Anda di halaman 1dari 12

..

MEJ. (RELA) NOOR FAZLI BIN NOOR AFFENDI


PENOLONG PEGAWAI LATIHAN
PUSAT LATIHAN RELA WILAYAH UTARA
PENDAHULUAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAG/PETANGI


SKUAD/TUAN/PUAN. PADA PAGI/PETANG INI ANDA BERPELUANG
MEMPELAJARI SATU LAGI MATA PELAJARAN SENJATA API IAITU PISTOL AUTO
GLOCK. PELAJARAN 1 ADALAH : KESELAMATAN, MENGENAL, MEMBUKA,
MENCUCI, DAN MEMASANG.

MUKADIMAH

MEMPERKENALKAN DIRI.

SEBELUM SAYA MENERUSKAN PELAJARAN INI, TERLEBIH DAHULU


SAYA AKAN MEMBUAT LANGKAH KESELAMATAN.

(BERI KATA PERINTAH)


‘SKUAD…DUDUK SEDIA’

*BUAT LANGKAH KESELAMATAN

(BERI KATA PERINTAH)


‘SKUAD…DUDUK SENANG’

TUJUAN PELAJARAN INI DIAJAR SUPAYA SKUAD DAPAT MEMBUAT


LANGKAH KESELAMATAN DENGAN CARA YANG BETUL DAN
MENGIKUT PERATURAN SEPERTI YANG TELAH DIGARISKAN.

SEBELUM PELAJARAN INI DITERUSKAN, SEMASA SAYA MENGAJAR


PELAJARAN INI ANDA ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MELINTASI /
LALU DIHADAPAN SENJATA DEMI KESELAMATAN.

SEBARANG SOALAN HANYA BOLEH DIKEMUKAKAN SETELAH


PELAJARAN INI SELESAI DIAJAR.

RANGKA PELAJARAN
TAJUK : SENJATA API PISTOL AUTO GLOCK 19 X 9
MM

MASA : 80 MINIT

OBJEKTIF : MEMBERIKAN KEMAHIRAN BAGI


MENGGUNAKAN DAN
MENGENDALIKAN SENJATA API PISTOL AUTO
GLOCK 19 X 9 MM

PERKARA YANG PERLU DISAMPAIKAN.

1. Langkah-langkah keselamatan

2. Undang-undang Keselamatan Senjata

3. Mengenal, Membuka, Mencuci dan Memasang Pistol.

4. Memegang, Menenang, Sedia Kedudukan Menembak,


Menembak dan Buat Selamat
TAJUK : SENJATA API PISTOL AUTO GLOCK 19 X 9 MM

MASA : 80 MINIT

OBJEKTIF : MEMBERIKAN KEMAHIRAN BAGI MENGGUNAKAN DAN


MENGENDALIKAN SENJATA API PISTOL AUTO GLOCK
19 X 9 MM

KAEDAH
BI /
MASA TAJUK / PERKARA A.P.D
L. TATACAR
A

1. 10 1.1 Pendahuluan
Syarahan
Minit 1.2 Kuasa Penggunaan Senjata api

2. 10 2.1 Langkah Keselamatan


Minit 2.2 Undang-undang Keselamatan Syarahan
Senjata

3. 25 3.1 Pelajaran 1
Minit 3.1.1 Mengenal
3.1.2 Membuka
3.1.3 Mencuci
3.1.4 Memasang

4. 25 4.1 Pelajaran 2
Minit 4.1.1 Memegang
4.1.2 Menenang
4.1.3 Menembak
4.1.4 Buat Selamat

5. 10 SOAL
PENUTUP
Minit JAWAB
NOTA SYARAHAN
SENJATA API PISTOL AUTO GLOCK 19X9 MM

1. PENDAHULUAN

Pistol Glock mempunyai berbagai-bagai jenis model. Model


yang digunakan oleh Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) adalah
Glock 17, 19 dan Glock 22 X 9 mm. Ia mempunyai ciri-ciri
keistimewaannya yang tersendiri seperti:-

• Ringan.
• Boleh menembak dengan pantas tanpa perlu pengendalian “peranti
keselamatan”.
• Tembakan hanya boleh terjadi sekiranya safety trigger diikenakan
tekanan sepenuhnya.
• Sekiranya trigger ditarik atau trigger terkena apa-apa hanlangan
pada bahagian tepi trigger, tembakan tidak boleh terjadi.
• Receiver diperbuat daripada plastik (polymer) dan rangkanya
diperbuat daripada besi.
• Slide diperbuat dari besi sepenuhnya.

