Anda di halaman 1dari 3

2.

Sastera Epik

2. Berdasarkan Sastera Epik yang bertajuk “Hang Tuah Diutus ke Siam”


a) huraikan temanya. (4m)
b) jelaskan lima persoalan di dalamnya. (10m)
c) jelaskan empat perwatakan Laksamana Hang Tuah yang boleh dicontohi. (8m)
d) huraikan empat nilai murni (moral, kemanusiaan) dalam cerita ini. (8m)
e) jelaskan empat unsur pengajaran (mesej). (8m)
f) jelaskan empat bukti bahawa cerita ini merupakan genre (hasil) sastera epik. (6m)

Jawapan contoh

a) Berdasarkan cerita “Hang Tuah Diutus ke Siam”, tema yang jelas dipaparkan ialah jalinan hubungan
diplomatik (politik) yang utuh antara dua buah negara. Hubungan diplomatik telah terjalin antara negeri
Melaka dengan negeri Siam. Hal ini terbukti apabila Laksamana Hang Tuah diutus oleh Raja Melaka ke
Benua Siam untuk membeli enam ekor gajah. Di Benua Siam, Laksamana disukai oleh Raja Phra Chau (Raja
Siam) kerana pandai bertutur dalam bahasa Siam dan berjaya menewaskan musuh Raja Siam iaitu
pendekar Jepun dan Kemboja. Oleh itu, Raja Siam telah menghadiahkan 10 ekor gajah sebagai tanda
hubungan politik antara Siam dengan Melaka.

b) Berdasarkan cerita “Hang Tuah Diutus ke Siam”, persoalan yang dipaparkan ialah sikap taat setia
rakyat kepada raja. Contohnya, Laksamana Hang Tuah akur (setuju) akan perintah Raja Melaka untuk pergi
ke Benua Siam bagi memenuhi hasrat raja yang ingin membeli enam ekor gajah.

Selain itu, persolan yang terdapat dalam cerita ini ialah sikap gagah dan berani yang dimiliki oleh
pendekar Melayu. Contohnya, ketika Laksamana Hang Tuah berada di Siam, beliau telah berjaya
membunuh pendekar Jepun iaitu Cin Cu. Laksamana juga berjaya mengalahkan 7 lagi pendekar dari Jepun
dan Kemboja.

Seterusnya, cerita ini menggambarkan persoalan tentang sikap menghormati dan melayan tetamu
yang datang berkunjung ke sesebuah negeri. Contohnya, ketika Laksamana Hang Tuah pergi ke Siam, Raja
Phra Cau bersetuju untuk menerima kunjungannya mengikut adat negeri Melaka. Oleh itu, Raja Siam
menerima kunjungan Laksamana dengan adat mengarak surat dan membenarkan Hang Tuah masuk
menghadap dengan menggunakan adat Melayu iaitu berjalan dan berkeris.

Di samping itu, terdapat persoalan tentang sikap murah hati yang dimiliki oleh seorang raja
terhadap rakyatnya. Contohnya, Raja Phra Cau (Raja Siam) telah menjamu rakyatnya dengan gendaga
(sejenis siput) yang dibawa oleh Laksamana dari Berunai.

Akhir sekali, cerita ini juga memaparkan persoalan tentang kepentingan memelihara dan
mengekalkan adat orang Melayu. Contohnya, ketika Laksamana menghadap Raja Phra Cau, beliau telah
berjaya memujuknya supaya menerima adat kunjung hormat mengikut adat Melayu. Oleh itu, Laksamana
tidak perlu merangkak dan sebaliknya berjalan serta berkeris sewaktu menghadap Raja Siam.
c) Berdasarkan cerpen “Hang Tuah Diutus ke Siam”, Laksamana Hang Tuah merupakan watak
protagonis. Laksamana merupakan seorang pahlawan Melayu yang bijak berkata-kata. Contohnya, ketika
Laksamana menghadap Raja Phra Cau, beliau telah berjaya memujuknya supaya menerima adat kunjung
hormat mengikut adat Melayu. Oleh itu, Laksamana tidak perlu merangkak dan sebaliknya berjalan serta
berkeris sewaktu menghadap Raja Siam.
Selain itu, Laksamana memiliki sikap taat setia kepada raja. Contohnya, Laksamana Hang Tuah
akur (setuju) akan perintah Raja Melaka untuk pergi ke Benua Siam bagi memenuhi hasrat raja yang ingin
membeli enam ekor gajah.

Seterusnya, Laksamana juga merupakan seorang pendekar Melayu yang gagah dan berani.
Contohnya, ketika Laksamana Hang Tuah berada di Siam, beliau telah berjaya membunuh pendekar Jepun
iaitu Cin Cu. Laksamana juga berjaya mengalahkan 7 lagi pendekar dari Jepun dan Kemboja.

