Anda di halaman 1dari 22

1.

0: PENGENALAN KEPADA SENI UKIR

Seni ukir ialah salah satu hasil seni yang melibatkan beberapa eleman garisan-

garisan,gorehan,pahatan dan keterapian halus yang dikombinasikan dengan beberapa

bentuk flora, fauna, symbol, figure, dan ‘wording’. Ukiran boleh dibuat dengan

menggunakam pelbagai medium khususnya seperti kayu,batu,besi,emas,timah,perak

ais,buah-buahan,sayur-sayuran dan sebagainya.

Untuk menghasilkan satu seni ukiran yang halus serta bermutu tinggi ia memerlukan

memerlukan daya tumpuan yang tinggi,pemikiran yang kratif dan inovatif serta bakat

seni yang mendalam.

Seni ukir ini telah bermula sejak berabad yang lalu tanpa kita sedari. Nilai seni ukir ini

dapat kita lihat pada ukiran-ukiran kayu yang terdapat pada rumah-rumah kayu,istana-

istana lama,batu-batu(batu bersurat),lukisan didalam gua,ukiran pada barangan siramik

dan tanah liat seperti piring,cawan,pasu,pinggan serta ukiran pada kepingan logam

seperti loket,wang emas,medal dan sebagainya.

Pada zaman dahulu ukiran dibuat menggunakan tangan dengan menggunakan

peralatan yang tajam seperti pisau dan pahat. Tetapi kini perubahan zaman telah

membawa seni ukiran ini kepada arus kemodenan dan peralatan yang moden dan

canggih juga digunakan seperti mesin. Bagaimanapun hasil seni ukiran yang dibuat

dengan tangan lebih bermutu,mewah dan lebih diminati oleh penggemar-penggemar

barangan seni ukir.

1
2.0: PENGENALAN KEPADA SENI UKIR BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber vitamin dan mineral yang penting
dalam pemakanan seharian kita. Tujuan utama ukiran buah-buahan dan sayur-sayuran
adalah untuk memjadikan makanan lebih menarik dan meningkatkan selera. Selain itu
tujuan ukiran ini dibuat juga adalah untuk memudahkan buah-buahan serta sayur-
sayuran itu di makan. Ukiran ini juga dibuat sebagai garnishing pada makanan atau
mungkin sebagai bentuk seni atau hobi. Selain itu seni ukiran itu juga dikenali sebagai
‘Veggy Art’.

Antara motif yang sering digunakan didalam seni ukir buah-buahan dan sayur-sayuran
ialah flora dan fauna. Selain itu terdapat juga motif seperti figura, symbol dan wording
yang di gunakan didalam seni ukiran ini. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang sering di
gunakan ialah tembikai,betik,tembikai susu,labu,terung,timun,lobak dan sebagainya

Ukiran buah juga dibuat sebagai tumpuan utama atau hiasan yang diletakkan diatas
meja makan. Ini dapat mencantikan lagi hiasan meja makan serta menaikkan nilai
sesebuah majlis makan tersebut.

Biasanya ukiran buah-buahan dan sayur-sayuran ini disediakan khusus untuk jamuan
makan golongan atasan dan terhormat serta majlis makan yang tertentu dan formal. Hal
ini kerana buah-buahan serta sayur-sayuran yang telah diukir dianggap mempuyai nilai
seni yang tinggi serta mewah.

Terutamanya di China,pada zaman dahulu,ukiran buah-buahan serta sayur-sayuran


hanyalah dibuat untuk menghidangkan makanan kepada golongan diraja dan golongan
atasan sahaja. Hal ini kerana,pada zaman dahulu tidak banyak orang yang
berkemahiran untuk membuat seni ukir ini. Hanya tukang-tukang masak diraja sahaja
yang boleh dan berkemahiran dalam menghasilkan seni ukir buah.buahan serta sayur-
sayuran ini. Tetapi pada masa kini ukiran buah-buahan telah menjadi ikutan semua
golongan masyarakat.

