Anda di halaman 1dari 37

010815-08-0224

1.0 PENGENALAN
Kajian yang dilakukan adalah tentang amalan pengambilan sumber manusia.
Amalan pengambilan sumber manusia memainkan peranan yang amat penting bagi
kejayaan pengurusan sumber manusia. Menurut Huselid (1994) serta Stewart dan
Knowles (2000), menegaskan bahawa amalan pengambilan dan pemilihan pekerja akan
memberi kesan ke atas prestasi organisasi secara keseluruhannya. Seterusnya, menurut
Gatewood dan Ferld (1994) serta Scholarios, Lockyer dan Johnson (2003),
mendefinisikan pengambilan dan pemilihan pekerja sebagai proses menawarkan pekerja.
Selain itu, Norasmah, Zuraidah dan Mohd Izham (2010), amalan pengambilan sumber
manusia merupakan fungsi yang dijalankan dalam sesebuah organisasi bagi memudahkan
mengurus pekerja secara berkesan untuk mencapai matlamat individu dan organisasi.

Terdapat beberapa kepentingan amalan pengambilan sumber manusia, salah satu


kepentingan adalah merancang keperluan sumber manusia. Perancangan keperluan
sumber manusia memberikan penekanan pada aspek kuantiti ialah proses memastikan
jumlah pekerja sentiasa mencukup. Kepentingan seterusnya adalah pengambilan tenaga
pekerja yang bersesuaian. Program yang bersesuaian dirangka untuk menarik sumber
manusia yang bersesuaian dan berkesan. Teknik merekrut yang baik boleh menarik
sumber manusia untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Proses pemilihan yang tepat dan sistematik akan memastikan hanya pekerja yang sesuai
dan berkesan akan dipilih untuk mengisi jawatan yang ditawarkan.

Resume juga merupakan satu asas yang penting bagi amalan pengambilan sumber
manusia dalam sesuatu syarikat. Resume adalah satu pengenalan ringkas tentang diri
anda yang mengandungi satu hingga dua muka surat dokumen ringkasan objektif kerjaya
anda, pengamalan profesional dan pencapaian dan latar belakang pendidikan.
Kepentingan resume adalah suatu medium bagi membolehkan sesebuah majikan atau
pihak tertentu untuk mengetahui dan mengenai diri seseorang yang berkaitan dengan
kepentingan dan keperluan majikan atau pihak tersebut. Ini bermaksud, resume amatlah
berkait rapat dengan kejayaan dan kelebihan yang ada pada diri individu tersebut.
Resume juga amat penting bagi membuahkan kejayaan. Ini kerana resume menjadi
medium perbandingan antara seseorang individu dengan individu lain. Dengan resume,

1
010815-08-0224

majikan tersebut lebih mudah untuk membuat pemilihan dan perbandingan. Ia turut
menjadi persepsi awal sesebuah majikan dalam menilai kebolehan dan kelebihan individu
tersebut.

Syarikat yang dipilih untuk kajian ini adalah Proton Holdings Berhad. Syarikat ini
merupakan syarikat antarabangsa. Proton Holdings Berhad mengeluarkan kereta dan
bahagian komponen kenderaan. Syarikat ini membekalkan produknya di Asia Tenggara,
China, Australia, United Kingdom, Timur Tengah, Afrika Selatan, Singapura dan
Thailand. Proton Holdings Berhad telah menawarkan iklan jawatan kosong dalam
internet. Jawatan yang ditawarkan oleh syarikat ini adalah Pengurus produk (Produk
Manager) sebagai pengurus pertengahan. Pekerja perlulah bertanggungjawab untuk
pembangunan saluran dan mengenalpasti peluang pasaran bagi produk yang diberikan.
Kelayakan bagi jawatan ini adalah perlu mempunyai ijazah atau diploma. Seterusnya,
jawatan yang ditawarkan oleh Proton Holdings Berhad sebagai pengurus bawahan adalah
Pembantu Akaun (Account Assistant). Skop pekerjaanya adalah menyiapkan dokumen
seperti invois dan bil untuk akaun yang perlu dibayar dan belum diterima. Kelayakan
bagi jawatan ini adalah pekerja perlu mempunyai pendidikan bertaraf Diploma atau
Diploma Lanjutan.

Seterusnya, syarikat yang dipilih dalam kajian ini adalah Domino’s Pizza, Inc.
Syarikat ini merupakan sejenis restoran piza antarabangsa. Syarikat ini menghasilkan
makanan seperti kepak ayam, pencuci mulut, pasta, piza dan sandwic kapal selam.
Syarikat ini membekalkan barangan dan perkhidmatan di seluruh dunia. Domino’s Pizza
telah menawarkan jawatan kosong melalui iklan dalam media sosial. Jawatannya adalah
kepada pengurus pertengahan dan pengurus bawahan. Bagi pengurus pertengahan
jawatan yang ditawarkan adalah pengurus restoran (Restaurant Manager). Jawatan ini
adalah untuk menangani semua aspek dalam menguruskan perniagaan dan penyediaan
makanan hingga penyampaian produk akhir. Ini termasuk kawalan kos, kawalan
inventori, pengurusan orang, operasi kedai dan hubungan pelanggan. Kelayakanya adalah
individu perlu mempunyai pendidikan bertaraf diploma atau ijazah. Selain itu, jawatan
bagi pengurus bawahan adalah perkhidmatan pelanggan sambilan (part-time customer
service). Pekerja perlulah mengendalikan panggilan masuk untuk pengambilan pesanan

2
010815-08-0224

dan memproseskan pesanan pelanggan. Kelayakan bagi jawatan ini adalah calon mesti
mempunyai tahap pendidikan setaraf SPM dan mempunyai kemahiran Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris yang baik.

Akhirnya, syarikat yang dipilih oleh pengkaji untuk menyediakan resume bagi
memohon jawatan kosong bagi lepasan STPM adalah Syarikat Inter-Pacific Asset
Management Sdn. Bhd. Syarikat ini merupakan sesebuah syarikat pengurusan dana yang
berlesen. Aktiviti utamanya ialah pengurusan dana, penyediaan khidmat nasihat dan
pengurusan dan pengagihan dana unit amanah. Jawatan lepasan STPM yang telah dipilih
untuk menyediakan resume adalah Data Entry Clerk. Bagi jawatan ini, pekerja perlulah
memindahkan data daripada format kertas ke dalam fail komputer atau sistem pangkalan
data menggunakan papan kekunci, perakam data atau pengimbas optik. Kelayakan bagi
jawatan ini adalah calon perlu berpendidikan setaraf SPM atau STPM. Seterusnya, perlu
mempunyai kemahiran computer seperti ‘Microsoft Office Word’ dan ‘Excel’.

3
010815-08-0224

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai enam objektif utama berkaitan dengan pengamalan
sumber manusia yang dilaksanakan oleh Syarikat Proton Holdings Berhad dan Syarikat
Domino’s Pizza, Inc. Objektif-objektif tersebut ialah :

i. Mengkaji sumber iklan bagi penjawatanan yang ditawarkan oleh Syarikat Proton
Holdings Berhad dan Syarikat Domino’s Pizza, Inc.
ii. Menganalisis maklumat berkaitan spesifikasi kerja yang bersesuaian bagi sesuatu
penjawatan di peringkat pengurusan pertengahan dan peringkat pengurusan
bawahan yang ditawarkan oleh Syarikat Proton Holdings Berhad dan Syarikat
Domino’s Pizza, Inc.
iii. Membuat analisis terhadap penghuraian kerja bagi setiap jawatan yang ditawarkan
dan membuat perbandingan antara Syarikat Proton Holdings Berhad dan Syarikat
Domino’s Pizza, Inc.
iv. Menganalisis aspek pemilihan pekerja yang diaplikasi oleh Syarikat Proton
Holdings Berhad dan Syarikat Domino’s Pizza, Inc dalam proses pengambilan
pekerja baharu.
v. Menganalisis faktor-faktor penentu pampasan yang diamalkan oleh Syarikat
Proton Holdings Berhad dan Syarikat Domino’s Pizza, Inc ke atas pekerja
mereka.

4
010815-08-0224

3.0 LATAR BELAKANG


Kajian ini adalah terhadap amalan pengambilan sumber manusia. Kajian ini adalah
bertujuan untuk memastikan membuat pemilihan pekerja yang sesuai dan mencukupi
dalam sesebuah syarikat. Bukan itu sahaja, melalui kajian ini syarikat juga dapat
membuat perbandingan antara pekerja yang mempunyai kemahiran yang tinggi atau yang
rendah. Menurut Torrington dan Hall (1991), berpendapat pemilihan pekerja yang
dilakukan dengan berhati-hati dan mengikut prosedur yang ditetapkan boleh memberikan
keadilan kepada semua pihak dan dapat mengelakkan dalam pemilihan semasa temuduga.
Seterusnya, menurut Ivancevich (2011), amalan pengambilan sumber manusia
mendefinisikan sebagai satu proses atau satu tindakan yang merujuk kepada persoalan
bagaimana organisasi menilai permintaan dan penawaran sumber tenaga kerja pada masa
hadapan. Akhirnya, menurut William R.Tracey (2013), sumber manusia bermaksud
organisasi yang berkaitan dengan isu-isu orang seperti pampasan, faedah, merekrut,
mengupah pekerja, pengurusan prestasi, latihan dan pembangunan organisasi dengan
budaya.

Syarikat yang dipilih bagi kajian adalah Proton Holdings Berhad. Syarikat ini
menjalankan amalan pengambilan sumber manusia. Syarikat ini merupakan syarikat
antarabangsa yang berasal dari negara Malaysia. Proton merupakan singkatan untuk
Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad. Proton Holdings Berhad merupakan
pengeluar kereta dan bahagian komponen kenderaan. Syarikat ini merupakan pengeluar
kereta pertama Malaysia yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar 150
juta ringgit. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir Bin Mohammad, Perdana
Menteri ketika itu, untuk mencapaikan aspirasi negara perindustrian. Kenderaan pertama
bagi Proton Holdings Berhad adalah kereta Proton Saga yang dilancarkan pada tahun
1985. Proton sebahagian besarnya bergantung pada pasaran domestik. Syarikat ini juga
membekalkan produknya di Asia Tenggara, China, Australia, United Kingdom, Timur
Tengah, Afrika Selatan, Singapura dan Thailand. Ibu pejabat Proton Holdings Berhad
terletak di Subang Jaya, Selangor.

5
010815-08-0224

Selain itu, Proton Holdings Berhad menawarkan jawatan pengurus produk (Product
Manager) sebagai pengurus pertengahan. Kelayakan yang perlu ada pada seseorang
individu yang ingin mendapat jawatan tersebut adalah perlu mempunyai ijazah sarjana
muda dalam sains komputer atau dalam teknologi maklumat atau dalam sains dan
teknologi. Syarat seterusnya, bagi memiliki jawatan ini pekerja perlu mempunyai
sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja dalam industri teknologi maklumat dan
telekomunikasi. Pekerja juga berpengalaman dalam reka bentuk teknikal produk. Syarikat
ini juga menawarkan jawatan pembantu akaun sebagai pengurus bawahan. Seterusnya,
kelayakan untuk memiliki jawatan pembantu akaun adalah perlu mempunyai diploma
atau diploma lanjutan. Bukan itu sahaja, perlu mempunyai kemahiran yang sangat baik
dengan penyediaan akaun pejabat ‘Microsoft’ dan pengetahuan mengenai matematik
perniagaan.

Syarikat yang seterusya adalah, Domino’s Pizza, Inc. Syarikat ini merupakan
sejenis restoran piza antarabangsa. Syarikat ini juga mengamalkan amalan pengambilan
sumber manusia. Syarikat ini menghasilkan makanan seperti kepak ayam, pencuci mulut,
pasta, piza dan sanwic kapal selam. Domino’s ialah rantaian restoran piza Amerika yang
ditubuhkan pada tahun 1960. Ibu pejabatnya terletak di Domino’s Farms Office Park di
Ann Arbur, Michigan, Amerika Syarikat. Domino’s menjadi penyedia piza yang paling
terlaris di serata dunia dari segi jualan. Pada saat ini, Domino’s telah memiliki lebih dari
11900 cawangan di lebih dari 70 negara. Menurut pihak pengurusan, mereka menjual
lebih dari 1.7 juta piza setiap harinya. Domino’s Pizza mempunyai lebih kurang 300
cawangan di seluruh Malaysia. Operasi Domino’s di Malaysia diuruskan oleh Dommal
Food Service Sdn.Bhd.

Seterusnya, syarikat Domino’s Pizza ini amat mementingkan proses pengambilan


sumber manusia. Antara jawatan yang ditawarkan oleh syarikat ini adalah pengurus
restoran (Restaurant Manager) bagi pengurus pertengahan. Kelayakan bagi jawatan ini
adalah seseorang individu perlu memiliki diploma atau ijazah. Individu tersebut perlu
mempunyai pengalaman dalam pengurusan restoran sekurang-kurangnya 3 tahun ataupun
berkerja dalam industri restoran selama setahun. Bukan itu sahaja, pekerja perlu
cemerlang dalam perkhidmatan pelanggan. Bagi merebut jawatan perkhidmatan

6
010815-08-0224

pelanggan sambilan (part-time customer service) sebagai pengurus bawahan individu


perlu mempunyai tahap pendidikan SPM dan mempunyai kemahiran komunikasi yang
baik. Individu perlu lebih daripada 18 tahun dan ke atas.

Resume merupakan sesuatu elemen yang sangat penting bagi sesebuah syarikat
supaya dapat memilih calon yang sesuai. Resume digunakan untuk mengetahui siapakah
calon yang terbaik untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan.
Oleh itu, resume akan membantu sesebuah syarikat untuk memilih calon yang terbaik
bagi jawatan yang ditawarkan. Syarikat Proton Holdings Berhad menyebarkan iklan
jawatan kosong melalui laman web seperti indeed.com. Dengan ini, calon mudah mencari
jawatan kosong yang mereka ingin dan dapat memohon jawatan tersebut melalui laman
web ini. Semasa permohonan, calon perlu menghantar resume mereka. Dalam resume
tersebut perlu mempunyai latar belakang secara ringkas mengenai permohonan pekerjaan
itu sendiri, mengenai sejarah pekerjaanya, tahap pendidikan, kemahiran, pengalaman atau
apa-apa berkaitan dengan calon pekerja. Bagi jawatan pengurus produk calon perlu
mempunyai tahap pendidikan ijazah sarjana muda dan perlu mempunyai 2 tahun
pengalaman berkerja dalam industri teknologi maklumat. Seterusya, bagi jawatan
pembantu akaun tahap pendidikan yang perlu ada dalam resume adalah diploma atau
diploma lanjutan dan perlu mempunyai kemahiran Microsoft. Dokumen yang diperlukan
bagi jawatan pengurus produk adalah sijil ijazah sarjana muda dan bagi jawatan
pembantu akaun adalah sijil SPM.

Seterusnya, syarikat Domino’s Pizza, Inc juga menyebarkan maklumat atau iklan
tentang jawatan kosong dalam laman web sendiri iaitu Domino’s Jobs dan dalam laman
web indeed.com. Calon boleh memohon bagi jawatan kosong yang ditawarkan melalui
laman web tersebut. Semasa permohonan, calon perlu menghantar resume mereka.
Maklumat yang penting ada dalam resume bagi jawatan pengurus restoran adalah perlu
mempunyai tahap pendidikan sampai diploma atau ijazah. Dalam resume,
pengalamannya perlu mempunyai 3 tahun ataupun bekerja dalam industri restoran selama
setahun. Bagi jawatan perkhidmatan pelanggan sambilan (part-time customer service)
pula perlu menghantar resume kepada syarikat. Dalam resume bagi jawatan ini,
maklumat tentang tahap pendidikan perlulah mempunyai SPM dan umurnya lebih

7
010815-08-0224

daripada 18 tahun. Dokumen yang penting bagi jawatan pengurus restoran adalah sijil
diploma atau sijil ijazah dan bagi jawatan perkhidmatan pelanggan sambilan adalah sijil
SPM akan diperlukan.

Pekerja yang dipilih dan dapat bekerja dalam sesebuah organisasi akan memberi
pampasan oleh syarikat bagi mengiktirafkan sumbangan yang telah diberikan kepada
organisasi dan bagi membalas mengorbanan yang telah dicurahkan oleh pekerja. Kedua-
dua syarikat iaitu Proton Holdings Berhad dan Domino’s Pizza, Inc memberi pampasan
kepada pekerja bagi meningkatkan produktiviti mereka. Syarikat Proton Holdings Berhad
memberi pampasan seperti insurans hayat dan cuti sakit berbayar. Pampasan diberi
kepada pekerja yang bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan. Seterusnya,
syarikat Domino’s Pizza, Inc memberi pampasan secara insurans kesihatan, menyediakan
program kemajuan kerjaya dan perlindungan kemalangan diri. Pampasan tersebut diberi
sebagai motivasi kepada pekerja.

8
010815-08-0224

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian dijalankan bertujuan menghubungkaitkan objektif kajian dengan


hasil kajian. Bahagian ini menerangkan kaedah kajian yang telah digunakan oleh
pengkaji dalam melaksanakan kajian ini dengan sempurna. Antara kaedah kajian yang
dijalankan pengkaji adalah dengan menggunakan dua sumber data iaitu data primer dan
data sekunder.

4.1 DATA PRIMER

Menurut Umi Narimawati (2008) data primer merujuk kepada sumber data yang
diperoleh secara langsung daripada sumber asli atau pihak pertama. Data primer secara
khusus dikumpulkan oleh pengkaji untuk menjawab pertanyaan dan penelitian. Antara
kaedah penelitian melalui data primer yang digunakan oleh pengkaji adalah melalui
pemerhatian dan temu bual. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian di Syarikat Proton
Holdings Berhad dan Syarikat Domino’s Pizza, Inc bagi mendapatkan gambaran yang
jelas tentang iklan jawatan kosong seperti poster. Seterusnya, pengkaji telah menemu
bual dengan pengurus sumber manusia melalui telefon.

