Anda di halaman 1dari 1

Tanaman Kami

Cikgu Suhaila dan murid-murid Tahun 3 Angsana menjalankan projek tanaman organik. Mereka menanam sayur labu.

Sayur labu ditanam menggunakan baja organik. Mereka berasa seronok kerana dapat membuat projek
tersebut. Cikgu Suhaila dan murid-murid Tahun 3 Angsana berjala beriringan. Mereka membuat projek tersebut di
sekolah.

Pokok labu ditanam dekat dengan paip air dan bersebelahan dengan Blok A. Murid-murid menutup hidung
kerana baja organik berbau busuk.

Murid-murid Tahun 3 Angsana berasa gembira kerana pokok labu telah berbuah. Imran menggosok daun
labu. Daun labu terasa kesat. Buah labu pula terasa licin.

Murid-murid Tahun 3 Angsana menjual hasil tanaman kepada guru-guru. Wang hasil jualan dimasukkan ke
dalam tabung kelas Tahun 3 Angsana. Cikgu Suhaila berbangga akan sikap Kerjasama murid-murid Tahun 3
Angsana.

Tembikai Sumber Pendapatan

Encik Osman menanam pokok tembikai. Biji benih tembikai disemai di dalam beg plastik. Apabila anak tembikai
berumur tujuh hingga dua belas hari atau mempunyai empat helai daun, anak tembikai akan ditanam di atas tanah.
Selepas itu, baja akan ditabur untuk menyuburkan pokok tembikai. Encik Osman malihat tanaman tembikainya. Buah
tembikai dipetik jika telah masak. Encik Osman akan menjual buah tembikai yang telah matang. Encik Osman
mendapat bayaran yang tinggi kerana buahnya berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai