Anda di halaman 1dari 3

Salam Sejahtera saya ucapkan kepada Puan Salmie bagi pembukan kata refleksi individu saya

mengenai kursus keselamatan dan kesihatan pekerja. Terima kasih atas ilmu telah dicurahkan
sepanjang pengajian saya dalam semester 3 ini. Walapun dalam semester 3 pelbagai cabaran dan
halangan yang diharungi, namun pengajian saya dalam kursus ini semasa semester 3 telah berjaya
saya sempurnakan. Terima kasih puan, atas inisiatif yang puan berikan sepanjang memberikan ilmu
kepada dengan begitu komited dan kreatif walaupun sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan
atas talian. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah terutamanya Puan sendiri dan
ibu bapa tidak memberikan galakan dan dorongan untuk menyiapakn tugasan dan menyempurnakan
kuliah saja dalam kursus ini.

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), biasanya dirujuk sebagai Kesihatan dan
Keselamatan Pekerjaan (OHS), Kesihatan Pekerjaan atau Keselamatan Pekerjaan, ialah bidang
pelbagai disiplin yang berurusan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang di tempat
kerja. Istilah ini juga merujuk kepada matlamat bidang, jadi ia digunakan dalam artikel ini pada
asalnya sebagai akronim untuk Program dan Jabatan Keselamatan/Kesihatan Pekerjaan.

Matlamat program keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah untuk mewujudkan


persekitaran kerja yang selamat dan sihat. OSH juga melindungi rakan sekerja, ahli keluarga,
majikan, pelanggan dan lain-lain yang mungkin terjejas oleh persekitaran kerja. Dalam bidang kuasa
undang-undang am, majikan mempunyai kewajipan undang-undang yang sama untuk menjaga
keselamatan pekerja mereka. Statut juga boleh memperuntukkan tugas am lain, memperkenalkan
tugas khusus, dan mewujudkan agensi kerajaan dengan kuasa untuk mengawal selia isu - isu
keselamatan di tempat kerja: butiran ini berbeza mengikut bidang kuasa. Di Malaysia, Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di bawah Kementerian Sumber Manusia
bertanggungjawab memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di sektor awam dan
swasta terpelihara. JKKP bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Kilang dan Jentera 1967
dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Sebagai pelajar, hubungan industri dan mahasiswi yang mendaftar kursus keselamatan dan
kesihatan pekerja, pelbagai impak positif yang saya perolehi berbanding dengan impak negatifnya.
Kursus ini adalah salah satu kursus yang sangat penting untuk diketahui umum. Merujuk kepada
penyataan berikut, sepanjang saya bergelar mahasiswi yang mendaftar kursus ini, pelbagai program
yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan pekerja telah dianjurkan bagi memberi kesedaran
dan memperkenalkan kepada umum bahawa keselamatan dan kesihatan pekerja adalah sangat
penting terutamanya dalam industry. Antara program yang telah saya ikuti dan anjurkan ialah kuiz
osh dan mini karnival osh. Melalui program ini, saya akan memberikan beberapa cadangan dan idea
relevan yang perlu dilakukan. Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan ilmu yang
baru kepada mahasiswa/mahasiswi yang akan bergelar seorang pekerja suatu hari nanti dan juga
seorang pekerja yang sedia ada dalam indusri tentang keselamatan dan kesihatan mereka jika
berada dalam industry. Dalam Program kuiz Osh yang diadakan salah kumpulan kami sempena mini
karnival osh yang bertajuk Mengenal safety Hazard telah membawa kepada impak yang penting. Hal
ini demikian kerana, dalam program ini kami telah menyediakan soalan-soalan yang berkaitan
dengan safety hazard di tempat kerja. Selain daripada seronok menjawab soalan kuiz ini, para
peserta juga mengetahui serba sedikit mengenai hazard-hazard yang ada di tempat kerja. Bagi
melaksanakan program ini, kami telah menjemput peserta melalui poster dan hebahan daripada
whatsapp, facebook dan beberapa media sosial yang lain.