4.1.1 PEMERHATIAN

Menurut R. Kuberan (2013), kaedah pemerhatian merupakan alternatif yang ada


dalam pengumpulan maklumat atau pengumpulan data pemerhatian yang memerlukan
pengkaji untuk memerhati situasi sebenar dan produk yang ingin dikaji. Selain itu,
pengkaji tidak perlu berkomunikasi dengan sesiapa untuk mendapatkan maklumat.
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian di Syarikat Proton Holdings Berhad dan
Syarikat Domino’s Pizza, Inc.

4.1.2 TEMUBUAL

Menurut Denzin (2001), temu bual harus digunakan lebih daripada hanya sebagai
alat pengumpulan maklumat; temu bual perlu bersifat reflektif dan dapat mencerminkan
kehidupan dan keadaan sebenar mengenai sesuatu fenomena. Temu bual adalah lagi satu
kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelidikan kualitatif termasuk

9
010815-08-0224

penyelidikan tindakan. Bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa teknik temu bual juga
digunakan dalam pengutipan data dalam penyelidikan kuantitatif.

4.2 DATA SEKUNDER

Umi Narimawati (2008), turut mentakrifkan data sekunder sebagai sumber data
yang diperoleh melalui media pengantaraan seperti buku atau internet. Data sekunder
merupakan sumber data yang diperoleh peneliti secara tidak langsung melalui media
perantara. Data sekunder pada umumnya berupa bukti, catatan atau kajian lepas yang
telah tersusun dalam arkib, samaada yang diterbitkan atau yang tidak diterbitkan.

4.2.1 RUJUKAN ARKIB

Buku rujukan adalah buku yang disimpan untuk dijadikan bahan atau sumber
informasi yang tidak diperkenankan diguna diluar gedung perpustakaan tersebut. Dalam
kajian ini pengkaji memudahkan pengkaji membuat kajian. Antara buku rujukan yang
digunakan adalah buku Pengajian Perniagaan Penggal 1 karya Cikgu Mokhtar Pet.
Pengkaji telah menggunakan menggunakan buku rujukan tersebut untuk mencari definisi
mengenai amalan sumber manusia.

4.2.2 LAMAN SESAWANG

Menurut El-Ansary, Frost (2003) laman sesawang atau lebih dikenali sebagai
internet merupakan jaringan komunikasi yang bersifat luas dan memudahkan proses
pencarian maklumat. Pengkaji telah melayari beberapa laman sesawang yang berkaitan
dengan tajuk kajian untuk mendapatkan maklumat. Melalui kaedah ini pengkaji dapat
mencari iklan-iklan jawatan kosong melalui laman web seperti jobstreet.com dan
indeed.com.

10
010815-08-0224

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian dan perbincangan ialah bahagian yang terpenting bagi sesebuah
kajian. Hal ini kerana, segala maklumat yang didapati akan dipersembahkan dalam
bahagian ini. Pengkaji akan mempersembahkan segala informasi didapati melalui kaedah
kajian yang telah digunakan. Maklumat-maklumat tersebut adalah berkaitan dengan
objektif-objektif yang dikaji.

5.1 Mengkaji sumber iklan bagi penjawatanan yang ditawarkan oleh Syarikat
Proton Holdings Berhad dan Syarikat Domino’s Pizza, Inc.

Menurut Philip Kotler and Gary Armstrong, (2011) dalam buku ‘Marketing An
Introduction’, Edisi ke-10, menyatakan bahawa pengiklanan merupakan cara
menyampaikan maklumat sesuatu barang dan perkhidmatan oleh penjual kepada
pengguna melalui pelbagai jenis media massa seperti radio, televisyen, internet,surat
khabar dan lain-lain. Pengiklanan biasanya bersifat jangka panjang. Iklan ialah
pengumuman mengenai jawatan kosong untuk mendapatkan pemohon-pemohon yang
berpotensi dalam bentuk pemberian notis melalui poster diletakkan di tempat yang
strategik dan meletakkan dalam ruang surat khabar dan jurnal atau menyampaikan mesej
melalui radio dan televisyen. Setiap syarikat akan menggunakan beberapa cara bagi
membuat pengiklanan jawatan kosong supaya dapat menjalankan proses pengambilan
sumber manusia dengan cekap. Antara caranya adalah melalui :

1. Media Elektronik

Media elektronik merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi


elektronik atau elektromekanik untuk dicapai pengguna seperti radio, televisyen,
komputer dan lain-lain. Melalui media ini, mudah dapat mempengaruhi terhadap
orang ramai. Media elektronik melibatkan iklan suara, bunyi dan gambar-gambar
yang dapat menarik ramai orang. Sebagai contoh media elektronik, televisyen

11
010815-08-0224

membolehkan orang ramai menyatakan pandangan mereka mengenai topik


tertentu. Bukan itu sahaja, kebanyakan rumah sekarang mempuyai televisyen.
Oleh itu, pengguna mudah menerima maklumat tentang iklan jawatan kosong
yang dapat disiarkan melalui televisyen dengan jelas. Seterusnya, radio juga
merupakan media yang mudah dipengaruhi oleh masyarakat. Melalui radio dapat
mendengar sepanjang masa yang sedang dilakukan oleh seseorang. Dalam radio,
dapat menyebarkan iklan beberapa kali dalam masa yang singkat. Ini mudah
menyebar dan mengetahui oleh masyarakat. Selain itu, internet merupakan media
pengiklanan yang memiliki kekuatan yang tertinggi berbanding dengan semua
media-media yang lain. Hal ini kerana, kebanyakannya penduduk di global yang
berteknologi menggunakan telefon bimbit dan komputer. Oleh itu, sesebuah
syarikat dapat menyebarkan iklan-iklan jawatan kosong dalam media sosial. Ini
dapat membantu calon yang ingin mencari jawatan kosong melalui media sosial
seperti facebook dan melalui laman sesawang seperti jobstreet.com dan
indeed.com dengan mudah dan cepat. Iklan tersebut akan sampai pada pandangan
penduduk pada segenap masa.

2. Media Cetak

Media cetak merupakan saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau
terbitan seperti surat khabar dan majalah. Media ini merupakan media yang sangat
terpilih bagi sesetengah syarikat bagi menyebarkan iklan jawatan-jawatan kosong
mereka kepada masyarakat. Surat khabar mempunyai kos yang murah dan mudah
didapati di mana-mana kedai. Dalam surat khabar, kadar bayaran adalah
berdasarkan saiz dan warna iklan. Oleh itu, syarikat dapat mengiklankan jawatan
kosong mengikut kemampuan. Seterusnya, majalah merupakan media yang
selektif oleh masyarakat dan mempunyai pembaca-pembaca yang spesifik.
Dengan ini, syarikat juga dapat mengiklankan jawatan-jawatan kosong dalam
majalah. Oleh itu, pengiklanan jawatan kosong dapat menghubungi sasarannya
dengan lebih cepat.

3. Media Luaran

12
010815-08-0224

Media luaran adalah berbeza sedikit dengan media elektronik dan media cetak.
Hal ini, lebih bersifat terus kepada penduduk dan bersifat. Antara media-media
luaran adalah poster. Poster adalah media publikasi yang terdiri atas tulisan,
gambar ataupun kombinasi antara keduanya dengan tujuan memberikan informasi
kepada khalayak ramai. Poster biasanya dipasang ditempat-tempat umum yang
strategik seperti sekolah, pejabat, pasaraya dan tempat-tempat keramaian lainnya.
Informasi yang ada pada poster umumnya menarik minat masyarakat. Dengan ini,
syarikat dapat mengiklankan jawatan kosong mereka dengan menggunakan
poster. Hal ini dapat menarik perhatian dalam kalangan penduduk. Seterusnya
adalah iklan warna adalah bentuk iklan yang diletakkan pada kenderaan awam
seperti bas, keratapi, teksi dan sebagainya. Oleh itu, pihak individu yang kerap
menggunakan kenderaan awam atau kerap melawat tempat-tempat awam akan
melihat iklan ini. Jika sesebuah syarikat menggunakan media iklan warna bagi
mempamerkan tentang jawatan kosong, maka mereka dapat menarik individu-
individu yang sering menggunakan kenderaan awam atau yang sering melawat
tempat-tempat awam.

Oleh itu, sesebuah syarikat yang ingin menyebarkan iklan-iklan jawatan kosong
boleh menggunakan media-media ini. Syarikat Proton Holdings Berhad telah
menggunakan media-media tersebut bagi menyiarkan iklan jawatan kosong dalam
syarikat mereka. Antara media yang digunakan bagi menyiarkan iklan-iklan jawatan
kosong oleh syarikat ini adalah media elektronik melalui laman web dan media luaran
iaitu poster iklan jawatan kosong. Syarikat Domino’s Pizza, Inc juga menggunakan
media-media pengiklanan untuk menyebarkan iklan-iklan jawatan kosong mereka. Antara
media yang digunakan oleh syarikat tersebut adalah media elektronik seperti
menyebarkan maklumat jawatan kosong melalui laman web, media cetak iaitu melalui
surat khabar dan media luaran seperti poster.

