Anda di halaman 1dari 8

Penerangan Strategi dalam

Catch Up Plan (CUP)


Disusun dan disediakan oleh:
Cikgu Ma Han Sin
Guru Cemerlang Kimia
SMK Kamarul Ariffin

Strategi Pdpc yang dicadangkan:

1. Strategi M2P (Mampantan, Pengukukan dan Pengayaan)


2. Pendekatan Bertema
3. Pendekatan Modular
4. Pembelajaran Terbeza
5. Pembelajaran Berasaskan Projek
6. Simulasi Amali / Virtual Lab

1. Strategi M2P (Mampantan, Pengukukan dan Pengayaan)


➢ Strategi mampatan pecutan dan pengayaan atau (M2P) ini membolehkan guru merancang aktiviti
Pdpc mengikut kesesuai kebolehan dan keperluan murid.
➢ Ini memberi guru autonomi di mana pelaksanaan kurikulum menjadi lebih fleksibel dan
Perancangan Pdpc dapat difokuskan kepada keperluan murid secara individu.
➢ Konsep strategi ini terdiri daripada empat elemen: berula dengan proses mampatan, pecutan,
pengayaan dan pedagi terbeza.
➢ Proses pecutan akan terhasil apabila mampatan kurikulum berlaku.
➢ Mampatan membawa maksud susunan semula kandungan kurikulum mengikut tema, topik,
kemahiran, objektif dan lain-lain supaya pembelajaran murid dapat dibina dalam masa yang lebih
singkat.
➢ Secara tindak langsung, elemen pecutan akan mewujudkan pengayaan dan pedagogi terbeza oleh
guru.
➢ Semua elemen ini berlaku secara proses sulaman serentak mengikut keperluan kognitif murid yang
berbeza serta kreativiti guru dalam menyediakan aktiviti Pdpc.

Keupayaan murid dibahagikan kepada tiga kumpulan keupayaan:


Kumpulan Kukuh 1 Kumpulan Kukuh 2 Kumpulan pengayaan

Kumpulan murid yang belum Kumpulan murid yang telah Kumpulan murid yang telah
menguasai kandungan menguasai kandungan menguasai sepenuhnya
kurikulum kurikulum kandungan kurikulum melebihi
rakan yang lain

(Sumber: Strategi M2P: Mampatan Pecutan dan Pengayaan - FLIP.MY )


2. Pendekatan Bertema
➢ Pendekatan bertema adalah pengurusan kurikulum dan pembelajaran melalui satu tema atau
topik yang dipilih bersesuai dengan masa, tempat, minat, latar belakang dan tahap
perkembangan murid.

➢ Pendektan Bertema melibatkan perkara-perkara berikut:


i. Pemeringkatan daripada yang mudah kepada yang sukar dan umum kepada yang lebih
spesifik
ii. Pengunaan satu tema umum merentasi bidang pembelajaran
iii. Pemilighan tema berdasarkan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu atau peristiwa semasa.
iv. Peluasan dan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran.

➢ Pemilihan tema pula perlu mengambil kira perkara-perkara di bawah:


i. kesesuaian dengan kehidupan murid
ii. peluang untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid seperti kemahiran asas
mendengar, membaca, menulis, mengira, penggunaan komputer dan lain-lain.
iii. kemahiran yang diperoleh daripada tema yang diajar dapat membantu murid mendapat
kemahiran penyelesaian masalah
iv. sumber yang mudah didapati
v. mengikut musim atau peristiwa untuk memberi kesedaran dan pengukuhan serta
meningkatkan pengetahuan murid

➢ Perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan dalam pendekatan pengajaran dan


pembelajaran bertema:
i. sumbang saran berdasarkan topik oleh murid
ii. kenal pasti subtopik dan pilih aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mempercayai
isi kandungan dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang
bermakna
iii. mencipta peta minda untuk tema
iv. merancang dan menggalakkan kemahiran berfikir
v. iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai suasana yang kondusif dan berkaitan
dengan tema

