermaaf-maafan sesama mereka.

6.0 KESIMPULAN

Pendekatan antropologi dalam memahami agama dapat ditakrifkan sebagai salah


satu langkah memahami agama dengan cara melihat kewujudan praktikaliti keagamaan
yang wujud dan berkembang dalam masyarakat. Antropologi merupakan salah satu prinsip

6
ilmu dari cabang ilmu pengetahuan sosial yang memfokuskan kajiannya berkenaan manusia
dan tingkahlaku mereka. Pendekatan sosiologi pula digunakan sebagai salah satu
pendekatan dalam memahami agama. Sosiologi terbukti banyak membantu para pengkaji
untuk memahami tentang sesuatu agama dengan lebih baik dan tepat. Sosiologi adalah ilmu
yang mempelajari hidup sesebuah masyarakat dan menyelidik ikatan-ikatan atau
perhubungan antara manusia yang menguasai hidupnya itu. Objektif utama sosiologi adalah
untuk memahami sifat dan maksud hidup bersama, cara terbentuk dan tumbuh serta
berubahnya ikatan dan hubungan kehidupan itu serta memahami juga fungsi pegangan,
kepercayaan, dan keyakinan yang memberi sifat tersendiri kepada cara hidup bersama itu
dalam setiap hidup kelompok manusia.

Melalui kefahaman agama dari sudut antropologi dan sosiologi ini membantu
memberi pengertian agama dari sudut teori fungsionalisme. Dapat disimpulkan bahawa
agama memainkan peranan utama dalam pembentukan sesebuah masyarakat atau
tamadun yang berjaya. Tanpa fungsi agama, masyarakat tidak akan dapat dipimpin dengan
nilai – nilai murni dan ini akan menghasilkan satu masyarakat yang tidak harmoni akibat
daripada tiadanya pedoman dan pegangan yang dapat membantu mereka membezakan
perkara yang baik atau buruk. Oleh yang demikian, jelas terbukti menunjukkan bahawa
agama merupakan tunjang kepada pembentukan masyarakat yang mempunyai jati diri,
sahsiah serta moral yang sempurna dan masyarakat yang mempunyai pegangan agama
yang lestari mampu hidup secara harmoni dan kental menghadapi cabaran kehidupan yang
sentiasa mendatang.

(2274 patah perkataan)

RUJUKAN
Antropologi agama. (2022, Januari 12). Di Wikipedia, Ensiklopedia Bebas. Diakses pada
19:18, Januari 12, 2022, dari https://id.wikipedia.org/w/index.php?
title=Antropologi_agama&oldid=19730176

Azkari, Z. (2014, November 19). Pengertian Sosiologi Agama. Retrieved from Kompasiana:
https://www.kompasiana.com/zakiyahazkari/54f3d409745513a42b6c806e/pengertian
-sosiologi-agama

Bernama. (2017, July 1). Keagamaan, kerohanian penting bagi identiti negara - PM.
Retrieved from BH Online:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/07/297727/keagamaan-
kerohanian-penting-bagi-identiti-negara-pm

7
Bernama. (2020, June 25). Kepercayaan Kepada Tuhan Bentuk Rakyat, Malaysia Berdaulat.
Retrieved from UMNO Online: https://umno-online.my/2020/06/25/kepercayaan-
kepada-tuhan-bentuk-rakyat-malaysia-berdaulat/

Bernama. (2020, April 3). Kewangan Islam berkembang pesat berbanding konvensional.
Retrieved from Sinar Harian Online:
https://www.sinarharian.com.my/article/77104/BISNES/Kewangan-Islam-
berkembang-pesat-berbanding-konvensional

Britannica, T. Editors of Encyclopaedia (2022, February 7). structural functionalism.


Encyclopedia Britannica. https://www.britannica.com/topic/structural-functionalism

Bustanuddin Agus. Agama Dalam Kehidupan Manusia: Pengantar Antropologi Agama.