13
010815-08-0224

5.2 Menganalisis maklumat berkaitan spesifikasi kerja yang bersesuaian bagi


sesuatu penjawatan di peringkat pengurusan pertengahan dan peringkat
pengurusan bawahan yang ditawarkan oleh Syarikat Proton Holdings Berhad dan
Syarikat Domino’s Pizza, Inc.

Menurut Garry Dessler (2013), spesifikasi kerja merupakan suatu daftar tugas,
tanggung jawab, hubungan laporan, kondisi kerja, kepedulian atas tanggung jawab suatu
jabatan, serta produk dari analisis jabatan. Sedangkan menurut Handoko (2008:29),
spesifikasi kerja merupakan suatu pernyataan tertulis yang menguraikan fungsi, tugas-
tugas, tanggungjawab, kondisi kerja, dan aspek-aspek pekerjaan tertentu lainnya.
Spesifikasi kerja merupakan satu dokumen formal yang menggariskan kelayakan yang
perlu dimiliki pekerja untuk melakukan sesuatu kerja dengan berkesan.

Jawatan yang ditawarkan oleh Syarikat Proton Holdings Berhad bagi peringkat
pengurusan pertengahan adalah pengurus produk (Product Manager). Kelayakan bagi
jawatan ini adalah perlu mempunyai tahap pendidikan ijazah sarjana muda dalam sains
komputer, teknologi maklumat atau dalam sains dan teknologi. Calon juga perlu
mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang
berkaitan dengan pekerjaanya. Syarikat akan memberi keutamaan pilihan calon yang
mempunyai pengalaman bekerja dalam industri teknologi maklumat dan telekomunikasi.
Syarikat juga memberi keutamaan kepada calon yang mempunyai kemahiran bahasa

inggeris, bahasa melayu dan bahasa mandarin. Calon juga perlu dapat berkomunikasi di
semua peringkat, penyampaian kod untuk prinsip dan peniaga dan berorientasikan hasil.

14
010815-08-0224

Seterusnya, calon juga perlu berpengalaman dalam reka bentuk teknikal produk. Calon
yang berurusan dengan peruncit adalah kelebihan tambahan kepada syarikat. Oleh itu,
calon yang mempunyai kelebihan tersebut akan diberi keutamaan. Akhirnya, calon yang
mempunyai fokus pelaksanaan dan mempunyai analitik yang kuat adalah sesuai bagi
jawatan ini.

Jawatan yang seterusnya ditawarkan oleh Syarikat Proton Holdings Berhad bagi
peringkat pengurusan bawahan adalah pembantu akaun (Account Assistant). Spesifikasi
kerja bagi jawatan pembantu akaun adalah perlu mempunyai tahap pendidikan setaraf
diploma atau diploma lanjutan dalam bidang perakaunan. Calon perlu mempunyai
pengetahuan dalam kemasukkan data-data yang penting dan perlu mempunyai kecekapan
dengan ‘microsoft office suite’. Calon juga perlu mempunyai kemahiran yang sangat baik
dengan penyediaan akaun pejabat microsoft dan juga mempunyai pengetahuan bagi
berorientasikan perincian. Seterusnya, data-data yang penting perlu dimasukkan dengan
tersusun. Syarikat memberi keutamaan kepada calon yang mempunyai kemahiran dalam
teknologi maklumat yang kompeten dan pengetahuan mengenai matematik perniagaan.
Akhirnya, calon yang ingin memohon jawatan pekerjaan tersebut pelulah mempunyai
pemahaman mengenai prinsip belanjawan.

Selain itu, jawatan yang ditawarkan oleh Syarikat Domino’s Pizza, Inc bagi
peringkat pertengahan adalah pengurus restoran (Restaurant Manager). Keperluan
pekerjaan bagi jawatan ini adalah perlu mempunyai tahap pendidikan setaraf diploma
atau ijazah. Bagi jawatan ini, calon perlulah mempunyai 3 tahun pengalaman dalam
pengurusan. Syarikat akan memberi keutamaan kepada calon yang pengalaman dalam
indusri hospitaliti. Ini merupakan satu kelebihan kepada calon yang ingin memohon bagi
jawatan tersebut. Bukan itu sahaja, calon mestilah mempunyai kemahiran kepimpinan
dan pengurusan yang kukuh. Hal ini kerana, calon dapat mengurus restoran dengan baik
dan dapat mengelakkan penyelewengan. Seseorang pengurus restoran perlulah baik
dalam perkhidmatan pelanggan dan ini merupakan satu aspek yang paling penting bagi
mengurus sesebuah restoran. Seterusnya, seseorang pengurus mestilah baik dalam
memberi arahan dengan jelas dan menggunakan bahasa yang mudah difahami seperti

15
010815-08-0224

Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu kepada staf yang bekerja dalam restoran. Akhirnya,
pengurus perlu dapat bekerja secara syif, hujung minggu dan cuti umum.

Syarikat Domino’s Pizza, Inc juga menawarkan jawatan kosong bagi pengurusan
bawahan iaitu jawatan perkhidmatan pelanggan sambilan (Part-Time Customer Service).
Bagi jawatan ini juga memerlukan kelayakan. Kelayakan bagi jawatan ini adalah calon
mestilah berumur 18 tahun dan keatas. Tahap pendidikan bagi jawatan ini adalah calon
perlu bertaraf SPM. Syarikat Domino’s Pizza, Inc menggalakkan pelajar, graduan segar
dan pesara boleh memohon bagi jawatan ini. Syarikat mengutamakan calon yang baik
dalam perkhidmatan pelanggan supaya dapat memenuhi kehendak pelanggan.
Seterusnya, calon juga perlulah mahir bercakap dalam Bahasa Inggeris dan dalam Bahasa
Melayu supaya mudah berkomunikasi dengan pelanggan dan staf-staf lain. Calon juga
perlulah mempunyai pengetahuan asas yang baik dalam mengurus komputer dan juga
memberi latihan kepada calon bagi menguruskan komputer. Akhirnya, calon mesti dapat
bekerja pada hujung minggu. Hal ini kerana, kebanyakanya pelanggan akan memesan
makanan pada hujung minggu.

Kesimpulannya, menurut Hanry Simamora (1995) spesifikasi pekerjaan ialah


keahlian, pengetahuan, dan kemampuan diperlukan untuk melaksanakan pekerjaan.
Seterusnya, menurut Handoko (1996) spesifikasi jabatan menunjukkan siapa yang
melakukan pekerjaan itu dan faktor-faktor manusia yang diisyaratkan. Oleh
itu, spesifikasi pekerjaan adalah alat yang membolehkan pihak pengurusan membenarkan
para pemohon mengetahui kemahiran, tahap pengalaman dan pendidikan, dan kebolehan
yang mereka perlukan agar dapat dengan mudah masuk ke dalam pekerjaan dalam
organisasi. Malah, spesifikasi pekerjaan membolehkan pihak pengurusan mengingati
jenis calon yang mereka cari. Setiap kali terdapat kekosongan dalam sesebuah organisasi,
spesifikasi pekerjaan ini membantu pihak pengurusan untuk membuat pengambilan
pekerja kerana mereka mengetahui jenis calon yang mereka inginkan dalam organisasi.
Spesifikasi pekerjaan adalah mengenai kemahiran dan kebolehan yang diperlukan dalam
calon bersama dengan penerangan ringkas tentang keperluan pekerjaan.

16
010815-08-0224

5.3 Membuat analisis terhadap penghuraian kerja bagi setiap jawatan yang
ditawarkan dan membuat perbandingan antara Syarikat Proton Holdings Berhad
dan Syarikat Domino’s Pizza, Inc.

Menurut Stone (2005), penghuraian kerja adalah pernyataan tertulis yang


menjelaskan mengapa pekerjaan ada, apa yang dilakukan pemegang pekerjaan
sebenarnya, bagaimana mereka melakukannya dan dalam kondisi apa pekerjaan itu
dilakukan. Seterusnya, menurut Rivai (2005:125), deskripsi kerja merupakan hasil
analisis pekerjaan sebagai rangkaian kegiatan atau suatu proses menghimpun
dan mengolah informasi mengenai pekerjaan. Menurut Mathis and Jackson (2006:214),
deskripsi kerja merupakan proses menyebutkan tugas, tanggungjawab dari suatu
pekerjaan. Selain itu, menurut Gary Dessler (2004), bahwa sebuah deskripsi pekerjaan
adalah sebuah pernyataan tertulis tentang apa yang harus dilakukan oleh pekerja,
bagaimana orang itu melakukannya, dan bagaimana kondisi kerjanya. Penghuraian kerja
ialah satu dokumen formal yang merupakan ringkasan bagi sesuatu kerja yang spesifik.
Penghuraian kerja menerangkan tentang tugas dan tanggungjawab.