2
Untuk membuat ukiran buah-buahan serta sayur-sayuran ini,setiap individu harus
memberikan konsentrasi serta kesabaran yang tinggi. Untuk menghasiklan ukiran yang
menarik,setiap individu haruslah melakukan praktis yang berulang kali serta tidak
mudah putus asa. Minda yg kratif juga di perlukan untuk individu tersebut mampu
melahirkan kelainan dan corak-corak yang baru dalam ukirannya.

Seni ukiran ini tidak memerlukan peralatan yang banyak dan mahal,ia mencukupi
sekadar sebilah pisau yang rungcing dan tajam. Seni ukiran ini tidak perlu di lakukan di
tempat-tempat yang khusus,ianya boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Sebelum Melakukan Ukiran Setiap Indivitu Menitik Beratkan Perkara Di Bawah Ini
Telebih Dahulu:
1. Buah-buahan dan sayur-sayuran haruslah dicuci dan dibersihkan secara
menyeluruh.
2. Guna pisau yang tajam,pisau yang tumpul akan menyebabkan perubahan
warna buah-buahan dan sayur-sayuran.
3. Jangan mengukir berlebihan untuk mengelakkan pembaziran dan kehilangan
nilai gizi.
4. Design diukir harus sesuai untuk dekorasi makanan.

Cara Untuk Menyimpan Ukiran Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran


3
1. Setelah mengukir, buah-buahan dan sayur-sayuran harus ditempatkan dalam air
sejuk. Hal ini untuk mengembangkan kelopa-kelopak bunga yang telah di ukir
dan menjadikannya lebih cantik dn menarik.

2. Selain itu semasa mengukir buah-buahan seperti betik,tembikai,labu dan


sebagainya air perlulah disembur untuk mengelakkan kelopak bunga bertukar
warna dan mengembangkan kelopak bunga yang telah diukir. Kemudia air yg
telah disembur haruslah dibuang dengan segera untuk mengelakkan kelopak
desing bunga menjadi lebam.

3. Ukiran buah-buahan dan sayur-sayuran tidak boleh dibiarkan di dalam air kerana
hal ini akan menyebabkan kelopak menjadi berubah warna dan merosakkan.

4. Setiap jenis buah diukir perlu disimpan secara berasingan untuk mengelakkan
kerosakkan buah-buahan serta pencampuran warna dan sebagainya.

5. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah diukir perlulah wrap menggunakan


plastik wrapdan dimasukkan ke dalam peti ais, atau ditutup kain lembap dan
ditempatkan ditempat yang terlindung dari angin untuk mengelakkan ia menjadi
kering dan layu .

3.0: SEJARAH UKIRAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

4
Asal seni mengukir buah-buahan dan sayur-sayuran tidak dapat dipastikan dengan
jelas. Ramai percaya ianya bermula dia Sukotahi, Thailand, 700 tahun dahulu.
Sementara ada yg berpendapat ianya berasal pada waktu sekitar Dinasti Tang(AD 618-
906) dan Dinasti Sung(AD 960-1279) di China.

Bagaimanapun ada beberapa pendapat juga mengatakan bahawa Jepun adalah tempat
asal seni gubahan buah-buahan dan sayur-sayuran bermula, ianya digelar dengan
nama “Mukimono”. Menurut buku "Japanese Garnishes, The Ancient Art of Mukimono",
oleh Yukiko and Bob Haydok,

Mukimono's bermula sewaktu zaman dahulu dimana makanan dihidangkan diatas


tembikar dari tanah liat. Permukaan tembikar yg kasar ditutup dengan daun sebelum
makanan di letakan ke atas bekas tembikar tersebut. Tukang masak yang berseni telah
menyedari bahawa dengan melipat daun dengan berbagai cara menjadikan hidangan
nampak lebih menarik. Mukimono tidak begitu popular sehinggalah zaman Edo dimana
Mukimono semakin mendapat perhatian. Pada waktu itu artis jalanan mencipta hiasan
makanan atas permintaan. Bermula dari itu, seni ini telah berkembang dan menjadi
bahagian penting dalam latihan Chef jepun.