Pada semester ini, kami telah menganjurkan beberapa program yang berkaitan dengan
beberapa keselamatan dan kesihatan pekerja dalam industri. Antara program telah kami anjurkan
ialah kuiz berkaitan dengan safety hazard di tempat kerja. Ini merupakan program yang kamki
anjurkan sekarang berkumpulan. Program ini dilaksanakan untuk memenuhi tugasan kumpulan bagi
kursus ini. Program ini telah dianjurkan pada 6 Februari 2022 ini. Program ini bertujuan untuk
memberi pengetahuan mengenai safety hazard di tempat kerja yang perlu diketahui oleh para
semua pelajar terutamanya bagi pelajar yang mengambil kursus ini atau pelajar darri kursus
Hubungan industry. Selain itu juga, kuiz ini diadakan adalah untuk memberi pengetauan serba
sedikit mengenai hazard keselamatan dan kesihatanan yang mungkin ramai tidak mengenali dengan
sepenuhya serta mengenalkan beberapa jenis symbol hazard agar para pelajar mengetahui maksud
simbol-simbol tersebut.

Melalui aktiviti saya telah diberikan tugasan iaitu dengan mencari soalan-soalan untuk kuiz
ini. Soalan- soalan yang kami cari adalah berdasarkan apa yang sudah kami pelajari dalam kursus ini
dan beberapa soalan dari game kuiz yang ada di platform google. Di samping saya mencari soalan,
saya berasa sangat beruntung kerana selain mencari soalan saya juga mengulangkaji semula hazard-
hazard yang ada di tempat kerja. Ini adalah kelebihan yang saya peroleh daripada tugasan yang
diberi. Sebelum program kami dijalankan, kami telah melakukan beberapa kali perjumpaan kecil
antara bari merancang perjalanan program ini. Selain itu juga, kami telah melakukan beberapa raptai
kecil untuk mengetahui perjalanan program dan untuk mengetahui kekurangan yang terdapat
program kami agar dapat melakukan penambahbaikan program sebelum hari kejadian. Selain itu
juga, kami telah membuat hebahan berkenaan dengan program kuiz kami melalui memuat naik
poster yang telah kami buat di platform sosial media yang ada seperti whatsapp, facebook dan juga
Instagram. Hal ini demikian kerana, kami bukan mengalu-alukan penyertaan pelajar university tetapi
kami juga mengalukan-alukan penyertaan pihak luar atau pihak yang bukan pelajar bagi
memeriahkan lagi program tersebut sambil sama-sama menimba ilmu.

Semasa kuiz atau program ini dijalankan, saya telah menghadirikan diri dengan lebih awal ke
platform yang disediakan oleh kumpulan iaitu pautan google meet. Pada hari kejadian, saya telah
diberikan tugas untuk memerhati keadaan perjalanan majlis tersebut. Walaupun saya diberikan
tugas sebelum majlis tetapi semasa hari kejadian semua ahli kumpulan kami saling membantu agar
program kami berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Selain itu juga, sebelum memulakan
kuiz kami telah menayangkan sedikit tayangan montaj berkaitan dengan safety hazard bagi
memberikan sedikit pengetahuan kepada para perserta yang menyertai pertandingan quiz ini.

Selepas program tersebut selesai diadakan, kami telah mendapat feedback yang baik melalui
peserta dan penonton secara serta merta. Feedback tersebut telah menunjukkan satu kepuasan bagi
kami kerana program yang kami jalankan mendapat sambutan yang baik dan sedikit sebanyak
membantu rakan-rakan kita yang menyertai. Selepas habis program, kami telah menyiapkan satu
laporan khas untuk program ini. Kami semua ahli kumpulan berbicangan di whatsapp group kami
berkenaan dengan idea dan tugasan masing-masing. Hal ini demikian kerana, ketua kumpulan kami
memberikan cadangan yang baik dimana penyertaan semua ahli kumpulan dalam membuat laporan
akhir adalah penting. Tambahan pula, penyertaan semua ahli dalam membuat laporan akhir telah
memudahkan laporan tersebut disediakan dan boleh di siapkan dalam masa yang singkat.

Anda mungkin juga menyukai