(Sumber:
Pengajaran Bertema | Pedagogi dalam Pendidikan (wordpress.com),
Pembelajaran Bertema – Strategi-Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (wordpress.com))
3. Pendekatan Modular
➢ Pendekatan modular merupakan salah satu pendekatan yang membolehkan guru merancang dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah mengikut kebolehan dan
perkembangan murid.
➢ Guru boleh melaksanan pendekatan modular melaui konsep adaptability dan fleksibility mengikut
persekitaran lokaliti sekolah.
➢ Dengan ini, murid dapat mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk membuat keputusan
dan meyelesaikan masalah.
➢ Pendekatan ini boleh dilaksanankan menggunakan dua konsep:
i. Secara linear
- Standard kandungan dan Standard Pembelajaran disampaikan mengikut URUTAN
seperti yang terkandung dalam DSKP
ii. Secara bukan linear
- Standard kandungan dan Standard Pembelajaran disampaikan TANPA mengikut urutan
seperti yang terkandung dalam DSKP
➢ Kandungan modul direka bertujuan untuk menghubungjalinkan keperluan belajar, tujuan, hasil,
sumber pembelajaran, teknik dan juga strategi Pdp serta kriteria pentaksiran.
➢ Dalam pendekatan ini, guru memainkan peranan sebagai fasilitator untuk mendorong pelajar
belajar dengan lebih efektif.
➢ Secara tindak langsung, guru akan lebih inovatif dan bijak dalam mengintegrasikan kemahiran,
pengetahuan dan nilai dalam pendidikan.

➢ Pendekatan modular boleh dilaksanakan secara mendatar (horizontal) atau menegak (vertical)
mengikut kesesuaian mata pelajaran seperti berikut.

i. Mendatar dalam Mata Pelajaran (Horizontal Within Subject)


Memilih SK atau menggabungkan SP daripada SK yang berbeza pada mata pelajaran dan
Tahun/Tingkatan yang sama untuk diajar dalam satu masa tertentu. Pendekatan sebegini boleh
dilaksanakan sekiranya terdapat SP daripada SK yang berbeza tetapi mempunyai konsep yang
berkaitan. Contohnya dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 2. SK 5.1 digabungkan dengan SK 5.2
seperti dibawah:

ii. Mendatar Merentas Mata Pelajaran (Horizontal Across Subject)


- Menggabungkan SP daripada SK yang berbeza pada mata pelajaran yang berbeza tetapi dalam
Tahun/Tingkatan yang sama untuk diajar dalam satu masa tertentu.
- Pendekatan sebegini boleh dilaksanakan sekiranya terdapat SP daripada SK yang berbeza tetapi
mempunyai konsep yang berkaitan.
- Contohnya dalam mata pelajaran Sejarah dan Geografi Tingkatan 1. SK 2.1 Sejarah Tingkatan
1 digabungkan dengan SK 2.1 Geografi Tingkatan 1 seperti dibawah:
iii. Menegak dalam Mata Pelajaran (Vertical Within Subject)
- Menggabungkan SP daripada SK yang berbeza dalam mata pelajaran yang sama dan
Tahun/Tingkatan yang berbeza untuk diajar dalam satu masa tertentu.
- Pendekatan sebegini boleh dilaksanakan sekiranya terdapat SP daripada SK yang berbeza
tetapi mempunyai konsep dan kandungan yang berkaitan.
- Contohnya dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 1 dan Sejarah Tingkatan 2. SK 6.1
Sejarah Tingkatan 2 digabungkan dengan SK 1.1 Sejarah Tingkatan 1 seperti dibawah:

iv. Menegak Merentas Mata Pelajaran (Vertical Across Subject)


- Menggabungkan SP daripada SK yang berbeza dari mata pelajaran yang berbeza dan
Tahun/Tingkatan yang berbeza untuk diajar dalam satu masa tertentu.
- Pendekatan sebegini boleh dilaksanakan sekiranya terdapat SP daripada SK yang berbeza
tetapi mempunyai konsep dan kandungan yang berkaitan.
- Contohnya dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 2 dan Geografi Tingkatan 1. SK 5.1
Sejarah Tingkatan 2 digabungkan dengan SK 1.2 Geografi Tingkatan 1 seperti di bawah:

