Anda di halaman 1dari 23

5.

0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dalam sesebuah kajian yang dijalankan, dapatan kajian atau penemuan adalah fakta empirikal
berdasarkan data yang dikumpulkan dan tidak hanya bergantung kepada pendapat sama ada
pakar atau tidak (Olivier Serrat, 2018). Hasil utama projek penyelidikan merujuk kepada data
yang dicadangkan, dinyatakan atau ditunjukkan oleh projek tersebut.

5.1 Sumber Iklan

Sumber iklan merupakan medium untuk mengumumkan pengiklanan mengenai banyak


perkara termasuk kekosongan jawatan dalam syarikat. Walaupun pengiklanan pekerjaan
berasaskan Internet semakin meningkat (Chapman & Webster, 2003), iklan yang ditempatkan
di surat khabar masih merupakan salah satu alat perekrutan yang paling sering digunakan.
Iklan pekerjaan adalah pengumuman mengenai kedudukan pekerjaan terbuka. Matlamat
utama iklan pekerjaan adalah untuk memberitahu calon-calon pekerjaan mengenai
pembukaan jawatan kosong baharu dan menarik mereka untuk mengisi kekosongan tersebut.
Iklan akan dipersembahkan secara menarik dan mengandungi maklumat penting mengenai
kedudukan pekerjaan, latar belakang syarikat yang menawarkan pekerjaan dan faedah yang
ditawarkan. Majikan menggunakan iklan pekerjaan untuk menghantar isyarat mengenai
kekosongan tersebut untuk mewujudkan sikap yang baik dari pihak pencari kerja, yang
menggunakan isyarat yang diterima untuk menambah pengetahuan mereka tentang pekerjaan
dan majikan dan, paling baik, membentuk niat awal untuk melamar (Rynes et al. 1991)

5.1.1 Analisis Sumber Iklan Pengurusan Pertengahan bagi Syarikat RHB Bank Berhad
dan Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.

Syarikat RHB Bank Berhad dan Syarikat Arte Original Sdn. Bhd. telah mengiklankan
jawatan kosong bagi penjawatan pengurusan pertengahan di sebuah portal pekerjaan iaitu
JobStreet.com. Masing-masing syarikat telah memberi kepercayaan kepada portal pekerjaan
ini untuk mencari calon terbaik yang dapat memegang status jawatan yang ditawarkan.
Syarikat RHB Bank Berhad dan syarikat Arte Original Sdn. Bhd. yang menawarkan jawatan
pada peringkat pengurusan pertengahan telah memasukkan maklumat lengkap mengenai
tajuk jawatan, lokasi, tugasan, kelayakan, latar belakang dan faedah sekiranya terdapat calon
yang ingin memohon pekerjaan yang diiklankan dalam portal pekerjaan ini. JobStreet akan
memastikan semua iklan pekerjaan yang dimuatnaik disertai dengan maklumat yang lengkap
dan tetap.

5.1.2 Analisis Sumber Iklan Pengurusan Bawahan bagi Syarikat RHB Bank Berhad
dan Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.

Syarikat RHB Bank Berhad dan Syarikat Arte Original Sdn. Bhd. telah mengiklankan
jawatan kosong bagi penjawatan pengurusan bawahan di sebuah portal pekerjaan yang sama
iaitu JobStreet.com. Masing-masing syarikat menggunakan portal pekerjaan ini kerana dapat
memudahkan proses pencarian calon yang tepat bagi jawatan yang ditawarkan. Syarikat RHB
Bank Berhad dan syarikat Arte Original Sdn. Bhd. yang menawarkan jawatan pada peringkat
pengurusan bawahan telah memasukkan maklumat lengkap mengenai tajuk jawatan, lokasi,
tugasan, kelayakan, latar belakang dan faedah sekiranya terdapat calon yang ingin memohon
pekerjaan yang diiklankan dalam portal pekerjaan ini. JobStreet akan memastikan semua
iklan pekerjaan yang dimuatnaik dalam laman sesawang mereka disusun dengan baik
mengikut beberapa aspek yang ditetapkan iaitu tajuk jawatan, jenis industri yang diceburi,
nilai gaji yang diingini, dan lokasi jawatan kosong yang ditawarkan.

5.1.3 Analisis Perbandingan Sumber Iklan

5.1.3.1 Pengurusan Pertengahan Syarikat A dan Syarikat B

Sumber iklan bagi iklan jawatan kosong di peringkat pengurusan pertengahan bagi kedua-
kedua syarikat adalah sama iaitu daripada sumber portal pekerjaan yang telah diasaskan oleh
Mark Chang Mun Kee. Jawatan pengurus jualan di RHB Bank dan jawatan pengurus
makanan dan minuman (F&B) di Arte Original Sdn. Bhd. telah diiklankan melalui aplikasi
Jobstreet. Pengasasnya berpendapat untuk menyediakan platform automatik untuk
menyesuaikan majikan dengan pencari kerja dengan tepat. JobStreet.com adalah portal
pekerjaan yang ditubuhkan pada tahun 1997. Ditubuhkan di Malaysia, kini merupakan
syarikat pekerjaan dalam talian terbesar di Asia Tenggara, menurut Forbes. Ia kini melayani
sekitar 80000 pelanggan korporat dan 11 juta pencari kerja. Portal pekerjaan ini mempunyai
banyak kebaikan termasuklah membantu syarikat mendapatkan pekerja yang mempunyai
kelayakan purata gaji yang sesuai, menyatakan faedah yang syarikat tawarkan, menyatakan
lokasi kekosongan jawatan yang ditawarkan, memberi gambaran keseluruhan mengenai
syarikat yang menawarkan jawatan kosong dan suasana pekerjaan tersebut. Ramai syarikat
yang menggunakan aplikasi JobStreet untuk mencari calon yang sesuai untuk menjadi salah
seorang kakitangan dalam syarikat masing-masing. Hal ini dikatakan demikian kerana
JobStreet menyediakan lebih banyak kemudahan dan kelebihan berbanding sumber iklan
pekerjaan yang lain. Aplikasi Jobstreet memudahkan individu mencari iklan jawatan kosong
kerana aplikasi ini sering mengemas kini iklan-iklan jawatan kosong terbaharu.