Syarikat Proton Holdings Berhad telah menawarkan jawatan kosong melalui iklan
bagi jawatan pengurus produk sebagai pengurus pertengahan dan bagi jawatan pembantu
akaun sebagai pengurus bawahan. Dalam iklan tersebut, syarikat telah memberi
penghuraian kerja bagi jawatan pengurus produk dan pembantu akaun. Penghuraian kerja
bagi jawatan pengurus produk adalah pekerja perlu bertanggungjawab untuk
pembangunan saluran dan mengenal pasti peluang pasaran baru untuk produk yang

17
010815-08-0224

diberikan. Pekerja juga perlu bekerja untuk membangunkan pelan pemasaran produk dan
strategi jualan, untuk memastikan pencapaian sasaran jualan. Pekerja juga perlu
bekerjasama rapat dengan prinsipal, memahami pasaran untuk produk yang ditugaskan
dan untuk memastikan menjual dengan masa yang betul dan dengan harga yang betul.
Seterusnya, pekerja perlu menjalankan latihan produk untuk pasukan jualan apabila
memerlukan. Sebagai pengurus produk, individu perlulah memupuk budaya kerja
keterujaan, komitmen, dan pemilikan. Akhirnya, bagi jawatan ini pekerja perlu
menganalisis, memahami dan berkongsi pembelajaran untuk membina asas pengetahuan
yang kukuh berdasarkan produk.

Seterusnya, bagi jawatan pembantu akaun di Syarikat Proton Holdings Berhad


penghuraian kerjanya adalah pekerja perlu menyediakan dokumen seperti invois dan bil
untuk akaun yang perlu dibayar dan akan diterima. Pekerja juga perlu melengkapkan
pembelian dan invois jualan serta memasukan data untuk akaun yang perlu dibayar dan
akan diterima. Sebagai pembantu akaun, pekerja perlu memasuki maklumat kewangan ke
dalam program perisian yang sesuai dan pemprosesan perbelanjaan perniagaan.
Menyediakan transaksi harian, merekodkan perbelanjaan pejabat dan memastikan
ekspenses ini juga merupakan penerangan kerja untuk jawatan pembantu akaun.
Pembantu akaun juga perlu membantu jabatan akaun dengan pelbagai tugas, termasuk
menyediakan belanjawan, rekod, dan penyata. Sebagai pembantu akaun, pekerja perlulah
menyiarkan resit harian, melaporkan kepada penghutang dan pemiutang dan bayaran
pendahuluan. Mengekod entri perakaunan untuk pemprosesan data, menyusun dokumen
dan menyiarkannya ke akaun yang betul juga merupakan deskripsi pekerjaan bagi
jawatan pembantu akaun. Akhirnya, sebagai pembantu akaun perlu menyemak laporan
komputer untuk ketepatan dan mengesan kesilapan kembali ke sumber mereka.

Selain itu, Syarikat Domino’s Pizza, Inc juga menawarkan jawatan kosong bagi
pengurusan pertengahan dan pengurusan bawahan. Bagi jawatan pengurusan pertengahan
syarikat menawarkan jawatan pengurus restoran dan bagi jawatan pengurusan bawahan
syarikat menawarkan jawatan perkhidmatan pelanggan sambilan. Penghuraian kerja bagi
jawatan pengurus restoran adalah merekrut, melatih dan mengawasi kakitangan di
restoran. Sebagai pengurus restoran perlu bersetuju dan menguruskan belanjawan di

18
010815-08-0224

restoran. Pengurus restoran perlu memastikan pematuhan dengan perlesenan, kebersihan,


kesihatan dan keselamatan undang-undang dan garis panduan. Seterusnya, pengurus
restoran perlu bertanggungjawab menangani pertanyaan dan aduan pelanggan.
Mengawasi tahap stok dan memesan bekalan juga merupakan penghuraian kerja bagi
jawatan pengurus restoran. Bukan itu sahaja, pengurus restoran perlulah menyelesaikan
masalah yang berlaku semasa bekerja di restoran supaya dapat mengelakkan
penyelewengan yang akan berlaku pada masa hadapan. Sebagai pengurus restoran,
pekerja perlu bertanggungjawab membuat penambahbaikan dalam menjalankan
perniagaan dan mengembangkan restoran. Akhirnya, menyediakan dan membentangkan
laporan kakitangan dan penjualan dan menyimpan rekod statistik dan kewangan juga
merukapan tanggungjawab yang penting bagi jawatan ini.

Akhirnya, bagi jawatan pengurusan bawahan Syarikat Domino’s Pizza Inc telah
menawarkan jawatan perkhidmatan pelanggan sambilan. Penghuraian kerja bagi jawatan
perkhidmatan pelanggan sambilan adalah perlu menangani panggilan masuk untuk
pengambilan pesanan dari Domino’s Pizza. Hal ini kerana, kebanyakkan pelanggan akan
membuat panggilan untuk memberi pesanan pada masa yang sama. Oleh itu, pekerja
perlulah sentiasa bersedia untuk menangani panggilan daripada pelanggan. Seterusnya,
selepas mengambil pesanan daripada pelanggan pekerja perlulah memproseskan pesanan
tersebut. Bijaksana dan profesional adalah perlu untuk memenuhi pertanyaan pelanggan
dan memberi perhatian melalui telefon. Selain itu, pekerja juga perlu mematuhi prosedur
bagi menangani masalah pelanggan setiap masa. Akhirnya, setiap pekerja juga
bertanggungjawab untuk mematuhi setiap tugas khas atau tambahan yang diberikan dari
semasa ke semasa oleh pihak atasan dan pihak pengurusan.

Kesimpulannya, huraian kerja ia digunakan dalam bidang buruh untuk dirujuk.


Dokumen itu menerangkan secara terperinci tugas dan tanggungjawab yang ada pada
setiap pekerjaan. Keperluan yang diperlukan, aktiviti yang akan dibangunkan, skop
pelaksanaan dan hubungan antara kedudukan yang berbeza dalam sesebuah organisasi

adalah beberapa data yang menjadi sebahagian daripada dokumentasi jenis. Daripada
kenyataan di atas dapatlah di buat rumusan bahawa penerangan kerja adalah alat bagi
syarikat itu perlu membangunkan proses pengambilan pekerja yang berkesan. Apabila
19
010815-08-0224

menyampaikan segala sesuatu yang berkaitan dengan kedudukan secara bertulis, calon
sudah mengetahui dengan tepat apa yang diperlukan oleh syarikat dan apa yang
ditawarkannya kepada pekerja.

5.4 Menganalisis aspek pemilihan pekerja yang diaplikasi oleh Syarikat Proton
Holdings Berhad dan Syarikat Domino’s Pizza, Inc dalam proses pengambilan
pekerja baharu.

Proses pengambilan sumber manusia melibatkan beberapa proses seperti merekrut,


pemilihan, penawaran kerja dan induksi. Pemilihan merujuk kepada proses pengambilan
pekerja yang dibuat oleh sesebuah organisasi. Proses tersebut bermula daripada
mengenalpasti dan memilih calon dan kemudiannya menempatkan mereka dalam
pekerjaan. Pemilihan pekerja amat berkait rapat dengan pengambilan kerana kedua-
duanya melibatkan proses menempatkan individu dalam organisasi. Pemilihan pekerja
amat dipengaruhi oleh strategi pengambilan yang digunakan. Peterson dan Tracey
berpendapat pemilihan adalah proses mengukur dan menilai atau mentafsirkan sifat
daripada sekumpulan pemohon dan memilih individu atau lebih sesuai dan
berkemungkinan besar berjaya dalam pekerjaan tersebut. Torrington dan Hall (1991)
berpendapat pemilihan pekerja yang dilakukan dengan berhati-hati dan mengikut
prosedur yang ditetapkan boleh memberikan keadilan kepada semua pihak dan dapat
mengelakkan kesilapan dalam pemilihan calon semasa temuduga.

  Ini bermakna sistem pengambilan dan pemilihan pekerja yang terbaik dapat
meminimumkan diskriminasi dan memberi peluang kepada firma untuk membuat
keputusan pemilihan pekerja yang tepat. Menurut Blum dan Naylor (1968), pemilihan
melibatkan aktiviti memilih sekumpulan kerja sekumpulan kecil pekerja dari sekumpulan
besar pekerja yang boleh diambil bila-bila masa sahaja. Menurut mereka lagi, ianya
bertujuan untuk melihat kemampuan individu untuk melaksanakan sesuatu tugas sebelum

20
010815-08-0224

individu tersebut memegang jawatan yang dipohon. Ianya boleh dilakukan dengan
maklumat yang diperolehi melalui cara tertentu dari individu tersebut seperti ujian,
temuduga atau latar belakang pekerjaan mereka sebelum ini.

Syarikat Proton Holdings Berhad dan Syarikat Domino’s Pizza, Inc mengamalkan
proses pengambilan pekerja baharu bagi jawatan-jawatan yang telah ditawarkan oleh
kedua-dua syarikat ini. Dalam aspek pemilihan pekerja, syarikat akan membuat
pemilihan pekerja yang terbaik dan memenuhi syarat daripada sejumlah calon yang telah
memohon untuk mengisi jawatan-jawatan yang ditawarkan. Proses yang terlibat dalam
pemilihan pekerja adalah borang pemerhatian, semakan rujukan, temu duga dan ujian.
Borang permohonan merupakan borang yang digunakan untuk mengetahui butiran
peribadi pemohon dan perkara yang berkaitan dengan sesuatu perkara yang ditawarkan.
Seterusnya, semakan rujukan ialah pihak yang boleh dihubungi oleh pengurus sumber
manusia bagi tujuan mendapatkan maklumat tambahan mengenai calon. Selain itu, temu
duga merupakan proses pertukaran maklumat antara pihak organisai yang menjalankan
pengambilan dan calon yang memenuhi syarat jawatan. Akhirnya, ujian pula merupakan
proses saringan bagi mengenal pasti calon yang benar-benar memiliki pengetahuan,
kebolehan, kemahiran dan keupayaan yang diperlukan untuk memegang sesuatu jawatan
yang ditawarkan.

Syarikat Proton Holdings Berhad menjalankan proses pemilihan pekerja bagi


jawatan pengurus produk dan bagi jawatan pembantu akaun. Bagi kedua-dua jawatan ini,
calon diminta melengkapkan borang permohonan yang diberi dalam laman web sebagai
langkah awal proses pemilihan. Seterusnya, pra temuduga dijalankan melalui telefon atau
panggilan video oleh pihak pengusan sumber manusia dengan pemohon. Selepas pra
temuduga, penemuduga akan menyemak semula surat permohonan dan juga “resume”
calon dan menimbangkan informasi yang diberikan pada pra temuduga sama dengan
yang tertulis di surat permohonan. Selain itu, calon yang telah berjaya di peringkat
penelitian borang permohonan dan calon akan dipanggil untuk menjalani temu duga.
Semasa temu duga, pengurus sumber manusia akan mendapatkan maklumat terperinci
daripada calon berhubung pengalaman, kemahiran, personaliti, komunikasi, idea dan
sebagainya. Akhirnya, calon yang telah berjaya daripada sekumpulan memohon calon

21
010815-08-0224

tersebut akan diberi ujian yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon oleh calon.
Pemilihan yang terbaik dari hasil ujian pemilihan dan skor semasa termuduga.

Begitu juga, bagi jawatan pengurus restoran di Syarikat Domino’s Pizza, Inc juga
menjalankan proses pemilihan pekerja seperti diamalkan oleh Syarikat Proton Holdings
Berhad bagi jawatan pengurus restoran. Tetapi bagi jawatan perkhidmatan pelanggan
sambilan calon perlulah mendaftar dirinya dengan pasukan pengambilan pekerja melalui
e-mel dan melalui nombor ‘Whatsapp’ kepada pengurus sumber manusia. Bukan itu
sahaja, calon yang ingin memohon jawatan ini boleh ‘walk-in’ ke HQ untuk temu duga
dengan pengurus di Syarikat Domino’s Pizza, Inc. ‘Walk-in’ adalah dikenali sebagai
temu duga terbuka. Iaitu merupakan satu kaedah yang mudah untuk menarik bakal
pekerja berkhidmat dengan organisasi. Calon yang ingin memohon bagi jawatan ini tidak
perlu membuat temu janji, sebaliknya terus menghadiri temu duga dengan membawa
bahan keperluan temu duga seperti sijil-sijil asal, salinan sijil kelayakan dan lain-lain
dokumen sokongan. Calon boleh merujuk melalui media persendirian syarikat ini untuk
mengetahui tentang kekosongan jawatan perkhidmatan pelanggan sambilan.

Sebagai kesimpulannya, pihak pengurusan atasan harus memastikan kuantiti dan


kualiti sumber manusia dalam organisasi seperti peringkat pengurusan pertengahan dan
bawahan dapat menyokong segala misi, matlamat dan strategi organisasi. Atas dasar
inilah amalan pengambilan dan pemilihan pekerja dijalankan dengan teliti dan mengikut
prosedur yang telah ditetapkan bagi melancarkan pengurusan. Pemilihan pekerja amat
berkait rapat dengan pengambilan kerana kedua-duanya melibatkan proses menempatkan
individu dalam organisasi. Pemilihan pekerja amat dipengaruhi oleh strategi pengambilan
yang digunakan.

22
010815-08-0224

5.5 Menganalisis faktor-faktor penentu pampasan yang diamalkan oleh Syarikat


Proton Holdings Berhad dan Syarikat Domino’s Pizza, Inc ke atas pekerja mereka.

Pampasan adalah merujuk kepada semua bentuk pulangan kewangan, faedah dan
perkhidmatan yang diterima oleh pekerja sebagai sebahagian daripada ikatan
perhubungan pekerjaan sesebuah organisasi. Menurut Martocchio (2006), definisi
pampasan adalah mewakili kedua-dua intrinsik (monetory and non-monetory) dan
ekstrinsik (refelects’ employees pcychological mindset) ganjaran yang diterima oleh
pekerja kerana menjalankan tugas mereka. Menurut Henderson (2000), pampasan bentuk
bukan kewangan adalah merupakan segala ganjaran yang berkait rapat dengan situasi
pemberian ganjaran yang tidak termasuk dalam pakej pampasan seperti gaji. Jenis-jenis
pampasan adalah ganjaran dan faedah. Ganjaran merupakan pemberian majikan
berdasarkan prestasi pekerja yang baik manakala faedah merupakan pemberian
berdasarkan kontrak perkhidmatan. Kedua-dua pampasan ini adalah diberi dalam bentuk
kewangan dan bukan kewangan kepada pekerja.

Sebagai faktor penentu pampasan di sesebuah syarikat adalah berdasarkan


kemampuan organisasi. Kemampuan organisasi merujuk kedudukan kewangan atau aset
dan tingkat keuntungan perniagaan. Organisasi yang mempunyai kedudukan kewangan
yang kukuh akan memberikan lebih banyak ganjaran kepada pekerja berbanding
organisasi yang mempunyai kedudukan kewangan yang lemah. Oleh itu, Syarikat Proton
Holdings Berhad dan Syarikat Domino’s Pizza, Inc memberikan ganjaran kepada pekerja
berdasarkan tingkat keuntungan syarikat mereka. Faktor penentu pampasan yang
seterusnya adalah ganjaran yang dibayar oleh pesaing. Syarikat Proton Holdings Berhad

23
010815-08-0224

dan Syarikat Domino’s Pizza, Inc mempunyai persaingan yang tinggi dalam industri yang
yang sama. Oleh itu, kedua-dua syarikat perlulah memberikan ganjaran yang setara atau
lebih tinggi berbanding dengan ganjaran yang diberi oleh pesaing. Hal ini, dapat
mengelakkan pekerja berpindah ke organisasi lain.

Selain itu, faktor penentu pampasan di sesebuah syarikat adalah faktor lokasi.
Faktor lokasi merujuk kepada tempat atau kawasan seseorang pekerja bekerja. Kawasan
yang berbeza menyebabkan kos sara hidup yang berbeza seperti di bandar kos sara hidup
lebih tinggi berbanding dengan luar bandar. Syarikat Proton Holdings Berhad dan
Syarikat Domino’s Pizza, Inc adalah terletak di kawasan bandar. Oleh itu, kedua-dua
syarikat ini perlulah memberi ganjaran yang lebih tinggi berbanding luar bandar untuk
mengimbangi pendapatan pekerja dengan kos sara hidup mereka. Undang-undang dan
peraturan kerajaan juga merupakan faktor penentu pampasan di Syarikat Proton Holdings
Berhad dan Syarikat Domino’s Pizza, Inc. Pihak kerajaan berkuasa menentukan kadar
ganjaran minimum yang perlu diberi oleh sesebuah organisasi. Dengan ini, kedua-dua
syarikat tersebut diwajibkan untuk membayar upah berdasarkan kadar upah minimum
yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Akhirnya, faktor penentu pampasan juga
berdasarkan bentuk atau jenis tugas yang dilakukan oleh pekerja. Syarikat Proton
Holdings Berhad dan Syarikat Domino’s Pizza, Inc memberikan pampasanya
berdasarkan tanggungjawab dan tugas yang dijalankan oleh pekerja dalam syarikat
mereka. Pekerja yang menjalankan tanggungjawab yang berat akan diberi ganjaran yang
lebih tinggi berbanding pekerja yang menjalankan tugas yang bersifat rutin.

Sebagai buktinya, Syarikat Proton Holdings Berhad memberi pampasan dalam


bentuk ganjaran dan faedah kepada pekerja. Bagi jawatan pengurus produk dan pembantu
akaun, dari segi ganjaran syarikat memberi gaji asas kepada pekerja. Gaji asas merupakan
gaji pokok yang diterima oleh pekerja tanpa melibatkan sebarang pembayaran tambahan.
Gaji asas bagi jawatan pengurus produk adalah sebanyak RM 6000 hingga RM 8000
sebulan dan bagi jawatan pembantu akaun gajinya adalah sebanyak RM 1500 hingga RM
1800 sebulan. Syarikat juga memberi elauns, bonus dan komisen kepada pekerjanya. Ini
merupakan bayaran tambahan yang akan dibayar oleh majikan kepada pekerjanya.