Di samping itu, Laksamana memiliki keistimewaan dan kehebatan dalam menjalin hubungan
diplomatik antara dua buah negara. Hubungan diplomatik telah terjalin antara negeri Melaka dengan
negeri Siam. Hal ini terbukti apabila Laksamana Hang Tuah diutus oleh Raja Melaka ke Benua Siam untuk
membeli enam ekor gajah. Di Benua Siam, Laksamana disukai oleh Raja Phra Chau (Raja Siam) kerana
pandai bertutur dalam bahasa Siam dan berjaya menewaskan musuh Raja Siam iaitu pendekar Jepun dan
Kemboja. Oleh itu, Raja Siam telah menghadiahkan 10 ekor gajah sebagai tanda hubungan politik antara
Siam dengan Melaka.

d) Berdasarkan cerpen “Hang Tuah Diutus ke Siam”, nilai murni yang dipaparkan ialah nilai
kebijaksanaan. Contohnya, ketika Laksamana menghadap Raja Phra Cau, beliau telah berjaya memujuknya
supaya menerima adat kunjung hormat mengikut adat Melayu. Oleh itu, Laksamana tidak perlu merangkak
dan sebaliknya berjalan serta berkeris sewaktu menghadap Raja Siam.

Selain itu, nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah nilai kesetiaan. Contohnya, Laksamana
Hang Tuah akur (setuju) akan perintah Raja Melaka untuk pergi ke Benua Siam bagi memenuhi hasrat raja
yang ingin membeli enam ekor gajah.

Seterusnya, nilai murni yang digambarkan ialah nilai keberanian. Contohnya, ketika Laksamana
Hang Tuah berada di Siam, beliau telah berjaya membunuh pendekar Jepun iaitu Cin Cu. Laksamana juga
berjaya mengalahkan 7 lagi pendekar dari Jepun dan Kemboja.

Di samping itu, nilai murni yang ditonjolkan ialah nilai murah hati. Contohnya, Raja Phra Cau (Raja
Siam) telah menjamu rakyatnya dengan gendaga (sejenis siput) yang dibawa oleh Laksamana dari Berunai.

e) Berdasarkan cerita “Hang Tuah Diutus ke Siam”, unsur pengajaran yang jelas dipaparkan ialah kita
hendaklah memiliki kebijaksanaan memperkatakan sesuatu perkara agar dapat meyakinkan orang lain.
Contohnya, ketika Laksamana menghadap Raja Phra Cau, beliau telah berjaya memujuknya supaya
menerima adat kunjung hormat mengikut adat Melayu. Oleh itu, Laksamana tidak perlu merangkak dan
sebaliknya berjalan serta berkeris sewaktu menghadap Raja Siam.

Selain itu, rakyat hendaklah sentiasa menunjukkan sikap taat setia yang tidak berbelah bahagi
terhadap raja. Contohnya, Laksamana Hang Tuah akur (setuju) akan perintah Raja Melaka untuk pergi ke
Benua Siam bagi memenuhi hasrat raja yang ingin membeli enam ekor gajah.
Seterusnya, kita hendaklah berani menghadapi ancaman musuh walau di mana kita berada.
Contohnya, ketika Laksamana Hang Tuah berada di Siam, beliau telah berjaya membunuh pendekar Jepun
iaitu Cin Cu. Laksamana juga berjaya mengalahkan 7 lagi pendekar dari Jepun dan Kemboja.

Di samping itu, seseorang pemimpin hendaklah menghormati dan melayani tetamu yang
bertandang ke negerinya. Contohnya, ketika Laksamana Hang Tuah pergi ke Siam, Raja Phra Cau bersetuju
untuk menerima kunjungannya mengikut adat negeri Melaka. Oleh itu, Raja Siam menerima kunjungan
Laksamana dengan adat mengarak surat dan membenarkan Hang Tuah masuk menghadap dengan
menggunakan adat Melayu iaitu berjalan dan berkeris.

f) Berdasarkan cerita “Hang Tuah Diutus ke Siam”, terserlah ciri sastera epik menerusi ketokohan
wira di dalamnya. Contohnya, Laksamana Hang Tuah memiliki sifat kepahlawanan, kegagahan dan
keberanian yang sangat unggul. Beliau telah berjaya mengalahkan pendekar Jepun iaitu Cin Cu dan tujuh
lagi pendekar dari Jepun serta Kemboja.

Selain itu, ciri sastera epik dapat dilihat menerusi keistimewaan dan ilmu kesaktian yang dimiliki
oleh tokoh wira. Contohnya, ketika diserang oleh orang Jepun, Hang Tuah membaca pustakanya (ilmunya)
sehingga menyebabkan bedil orang Jepun tidak berfungsi.

Seterusnya, ciri sastera epik juga terserlah melalui latar tempat yang sangat luas. Contohnya, Hang
Tuah telah diutuskan oleh Raja Melaka ke Siam untuk membeli enam ekor gajah.

Akhir sekali, ciri sastera epik ialah kewujudan tokoh wira yang menjadi kebanggaan bangsa
sehingga kini. Contohnya, dalam kalangan bangsa Melayu Hang Tuah dianggap sebagai tokoh legenda yang
tidak mempunyai tolok bandingannya sehingga kini.

Anda mungkin juga menyukai