5.1.3.2 Pengurusan Bawahan Syarikat A dan Syarikat B

Sumber iklan bagi iklan jawatan kosong di peringkat pengurusan bawahan bagi kedua-kedua
syarikat adalah sama iaitu daripada sumber portal pekerjaan yang bernama JobStreet. Jawatan
penolong pengurus jualan di RHB Bank dan jawatan penyelia makanan dan minuman (F&B)
di Arte Original Sdn. Bhd. telah diiklankan melalui aplikasi Jobstreet. Aplikasi ini
mempunyai banyak kelebihan termasuklah pembuatan dan pembaruan profil online yang
mudah, aplikasi secara atas talian untuk kesempatan kerja tempatan dan di seluruh dunia dan
maklumat kekosongan pekerjaan dikirimkan ke e-mel peribadi individu. Tambahan pula,
melalui penggunaan aplikasi JobStreet, individu dapat mengetahui tawaran pekerjaan dan
status permohonan pekerjaan yang dikirimkan serta akses terhadap laporan gaji dan tips-tips
tentang jawatan. Terdapat satu kelemahan kecil yang didapati dalam aplikasi ini iaitu hanya
satu resume yang dapat dimuatnaik dalam satu masa. Hal ini membebankan pengguna apabila
ingin menggunakan beberapa jenis resume kerana harus memuat naik resume berlainan
secara berasingan.

Pada pendapat pengkaji, aplikasi Jobstreet amat sesuai untuk digunakan oleh pencari-pencari
kerja di luar. Aplikasi ini jelas membawa lebih banyak kebaikan berbanding keburukan
kepada semua pihak pengguna sama ada majikan atau individu sendiri. Aplikasi Jobstreet
wajar digunakan secara meluas bukan sahaja di Asia Tenggara tetapi di seluruh dunia. Hal ini
dikatakan demikian kerana aplikasi ini membantu memudahkan pencarian kerja kosong
terkini dan menyertakan segala maklumat yang lengkap kepada individu.
5.2 Spesifikasi Kerja

Menurut Hasibuan (2010), spesifikasi kerja merupakan huraian syarat-syarat dan kualiti
minimum orang yang boleh diterima agar dapat menjalankan satu jawatan dengan baik dan
kompeten. Secara mudahnya, spesifikasi kerja ini merupakan perincian karakteristik atau
kualifikasi yang diperlukan bagi tenaga kerja yang dipersyaratkan. Spesifikasi kerja
dinamakan juga sebagai kualifikasi personal (personal qualification) iaitu garis besar yang
dapat dibahagi kepada dua. Pertama ialah kualifikasi umum (general qualification), iaitu
kualifikasi minimal yang biasanya diperlukan untuk menempati suatu jawatan tertentu dalam
suatu jabatan tertentu dalam organisasi. Kualifikasi yang kedua adalah kualifikasi spesifik
(spesific qualification), iaitu kualifikasi tambahan yang secara spesifik akan sangat
diperlukan bagi pengisian jawatan dalam jabatan tertentu. Tujuan spesifikasi kerja dinyatakan
adalah untuk memastikan syarat-syarat bagi pekerja yang akan direkrut menjadi jelas. Selain
itu, spesifikasi kerja juga digunakan sebagai dasar untuk pemilihan awal di luar syarikat. Hal
ini bermaksud bahawa sebelum syarikat memilih pekerja dari banyak calon pemohon, jumlah
pemohon akan menurun secara automatik setelah terbaca syarat-syarat yang dinyatakan
dalam spesifikasi kerja. Spesifikasi kerja juga sangat memegang peranan penting sebagai
pemboleh ubah yang menyokong keberhasilan tujuan dari sebuah perusahaan. Penciptaan
spesifikasi kerja bukanlah tugas yang mudah kerana sukar untuk mengklasifikasikan sama
ada suatu keperluan tertentu adalah wajib atau wajar. Walau bagaimanapun, ia membantu
memastikan berdasarkan apa seseorang calon direkrut dan diperiksa untuk melayakkannya
mendapatkan jawatan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat. Secara umum, spesifikasi
kerja memuatkan hal-hal seperti ciri fizikal misalnya ketinggian, berat badan, dan
penglihatan. Seterusnya, ciri demografi iaitu umur, jantina, pengalaman, pendidikan,
kemahiran, dan kebolehan seseorang calon. Di samping itu, ciri psikologi yang terdiri
daripada keupayaan mental, bakat, tahap pemikiran, dan kewaspadaan. Akhir sekali,
spesifikasi kerja turut mengandungi ciri peribadi seperti sikap, tingkah laku, etika, dan adab.
Spesifikasi kerja bagi setiap syarikat adalah berbeza kerana spesifikasi ini pada dasarnya
dibentuk daripada huraian pekerjaan yang diperlukan oleh setiap syarikat. Misalnya, ada
syarikat yang memerlukan calon yang tinggi, mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, dan
mementingkan jenis jantina. Mary Parker Follet (1868 -1933) menyatakan bahawa
pengurusan adalah seni untuk mencapai sesuatu melalui orang lain. Spesifikasi kerja yang
akan dinyatakan dalam setiap peringkat pengurusan adalah berbeza kerana menjalankan tugas
yang berlainan. Misalnya, pengurusan pertengahan adalah bertanggungjawab dalam
melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh pengurusan atasan serta merangka dan
membuat perancangan jangka sederhana berpandukan objektif pengurusan atasan. Mereka
juga menyelia serta menyelaras aktiviti peringkat pengurusan bawahan dan membuat laporan
kepada pengurus atasan.

5.2.1 Analisis Spesifikasi Kerja Pengurusan Pertengahan bagi Syarikat RHB Bank
Berhad dan Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.