(Sumber: Pendekatan Modular dalam Sesi Pengajaran dan Pembelajaran - FLIP.MY )


4. Pembelajaran Terbeza
➢ Pembelajaran Terbeza bermaksud murid belajar secara optimum mengikut aras atau situasi murid.
➢ Pembelajaran Terbeza mengambil kira tahap pembelajaran murid, kecenderungan serta kemampuan
pembelajaran.
➢ Dalam sesuatu PDPC adalah perlu untuk pembelajaran terbeza ini berlaku supaya murid dapat
mencapai objektif pembelajaran.
➢ Pembelajaran Terbeza mengambil kira 3 aspek iaitu melalui kandungan, proses dan hasil.
➢ Ia dizahirkan melalui RPH sehinggalah kepada PdPc.

i. Pembelajaran terbeza dari segi kandungan adalah apabila kandungan yang diberikan berbeza
mengikut tahap murid. Contohnya.
➢ Kemahiran:
- Murid boleh mencari isi penting berdasarkan petikan yang diberi.
- Murid pandai/sederhana diberikan teks biodata Datuk Lee Chong Wei. Teksnya lebih
panjang serta banyak info yang diberikan (3 perenggan).
- Murid lemah pula diberikan biodata Datuk Lee Chong Wei yang lebih ringkas (2
perenggan).

ii. Pembelajaran terbeza dari segi proses pula adalah murid melakukan aktiviti yang sama tetapi
melalui proses yang berbeza.
➢ Murid pandai/sederhana mencari isi penting dengan aktiviti think pair share.
➢ Murid lemah pula mencari isi penting dengan menggariskan isi-isi penting.

iii. Pembelajaran terbeza dari segi produk pula memerlukan murid berlainan menghasilkan produk
yang berlainan.
➢ Murid pandai/sederhana membuat peta minda atau rumusan untuk menerangkan isi-isi penting.
➢ Murid lemah membuat jadual senarai isi penting.

➢ Adalah perlu diingat, pembelajaran terbeza tidak membezakan kemahiran murid pandai/sederhana
dengan yang lemah. Kemahiran tetap sama yang berbeza ialah kandungan, proses ataupun hasil. Untuk
hasil, ia boleh berada dalam bentuk sesuatu itu dihasilkan atau pun bilangan. Contohnya, murid
pandai/sederhana hasilkan 5 isi penting sementara murid lemah cuma 3 isi penting.

➢ Bagaimanakah pembelajaran terbeza itu dizahirkan dalam RPH:


- Bilangan minimum jumlah hasil diberikan.
- Contoh, murid menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 isi penting berdasarkan petikan yang
diberikan (elemen 4.1.1 SKPMg2).
- Pada bahagian aktiviti disenaraikan nama aktiviti mengikut aras murid atau bentuk produk
dinyatakan.

➢ Dengan adanya pembelajaran terbeza, semua murid diraikan. Semua murid mendapat peluang yang
sama untuk mencapai tahap optimum dalam pembelajaran.

(Sumber: Pembelajaran Terbeza (mudahmengajar.blogspot.com) )


5. Pembelajaran Berasaskan Projek
➢ Pembelajaran Berasaskan Projek adalah pendekatan jangka masa panjang yang meraikan
kebolehan, kemahiran berfikir serta bakat murid.
➢ Antara pembelajaran berasakan projek ialah projek menghasilkan poster, alat pembasmi kuman,
binaan rumah kebal ribut taufan, pementasan drama dan banyak lagi.
➢ Beberapa perkara kita perlu ketahui tentang Pembelajaran Berasaskan Projek ialah:
- Ada tempoh tertentu menjangkau masa dalam kelas
- Murid mengasah pengetahuan dan kemahiran tertentu ke arah menjayakan projek.
- Bersifat kolaboratif; kerjasama antara murid dalam skal besar dan murid diberi pilihan
memilih kaedah mereka sendiri.
- Guru sebagai pembimbing sahaja dan tidak menentukan kaedah yang perlu digunakan.
- Berbeza dengan projek atau kerja kursus, hasil atau produk tidak ditetapkan.
- Mempunyai skop yang besar.