Walau darimanapun asal seni ukir buah-buahan dan sayur-sayuran, ianya telah
dipraktikan diseluruh dunia. Seni ukiran sayur banyak digayakan di restoran Asia,
cruises, hotels, dan lain-lain.

Teori yg paling popular berkenaan dengan sajarah seni ukiran sayur ialah ianya bermula

5
di Thailand. Ianya bermula sewaktu perayaan Lai Kratong pada abad ke 14. Sewaktu
perayaan Lai Kratong, rakit akan dihias dengan pelbagai objek, termasuk pisang dan
bunga.

Pada tahun 1364, seorang hamba raja Phra Ruang, Nang Noppamart, telah bercita-cita
untuk mencipta satu dekorasi yang unik bagi rakitnya. Nang mengukir bunga dari buah-
buahan dan sayur-sayuran menggunakan corak dari bunga asal. Beliau juga mengukir
burung bersama bunga tesebut. Menggunakan ukiran ini, beliau telah menghasilkan
rakit yang paling menarik sehingga Raja Phra Ruang tertarik dengan keindahan dan
kehalusan seni ukiran tersebut dan memutuskan bahawa semua wanita patut
mempelajarinya.

Setelah masa berlalu, minat kepada seni ini turun naik. Pada tahun 1808, King Rama II
sangat meminati kepada seni ukiran sayur-sayuran dan buah-buahan sehinggakan
beliau telah mencipta sajak mengenainya. Walau bagaimana pun pada tahun 1932
semasa revolusi di Thailand berlaku, minat kepada seni ini telah mati. Bagi
mengembalikan mina terhadap seni ukir ini, ianya diajar disekolah rendah bermula dari
umur 11 tahun hingga ke sekolah menengah di Thailand. Kursus pilihan juga ada
ditawarkan di peringkat universiti serata Thailand.

Pada pertengahan abad ke-20, seni ukiran sayur-sayuran dan buah-buahan mula
berkembang diluar Thailand. Bermula dari itu, negara-negara lain diseluruh dunia mula
secara perlahan-lahan menghargai kesenian dan budaya dalam seni ukir buah-buahan
dan sayur-sayuran tersebut.

6
Hari ini, kita dapat mengagumi hasil seni ukiran ini diseluruh dunia. Produk seni ukiran
buah-buahan dan sayur-sayuran biasanya terdiri daripada motif flora dan fauna,
bagaimanapun yang menjadi halangan bagi seseorang individu dalam berkarya adalah
imaginasi,nilai kreatif dan artistik serta nilai seni seseorang individu itu sendiri. Teknik
ukiran ada berbeza bagi setiap individu,apa yg penting ialah hasil ukirannya.
Sesetengah ukiran lebih terperinci dari segi artistik, manakala ada yg lebih ringkas tetapi
mempunyai bentuk yg cantik.Ukiran sayur-sayuaran biasanya digunakan utk hiasan
makanan. Ianya juga boleh digunakan dlm gubahan bunga.

7
4.0: PERALATAN ASAS YANG DIGUNAKAN DIDALAM SENI UKIR

SENI UKIR BUAH-BUAHAN

SENI UKIR KAYU

SENI UKIR AIS

8
5.0: JENIS-JENIS UKIRAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

I: MOTIF FLORA

Istilah "flora" berasal daripada bahasa Latin, ‘ Flora’, yang merupakan dewi untuk bunga
dalam mitologi Rom.

Dalam aspek botani, flora mempunyai dua maksud yang hampir sama. Maksud pertama
merujuk kepada "semua tumbuhan yang hidup di dalam sesuatu kawasan atau zaman",
khususnya tumbuhan yang semulajadi. Maksud kedua merujuk kepada "buku atau
karya" yang memerihalkan spesies tumbuhan yang terdapat di dalam sesuatu kawasan
atau zaman bagi tujuan pengenalpastian dan pendidikan.