A) Syarikat RHB Bank Berhad

Syarikat RHB Berhad telah menawarkan jawatan pada peringkat pengurusan pertengahan
iaitu Pengurus Jualan. Spesifikasi kerja yang dinyatakan oleh syarikat tersebut ialah
memerlukan seseorang calon itu memiliki Ijazah dengan sekurang-kurangnya 3 tahun
pengalaman dalam barisan penjualan produk perbankan (Banca) agar pengurus cekap dalam
mengkaji pasaran dan menyusun maklumat untuk mengoptimumkan prestasi jualan insurans.
Seterusnya, memiliki kedua-dua lesen PCE dan Ceili. Lesen ini dapat menunjukkan seorang
pengurus itu telah diiktiraf dan layak menjalankan penjualan insurans serta memastikan
pengurus dapat menjalankan tugasnya berpandukan polisi dan undang-undang. Pengetahuan
yang relevan mengenai prinsip asas insurans, produk, dan amalan prosedur Bancassurance
juga diperlukan agar pengurus dapat membuat perancangan jualan dengan berkesan dan
berupaya mengkaji semula polisi insurans. Di samping itu, keupayaan untuk bekerja dengan
berkesan dalam kumpulan yang pelbagai dan persekitaran pasukan yang sangat kolaboratif.
Hal ini penting untuk memastikan pengurus dapat memimpin dan mengendalikan pasukan PB
Banca dalam mencapai sasaran yang ditetapkan. Spesifikasi kerja seterusnya ialah keupayaan
untuk mengesahkan ketepatan dokumen dan maklumat yang dikemukakan. Hal ini kerana
pengurus jualan juga harus menyimpan rekod data berangka, termasuk maklumat tentang
anggaran dan angka jualan. Oleh itu, mereka memerlukan keupayaan tersebut kerana
sebarang dokumen atau maklumat palsu boleh menyebabkan syarikat melanggar polisi yang
ditetapkan oleh kerajaan dan menyebabkan organisasi menjadi tidak teratur. Syarikat ini juga
memerlukan seseorang calon mempunyai inisiatif dalam mengatur aktiviti penjualan dan
kemampuan untuk melaksanakan rancangan tindakan seperti yang disahkan agar sasaran
syarikat dapat dicapai dalam tempoh yang ditetapkan. Selain itu, kemahiran kepimpinan dan
pengurusan yang kuat juga perlu ada dalam diri calon agar boleh melatih, menilai dan
mengurus pasukan jualan agar menjadi jurujual yang paling berkesan. Akhir sekali, calon
perlu bersikap positif dan mempunyai kesediaan untuk belajar. Seorang pengurus yang
bersikap positif mempunyai etika kerja yang baik dan bertanggungjawab ke atas tugas
mereka walaupun berhadapan dengan masalah. Pengurus yang mempunyai kesediaan untuk
belajar pula sentiasa menunjukkan keinginan mereka untuk berkhidmat.

B) Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.

Syarikat yang seterusnya ialah syarikat Arte Original Sdn.Bhd. yang menawarkan jawatan
pada peringkat pengurusan pertengahan iaitu Pengurus Makanan dan Minuman. Spesifikasi
kerja yang dinyatakan oleh syarikat tersebut ialah memerlukan seseorang calon itu memiliki
salah satu sijil iaitu Sijil Profesional, Diploma, Diploma Lanjutan atau Tinggi atau Siswazah
dengan pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang ini. Sijil dalam bidang ini
diperlukan agar seorang pengurus itu dapat mengatur operasi restoran dengan sistematik dan
memastikan kualiti minuman dan makanan adalah yang terbaik seperti yang ditetapkan oleh
syarikat. Pengalaman dalam tempoh yang panjang pula membolehkan seseorang pengurus itu
meningkatkan kecekapan restoran syarikat kerana sudah terbiasa menghadapi pelbagai
halangan dalam mengurus operasi restoran. Hal ini dapat memastikan operasi restoran
sentiasa berjalan dengan lancar kerana sebarang halangan dapat diatasi dengan kecekapan
pengurus. Seterusnya, kemahiran yang diperlukan oleh seseorang calon yang ingin memohon
ialah pengurus khusus dalam perkhidmatan makanan, minuman, dan restoran atau yang
setaraf dengannya. Hal ini kerana pengurus yang diperlukan oleh syarikat ini adalah khusus
dalam bahagian makanan dan minuman yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi
untuk menjalankan tanggungjawab dalam bahagian ini kerana restoran yang terbaik adalah
yang dapat menyediakan makanan dan minuman dengan kualiti yang tinggi di samping
memenuhi cita rasa pelanggan. Selain itu, calon haruslah mempunyai kemampuan untuk
berhubung dengan pelanggan kerana komunikasi yang berkesan dapat membentuk hubungan
yang positif dengan pelanggan dan memastikan setiap penerangan untuk persoalan daripada
pelanggan dapat difahami dan diterima dengan baik oleh mereka. Akhir sekali, spesifikasi
kerja yang perlu dipenuhi oleh calon ialah mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah.
Seseorang pengurus yang bijak dalam menyelesaikan masalah dapat bertindak secara rasional
dan objektif. Hal ini membolehkan masalah yang dihadapi oleh restoran syarikat ini dapat
diselesaikan dengan memastikan semua pihak berpuas hati seterusnya operasi restoran dapat
berjalan dengan baik.
5.2.2 Analisis Spesifikasi Kerja Pengurusan Bawahan bagi Syarikat RHB Bank Berhad
dan Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.

A) Syarikat RHB Bank Berhad

Syarikat RHB Bank Berhad menawarkan jawatan kosong pada peringkat pengurusan
bawahan iaitu, Sales Consultant / Assistant Sales Manager (Perunding Jualan / Penolong
Pengurus Jualan). Spesifikasi kerja yang dipaparkan oleh syarikat ini adalah merangkumi
tanggungjawab kerja pada bahagian jualan, bahagian khidmat pelanggan, bahagian
pematuhan dan bahagian operasi. Bagi bahagian jualan, seseorang calon perlu meminta dan
mempromosikan penjualan produk provident fund (PF). Calon tersebut juga perlu mencapai
sasaran jualan individu dan menyumbang ke arah pencapaian sasaran berkumpulan serta
menyediakan dan melaksanakan rancangan penjualan secara proaktif kepada bakal pelanggan
dengan menggunakan pemasaran dalaman dan janji temu sendiri. Bahagian khidmat
pelanggan pula memerlukan calon memastikan pengalaman pelanggan dengan standard yang
tinggi sesuai dengan kualiti dan standard yang ditetapkan oleh pihak bank. Bagi bahagian
pematuhan, calon perlu memastikan untuk patuhi polisi dan prosedur yang telah ditetapkan
oleh pihak bank serta melindungi imej dan jenama bank. Bagi bahagian operasi pula calon
perlu memastikan premis fizikal dijaga dengan baik selaras dengan kualiti dan standard yang
ditetapkan oleh bank. Keperluan pekerjaan ini adalah calon mesti memiliki sekurang-
kurangnya Diploma atau Ijazah serta mempunyai kemahiran menjual dan berunding yang
kukuh dengan pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam industri kewangan. Selain itu,
calon juga perlu mempunyai kemahiran interpersonal yang kuat dan berorientasikan
perkhidmatan di mana calon perlu mempunyai sifat semula jadi untuk berinteraksi dan
membina kepercayaan dengan pelanggan. Calon juga perlu mempunyai keupayaan untuk
memahami dan berhubung dengan komuniti setempat serta perlu menunjukkan inisiatif,
ketabahan dan semangat apabila menyampaikan hasil dalam apa-apa situasi. Kemahiran asas
komputer juga merupakan keperluan pekerjaan yang telah dinyatakan oleh syarikat ini.

B) Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.

Syarikat Arte Original Sdn. Bhd. menawarkan jawatan kosong pada peringkat pengurusan
bawahan iaitu, Food Beverage Supervisor (Penyelia Minuman Makanan). Keperluan
pekerjaan ini adalah calon mesti mempunyai kelayakan pada peringkat tahap menengah
tinggi / STPM / ‘A’ Level / Pra-U, Sijil Profesional dan mempunyai sekurang-kurangnya 4
tahun pengalaman bekerja dalam perkhidmatan makanan / minuman / restoran. Kemahiran
yang diperlukan adalah calon perlu berkemahiran dalam perkhidmatan minuman / makanan /
restoran atau yang setaraf dengannya. Calon akan bertindak sebagai penyelia / ketua pasukan
untuk jawatan ini. Oleh itu, calon perlu memiliki kemahiran kepimpinan. Selain itu,
tanggungjawab kerja untuk jawatan ini adalah mengawasi semua operasi restoran untuk
memastikan restoran berjalan lancar, melatih dan mengawasi staf restoran, memastikan
kepatuhan terhadap peraturan kesihatan dan keselamatan makanan serta menyelesaikan
keluhan dan aduan pelanggan.

5.2.3 Analisis Perbandingan Spesifikasi Kerja

5.2.3.1 Pengurusan Pertengahan Syarikat RHB Berhad dan Syarikat Arte Original
Sdn.Bhd.

A) Perbezaan

Dimensi Syarikat RHB Bank Berhad Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.
sekurang-kurangnya 3 tahun dalam sekurang-kurangnya 5 tahun
Pengalaman kerja barisan penjualan produk dalam bidang makanan, minuman,
perbankan (Banca). dan restoran.

- Keupayaan untuk mengesahkan - Pengurus khusus.


ketepatan dokumen dan maklumat
-Kemahiran menyelesaikan
Kemahiran yang dikemukakan.
masalah.
-Kemahiran kepimpinan dan
pengurusan yang kuat

-Mempunyai inisiatif. Bersikap peramah dan mesra.

-Kemampuan untuk melaksanakan


rancangan tindakan seperti yang
Ciri-ciri peribadi
disahkan.

-Bersikap positif serta sentiasa


bersedia untuk belajar.

Ijazah dalam bidang penjualan Sijil Profesional, Diploma,


Kelayakan
produk perbankan Diploma Lanjutan atau Tinggi
akademik
atau Siswazah.

Spesifikasi kerja yang dinyatakan oleh syarikat RHB Berhad dan syarikat Arte Original
Sdn.Bhd. berbeza dari segi pengalaman bekerja. Syarikat RHB Berhad memerlukan calon
dengan pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam barisan penjualan produk perbankan
(Banca). Manakala, syarikat Arte Original Sdn.Bhd. memerlukan calon dengan pengalaman
sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang makanan, minuman, dan restoran. Perbezaan
pengalaman antara kedua-dua syarikat adalah dari segi tempoh masa di mana syarikat Arte
Orginal Sdn.Bhd memerlukan pengurus yang berpengalaman lebih lama berbanding syarikat
RHB Berhad kerana pengalaman adalah penting untuk memastikan seseorang pengurus itu
cekap dalam melakukan tugas dalam bidang khusus mereka.Di samping itu, spesifikasi kerja
syarikat RHB Berhad dan syarikat Arte Original Sdn.Bhd. turut menunjukkan perbezaan dari
segi kemahiran yang diperlukan. Syarikat RHB Berhad memastikan calon pengurus
mempunyai keupayaan untuk mengesahkan ketepatan dokumen dan maklumat yang
dikemukakan dan memiliki kemahiran kepimpinan dan pengurusan yang kuat. Manakala,
syarikat Arte Original Sdn.Bhd memerlukan pengurus khusus dalam perkhidmatan makanan,
minuman, dan restoran atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kemahiran
menyelesaikan masalah. Syarikat RHB Berhad dan syarikat Arte Original Sdn.Bhd juga
memiliki perbezaan dari segi ciri-ciri peribadi seseorang pengurus. Syarikat RHB Berhad
menetapkan seseorang calon perlu mempunyai inisiatif dalam mengatur aktiviti penjualan
dan kemampuan untuk melaksanakan rancangan tindakan seperti yang disahkan dan perlu
bersikap positif serta sentiasa bersedia untuk belajar. Manakala, syarikat Arte Original
Sdn.Bhd. pula menetapkan seseorang calon iaitu mempiliki sikap peramah dan mesra
terutamanya kepada pelanggan restoran.Akhir sekali perbezaan dari aspek kelayakan
akademik. Syarikat RHB Berhad memerlukan calon itu memiliki Ijazah dalam bidang
penjualan produk perbankan. Manakala, syarikat Arte Original Sdn.Bhd. memerlukan calon
itu memiliki salah satu sijil iaitu Sijil Profesional, Diploma, Diploma Lanjutan atau Tinggi
atau Siswazah. Kelayakan akademik kedua-dua syarikat ini berbeza kerana setiap syarikat
menjalankan perniagaan dalam bidang berlainan iaitu syarikat RHB Berhad adalah dalam
bidang perbankan manakala syarikat Arte Original Sdn.Bhd adalah dalam bidang perhotelan.

B) Persamaan

Dimensi Syarikat RHB Bank Berhad Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.

