Anda di halaman 1dari 7

FASK 1083

PENGENALAN PERHUBUNGAN AWAM

TAJUK TUGASAN:

PENGAMAL PERHUBUNGAN AWAM DALAM MENDAMPINGI MEDIA MASSA

NAMA PENSYARAH:

ENCIK BAHTIAR BIN MOHD NOR

NAMA PELAJAR NO. MATRIK

FARHATUL ‘ULYA BINTI MOHD AZEMAN 21FA05014

NURUL SYAZWINA BINTI ROSLI 21FA05015

MUHAMAD FARIS FIKRI BIN REDZUAN 21FA05016


PENGENALAN

Peranan Perhubungan Awam amat sukar untuk dipisahkan dari media. Ia saling berkait
rapat antara satu sama lain. Faktor khalayak yang besar dan berselerak serta
perkembangan teknologi maklumat telah memberikan cabaran yang hebat kepada
pengamal perhubungan dalam berurusan dengan petugas media (Cutlip, Center dan
Broom 2000). Public Relations Society of America (PRSA) Foundation mengenal pasti
15 komponen asas perhubungan awam dan salah satunya adalah perhubungan media
(Wilcox, Cameron, Ault dan Agee 2003). Baran (2002) pula menggariskan salah satu
daripada 14 perkhidmatan perhubungan awam yang ditawarkan oleh firma perhubungan
awam di Amerika Syarikat kepada pelanggan mereka ialah perhubungan media.

Antara tugas Pengamal Perhubungan Awam (PPA) dalam urusan seharian adalah
mewujudkan hubungan yang baik dengan pihak media massa. Mereka adalah penentu
sama ada maklumat tentang sesebuah organisasi itu disiarkan atau sebaliknya di dalam
media tempat mereka bertugas. Bagi memastikan liputan itu disiarkan, tugas penting
seseorang Pengamal Perhubungan Awam adalah mewujudkan hubungan yang baik
dengan pihak media massa termasuk membantu mereka ketika menjalankan tugas.
Walaupun tugas ini nampak mudah, sebenarnya ia merupakan satu cabaran bagi setiap
Pengamal Perhubungan Awam yang terlibat secara langsung dengan pihak media
massa.

KONSEP HUBUNGAN MEDIA DALAM PERHUBUNGAN AWAM

Konsep hubungan media massa dalam perhubungan awam saling berkait rapat kerana
media massa ini bertanggungjawab membentuk satu persepsi seseorang individu
tentang keadaan sebenar sesuatu situasi. Menurut Adzman (1993), apa yang dilaporkan
oleh pihak media massa akan mempengaruhi apa yang akan diketahui dan dipelajari oleh
mereka yang menggunakan media massa sebagai maklumat. Pengamal perhubungan
awam merupakan orang tengah antara organisasi dengan pihak media massa.

FAKTOR KENYATAAN MEDIA/ PRESS RELEASE DIANGGAP SEBAGAI TIDAK


BERGUNA OLEH PARA EDITOR

Hasil kajian daripada Morton (1993), mendapati para editor melihat kenyataan
media sebagai bahan yang tidak berguna disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya
ialah penulisan kenyataan media yang buruk. Beliau mendapati kebanyakan kenyataan
media ditulis mengikut gaya yang rumit dan sukar untuk dibaca berbanding gaya
penulisan berita. Kebanyakan bahan perhubungan media ditulis dengan buruk, termasuk
terlalu banyak bahan teknikal dan ’jargon’, serta menutup berita sebenar. Ini adalah
alasan yang sering diberikan mengapa bahan perhubungan media gagal. Hal ini
mengakibatkan kenyataan tersebut tidak diterima dan dianggap tidak berguna bagi editor.

Selain itu, kenyataan media yang jarang berbentuk setempat. Ini kerana semakin
menjurus bahan kenyataan media kepada isu setempat, maka semakin tinggi peluang
untuk digunakan oleh surat khabar. Keputusan ini merupakan sesuatu yang merugikan
kerana kajian mendapati, kenyataan media yang berbentuk setempat mempunyai
peluang sebanyak 10 kali ganda untuk digunakan di dalam surat khabar.

Seterusnya, kenyataan media yang tidak bernilai berita. Para editor hanya akan
menggunakan kenyataan media jika mereka mempertimbangkan sesuatu kenyataan
media itu sebagai berita. Jika ada berita itu tidak signifikan atau tidak khusus
menyebabkan tidak ada media yang berminat terhadap isu tersebut. Marton juga
mendapati kurang daripada 10 peratus kenyataan media yang dihantar oleh para
pengamal perhubungan awam diterbitkan dalam surat khabar di Amerika Syarikat.
CARA UNTUK MENGHASILKAN BAHAN PERHUBUNGAN MEDIA YANG BAIK

Di era digital dimana segalanya bergerak dengan pantas, pengamal perhubungan


awam perlu bertindak cepat dalam membuat keputusan dan menghasilkan bahan
komunikasi yang bersepadu dan berkesan bagi memastikan bidang perhubungan awam
ini terus berkembang dalam landskap komunikasi baharu, pengamal perhubungan awam
perlu memahami dan memanfaatkan data. Ini kerana 80 peratus data yang dihasilkan
oleh sesebuah organisasi adalah data yang tidak berstruktur terdiri daripada maklumat
dari panggilan pelanggan, dalam bentuk e-mel dan data dari media sosial (Weiner &
Kochhar 2016).