Dalam aspek ukiran pula motif berunsurkan flora amat digemari kerana ia merupakan
hasil seni yang halus dan sangat menarik serta boleh dipelbagaikan bentuk dan
coraknya mengikut kretiviti setiap individu.Terdapat pelbagai motif flora yang diukir pada
buah-buahan dan sayur-sayuran seperti motif daun,bunga ros,tulip,bunga
matahari,teratai,dan lain-lain lagi. Kebiasaanya setiap motif flora ini akan diolah
berbeza-beza mengikut kretiviti dan bakat seni setiap individu. Motif flora ini amat
popular dinegara-negara asia seperti Tahiland,Malaysia,China dan Jepun serta
segelintir negara-negara barat.

9
2: MOTIF FLORA

Fauna berasal daripada perkataan latin ‘faunus’. Menurut pendapat kuno,Faunus ialah
dewi baik yang menjaga hutan serta semua makhluk yang terdapat didalam hutan.
Dalam zoologi, istilah Fauna merujuk kepada binatang seperti mamalia, unggas,
serangga dan ikan.

Seni ukir bermotif flora ini jarang dibuat kerana ia lebih rumit. Tidak buah-buahan dan
sayur-sayuran boleh digunakan untuk membuat ukiran ini,biasanya buah dan sayuran
keras yang akan digunakan seperti lobak,betik dan labu. Motif fauna seperti burung dan
ikan adalah motif yang popular dan biasa diukir.

Terdapat 3 bentuk dimensi(D) didalam semua ukiran,yang pertama 1D,yang kedua 2D


dan yang ketiga 3D.Untuk menjadikan ukiran 3D ini lebih menarik dan kemas,setiap
bahagian akan dibuat berasingan. Contonya seekor burung, kepala, paruh, badan,
sayap,dan ekor akan dibuat berasingan dan kemudianya disambung menggunakan
cerucuk lidi. Kemudian kemasan akan dibuat untuk mencantikan lagi motif tersebut.

10
3: MOTIF FIGURE

Makna atau maksud Figure adalah sesuatu yang sukar ditafsirkan. Ada sesetengah
pendapat mengatakan makna sebenar figura adalah bentuk, rangka dan lakaran.
Perkataan figura digunakan mengikut keadaan dan sintuasi tertentu.

Ada pendapat mengatakan perkataan figure digunakan adalah menunjukkan imaj


manusia. Selain itu figure juga ditafsirkan sebagai motif yang menpuyai bentuk
geometrid dan bersudut seperti bagunan,kenderaan dan pelbagai object lain.
Bagaimanapun secara khususnya Figure. adalah motif yang berbentuk structure,object
dan mempuyai dimensi dan lebih tepat lagi apabila ia dikaitkan dengan manusia.

11
4: SIMBOL

Symbol secara umumnya boleh dikelaskan kepada dua iaitu symbol yang bertulis yang
mengunakan huruf atau bentuk tertentu serta imej yang bergambar atau gabungan
kedua-duanya sekali. Kebanyakan simbol berbentuk ringkas dan mudah difahami.ia
merupakan medium yang digunakan untuk menyuarakan sesuatu tanpa mengunakan
kata-kata.

Simbol biasanya membawa makna tertentu seperti arahan, keagamaan, petunjuk,


singkatan kepada sesuatu dan sebagainya. Sebagai contoh symbol keagamaan bagi
agama kristian adalah lambang salib,symbol untuk menunjukkan tandas adalah imaj
lelaki dan wanita,symbol symbol Negara china adalah Naga, symbol untuk orang kurang
upaya adalah kerusi roda dan banyak lagi.