Keupayaan untuk bekerja Kemampuan untuk berhubung


dengan berkesan dalam dengan pelanggan.
Kemahiran
kumpulan yang pelbagai dan
kemanusiaan
persekitaran pasukan yang
sangat kolaboratif.
Persamaan yang terdapat dalam spesifikasi kerja yang dinyatakan oleh syarikat RHB Berhad
dan syarikat Arte Original Sdn.Bhd. bagi penjawatan peringkat pengurusan pertengahan ialah
memiliki kemahiran kemanusiaan iaitu kebolehan menjaga hubungan baik dengan semua
pihak. Syarikat RHB Berhad memerlukan pekerja yang mempunyai keupayaan untuk bekerja
dengan berkesan dalam kumpulan yang pelbagai dan persekitaran pasukan yang sangat
kolaboratif. Hal ini menjelaskan pengurus harus berkebolehan memimpin dan merangsang
pekerja melalui kerjasama kumpulan. Syarikat Arte Original Sdn.Bhd. menyatakan calon
haruslah mempunyai kemampuan untuk berhubung dengan pelanggan. Hal ini menjelaskan
pengurus perlu berkeupayaan memahami kelakuan, sikap dan perasaan pelanggan agar
pelanggan tidak merasa tersinggung dengan layanan yang diberikan seterusnya boleh
menjurus kepada anggapan yang negatif terhadap restoran hotel tersebut.

C) Justifikasi
Pada pendapat pengkaji, spesifikasi kerja yang perlu dinyatakan oleh kedua-dua syarikat
tersebut ialah memastikan calon perlu mempunyai ciri-ciri peribadi iaitu mematuhi masa dan
berdisiplin. Hal ini kerana seseorang pengurus akan menjadi role model kepada pekerja
bawahannya. Jika pengurus sentiasa menunjukkan sikap berdisiplin dan patuh kepada masa,
seluruh organisasi pekerja akan mencontohinya dan lebih berdaya maju. Kesannya,
produktiviti syarikat dapat ditingkatkan kerana pekerja mempunyai prestasi yang baik dan
semua tugas dapat disiapkan mengikut masa ditetapkan. Secara umumnya, setiap kerja dalam
organisasi haruslah saling berkait dengan visi, misi, dan objektif organisasi untuk mencapai
kejayaan organisasi. Prestasi kejayaan organisasi adalah bergantung kepada prestasi pekerja.
Oleh itu, spesifikasi kerja yang jelas adalah penting untuk dijadikan rujukan dalam organisasi
pada setiap masa.

5.2.3.2 Pengurusan Bawahan Syarikat RHB Bank Berhad dan Syarikat Arte

Original Sdn. Bhd.

A) Perbezaan

Dimensi Syarikat RHB Bank Berhad Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.
Sekurang-kurangnya 1 tahun dalam Sekurang-kurangnya 4 tahun dalam
Pengalaman
industri kewangan. perkhidmatan makanan / minuman /
kerja
restoran.

- Kemahiran menjual - Kemahiran kepimpinan

- Kemahiran berunding - Kemahiran teknikal


Kemahiran - Kemahiran interpersonal - Kemahiran menyelesaikan
- Kemahiran berkomunikasi masalah
- Kemahiran asas komputer

Kelayakan Memiliki sekurang-kurangnya Diploma Tahap menengah tinggi / STPM /


akademik atau Ijazah ‘A’ Level / Pra-U, Sijil Profesional

Syarikat RHB Bank Berhad dan syarikat Arte Original Sdn. Bhd. mempunyai perbezaan
spesifikasi kerja dalam aspek pengalaman bekerja. Syarikat RHB Bank Berhad memerlukan
calon yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman bekerja dalam industri
kewangan manakala syarikat Arte Original Sdn. Bhd. memerlukan calon yang mempunyai
pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 4 tahun dalam perkhidmatan makanan / minuman /
restoran. Selain itu, kedua-dua syarikat ini mempunyai perbezaan spesifikasi kerja dari segi
kemahiran. Syarikat RHB Bank Berhad mencari calon yang memiliki beberapa kemahiran
yang bersesuaian dengan jawatan yang diberi iaitu, kemahiran menjual, kemahiran
berunding, kemahiran interpersonal, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran asas komputer.
Manakala, syarikat Arte Original Sdn. Bhd. memerlukan calon yang mempunyai kemahiran
kepimpinan, kemahiran teknikal dan kemahiran menyelesaikan masalah. Kemahiran yang
dinyatakan oleh syarikat Arte Original Sdn. Bhd. adalah bersesuaian dengan jawatan yang
akan diberi. Hal ini kerana jawatan tersebut memerlukan calon mengawasi semua operasi
restoran untuk memastikan restoran berjalan lancar, melatih dan mengawasi staf restoran,
memastikan kepatuhan terhadap peraturan kesihatan dan keselamatan makanan serta
menyelesaikan keluhan dan aduan pelanggan. Di samping itu, spesifikasi kerja yang
dinyatakan syarikat RHB Bank Berhad dan syarikat Arte Original Sdn. Bhd. berbeza dari
aspek kelayakan akademik. Syarikat RHB Bank Berhad mencari calon yang memiliki
sekurang-kurangnya Diploma atau Ijazah yang berkaitan dengan industri kewangan manakala
syarikat Arte Original Sdn. Bhd. mencari calon yang mempunyai kelayakan akademik pada
tahap menengah tinggi / STPM / ‘A’ Level / Pra-U, Sijil Profesional.
B) Persamaan

Dimensi Syarikat RHB Bank Berhad Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.

Tempoh Sepenuh masa Sepenuh masa


bekerja

Kemahiran Keupayaan untuk memahami dan Keupayaan memahami keperluan


kemanusiaan berhubung dengan pelanggan. dan keluhan pelanggan.

Syarikat RHB Bank Berhad dan syarikat Arte Original Sdn. Bhd. mempunyai persamaan
spesifikasi kerja dari segi tempoh bekerja. Kedua-dua syarikat ini memerlukan calon untuk
bekerja sepenuh masa sepanjang tempoh bekerja. Selain itu, syarikat-syarikat ini mempunyai
persamaan dari aspek kemahiran kemanusiaan. Syarikat RHB Bank Berhad mencari calon
yang mempunyai keupayaan untuk memahami dan berhubung dengan pelanggan dengan
berinteraksi agar dapat membina kepercayaan pelanggan. Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.
pula memerlukan calon yang mempunyai keupayaan memahami keperluan dan keluhan
pelanggan agar dapat menjaga imej dan nama syarikat.

