Anda di halaman 1dari 5

SCCA 1013 PENGHANTAR KOMUNIKASI PJJ-UUM (JAN 2018)

PENDAHULUAN

Jurnal pengaruh intensity penggunaan kemahiran swaawas dan orientasi privasi

organisasi memberi pandangan pengurusan privasi maklumat menekankan kepada sempadan

privasi yang memfokuskan pendedahan kendiri (self-disclosure) sebagai satu cara untuk

mengeratkan sesuatu perhubungan antara satu sama lain. Sempadan yang dibentuk akan

dapat membezakan antara maklumat yang bersifat peribadi dan maklumat yang besifat

umum. Antara sempadannya adalah sempadan pemilikan (boundary ownership), sempadan

hubungan (boundary linkage), dan sempadan kebolehtelapan (boundary permeability).

Pengguna Facebook yang menguruskan privasi mereka dengan baik akan menunjukkan

kewujudan sempadan kebolehtelapan yang tinggi (Child, Pearson & Petronio, 2009; Petronio,

2002). Selain itu, penggunaan Facebook merujuk kepada sejauh mana individu terlibat secara

aktif dalam aktiviti Facebook, sejauhmana emosi mereka dipengaruhi oleh Facebook dan

sejauh mana Facebook mempengaruhi kehidupan harian mereka (Ellison, Steinfield &

Lampe, 2007). Jurnal ini juga menekan orientasi privasi organisasi merangkumi nilai dan

kepercayaan berkaitan pendedahan dan pengurusan privasi maklumat yang terbentuk dalam

suatu tempoh masa dalam kalangan pekerja (Petronio, 2002). Apabila organisasi

membenarkan para pekerjanya untuk bersosialisasi dan bersikap terbuka di antara satu sama

lain, maka peningkatan kadar penembusan ke atas privasi maklumat akan tergambar di dalam

orientasi privasi mereka (Petronio, 2002).

1
SCCA 1013 PENGHANTAR KOMUNIKASI PJJ-UUM (JAN 2018)

TEORI PENGURUSAN PRIVASI FACEBOOK KALANGAN PENJAWAT AWAM

Terdapat beberapa tatacara etika penggunaan peribadi Facebook oleh penjawat awam

seperti memelihara kerahsiaan, tidak memuat naik atau berkongsi kandungan yang menyalahi

undang-undang, memelihara serta melindungi reputasi Agensi Kerajaan serta dapat

menyaring rakan-rakan yang tidak dikenali menjadi rakan. Selain itu, peengunaan Facebook

juga tidak terlalu berkongsi perihal tugas malahan peribadi, disyor menggunakan tetapan

private bagi profil dan berhati-hati di dalam mengikuti link yang dikongsi melalui PM, chat

atau messenger atau emel bagi mengelakkan diri daripada terjerat.

Berkongsi maklumat yang keterlaluan di media social Facebook akan menyebabkan pelbagai

risiko sampingan. Antaranya adalah melalui perkongsian maklumat keterlaluan akan

menyebabkan seseorang memperdaya atau memanipulasi individu yang disasar berdasarkan

maklumat profiling yang dikumpul untuk memperoleh maklumat sensitive atau untuk

individu tersebut melakukan sesuatu. Ini juga boleh menyebabkan proses cuba gagal untuk

meneka kata laluan dengan menggunakan maklumat-maklumat yang telah dikumpul.

Maklumat itu boleh digunapakai untuk penipuan identity, menganiaya, memalukan,

menggugat keselamatan individu dan sebagainya. Semua pejawat awam adalah terikat

dengan terma dan syarat yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 dan arahan-arahan yang berkaitan yang menjadi teras kepada

keperibadian atau tatakelakuan anggota perkhidmatan awam.

2
SCCA 1013 PENGHANTAR KOMUNIKASI PJJ-UUM (JAN 2018)

ANALISIS KRITIKAL

Penggunaan facebook di kalangan penjawat awam menjadi isu pengurusan privasi

maklumat. Facebook adalah jaringan media sosial yang mempunyai capaian tertinggi semasa

waktu bekerja dalam kalangan penjawat awam di Malaysia (MAMPU, 2011). Facebook juga

menjadi satu cara komunikasi untuk Kerajaan terutamanya pemimpin menyelami masalah

rakyat dan mendekati golongan masyarakat dengan lebih dekat. Media sosial seperti facebook

merujuk kepada sejenis saluran komunikasi dalam talian yang membolehkan pengguna

berinteraksi dengan mudah secara bebas, berkongsi dan membincangkan maklumat dengan

menggunakan gabungan multimedia yang terdiri daripada teks, gambar, video dan audio.

Tatacara pengurusan privasi perlu wujud bagi membentuk persempadanan privasi maklumat

mahupun tujuan rasmi atau persendirian secara disedari atau tidak kepada pelbagai lapisan

masyarakat.

3
SCCA 1013 PENGHANTAR KOMUNIKASI PJJ-UUM (JAN 2018)

CONTOH-CONTOH

Antara penggunaan media masa seperti facebook yang manfaat adalah:

 Makluman indeks, harga dan maklumat di bawah seliaan agensi.

 Mewujudkan pusat rujukan maya berwibawa yang boleh dipercayai dalam

penyebaran maklumat, program serta menangani khabar-khabar angin.

 Makluman ancaman bencana alam, kesihatan dan keselamatan.

 Mendapatkan maklumbalas atau idea dari orang awam. Senarai cadangan boleh

dikumpulkan dan orang awam boleh mengundi cadangan terbaik.

 Aduan yang disertakan dengan gambar atau video.

 Berkolaborasi, berkongsi pengalaman, amalan terbaik dan pengetahuan merentasi

agensi Kerajaan.

4
SCCA 1013 PENGHANTAR KOMUNIKASI PJJ-UUM (JAN 2018)

KESIMPULAN

Media sosial seperti Facebook dapat memberi impak besar dalam penyebaran maklumat

dan promosi serta dapat dilaksanakan secara mudah. Selain daripada kesan negatif

penggunaan facebook dalam penyebaran isu-isu atau maklumat-maklumat kerahsiaan

Kerajaan, terdapat juga beberapa kesan positif seperti saluran penghebahan maklumat dan

juga saluran komunikasi. Oleh demikian setiap Agensi Kerajaan perlu menceburi media

sosial seperti facebook untuk meningkatkan tahap pencapaian sesebuah organisasi.

RUJUKAN

Mohd Sobhi Bin Ishak & Junaidi Bin Abd Ghani. (2015). Pengurusan Privasi Facebook

Penjawat Awam: Pengaruh Intensiti Penggunaan, Kemahiran Swaawas Dan Orientasi Privasi

Organisasi, 31(2), 61-82.

Anda mungkin juga menyukai