Tujuan pengunaan symbol adalah untuk memudahkan pemahaman dan peyampaian


sesuatu maklumat dengan cara yang ringkas dan maklumat yang ingin disampaikan itu
dapat diterima dan difahami.

Didalam seni ukiran,biasanya ukiran symbol biasanya dibuat untuk menunjukkan motif
keagamaan dan ketuhanan.

12
5: MOTIF WORDING ATAU HURUF

Huruf ialah unsur dalam sesebuah sistem tulisan abjad. Setiap huruf dalam bahasa
bertulis lazimnya dikaitkan dengan satu fonem atau dipanggil bunyi atau sebutan.
Aksara-aksara didalam tulisan silabogram (yang melambangkan suku kata) atau
logogram (yang melambangkan perkataan atau ungkapan).

Setiap Negara di dunia diwakili dengan pelbagai buntuk huruf tersendiri. Walaupun
setiap tulisan,ejaan,huruf dan bunyi sebutan yang berbeza namun makna atau maksud
ayat tetap sama.

Contohnya:

Abjad Arab: (kanan ke kiri) ,‫ ﻝ‬,‫ ﻙ‬,‫ ﻕ‬,‫ ﻑ‬,‫ ﻍ‬,‫ ﻉ‬,‫ ﻅ‬,‫ ﻁ‬,‫ ﺽ‬,‫ ﺹ‬,‫ ﺵ‬,‫ ﺱ‬,‫ ﺯ‬,‫ ﺭ‬,‫ ﺫ‬,‫ ﺩ‬,‫ ﺥ‬,‫ ﺡ‬,‫ ﺝ‬,‫ ﺙ‬,‫ ﺕ‬,‫ ﺏ‬,‫ﺍ‬
‫ ﻱ‬,‫ ﻭ‬,‫ هـ‬,‫ ﻥ‬,‫ﻡ‬.

Abjad Cyril: А, Б, В, Г, Ґ, Д, Е, Є, Ж, З, И, І, Ї, Й, К, Л, М, Н, О, П, Р, С, Т, У, Ф, Х, Ц, Ч,
Ш, Щ, Ю, Я, Ъ, Ь, Ђ, Љ, Њ, Ћ, Џ.

Abjad Yunani: Α, Β, Γ, Δ, Ε, Ζ, Η, Θ, Ι, Κ, Λ, Μ, Ν, Ξ, Ο, Π, Ρ, Σ, Τ, Υ, Φ, Χ, Ψ, Ω.

Abjad Ibrani: (kanan ke kiri) ‫ ת‬,‫ ש‬,‫ ר‬,‫ ק‬,‫ צ‬,‫ פ‬,‫ ע‬,‫ ס‬,‫ נ‬,‫ מ‬,‫ ל‬,‫ כ‬,‫ י‬,‫ ט‬,‫ ח‬,‫ ז‬,‫ ו‬,‫ ה‬,‫ ד‬,‫ ג‬,‫ ב‬,‫א‬.

Abjad Rumi: A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z.

13
6.0: PERTANDINGAN DAN MASA DEPAN SENI UKIR

PERTANDINGAN

Pada masa kini telah banyak pembukaan pertandingan didalam bidang hospitality
diseluruh Negara. Antaranya pertandingan memasak,ukiran ais,ukiran buah-buahan dan
sayur-sayuran. Walaubagaimanapun ingin saya tumpukan kepada pertandingan seni
ukiran buah-buahan dan sayur-sayuran.

Sepanjang saya menjalankan kajian terhadap pertandingan seni ukir yang terdapat
diasia terutamanya di Malaysia,China,Thailand dan Jepun saya telah kelaskan jenis
buah yang di pertandingkan,jenis motif yang digunakan,peserta pertandingan dan jenis
pertandingan.

Jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang popular digunakan untuk pertandingan


ukiran buah-buahan adalah buah tembikai, ’melon’, ‘honey dew’, betik, labu,
timun ,zucchini ,dan lobak.