C) Justifikasi

Pada pendapat pengkaji, spesifikasi kerja yang perlu dinyatakan oleh kedua-dua syarikat
adalah kemahiran kemanusiaan iaitu, keupayaan untuk memahami dan berhubung dengan
pelanggan. Hal ini kerana jawatan yang ditawarkan oleh kedua-dua syarikat memerlukan
calon untuk berinteraksi dengan pelanggan syarikat. Keupayaan untuk memahami dan
berhubung dengan pelanggan penting untuk menjaga imej serta nama syarikat. Spesifikasi
kerja digunakan untuk prosedur pemilihan pekerja, membina latihan yang diperlukan dan
sebagai rujukan dalam sesebuah syarikat atau organisasi. Prestasi kejayaan syarikat adalah
bergantung pada prestasi pekerja-pekerja. Oleh itu, spesifikasi kerja yang jelas adalah penting
untuk dijadikan sebagai rujukan dalam syarikat pada setiap masa.
5.3 Huraian Kerja

Huraian kerja iaitu dapatan yang pertama dan secara langsung dari proses analisis sesuatu
pekerjaan. Ianya merupakan pernyataan secara ringkas tentang apa yang diharapkan atau
diinginkan oleh seseorang individu jalankan dalam kerjaya di dalam pekerjaannya mahupun
tugas-tugas yang dilaksanakan oleh pemegang jawatan. Menurut Garry Dessler (2010:110),
penghuraian kerja merupakan sesuatu tugas, tanggungjawab, hubungan laporan, kedudukan
kerja, amanah dalam sesuatu pekerjaan serta dapatan dari analisis jabatan. Sedangkan,
menurut Handoko (2008:29), penghuraian kerja merupakan sesuatu pernyataan yang tertulis
untuk menghuraikan fungsi, tugas-tugas, tanggungjawab, kedudukan kerja, dan aspek-aspek
pekerjaan tertentu yang lain. Selain itu, menurut Stone (2011:29) pula, penghuraian kerja
pula ialah dokumen formal organisasi yang berisi ringkasan informasi penting mengenai
sesuatu jabatan untuk memudahkan dalam membezakan satu jabatan dengan jabatan yang
lain dalam suatu organisasi. Huraian kerja tersebut disusun dalam satu format mengikut
struktur sehingga informasi mudah difahami oleh setiap pihak yang berkaitan di dalam
organisasi. Berdasarkan pendapat tokoh di atas, ini dapat disimpulkan bahawa penghuraian
kerja adalah pernyataan yang menerangkan mengenai gambaran sesuatu pekerjaan,
kedudukannya, dan hubungannya dengan jawatan yang lain dalam suatu organisasi. Masih
dalam pendapat Garry Dessler (2010:117), huraian pekerjaan haruslah jelas dan
kandungannya mudah difahami serta menghuraikan hal seperti hubungan tugas dan
tanggungjawab secara nyata dan secara terpisah agar jelas difahami. Rumusan hubungan
hendaklah menunjukkan hubungan antara pejabat dengan orang lain di dalam mahupun di
luar organisasi. Seterusnya, penghuraian kerja haruslah menjadi dasar untuk menetapkan
spesifikasi pekerjaan agar pengisian jabatan berdasarkan yang dikehendaki. Menurut Garry
Dessler (2011:119) dari penghuraian kerja diatas, maka tujuan penghuraian kerja dapat dilihat
sebagai menjamin perniagaan yang teratur dalam konsisten pekerjaan serta keberhasilan atau
kegagalan semua organisasi adalah bergantung pada prinsip adanya jabatan yang benar
dilakukan oleh orang-orang yang sesuai dengan cara yang benar.

5.3.1 Analisis Huraian Kerja Pengurusan Pertengahan bagi Syarikat RHB Bank
Berhad dan Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.

A) Syarikat RHB Bank Berhad

Syarikat RHB Bank Berhad merupakan syarikat ketiga terbesar di Malaysia. Syarikat ini
telah mengiklankan pengambilan sumber manusia iaitu pengurus peringkat pertengahan
sebagai pengurus jualan yang bekerja sebagai penasihat insurans yang bertempatkan di
Syarikat RHB Bank Berhad Klang, Valley. Pengurus jualan ialah pengurus yang semestinya
mengetahui tentang ciri-ciri dan sifat barang yang dijual, serta rancangan yang ditetapkan,
teknologi dan teknik jualan maju. Pengurus jualan juga berhubung dengan bakal pelanggan
dan mengukuhkan hubungan perniagaan yang sudah terbentuk. Pengurus jualan yang telah
ditawarkan oleh syarikat RHB Bank Berhad ini akan bekerja di sebuah office yang tersedia
dalam syarikat bank tersebut. Salah satu tugas yang telah ditetapkan di dalam sumber iklan
tersebut ialah untuk mengurus dan memimpin pasukan Perkongsian Bancassurance (PB)
dalam mempromosikan pelbagai jenis Insurans Hayat yang ditawarkan oleh Tokio Marine
Life Malaysia Insurance Bhd di bawah PB eksklusif, termasuk Pelan Seluruh Hidup, Pelan
Endowmen, Pelan Perubatan dan Pelan Berkaitan Pelaburan ke pangkalan pelanggan Bank.
Seterusnya, antara syarat utama yang telah diletakkan di dalam iklan tersebut ialah keupayaan
untuk mengesahkan ketepatan dokumen dan maklumat yang dikemukakan dan mempunyai
sifat sebagai ketua yang berdedikasi.

B) Syarikat Arte Original Sdn. Bhd

Syarikat Arte Original Sdn. Bhd ialah syarikat perhotelan yang baru sahaja diasas pada tahun
2020 oleh Thomas Chan. Syarikat ini telah mengiklankan pengambilan sumber manusia
pengurus peringkat pertengahan iaitu sebagai pengurus minuman dan makanan di hotel Arte
Original, Kuala Lumpur. Seorang pengurus minuman dan makanan harus menjadi tuan di
multitasking. Kerja pengurus minuman dan makanan ini bertanggungjawab terhadap semua
aspek operasi yang melibatkan minuman dan makanan di hotel Arte Original. Daya tarik dan
keselamatan terleta pada bahunya. Pengurus minuman dan makanan ini akan bekerja di
restoran syarikat tersebut. Salah satu tugas yang telah ditetapkan dalam iklan tersebut ialah
mereka bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua makanan dan minuman
berkualiti tinggi kepada pelanggan. Antara syarat utama yang telah disenaraikan dalam iklan
tersebut ialah kemahiran yang penting dalam kemampuan untuk berhubung baik dengan
pelanggan.

5.3.2 Analisis Huraian Kerja Pengurusan Bawahan Bagi Syarikat RHB Bank Berhad
dan Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.