24
010815-08-0224

Seterusnya, dari segi faedah syarikat juga memberi pampasan kepada pekerjanya.
Faedah yang diberi kepada pekerjanya adalah insurans pekerja. Iaitu syarikat akan
membayar wang premium kepada syarikat insurans untuk melindungi pekerja daripada
sebarang risiko semasa bekerja. Faedah yang seterusnya adalah Caruman Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Hal ini kerana, mengikut Akta Pekerjaan, syarikat
dimestikan mencarum wang kepada (KWSP) untuk menjamin masa hadapan apabila
telah sampai umur bersara. Kemudahan kesihatan juga diberi kepada pekerja oleh
Syarikat Proton Holdings Berhad. Ini merupakan faedah perubatan dan penjagaan
kesihatan. Selain itu, syarikat juga mencarum sejumlah wang ke dalam akaun Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO) pekerja bagi melindungi pekerja jika berlaku sebarang
kemalangan. Bagi memotikasikan pekerja, syarikat juga memberi sijil kepujian iaitu
sebagai pengiktirafan kepada pekerja yang prestasi cemerlang. Akhirnya, peluang latihan
dan peningkatan kerjaya akan diberi oleh syarikat Proton seperti peluang kenaikan
pangkat dan sebagainya.

Di samping itu, Syarikat Domino’s Pizza, Inc juga memberi pampasan dalam
bentuk ganjaran dan faedah kepada pekerja yang bekerja dalam syarikatnya. Ganjaran
yang diberi kepada jawataa pengurus restoran adalah gaji asas iaitu sebanyak RM 2300
hingga RM 2700 sebulan. Bagi jawatan perkhidmatan pelanggan sambilan, ganjaran yang
diberi adalah upah iaitu sebanyak RM 5 sejam. Bagi jawatan ini syarikat juga memberi
insentif penjualan sehingga RM 500 sebulan. Bukan itu sahaja, syarikat juga memberi
elaun, bonus dan komisen kepada pengurus restoran dan perkhidmatan pelanggan
sambilan.

Selain itu, Syarikat Domino’s Pizza, Inc juga memberi pampasan dalam bentuk
faedah. Faedah yang diberi kepada pengurus restoran adalah kemudahan kesihatan.
Apabila pekerja menghadapi sebarang penyakit, kos perubatan akan dibiayai oleh
majikan sama ada melalui klinik panel atau hospital yang dilantik majikan tanpa perlu
membayar sebarang caj. Seterusnya, kemudahan cuti juga akan diberikan kepada
pengurus restoran mengikut tahun perkhidmatan. Cuti yang diberi merangkumi cuti sakit,
cuti rehat dan cuti bersalin. Bukan itu sahaja, bagi jawatan perkhidmatan pelanggan
faedah yang diberi oleh syarikat adalah program kemajuan kerjaya iaitu syarikat akan

25
010815-08-0224

memberi latihan kepada pekerja tentang pekerjaanya. Syarikat juga memberi


perlindungan kemalangan diri kepada pekerja. Akhirnya, bagi kedua-dua jawatan ini,
syarikat akan memberi Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan
Caruman Pertumbuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada setiap pekerja.

Kesimpulannya, bagi pekerja pampasan merupakan satu elemen yang penting dalam
meningkatkan prestasi kerja. Ketidakadilan dalam pemberian pampasan akan
mengakibatkan pekerja kurang berminat untuk bekerja dan akan menjejaskan tahap dan
mutu kerja yang dilakukan. Selain itu, pampasan merupakan satu unsur yang penting bagi
pekerja untuk terus setia dengan organisasi. Jika pekerja merasakan ganjaran yang
diterima adalah memuaskan dan setimpal dengan apa yang telah diberikan tidak ada
sebab untuk mereka berpindah ke organisasi lain.

6.0 RUMUSAN KAJIAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Kajian inj bertujuan untuk mengkaji amalan pengambilan sumber manusia bagi
peringkat pengurusan pertengahan dan peringkat pengurusan bawahan oleh Syarikat
Proton Holdings Berhad dan Syarikat Domino’s Pizza, Inc. Dalam kajian ini, pengkaji
telah mengkaji 5 objektif yang utama iaitu tentang sumber iklan, spesifikasi kerja,
penghuraian kerja, proses pemilihan pekerja dan faktor-faktor penentu pampasan.
Berdasarkan hasil kajian, elemen utama dalam pengambilan sumber manusia adalah
bertujuan untuk menarik, membangun dan mengekalkan tenaga pekerja berprestasi yang
tinggi dan sesuai bagi setiap jawatan yang ditawarkan oleh syarikatnya.

Syarikat Proton Holdings Berhad telah menawarkan jawatan kosong melalui iklan
dalam laman web. Jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh syarikat ini bagi peringkat
pengurusan pertengahan adalah pengurus produk dan bagi peringkat pengurusan bawahan
adalah pembantu akaun. Syarikat ini telah menggunakan media elektronik dan media
luaran bagi menawarkan iklan jawatan kosong kepada calon-calon yang ingin mencari
pekerjaanya. Bagi jawatan pengurus produk, calon perlulah mempunyai tahap pendidikan
ijazah sarjana muda dalam sains komputer, teknologi maklumat atau dalam sains dan
teknologi. Sebagai pengurus produk, pekerja perlulah bertanggungjawab untuk
pembangunan saluran dan mengenal pasti peluang pasaran baru untuk produk yang
diberikan. Seterusnya, kelayakan bagi jawatan pembantu akaun adalah perlu mempunyai

26
010815-08-0224

tahap pendidikan setaraf diploma atau diploma lanjutan dalam bidang perakaunan.
Penerangan kerjanya adalah pekerja perlulah menyediakan dokumen seperti invois dan
bil untuk akaun yang perlu dibayar dan akan diterima.

Syarikat Proton Holdings Berhad juga mengamalkan proses pemilihan pekerja


baharu bagi kedua-dua jawatan tersebut. Proses yang terlibat dalam pemilihan pekerja
adalah melengkapkan borang pemerhatian, pra temuduga akan dijalankan melalui telefon
atau panggilan video, menyemak semula borang pemerhatian, calon yang berjaya akan
dipanggil untuk temu duga, ujian yang sesuai bagi jawatannya akan berlaku dan akhirnya
calon yang sesuai bagi jawatan tersebut akan dipilih. Syarikat juga memberi pampasan
dalam bentuk ganjaran dan faedah kepada kedua-dua jawatan yang ditawarkan. Sebagai
contohnya, syarikat memberi pampasan seperti gaji asas, elauns, bonus, komisen,
insurans, KWSP dan PERKESO.

Begitu juga, Syarikat Domino’s Pizza, Inc telah menawarkan iklan jawatan
kosong dalam laman web bagi jawatan pengurus restoran sebagai pengurus pertengahan
dan jawatan perkhidmatan pelanggan sambilan sebagai pengurus bawahan. Syarikat ini
menggunakan media elektronik, media cetak dan media luaran bagi menyiarkan jawatan-
jawatan kosong yang ditawarkan oleh syarikatnya. Kelayakan bagi jawatan pengurus
restoran adalah mempunyai tahap pendidikan setaraf diploma atau ijazah. Pengurus
restoran perlulah merekrut, melatih dan mengawasi kakitangan di restoran. Pengurus juga
bersetuju dan menguruskan belanjawan di restoran. Bagi jawatan perkhidmatan
pelanggan sambilan pekerja perlu berumur 18 dan ke atas dan mempunyai pendidikan
setaraf SPM. Penghuraian kerja bagi jawatan ini adalah perlu menangani panggilan
masuk untuk pengambilan pesanan dari pelanggan.

Syarikat Domino’s Pizza, Inc juga menjalankan proses pemilihan pekerja bagi
jawatan pengurus restoran adalah seperti yang diamalkan oleh Syarikat Proton Holdings
Berhad. Tetapi bagi jawatan perkhidmatan pelanggan sambilan calon perlulah mendaftar
dirinya dengan pasukan pengambilan pekerja melalui e-mel dan melalui nombor
‘Whatsapp’ kepada pengurus sumber manusia atau calon yang ingin memohon jawatan
ini boleh ‘walk-in’ ke HQ untuk temu duga dengan pengurus di Syarikat Domino’s Pizza,
Inc. Syarikat ini juga memberi pampasan dalam bentuk ganjaran dan faedah kepada

27
010815-08-0224

setiap pekerja dalam syarikatnya. Pampasan diberi mengikut peringkat jawatan dan
prestasinya.

Antara cadangan penambahbaikan amalan pengambilan sumber manusia adalah


Syarikat Proton Holdings Berhad boleh menyiarkan jawatan kosong melalui surat khabar
dan radio. Hal ini kerana, ramai orang juga mencari iklan jawatan kosong dalam surat
khabar. Bukan itu sahaja, masyarakat juga mendengar radio di rumah, semasa memandu
atau sepanjang masa yang sedang dilakukan oleh seseorang. Dengan ini, syarikat dapat
menyampaikan maklumat tentang jawatan kosong lebih cepat dan dapat meluaskan
peluang pekerjaan kepada ramai orang yang ingin mencari pekerjaanya. Cadangan bagi
Syarikat Domino’s Pizza, Inc adalah boleh menganjurkan aktiviti lawatan atau
pelancongan ke tempat-tempat menarik. Ini dapat mengeratkan hubungan antara majikan
dan pekerja. Hal ini juga dapat memberi pandangan yang positif kepada pekerja terhadap
syarikatnya.