Motif yang biasa popular di pertandingkan adalah motif flora dan fauna.jenis motif ini
sebenarnya bergantung kepada tema pertandingan yang diadakan. Jika tema tersebut
bebes maka motif yang digunakan adalah tidak terhad,pelbagai motif boleh digunakan.
Jika tema pertandingan tersebut adalah berunsurkan keagamaan,maka motif seperti
figure dewa dewi,symbol seperti salib,ying dan yang,dan wording seperti tulisan-tulisan
bermakna ketuhanan akan diluahkan didalam ukiran tersebut. Bergitu juga bengan
pertandingan yang bertemakan alam semula jadi maka motif flora dan fauna akan
digunakan didalam ukiran mereka.

Terdapat juga pertandingan yang bertemakan revolusi,maka motif yang mereka akan
gunakan untuk ukiran mereka adalah lebih berani,abstrak,mempuyai nilai kemodenan
dan pembaharuan didalam sini ukiran mereka.

14
Kebanyakan perserta pertandingan ini adalah dari semua lapisan masyarakat.
Contohnya pertandingan yang diadakan di peringkat negeri akan diwakili oleh orang
awam,para pelajar,dan penduduk setempat. Jika pertandingan diperingkat lebih tinggi
seperti peringkat antarabangsa kebiasaannya wakil yang akan dihantar adalah daripada
individu yang yang menpuyai pengalaman yang tinggi dan dihantar untuk menwakili
sesebuah persatuan,hotel,institusi pengajian dan orang awam. Seperti para pelajar
didalam krusus seni kulinari,chef-chef wakil hotel-hotel dan persatuan chef setiap
Negara,para pensyarah didalam bidang seni ukir serta orang awam yang layak.

Semua peserta diperingkat antarabangsa ini biasanya adalah daripada individu yang
terbaik dan terpilih setelah memenagi beberapa peringkat didalam Negara masing-
masing. Seperti peringkat daerah,negeri,kebangsaaan dan antarabangsa. Para peserta
ini merupakan individu yang mewakili persatuan masing-masing atau bergerak secara
solo.

Pertandingan-pertandingan seni ukiran pada zaman kini semakin meluas dan telah
dipertandingkan diperingkat antarabangsa. Antara jenis-jenis pertandingan yang
dipertandingkan di peringkat antara bangsa adalah:

 NDF Ice Carving Competition


October 19th, 2010 di Bali Indonesia.

 Asia’s 1st Culinary Cup 2009

 Brunei Association of Hotels' Sports & Social Club BAH's 2nd Fruit & Vegetable
Carving Competition 2010

 Thailand International Culinary Cup 2010 September 15-18, 2010.

 AISFL "International Association of Carving Fruits and Vegetables".

15
MASA DEPAN SENI UKIR

Setelah membuat beberapa kajian terhadap bidang seni ukiran buah-buahan dan ais
yang terdapat dalam bidang kulinari ini dapat saya simpulkan bahawa masa depan seni
ukiran ini amat cerah dan semakin menonjol dari masa ke semasa.

Minat terhadap ukiran ini mula meningkat didalam kehidupan masyarakat. Contohnya
ukiran sayur digunakan sebagai hiasan makanan,seperti cili,tomato dan lobak yang
dijadikan bunga untuk menghias makanan. Selain itu buah-buahan diukir untuk
diletakkan diatas meja pengantin,meja buffet,meja makan dan sebagainya untuk
menaikkan nilai sesebuah majlis atau acara tersebut. Hal ini menjadikan majlis makan
tersebuh lebih khas,mahal dan mewah. Begitu juga dengan potongan-potongan buah-
buahan dan sayur-sayuran yang dipotong didalam pelbagai bentuk yang unik dan
menarik sebagai pembuka selera kita untuk makan.