Kedua, tentukan tujuan sesuatu berita atau isu yang disampaikan. Untuk bahan
perhubungan media yang baik, pihak perhubungan awam perlu menentukan terlebih
dahulu mesej yang hendak disampaikan pada golongan sasaran supaya keperluan
masyarakat dapat dipenuhi. Contohnya, pegawai Public Relations (PR) membuat
tinjauan akan isu yang dibangkitkan oleh masyarakat dan organisasi kemudian
menghasilkan bahan yang menyampaikan mesej yang telus untuk masyarakat.

Ketiga, mengandungi nilai berita. Sesuatu bahan perhubungan media mestilah


mengandungi nilai berita yang komprehensif. Menurut Seitel (2007) dalam bahan
perhubungan media subjek tersebut mesti bernilai berita dalam konteks organisasi,
industri dan komuniti. Bahan perhubungan media juga perlu mematuhi laras berita yang
sesuai dan mudah dianalisis. Hal ini selaras dengan Seitel (2014) yang berpendapat
bahawa kandungan kenyataan media mesti menjawab enam persoalan utama (5W1H)
iaitu “Who”, “What”, “Where”, “When”, “Why” dan “How”. Contohnya, bahan perhubungan
media yang bersifat isu semasa perlu menepati ciri-ciri yang diperlukan seperti sahih,
terkini dan lain-lain.
Keempat, kepanjangan bahan perhubungan media yang sesuai. Kepanjangan
bahan perhubungan media yang ditulis sebaik-baiknya dalam dua halaman saiz A4 untuk
dihantar ke media massa. Bland et al (1996) dan Seitel (2007) berpendapat bahan
perhubungan media yang berkualiti harus ditulis dalam satu hingga dua setengah (2½)
halaman bersaiz A4. Ini bertujuan untuk memudahkan pengamal media dalam meneliti
kandungan dalam bahan perhubungan media sebelum dihebahkan keapda masyarakat.
Sebagai misalnya, bahan yang menjadi tajuk utama dalam sesuatu berita perlulah padat
dan berinformasi dalam bentuk yang ringkas.

Akhir sekali, pandangan dari sudut orang biasa. Kajian mendapati, penulisan
bahan hendaklah daripada sudut pandangan orang biasa. Penulisan seumpama ini akan
memudahkan penyampaian maklumat yang terkandung dalam bahan perhubungan
media yang disediakan oleh PPA. Banyak kenyataan media ditolak oleh editor kerana
penulisannya tidak profesional dan terlalu panjang (Cutlip et al, 2006), ditulis secara tidak
memuaskan, termasuk terlalu banyak bahan teknikal dan “jargon” (Bland et al, (1996).
Jadi, penting bagi bahan perhubungan media mengandungi aspek meraikan pembaca
yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Contoh yang dapat dilihat ialah seperti
penulisan bahan media di surat khabar seperti Sinar Harian bersifat umum dan sesuai
dibaca pelbagai golongan masyarakat.
PENUTUP

Kesimpulannya, pengamal perhubungan awam dan pengamal perhubungan media


saling memerlukan dalam pelbagai aspek termasuk dalam penyampaian sesuatu mesej
kepada masyarakat melalui organisasi. Hal ini kerana pihak media massa berhubung
dengan pengamal perhubungan awam dalam mendapatkan sesuatu berita. Kecekapan
yang ada pihak pengamal perhubungan awam sangat membantu pihak perhubungan
media dalam menghasilkan kandungan bahan yang berkualiti dan menepati keperluan
masyarakat awam yang mementingkan keabsahan dari sumber yang diyakini sahih.
Walau bagaimanapun, sikap toleransi juga penting bagi kedua-dua pihak sama ada dari
pihak organisasi mahupun masyarakat dalam menjalankan tugas menyampaikan
informasi.
RUJUKAN

Mohd Yahya Mohamed Ariffin. 2016. Perhubungan Media Daripada Perspektif Editor
Melayu Islam Pertubuhan Media Di Malaysia. Universiti Sains Islam Malaysia.

Gulman Azkiya, (2021). Eletronic sources: MLA Style of Citation.


https://blog.skillacademy.com/cara-mudah-membangun-brand (10 Julai 2021).

Bigger.my, (2021). Eletronic sources: MLA Style of Citation.


https://bigger.my/2021/03/17/hubungan-mediamasa-dan-cara-mengekalkannya/
(17 Mac 2021).

Mohd Yahya Mohd Ariffin. “Peranan Pengamal Perhubungan Awam Dalam


Mendampingi Media massa”. Accessed by : 9 Januari 2023.

https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPMM/article/download/32818/13741/7749
7

Anda mungkin juga menyukai