Anda di halaman 1dari 5

INDIVIDUAL ASSIGNMENT 1 (25%)

TAJUK : TAKTIK YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH PENGAMAL PERHUBUNGAN AWAM UNTUK
MEMBINA PERHUBUNGAN MEDIA YANG LEBIH BAIK.

KOD KURSUS : PRINSIP PERHUBUNGAN AWAM (AK21103)

NAMA PENSYARAH : LAI CHE CHING @ ABDUL LATIF

HARI KULIAH : KHAMIS JAM 8.00 – 10.00 AM

SEMESTER 3 (2021/2022)

NAMA NO. MATRIKS NO. TELEFON

MOHD ARAFAT SYAHIZLAN BIN MOHD RAFI BA20110647 01114194073


1.0 PENDAHULUAN

Kehidupan merupakan perkara yang sering dijalankan oleh masyarakat pada masa kini
tidak kisah dimana ia berada dan berfungsi sebagai sebuah masyarakat yang berguna dari segi
tenaga kerja dan pengurusan. Melalui perhubungan antara manusia, masyarakat mula
mengamalkan sebuah sistem yang digunakan dalam kehidupan agar ianya tidak lari daripada
kerja dan haluan yang telah ditetapkan. Ia dimanakan sebagai sistem perhubungan awam yang
melibatkan semua masyarakat tidak tinggal kepada orang mempunyai tahap peringkat tertinggi
hingga yang berada di peringkat bawah sebagai rakyat biasa. Perhubungan awam merupaan
sebuah aspek yang berfungsi sebagai sebuah pengurusan yang bersifat berterusan dan akan
dirangka dimana sesebuah organisasi akan mencari jalan untuk mendapatkan kesefahaman,
simpati dan sokongan mana-mana pihak terutamanya kepada masyarakat, media dan kerajaan.
Hal ini menjadi lumrah kepada organisasi dalam mencari sokongan masyarakat agar
mendapatkan sokongan mereka agar dapat berkerjasama yang lebih bermakna serta mencari
penyelesaian bersama. Menurut Zubaedah Sungkar 1998, mengatakan perhubungan awam
memberi peranan terutamanya dari segi memelihara hubungan baik dua hala antara organisasi
dan orang umum yang menggunakan pelbagai teknik komunikasi, promosi, serta mewujudkan
daya saing. Oleh itu terdapat teknik yang boleh digunakan oleh pengamal perhubungan awam
untuk membina hubungan baik antara media.

2.0 TEKNIK DIGUNAKAN PENGAMAL PERHUBUNGAN AWAM MEMBINA HUBUNGAN


BAIK ANTARA MEDIA

2.1 Fakta dan Rajah

Pengamal perhubungan awan yang baru menceburi bidang dalam mengadakan


kerjasama dengan media agar dapat membuat promosi dan iklan melalui media tersebut perlu
mempunyai pengetahuan luas dalam mengadakan kerjasama. Salah satu teknik yang digunakan
oleh pengamal perhubungan awam adalah dengan memberi dan berkongsi fakta dan rajah
yang baik kepada media. Menurut Mohd Yahya Ariffin 2012, mengatakan tidak kira sama ada
pembaca, penonton atau pendengar akan menganggap apa yang dibaca, dilihat dan didengar
melalui media massa adalah berdasarkan keadaan sebenar yang berlaku. Hal ini bermakna
media akan menerima apa sahaja fakta dan rajah yang dikongsikan oleh pengamal
perhubungan awam asalkan ianya sebuah perkara yang wujud dan berlaku. Media juga minat
menerima fakta yang baharu dan angka yang dimana fakta tersebut bersifat angka
pernomboran yang membuatkan media dapat menghuraikan lebih daripada apa yang diberika
oleh pengamal perhubungan awam ini. Sebagai contoh, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) mengongsikan fakta kepada media tentang angka kadar jangkitan, vaksinasi, kes
sembuh dan kes kematian. Oleh itu pihak KKM dapat menjalankan hubungan baik dengan
media.

2.2 Layanan yang Adil

Dalam media terdapat daya saing yang tinggi dalam membuat berita dan menyediakan
maklumat kepada umum berdasarkan fakta yang dibawah oleh pengamal perhubungan awam
ini. Oleh itu teknik yang kedua dalam mengadakan hubungan baik antara pengamal
perhubungan awam dengan media adalah dengan memberikan layanan yang adil kepada pihak
atau syarikat media. Media berlumba-lumba dalam mendapatkan fakta dan cerita yang boleh
menjadi isu yang hangat dalam berita mereka agar dapat menarik masyarkat untuk melihat apa
yang mereka siarkan. Pada dalam itu pengamal perhubungan awam perlu bersikap adil dan
melayani semua media dengan baik dan mengongsikan fakta dan cerita tanpa ada sebarang
berat sebelah. Hubungan media dan pengamal perhubungan awam yang semakin baik kerana
media semakin yakin dengan sifat keadilan yang ada dalam sesebuah syarikat atau pihak
perhubungan awam dalam menjalankan kerjasama. Mengambil contoh yang terdekat adalah
dengan melihat bagaimana KKM mengongsikan fakta berkaitan dengan virus Covid-19 kepada
semua media terdiri daripada Bernama, Awani, Tv3, Al-Hijrah, dan lain-lain yang masing-masing
bersaing tapi atas layanan adil KKM maka kerjasama antara media dan KKM dapat terjalin
melalui teknik tersebut.