Kesimpulannya, dengan wujudnya amalan pengambilan sumber manusia di


Syarikat Proton Holdings Berhad dan Syarikat Domino’s Pizza, Inc, proses pemilihan
yang tepat dan sistematik akan memastikan hanya pekerja yang sesuai dan berkesan akan
dipilih untuk mengisi jawatan yang ditawarkan. Dengan adanya pengurusan sumber
manusia yang cekap, syarikat dapat menggerakkan fungsi pengeluaran, pemasaran dan
kewangan bagi mencapai objektif jabatan dan matlamat organisasi. Oleh itu, sumber
manusia memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi.

28
010815-08-0224

7.0 RESUME

Menurut Isa Jatinegara (2011), resume merupakan informasi diri yang disajikan
secara lebih ringkas dan pada umumnya menyangkut hal-hal yang berkaitan dengan
kelayakan profesionalism seseorang. Seterusnya, menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua
(2008), resume adalah keterangan atau maklumat ringkas tentang diri, pendidikan,
pengalaman kerjaya seseorang, biasanya disertakan semasa memohon sesuatu pekerjaan. 

Pengkaji telah menyediakan resume untuk memohon jawatan kosong bagi lepasan
STPM di Syarikat Inter-Pacific Asset Management Sdn. Bhd. Jawatan yang telah
dimohon adalah Data Entry Clerk. Syarikat Inter-Pacific Asset Management Sdn. Bhd.
adalah syarikat pengurusan dana berlesen. Aktiviti utamanya ialah pengurusan dana,
penyediaan khidmat nasihat dan pengurusan dan pengagihan dana unit amanah. Syarikat
ini telah menawarkan iklan jawatan kosong di laman web iaitu indeed.com. Kelayakan
bagi jawatan ini adalah calon perlu berpendidikan setaraf SPM atau STPM. Spesifikasi
kerja bagi jawatan Data Entry Clerk adalah perlu mempunyai kemahiran komputer seperti
‘Microsoft Office Word’ dan ‘Excel’. Seterusnya, calon perlulah mempunyai
pengetahuan tentang sistem menaip sentuh adalah sangat diutamakan. Bagi jawatan ini,
calon mestilah mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris yang baik dan kemahiran
perkhidmatan pelanggan.

29
010815-08-0224

Selain itu, penghuraian kerja bagi jawatan tersebut adalah memindahkan data
daripada format kertas ke dalam fail komputer atau sistem pangkalan data menggunakan
papan kekunci, perakam data atau pengimbas optik. Seterusnya adalah menaip data yang
disediakan terus daripada pelanggan dan sahkan data dengan membandingkannya dengan
dokumen sumber. Proses pemilihan pekerja bagi jawatan Data Entry Clerk di Syarikat
Inter-Pacific Asset Management Sdn. Bhd. adalah borang permohonan, temu bual dan
pemilihan calon yang sesuai. Pertamanya, calon perlulah memohon jawatan melalui
borang permohonan dalam laman web. Selepas itu, calon yang telah berjaya di peringkat
penelitian borang permohonan akan dipanggil untuk menjalani temu duga. Semasa temu
duga, calon mestilah membawa dokumen-dokumen yang penting bagi jawatan tersebut
seperti resume, Sijil SPM dan Sijil STPM. Akhirnya, calon yang berjaya dalam temu
duga akan dipilih untuk bekerja dalam syarikat tersebut. Syarikat juga memberi
pampasan kepada pekerja yang bekerja dalam syarikatnya. Bagi jawatan Data Entry
Clerk gaji asas akan diberi sebanyak RM 1500 hingga RM 2000 sebulan. Seterunya,
syarikat juga memberi insurans kesihatan, Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) dan Caruman Pertumbuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada setiap
pekerja.

Kesimpulannya, resume merupakan dokumen yang asas dan penting bagi


memohon sesuatu pekerjaanya. Hal ini kerana, resume menjadi medium perbandingan
antara seseorang individu dengan individu lain. Dengan resume, syarikat tersebut lebih
mudah untuk membuat pemilihan dan perbandingan. Ia turut menjadi persepsi awal
sesebuah majikan dalam menilai kebolehan dan kelebihan individu tersebut.

30
010815-08-0224

31
010815-08-0224

32
010815-08-0224

8.0 RUJUKAN
(a) Buku Rujukan

1) Kamus Pelajar Edisi Ke-2, (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
2) Mukhtar Pet, Ace Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1 Edisi Ke-4
(2018). Selangor Dahrul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

(b) Menurut Tokoh

1) Huselid, M.A., (1994). Documenting HR’s Effect On Company Performance; HR


Magazine, 39, 79-85.
2) Stewart, J., & Knowles, V., (2000). Graduate Recruitment and Selection Practices
in Small Buisiness; Career Development International Journal,5 (1), 21-38.
3) Scholarios, D., Lockyer. C, & Johnson, H., (2003). Anticipating Socialization:
The effect of recruitment and selection experiences on career expectations. Career
Devolopment International Journal, 8(4), 182-197.
4) Gatewood, D., & Feild H.S., (1994). Human Resources Selection. USA: The
Dryden Press.
5) Torrington, D., & Hall, L., (1991). Personnel Management : A new approach.
Heme Henpstead : Prentice Hall.
6) R. Kuberan Etal, (2003). Teks Efektif STPM Pengajian Am 900/2 (Penggal 2) :
Selangor Penerbit Ilmu Bakti 2015.
7) Ivancevich, (2011). Human Resource Management : Mc Graw-Hill Irwin, 2011.
8) Willia, R. Tracey, (2013). The Human Resources Glossary : The Complete Desk
Reference for HR Executive, Managers and Practitioners.
9) Denzin, (2001). The Sage Handbook of Qualitative Research 3rd Edition : Library
of Congress, Cataloging-in-Publication Data : United States Of America.
10) El- Ansary, R.Frost, (2003). E-Marketing (edition 3), New Jersey : Pearson
Education International.
11) Handoko, (2008). Inovasi: Kumpulan Hasil Liputan Peserta Banking Journalist
Academy.

33
010815-08-0224

12) Gary Armstrong, Philip Kotler, (2011). Marketing : An Introduction : Peorson


Education International.
13) Gary Dessler, (2013). Dessler : Human Resources Management/My Management
Lab Pack : Addison Wesley Longman Limited.
14) Mathis, and Jackson, (2006). Human Resource Management : (Engage Learning).
15) Hanry Simamora, (1995). Management of Human Resources, STIE, YKPN,
Yogyakarta.
16) Blum & Naylor, (1968). Industrial Psychology : Its Theoretical and Social
Foundations ; A Harper International Edition : The University of Michigan.
17) Martocchio, (2006). Strategic Compensation : A Human Resource Management
Approach : Pearson, Prentice Hall.

(c) Sumber Internet

Laman Web Indeed,


 https://malaysia.indeed.com/jobs?
q=Data+Entry+Clerk&l=&ts=1612440883779&rq=1&rsIdx=0&fromage=last&ne
wcount=5
 https://malaysia.indeed.com/viewjob?
jk=e706c4035640febc&from=serp&from=mobRdr&prevUrl=https%3A%2F
%2Fmalaysia.indeed.com%2Fm%2Fjobs%3Fq%3DDominos
%2BPizza&utm_source=%2Fm%2F&utm_medium=redir&utm_
 https://malaysia.indeed.com/viewjob?
jk=c948c9323b869602&from=serp&from=mobRdr&prevUrl=https%3A%2F
%2Fmalaysia.indeed.com%2Fm%2Fjobs%3Fq%3DProton&utm_source= aign=dt

Laman Web Semakan Kerjaya,

 https://www.semakankerjaya.com/2020/04/jawatan-kosong-product-manager-
di.html

Laman Web Domino’s Pizza,

 https://www.maukerja.my/dominos/home.php

34
010815-08-0224

Laman Web Google,

 https://www.google.com

9.0 LAMPIRAN
Rajah 1 : Iklan jawatan kosong dari Syarikat Proton Holdings Berhad bagi jawatan
Pengurus Produk.

Sumber : Laman Web Goolge

35
010815-08-0224

Raja
h 2 : Iklan jawatan kosong bagi jawatan pembantu akaun di Syarikat Proton Holdings
Berhad.

Sumber : Laman Web indeed.com

Raja
h 3 : Iklan jawatan kosong bagi jawatan pengurus restoran yang ditawarkan oleh Syarikat
Domino’s Pizza, Inc.

Sumber : Laman Web indeed.com


36
010815-08-0224

Raja
h 4 : Syarikat Domino’s Pizza, Inc telah menawarkan iklan jawatan kosong bagi jawatan
perkhidmatan pelanggan sambilan.

Sumber : Laman Sesawang Domino’s

Rajah 5 : Syarikat Inter-Pacific Asset Management Sdn. Bhd telah menawarkan jawatan
kosong kepada lepasan STPM.
Sumber : Laman web indeed.com

37

Anda mungkin juga menyukai