2. KUASA

Di Para 10 (a) Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat


Malaysia) 1974 memperuntukkan kuasa-kuasa kebenaran mebawa
dan menggunakan senjata api bagi malaksanakan kewajipan-
kewajipan tertentu.

3. TUJUAN

Hendaklah mengajar kepada anda Pistol Auto Glock Pelajaran 1,


Langkah Keselamatan, Mengenal, Membuka, Mencuci dan
Memasang. Pelajaran 2, Cara Memegang, Menenang, Sedia,
Menembak dan Buat Selamat dengan cara yang betul serta
mengikut Peraturan.

4. SEBAB

Adalah amat mustahak bagi setiap Anggota RELA untuk


mengetahui serta mahir dalam mengendalikan senjata api.

5. DORONGAN

Semasa saya mengajar pelajaran ini, anda semua hendaklah


memberikan tumpuan yang sepenuhnya.
PELAJARAN 1 PISTOL AUTO GLOCK 19 X 9 MM
1. Langkah Keselamatan
2. Mengenal
3. Membuka
4. Mencuci
5. Memasang

1. LANGKAH KESELAMATAN

•Tekan pengunci magazine


•Tarik slide ke belakang dan tolak slide stop lever ke atas.
•Pastikan tiada peluru dalam pengurung.
•Lepaskan slide ke hadapan dengan cara menekan slide stop lever ke
bawah.
•Tarik picu/trigger.

UNDANG-UNDANG KESELAMATAN

I. Jangan Halakan senjata kepada kawan.


II. Jangan tarik ‘slide’ kecuali hendak menembak.
III. Ketika menerima atau menyerahkan senjata, hendaklah buat
langkah keselamatan terlebih dahulu.
IV. Jangan picit picu semasa hendak mengeluarkan magazine.
V. Setiap kali membuat latihan, tentukan senjata telah dibuat
selamat.
VI. Tentukan buat selamat sebelum membuka senjata.

2. MENGENAL

DATA TEKNIK PISTOL AUTO GLOCK 19 X 9mm

•Panjang keseluruhan - 17.7 cm


•Tinggi termasuk sight - 12.5 cm
•Lebar - 3.0 cm
•Panjang laras - 10.2 cm
•Berat tanpa kelopak (magazine) - 594 gm
•Berat kelopak kosong - 59 gm
•Berat kelopak berisi - 242 gm
•Buatan - Austria
•Peluru diisi di dalam kelopak

BAHAGIAN-BAHAGIAN PISTOL AUTO GLOCK 19 X 9 MM

PENGUNCI
SLIDE
PEJERA
HADAPAN PEJERA
BELAKANG
MAGAZINE SLIDE

PICU

PIN SLIDE

PENGUNCI
MAGAZINE
PERUMAH PICU

3. MEMBUKA

 Genggam pada bahagian belakang slide dengan ibu jari di


sebelah kanan atau pistol dan gerakkan slide 3 mm ke belakang.
 Tarik pin slide serentak ke bawah dengan menggunakan ibu jari
dan jari telunjuk
 Tolak slide ke hadapan perlahan-lahan sehingga slide terpisah
daripada frame/ receiver.
 Keluarkan spring.
 Keluarkan laras.

4 MENCUCI

CUCIAN

Untuk pencucian biasa atau selepas menembak hanya memadai


dengan membuka komponen utama sahaja iaitu :-

•Slide
•Barrel Assembly
•Receiver / perumah
•Magazine.

Alat-alat Pencuci

1. Minyak senjata OX .52


2. Kayu penjolok laras
3. Kain Pencuci ukuran 2 X 1 inci

Jenis-jenis Cucian

1. Cucian Harian
2. Cucian Sebelum Menembak
3. Cucian Selepas Menembak
4. Cucian Untuk Disimpan

1. CUCIAN HARIAN

Cucian ini biasanya dilakukan untuk menjaga senjata agar


sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan
pada bila-bila masa. Di samping itu juga, selenggaraan yang baik
dapat membantu untuk mendapatkan tembakan yang tepat.