Seni ukiran ini berkembang dan mengalami revolusi pembaharuan dari zaman ke
zaman. Perubahan ini berlaku terhadap motif seni ukiran ini yang menjadikan ia lebih
moden,dan mempuyai kepelbagaian motif. Ia tidak lagi terikat kepada motif flora
semata-mata,motif-motif seperti figura,symbol,fauna dan huruf serta gabungan motif-
motif juga digunakan.

Jika dahulunya seni ukiran ini tidak mendapat tempat di dalam masyarakat,tetapi kini ia
menjadi kelaziman didalam kehidupan masyarakat seharian. Seni ukiran ini bukan
sahaja dijadikan minat atau hobi malahan ia juga turut dipertandingkan di peringkat
antarabangsa. Hal ini menunjukkan perkembangan seni ukiran ini di seluruh dunia.
Dibarat ukiran ini telah berkembang berabad yang lalu didalam perayaan ‘Halloween’
dimana labu-labu akan di ukir berbentuk wajah yang seram dan akan diletakkan lilin
didalamnya. Setiap rumah akan membuat ukiran ini di perayaan ‘Halloween’.

Secara kesimpulanya,dapat saya merumuskan masa depan seni ukir ini akan terus
berkembang dan akan menjadi suatu kemestian didalam kehidupan kita seharian. Seni
ukir ini akan berkembang dan mengalami pembaharuan mengikut pengedaran zaman
dan motif-motif yang digunakan akan mengalami perubahan yang drastik. Pencampuran
eleman modan dan klasik akan menjadikan seni ukiran ini lebih menarik dimata dunia.

16
7.0:RUMUSAN

Secara kesimpulannya dapat saya rumuskan daripada kajian saya terhadap seni ukiran
adalah,penglibatan didalam seni ini tidak memerlukan kos yang tinggi, tempat yang
spesifik, dan peralatan yang khusus dan pebagai . Seni ukiran ini hanya memerlukan
pisau runcing yang tajam,buah-buahan dan sayur-sayuran serta boleh dilakukan
dimana-mana sahaja. Ianya hanya memerlukan daya tumpuan dan kesabaran yang
tinggi serta bakat seni dan keretiviti.

Setiap individu mempuyai bakat seni dan kretiviti yang berbeza. Hasil seni ukiran setiap
individu tidak akan sama bergantung kepada nilai seni dan kretiviti yang terdapat
didalam diri masing-masing. Ukiran ini juga boleh dilakukan oleh setiap individu sama
ada ianya seorang yang berbakat seni atau tidak. Bagi yang tidak mempuyai bakat
seni,usaha yang kuat dan berterusan serta permahatian yang tinggi haruslah di
peratikan,hal ini kerana ia dapat membantu mereka untuk menghasilkan seni ukiran
yang halus dan menarik. Individu yang mempuyai bakat seni,adalah merupakan insan
yang diberi kelebihan,bagaimanapun usaha yang berterusan juga diperlukan untuk
meningkatkan lagi kemahiran yang ada.

Sikap yang kretif dan inovasi serta keberanian mencuba sesuatu yang baru amat di
perlukan didalam bidang seni ukiran. Seni ukiran adalah sesuatu yang tidak terikat
dengan peraturan-peraturan yang khusus. Apa sahaja motif boleh diukir dan motif-motif
yang biasanya diukir berbentuk alam semula jadi seperti flora dan fauna. Ukiran ini
menjadikan motif tersebut seakan-akan seperti sebenar dan hidup.

Seni ukiran ini telah mendapat tempat dipelbagai peringkat sama ada didalam Negara
atau luar Negara. Seni ukiran juga turut dipertandingkan diperingkat antarabangsa. Hal
ini menunjukkan seni ukiran ini telah bejaya bertapak dan berkembang diserata dunia.
Kini ia bukan lagi khusus bagi golongaan tertentu sahaja,tetapi ia telah berkembang ke
semua lapisan masyarakat.