A) Syarikat RHB Bank Berhad

Perjawatan yang ditawarkan syarikat RHB Bank Berhad ialah penolong pengurus jualan,
mempunyai tanggungjawab secara keseluruhan iaitu mewujudkan dan menyelaraskan semua
strategi jualan, rancangan, kempen dan fungsi. Sebagai penolong pengurus jualan di syarikat
RHB Bank Berhad adalah berperanan untuk mengekalkan hubungan dengan agensi-agensi
pengiklanan, syarikat media dan pengedar. Penolong pengurus jualan bekerja di pejabat
dalam suasana yang berhawa dingin, tidak bising dan dipenuhi dengan bunyi-bunyi peralatan
canggih seperti computer, mesin cetak dan sebagainya. Penolong pengurus jualan di RHB
Bank Berhad akan bekerja dalam sebuah pejabat yang mempunyai kemudahan teknologi
moden yang disediakan oleh syarikat seperti mesin pengesan cap jari dan mesin pengira wang
automatik sesuai dengan jenis syarikat ini iaitu sebuah syarikat perbankan. Sebagai penolong
pengurus jualan di syarikat RHB Bank Berhad, tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan
ialah membangunkan dan melaksanakan strategi jualan keseluruhan bagi produk syarikat,
termasuk harga, dasar pengedar dan program pengiklanan. Tambahan pula, penolong
pengurus jualan beperanan dalam membangunkan pelan tindakan jualan yang jelas dengan
menetapkan objektif, matlamat, jadual dan tugasan untuk melaksanakan dan mencapai
peluang yang disasarkan. Terma dan syarat syarikat RHB Bank Berhad sebagai penolong
pengurus jualan ialah mememerlukan tahap pendidikan minimum Diploma, Ijazah atau
setaraf dalam bidang yang berkaitan jualan dan lima tahun pengalaman bekerja dalam
industri berkaitan perniagaan.

B) Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.

Perjawatan yang ditawarkan oleh syarikat Arte Original Sdn. Bhd ialah penyelia minuman
dan makanan (F&B) bagi pengurusan bawahan. Penyelia minuman dan makanan akan
mengawasi semua operasi restoran untuk memastikan aktiviti restoran berjalan lancar.
Sebagai penyelia minuman makanan di syarikat Arte Original Sdn. Bhd. adalah berperanan
untuk melatih dan menyelia semua staf termasuklah staf di bahagian dapur dan kaunter serta
memastikan makanan dan minuman yang disediakan mencapai tahap kualiti yang ditetapkan
oleh syarikat. Penyelia makanan dan minuman juga bertanggungjawab untuk mengurus
sebarang hal berkaitan aduan negatif oleh pelanggan dan memperbaikinya. Jawatan penyelia
makanan dan minuman akan bekerja di restoran dalam suasana yang mempunyai ramai staf
dan pelanggan dengan kesibukan yang disertai kelancaran bagi memenuhi setiap pesanan
pelanggan. Penyelia makanan dan minuman bekerja dengan staf-staf di sebuah restoran yang
penuh dengan aktiviti memotong bahan mentah, memasak, membersih dan melayan karenah
pelanggan. Sebagai penyelia makanan dan minuman di syarikat Arte Original Sdn. Bhd.,
tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan ialah melatih dan mengawasi staf restoran,
memastikan kepatuhan terhadap peraturan kesihatan dan keselamatan makanan yang
disediakan. Terma dan syarat syarikat Arte Original Sdn. Bhd. sebagai penyelia makanan dan
minuman ialah memerlukan sijil peringkat Menengah Tinggi, STPM, 'A', Pra-U, Sijil
Profesional serta mempunyai sekurang-kurangnya empat tahun pengalaman bekerja dalam
bidang yang berkaitan perniagaan.

5.3.3 Analisis Perbandingan Huraian Kerja

5.3.3.1 Pengurusan Pertengahan Syarikat RHB Bank Berhad dan Syarikat Arte
Original Sdn. Bhd.
Setelah di analisis perbandingan pengurus pertengahan antara syarikat RHB Bank Berhad dan
syarikat Arte Original Sdn. Bhd, terdapat perbezaan dan persamaan dari sumber iklan yang
ditawarkan oleh kedua-dua syarikat tersebut iaitu:

A) Perbezaan

DIMENSI SYARIKAT RHB BANK SYARIKAT ARTE


BERHAD ORIGINAL SDN. BHD.
Tajuk Kerja Pengurus Jualan Pengurus minuman dan
makanan
Ringkasan Kerja Sebagai penasihat insurans Sebagai penasihat dan
yang ditawarkan daripada memastikan pengurusan
syarikat tersebut. minuman dan makanan yang
berkualiti.
Tanggungjawab Kerja Memastikan tawaran kepada Mengawasi semua operasi
pelanggan dengan standard restoran dalam hotel tersebut
yang tinggi sesuai dengan untuk memastikan restoran
kualiti dan standard yang berjalan dengan lancar.
ditetapkan oleh Bank.
Suasana Kerja Perbankan Perhotelan

Terdapat perbezaan diantara kedua-dua syarikat tersebut dari pelbagai aspek. Antara
perbezaan yang didapati ialah dari aspek tugas dan tanggungjawab. Hal ini disebabkan
syarikat ini adalah dua syarikat yang berbeza iaitu syarikat perbankan dan perhotelan. Ini
akan menampakkan perbezaan yang ketara dari segi tugas dan tanggungjawab yang
ditawarkan. Selain itu, keadaan di tempat kerja juga berbeza kerana keadaan di dalam sebuah
syarikat bank tidak sama akan keadaan di sebuah syarikat hotel. Bank adalah tempat
seseorang individu membuat pinjaman atau menyimpan dan mengeluarkan wang untuk
kegunaan seharian manakala hotel pula adalah tempat seseorang atau sekumpulan individu
untuk bercuti dan menginap di hotel tersebut. Di samping itu, faedah dan ganjaran bagi
kedua-dua syarikat di atas juga berbeza walaupun jawatan yang ditawarkan adalah sama.
Suasana kerja juga turut berbeza, salah satunya kerana lokasi kedua-dua syarikat ini berlainan
dan suasana bank dan hotel sangat berbeza.
B) Persamaan