2. CUCIAN SEBELUM MENEMBAK

Cucian ini dilakukan sebelum latihan menembak atau membuat


tembakan, segala minyak yang ada pada senjata hendaklah
dikeringkan, terutamanya di bahagian Laras. Ianya bertujuan agar
tembakan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

3. CUCIAN SELEPAS MENEMBAK

Selepas menembak, semua bahagian senjata hendaklah


dibersihkan dan disapu minyak terutamanya di bahagian yang
terkena karbon (gas) kesan dari tembakan. Setelah dibersihkan,
bahagian-bahagian tersebut hendaklah disapu minyak semula untuk
mengelakkan slide daripada berkarat.

4. CUCIAN UNTUK DISIMPAN / LUAR BIASA

Cucian ini dilakukan bagi menyimpan senjata pada tempoh masa


yang lama. Sapuan minyak biarlah tebal sedikit. Cucian luar biasa
dilakukan apabila senjata berada dalam keadaan yang amat kotor
disebabkan terkena lumpur, pasir, debu, hujan dan sebagainya.
Cucian ini dilakukan sama seperti cucian selepas menembak.

MEMASANG

 Masukkan laras.
 Pasang semula spring.
 Tolak slide ke belakang perlahan-lahan sehingga slide tercantum
pada frame/ receiver.
 Tarik pada bahagian belakang slide dengan ibu jari di sebelah
kanan atau pistol dan gerakkan slide ke belakang.

AKHIR PELAJARAN

1. Tanya soalan daripada skuad tentang data teknik


2. Uji keseluruhan pelajaran 1 (amali) membuka dan memasang.
PELAJARAN 2
1. Memegang
2. Menenang
3. Sedia
4. Menembak
5. Buat Selamat

1. MEMEGANG

1. Kedua-dua belah tangan


2. Sebelah tangan

UNDANG-UNDANG MENENANG

Bagi mendapatkan tembakan yang baik, anda mestilah tahu undang-


undang menenang berikut :-

1. Tidak memejamkan mata (letakkan pandangan mata di tengah-


tengah antara kedua-dua belah mata).
2. Pandang pejera hadapan melalui pejera belakang.
3. Letakkan mata pejera hadapan di tengah-tengah titik sasaran.
4. Senjata jangan disenget ke kiri dan kanan.

2. SEDIA

Kata Perintah

‘ 10 Butir 1 kelopak isi peluru’

Perbuatan / tindakan

1. Masukkan kelopak ke dalam ruang kelopak di receiver.


2. Tarik slide ke belakang.
3. MENEMBAK

Kata Perintah

‘ Sasaran di hadapan.....masa sendiri, siap..tembak ’

Perbuatan / Tindakan

1. Mulakan tenangan kesasaran.


2. Banyakkan tembakan mengikut kecekapan penembak dan
arahan yang diberi.

5. BUAT SELAMAT

Kata Perintah

‘ Untuk keselamatan kosongkan ta’

Perbuatan / Tindakan

1. Keluarkan magazine.
2. Tarik slide kebelakang.
3. Tolak Pengunci slide

* Uji keseluruhan pelajaran (amali) bagi tatacara memegang,


menenang, sedia, menembak dan buat selamat.

PENUTUP

Bagi memastikan kita mencapai kejayaan di medan peperangan dan


lapang sasar, setiap anggota RELA mestilah mahir dalam mengendalikan
sesuatu senjata api. Sekiranya setiap anggota RELA gagal untuk
mengendalikan senjata api, maka kita tidak dapat melaksanakan
tanggungjawab utama kita sebagai benteng ke-3 pertahanan negara.
RECEIVER / BODY

RECEIVER DI PERBUAT DARIPADA PLASTIK (POLIMER)

SLIDE

SLIDE DI PERBUAT DARIPADA BESI SEPENUHNYA.

BARREL/LARAS DAN LINGKARAN SPRING

“Setia Berbakti”

Semoga berjaya

Anda mungkin juga menyukai