(Jakarta: PT RajaGrafindo Persada, 2006) hal. 16>

Dervic, K., Oquendo, M. A., Grunebaum, M. F., Ellis, S., Burke, A. K., & Mann, J. J. (2004).
Religious affiliation and suicide attempt. The American journal of psychiatry, 161(12),
2303–2308. https://doi.org/10.1176/appi.ajp.161.12.2303

Ghazali, A. M. (2012, June 15). Antropologi Agama, Upaya Memahami Keragaman


Kepercayaan, Keyakinan dan Agama. Retrieved from UIN Sunan Gunung Djati:
https://uinsgd.ac.id/antropologi-agama-upaya-memahami-keragaman-kepercayaan-
keyakinan-dan-agama/

Greelane Team. (2019, July 17). Antropologi vs Sosiologi: Apa Perbezaannya? Retrieved
from Greelane: https://www.greelane.com/ms/sains-teknikal-matematik/sains-
sosial/anthropology-vs-sociology-4685772/

Hakim, Arif. (2019). Agama dan Pembangunan Ekonomi. 10.13140/RG.2.2.32543.41121.

Kurniawan, A. (2021, March 10). Fungsi Agama bagi Kehidupan Manusia, Sebagai Pemberi
Damai hingga Sosial Kontrol. Retrieved from Merdeka:
https://www.merdeka.com/jabar/fungsi-agama-bagi-kehidupan-manusia-sebagai-
pemberi-damai-hingga-sosial-kontrol-kln.html

Mohamad, D. S. (2019, October 17). Memasyarakatkan kewangan Islam. Retrieved from


Sinar Harian Online:
https://www.sinarharian.com.my/article/52498/KOLUMNIS/Memasyarakatkan-
kewangan-Islam

8
Muljadi, I. M. (2018, January 7). Agama dalam Perspektif Fungsionalisme. Retrieved from
Socio Magis: https://sosiomagis.wordpress.com/2018/01/07/agama-dalam-perspektif-
fungsionalisme/

Religious Composition by Country, 2010-2050". Pew Research Center. 2 April 2015.


Archived from the original on 15 June 2020. Retrieved 5 May 2020

Rizal, N. (2018). Definisi Dan Konsep Teori Fungsionalisme. Retrieved from Academia:
https://www.academia.edu/29769591/Definisi_Dan_Konsep_Teori_Fungsionalisme

Rohma, A. A. (2016, September 13). Hubungan Agama dan Ekonomi. Retrieved from
Kompasiana:
https://www.kompasiana.com/anisaainurrohma/57d7944a589373ab44595c6d/hubun
gan-agama-dan-ekonomi

Roslan, S. (2021, September 10). Kes bunuh diri meningkat 143 peratus. Retrieved from BH
Online: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/862128/kes-bunuh-diri-
meningkat-143-peratus

Subroto, L. H. (2021, December 9). Agama Apa yang Pertama Kali Ada di Dunia? Retrieved
from Kompas: https://www.kompas.com/stori/read/2021/12/09/120000279/agama-
apa-yang-pertama-kali-ada-di-dunia-?page=all

Thompson, K. (2018, June 26). Talcott Parsons’ Perspective on Religion. Retrieved from
Revise Sociology: https://revisesociology.com/2018/06/26/talcott-parsons-
perspective-on- religion/#:~:text=Parsons%20sees%20religion%20as
%20part,to%20which%20peopl e%20should%20act.

Wikipedia contributors. (2022, February 10). Structural functionalism. In Wikipedia, The Free
Encyclopedia. Retrieved 19:34, February 18, 2022, from
https://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Structural_functionalism&oldid=107096643
4

Zuckerman, Phil (2007). Martin, Michael (ed.). The Cambridge Companion to Atheism.
Cambridge Univ. Press. pp. 58–59. ISBN 978-0521603676

Anda mungkin juga menyukai