DIMENSI SYARIKAT RHB BANK SYARIKAT ARTE


BERHAD ORIGINAL SDN. BHD.
Tahap Kerjaya Pengurus peringkat Pengurus peringkat
pertengahan pertengahan
Kelayakan Diploma Diploma
Jenis Pekerjaan Bekerja sepenuh masa Bekerja sepenuh masa
Jenis Syarikat Swasta Swasta

Antara persamaan yang didapati daripada pelbagai aspek pada kedua-dua syarikat diatas ialah
yang pertama dari aspek tahap kerjaya sebagai pengurus yang berada di peringkat yang sama
iaitu kedua-dua syarikat menginginkan pengurus peringkat pertengahan seperti yang
diiklankan. Seterusnya dari aspek kelayakan. Syarikat RHB Bank Berhad dan syarikat Arte
Original Sdn. Bhd menerima individu yang berada di peringkat kelayakan yang sama iaitu
Diploma. Jenis pekerjaan yang diiklankan juga sama iaitu sebagai pekerja yang bekerja
sepenuh masa dan bukan sebagai pekerja sambilan.

C) Justifikasi

Terdapat justifkasi kajian ini sebagai rumusan bagi kedua-dua syarikat yang dipilih ini.
Kajian ini dibuat untuk menganalisis tentang iklan pengambilan sumber manusia pengurus
peringkat pertengahan. Pada pendapat pengkaji, daripada analisis kedua-dua iklan yang
dikaji, iklan daripada syarikat RHB Bank Berhad adalah iklan yang baik dan lengkap
berbanding daripada iklan yang dibuat daripada syarikat Arte Original Sdn. Bhd. Hal ini
disebabkan syarikat RHB Bank Berhad adalah syarikat yang sudah lama dijalankan
berbanding daripada syarikat Arte Original Sdn. Bhd. Tetapi dari segi keseluruhan, kedua-
dua iklan daripada syarikat-syarikat tersebut haruslah diperbaiki dengan lebih lengkap lagi.
Contohnya, pada pendapat pengkaji, kedua-dua iklan syarikat-syarikat tersebut haruslah
memberikan data yang lengkap tentang depkripsi kerja yang diinginkan di dalam iklan
mereka agar memudahkan kerja seseorang individu itu. Selain itu, pada pendapat pengkaji,
kedua-dua iklan daripada syarikat-syarikat tersebut seharusnya menetapkan seorang pengurus
itu boleh menjamin dalam membimbing pasukan agar operasi syarikat lebih berjalan dengan
lancar dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna. Di samping itu, pada
pendapat pengkaji juga, kedua-dua iklan daripada syarikat-syarikat tersebut seharusnya
menerangkan lebih terperinci lagi tanggungjawab dan tugasan yang akan dipikul oleh jawatan
yang ditawarkan dalam iklan tersebut. Dengan ini, seseorang individu yang ini menerima
tawaran iklan tersebut dalam bersiap sedia dan memenuhi syarat yang ditawarkan dalam iklan
tersebut dengan lebih berkemampuan.

5.3.3.2 Pengurusan Bawahan Syarikat RHB Bank Berhad dan Syarikat Arte Original
Sdn. Bhd.

A) Perbezaan

DIMENSI SYARIKAT RHB BANK SYARIKAT ARTE


BERHAD - PENOLONG ORIGINAL SDN.BHD -
PENGURUS JUALAN PENYELIA MINUMAN
MAKANAN

Membangunkan dan Melatih dan mengawasi staf


melaksanakan strategi jualan restoran, memastikan
TUGAS DAN
keseluruhan bagi produk kepatuhan terhadap peraturan
TANGGUNGJAWA
syarikat, termasuk harga, dasar kesihatan dan keselamatan
B
pengedar dan program makanan, dan menyelesaikan
pengiklanan. keluhan pelanggan.

SUASANA KERJA Tidak bising dan padat. Ramai pekerja dan pelanggan.

Penolong pengurus jualan membangunkan dan melaksanakan strategi jualan keseluruhan bagi
produk syarikat, termasuk harga, dasar pengedar dan program pengiklanan dan suasana tidak
bising dan padat manakala penyelia minuman makanan melatih dan mengawasi staf restoran,
memastikan kepatuhan terhadap peraturan kesihatan dan keselamatan makanan, dan
menyelesaikan keluhan pelanggan dan suasana ramai pekerja dan juga pelanggan.

B) Persamaan

DIMENSI SYARIKAT RHB BANK BERHAD DAN SYARIKAT ARTE


ORIGINAL SDN.BHD

TERMA DAN i) Tahap pendidikan adalah minimum Diploma atau


SYARAT Ijazah atau setaraf yang berkaitan suatu perniagaan.
PERKHIDMATA
N

ii) Sekurang-kurangnya melebihi tiga tahun pengalaman


bekerja dalam bidang yang berkaitan perniagaan.

Syarikat RHB Bank Berhad dan syarikat Arte Original Sdn. Bhd. mempunyai persamaan
yang ketara iaitu setiap penjawatan yang ditawarkan memerlukan syarat kelayakan iaitu tahap
pendidikan adalah minimum Diploma atau Ijazah atau setaraf yang berkaitan suatu
perniagaan.Selain itu, kedua-dua syarikat memerlukan pemohon kerja yang mempunyai
sekurang-kurangnya empat hingga lima tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang
berkaitan perniagaan.

D) Justifikasi

Untuk penolong pengurus jualan dan penyelia minuman makanan masing-masing di syarikat
RHB Bank Berhad dan syarikat Arte Original SDN.BHD,tugas dan tanggungjawab perlu
dikurangkan atas beberapa alasan yang kukuh. Alasan pertama ialah tugas sebagai penolong
dan penyelia lebih kepada perwakilan seorang pengurus besar sebuah perniagaan. Maka itu,
adalah lebih baik ketua pengurus yang merancang strategi jualan dan rancangan perniagaan
mengikut misi, visi dan objektif syarikat kerana ketua pengurus lebih berpengalaman dan
proaktif dalam membina perangancan yang teratur. Alasan terakhir ialah kedua-dua syarikat
memerlukan pemohon kerja yang mahir dalam penggunaan teknologi seperti komputer dan
mesin mengira kerana kemahiran ini diperlukan untuk membantu pengurus dalam mengurus
sebuah perniagaan. Contohnya, kemahiran ini boleh digunakan dalam menyenaraikan
keahlian pekerja-pekerja serta mencatatkan tugas-tugas mereka.

Anda mungkin juga menyukai