17
Pada masa kini terdapat pelbagai tempat yang menawarkan khimat seni ukiran sama
ada untuk tempahan atau pembelajaran. Pelbagai krusus ,kelas dan bengkel diadakan
untuk tujuan pengajaran seni ukiran ini. Selain itu kebanyakan IPTA dan IPTS didalam
dan diluar Negara turut menawarkan krusus-krusus seni ukiran ini yang tergolong
didalam seni kulinari.

Terdapat juga beberapa penubuhan yang ditubuhkan diperingkat negeri dan


antarabangsa yang memang khusus untuk seni ukiran buah-buahan dan sayur-sayuran
sebagai contoh AISFL "International Association of Carving Fruits and Vegetables".
Persatuan-persatuan ini bergiat aktif dalam mengajurkan pertandingan yang melibatkan
ukiran untuk mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi mencipta nama di peringkat
antarabangsa.

Jika pada satu ketika dahulu seni ukiran ini tidak mendapat tempat didalam masyarakat
dan di peringkat antarabangsa,tetapi kini ia telah menjadi kemestian dan turut
dipertandingkan di peringkat dunia disepanjang tahun. Setiap institusi yang
menwarakan krusus seni kulinari juga telah menjadikan seni ukiran sebagai salah satu
subjet teras didalam pembelajaran mereka.

Dapat saya merumuskan secara ringkasnya bahawa seni ukiran ini telah menjadi
kemestian didalam kehidupan kita seharian terutamanya didalam bidang masakkan dan
perhotelan. Seni ukiran ini merupakan satu medium penting untuk menjadikan sesuatu
makanan itu lebih menarik dan membuka selera sesiapa sahaja yang melihatnya.
Kehalusan ukiran dan kepelbagaian motif sama ada yang klasik atau modan
menjadikan ukiran ini lebih mewah dan bermutu tinggi serta mampu menaikkan taraf
sesebuah acara. Seni ukiran ini bukan lagi menjadi hobi atau minat tetapi ia juga telah
dikomensialkan diperingkat antarabangsa. Untuk tempahan ukiran buah dan ais bagi
sesebuah majlis mampu mencecah ribuan ringgit terutamanya ukiran ais. Hal ini
menunjukkan seni ukiran ini mempuyai nilai seni yang tersendiri dan mempuyai harga
yang mewah.

18
8.0:LAMPIRAN

Ukiran gabungan pelbagai motif seperti flora dan figura serta gabungan ukiran ais.

Ukiran bermotifkan figura manusia

Ukiran bermotifkan symbol sesebuah Negara

19
b

ukiran bermotifkan symbol keagaaan dan ketuhanan

Ukiran yang melibatkan gabungan tulisan dan flora serta tulisan dan figura

Ukiran yang bermotifkan fauna

20
Carrot rose Carnations White Lotus Cucumber

The Kiriboon Flower Chilli Anthodium Flower pumkin rose

Spring Onions leaf Cucumber leaf carrot leaf

21
9.0: RUJUKAN

I. Http://Watermelon-Sculpture.Com/Carvinggallery.Html
II. Http://Www.Thaicarving.Co.Uk/Html/History.Html
III. Http://World-Happing.Blogspot.Com/2010/01/Unbelievable-Art-With-Fruit.Html
IV. Http://Www.Fabulousfoods.Com/Index.Php?
Option=Com_Resource&Controller=Article&Category_Id=160&Article=18831
V. Http://Www.Thaicarving.Co.Uk/Html/Carnation.Html
VI. Http://Www.Saveur.Com/Gallery/Thai-Watermelon-Carving-How-To/19
VII. Http://Www.Thaicarving.Co.Uk/Html/Carrot_Leaf.Html
VIII. Http://Www.Templeofthai.Com/Fruit_Carving/Carving.Php
IX. Http://Www.Templeofthai.Com/Fruit_Carving/Carving_Vegetable_Carrot.Php
X. Http://Www.Stills4u.Com/2010/02/Carrot-Carving-Designs.Html

22

Anda mungkin juga menyukai