➢ Berikut ialah panduan ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek (PBK) yang diberikan dalam KIT
PAK 21 Kementerian Pendidikan Malaysia.

i. Membina soalan utama


- Membentuk soalan bersifat provokatif, terbuka dan berkaitan dengan apa yang perlu
dipelajari oleh murid
- memberi tujuan dan cabaran

ii. Suara dan pilihan murid


- Murid menentukan tajuk, soalan utama, sumber dan produk yang akan dihasilkan yang
bermakna kepada mereka

iii. Kemahiran Abab Ke-21


- Murid bekerja secara kolaboratif, berkomunikasi dan menjana pemikiran kritis dan
kreatif dalam situasi yang sebenar.
- Murid berpeluang meningkatkan kemahiran 4C melalui penilaian kendiri.
C - Creativity
Dalam pdp cikgu mesti masukkan unsur kreatif pada aktiviti, kreatif pada bahan, kreatif
pada soalan, dan paling penting mampu menjana pelajar untuk menjadi kreatif
terutamanya dari segi berfikir.

C - Critical Thinking
Pdp perlu ada unsur yang menggalakkan pelajar berfikir secara kritis. Ini boleh dilakukan
dengan cara teknik penyoalan yang betul.

Penggunaan tools seperti I Think, peta minda, soalan KBAT juga mmpu menggalakkan
pelajar berfikir secara kreatif

C – Collaboration
Pembelajaran pelajar berlangsung dengan cara berkolaborasi dengan rakan2 mereka yang
lain. Buat aktiviti berkumpulan atau berpasangan bagi mereka bertukar2 idea dan
pandangan. Banyak strategi yg boleh digunapakai seperti Gallery Walk, Think-Pair-Share
dan lain-lain.

C - Communication
Pelajar digalakkan untuk berkomunikasi, iaitu menggunakan apa2 bahan dan juga
pendekatan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham daripada pembelajaran.
Pembentangan, penggunaan kertas mahjong, powerpoint, gambarajah dll membolehkan
pelajar untuk berkongsi pengetahuan mereka dgn rakan2 yg lain.
(Sumber dari Konsep 4C Dalam Pembelajaran Abad 21 (PAK21) (cikguhailmi.com) )
iv. Inkuiri dan Inovasi
- Bimbing murid untuk membina lebih banyak soalan berdasar soalan utama, membuat
hipotesis dan terbuka kepada idea dan perspektif baharu.

v. Maklum Balas dan Semakan


- Murid memberi pandangan berdasarkan contoh dan rubrik untuk menambahbaik hasil
produk.
- Pandangan daripada pakar juga digalakkan.

vi. Pembentangan Produk


- Murid membentangkan produk dan membuat refleksi terhadap produk kepada audien
yang autentuk.

➢ Di samping menghasilkan sesuatu projek, beberapa cadangan perlu difikirkan:


- Refleksi murid: Pastikan murid mampu menyatakan perubahan, perasaan, penemuan
baru yang mereka dapati daripada projek ini.
- Murid merekodkan proses mereka menjayakan projek dan didokumentasikan.

(Sumber: PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (mudahmengajar.blogspot.com) )


6. Simulasi Amali / Virtual Lab
➢ Simulasi bermaksud aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya.
➢ Contoh simulasi yang utama:
- Main peranan
- Permainan
- Penggunaan model

➢ 3 Cara simulasi amali:


i. Aplikasi simulasi amlai (Virtual lab apps)
- Boleh dapatkan apps di Google Playstore
ii. Video
- Youtube
- Delima
iii. Pembelajaran teradun (Blended learning)

Disusun dan Disediakan oleh:


Cikgu Ma Han Sin
Guru Cemerlang Kimia
SMK Kamarul Ariffin
10 Jan 2022

Anda mungkin juga menyukai