2.3 Bila (When)

Media juga mempunyai jadual dan masa mereka sendiri untuk mengatur berita dan
maklumat serta masa mereka dalam mengerjakan tugas. Dalam mengadakan hubungan baik
antara pengamal perhubungan awam dan media adalah perlu memahami masa yang sesuai
untuk memberikan kerjasama kepada media agar mereka akan mengatur masa mereka untuk
mengadakan kerjasama dengan syarikat atau pihak kita. Oleh itu mereka akan lebih percaya
dengan cara pengamal perhubungan awam dengan memberi masa yang sesuai kepada media
dalam mengadakan kerjasama dan hal ini menimbulkan hubungan baik antara kedua pihak.
Menurut Maisarah Rahim 2021, mengatakan pihak KKM amat menghargai jasa media yang
banyak membantu dalam menjadi tulang belakang untuk menyebarkan maklumat yang tepat
kepada masyarakat berkaitan Covid-19. Hasil kerjasama ini terjalin apabila pihak KKM mengatur
dengan baik bila masa yang sesuai untuk mengadakan sidang media agar pihak media dapat
mengaturkan masa dengan lebih awal. Oleh itu media percaya kepada pihak KKM kerana
mereka mempunyai sistem yang teratur dalam mengadakan kerjasama demia kebaikan
masyarakat dalam negara. Ini merupakan salah satu teknik pengamal perhubungan awam
dalam menjalinkan kerjasama kepada media.

2.4 Penghargaan

Di samping itu, salah satu teknik dalam mengadakan hubungan baik antara pengamal
perhubungan awam dan media adalah mengadakan hari media yang dimana akan
menganugerahkan kepada media-media yang mempunyai pencapaian yang baik sebagai
syarikat media. Hari dan majlis ini diadakan dalam memberi penghargaan kepada pihak media
dalam menjadi tunjang kepada pemberitaan dan maklumat yang tepat serta pantas untuk
masyarakat agar sentiasa menangkap isu-isu semasa. Hal ini membuatkan syarikat dan pihak
media semakin bersemangat dalam membuat berita dan menjalinkan hubungan baik kepada
pengamal perhubungan awam dalam mengadakan sebuah hari penghargaan kepada pihak
media. Mengambil salah satu contoh pengamal perhubungan awam adalah Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan hari anugerah kepada media dalam
menyampaikan berita berkenaan dengan rasuah untuk pengetahuan masyarakat. Mengambil
daripada sebuah berita Utusan Online 2021, menyatakan bahawa berita utusan berjaya
mendominasikan anugerah media yang diadakan secara atas talian oleh SPRM yang
menyampaiakn anugerah berdasarkan kategori yang tertentu. Dengan ini SPRM dapat
menjalinkan hubungan baik dengan media dalam menjalankan kerjasama yang baik antara
kedua pihak.

2.5 Siapa-siapa

Jika pengamal perhubungan awam ingin hubungan baik dan kerjasama yang padu dengan
media perlulah mengetahui siapa dan apa media ini sebenarnya agar tidak silap dalam
mengatur dan menjalankan hubungan kerjasama dengan media. Sebagai pengamal
perhubungan awam perlulah memgetahui dan memahami buku panduan media sebelum
menjalinka hubungan kepada media. Buku panduan tersebut boleh didapati melalui internet
dan laman sesawang agar mengetahui prosuder dan langkah yang tepat. Dalam buku panduan
media terdapat banyak perkara yang dapat diperolehi oleh pengamal perhubungan awam dan
mengetahui siapa dan dimana industri media ini bertempat dalam negara ini. Dengan
mengetahui hal ini pengamal perhubungan awam dapat menjalinkan hubungan kepada media
dalam kerjasama bersama.

RUJUKAN

Ariffin, M. Y. (2012). Peranan Pengamal Perhubungan awam dalam Mendampingi Media Massa. Jurnal
Pengajian Media Malaysia, 110.

Media Mulia. (2021, September 29). Utusan Malaysia dominasi Anugerah Media SPRM 2020. Retrieved
Disember 15, 2021, from Utusan Malaysia:
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/utusan-malaysia-dominasi-anugerah-media-
sprm-2020/

RAHIM, M. S. (2021, Mei 25). Kenyataan Dr. Rafidah tidak wakili KKM. Retrieved Disember 15, 2021,
from Utusan Malaysia: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/05/kenyataan-dr-rafidah-
tidak-wakili-kkm/

Sungkar, Z. (1998). Amalan Perhubungan Awam Dalam Industri Perhotelan Di Indonesia: Tinjauan Ke
Atas Hotel-Hotel Di Jakarta. Jurnal Pusat Pengajian Komunlkasi, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 9.

Anda mungkin juga menyukai