Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

15 APRIL 2022 (JUMAAT)


SK (1) SELAYANG BARU

ACARA ISI CATATAN

Pengumuman Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Para guru dan murid diminta bersedia kerana majlis akan


dimulakan sebentar lagi.

Ketibaan VIP ***KETIBAAN TETAMU

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Puan Dzuraini


binti Lamsin, Penolong Kanan Petang Sekolah
Kebangsaan (1) Selayang Baru, diiringi oleh Pn Nor Asiah
binti Mohd Zain Penyelaras Program Transisi Tahun 1 sesi
2022/2023.

Hadirin yang dihormati, sebagai tanda cinta akan negara


kita Malaysia, marilah sama-sama kita berdiri bagi
menyanyikan lagu Kebangsaan negara iaitu lagu
Negaraku.

Hadirin diminta bersedia.

***NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Ulik mayang nyanyian asli,


Dilagu si gadis merdu sekali,
Terima kasih sekalung budi,
Sudi datang ke majlis merai.

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera dan Salam Sebaru Sejiwa
Yang Berusaha Pn Dzuraini binti Lamsin
Penolong Kanan Petang Sekolah Kebangsaan (1)
Selayang Baru,

Yang Berusaha Pn Nor Asiah binti Md Zain,


Penyelaras Program Transisi merangkap Penyelaras
Tahun 1 Sekolah Kebangsaan (1) Selayang Baru,

Barisan Guru-guru Tahun 1,


Sekolah Kebangsaan (1) Selayang Baru

Seterusnya, Murid-murid Tahun 1 yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke Majlis Penutupan Program Transisi


Tahun 1 sesi 2022/2023. Terlebih dahulu marilah sama-
sama kita memanjatkan kesyukuran kerana dengan limpah
kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul untuk
meraikan Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1
tahun ini.

Bacaan Doa Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Hadirin hadirat yang dihormati,

Bagi memberkati majlis pada petang ini, marilah sama-


sama kita menadah tangan dengan penuh ketakwaan
untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh En
Khairul Arif bin Mad Hussain. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
***BACAAN DOA
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada oleh En
Khairul Arif atas pimpinan doa sebentar tadi.
Alu-aluan Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin
serta limpah rahmatNya kita diberikan kekuatan untuk
berhimpun dalam Majlis Penutupan Program Transisi
Tahun 1 sesi 2022/2023.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Program Transisi Tahun 1 telah mula diadakan pada April
2022 sehingga April 2022. Tujuan Program Transisi
Tahun 1 diadakan adalah untuk membantu kanak-kanak
menghadapi dan mengadaptasi perubahan daripada
pendidikan formal di rumah atau di tadika kepada
Pendidikan yang lebih formal di Tahun 1 sekolah rendah.
Dengan terlaksananya program ini, murid-murid diharapkan
telah dapat menyeseuaikan didi dengan persekitaran
sekolah, guru-guru, serta rakan-rakan baharu.
Perasmian Hadirin yang dihormati,

Tak molek jika alu tiada lesungnya,


Tak berguna jika paying tiada perahunya,
Tak lengkpalah juga majlis jika tiada yang berbiacara.

Untuk itu, marilah sama-sama kita mendengar ucapan


perasmian penutupan Program Transisi Tahun 1 sesi
2022/2023 yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha Pn
Dzuraini binti Lamsin, Penolong Kanan Petang Sk(1)
Selayang Baru. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn


Dzuraini binti Lamsin atas ucapan perasmian penutupan
sebentar tadi.
Persembahan Dari Kedah ke Kuala Perlis,
Singgah santai di tepi jeti,
Persembahan murid memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Kini, yang ditunggu-tunggu, marilah kita sama-sama


menyaksikan persembahan wakil murid Tahun 1. Mereka
akan mempersembahkan sebuah nyanyian lagu bertajuk
Kami Murid Baharu serta tarian lagu I am a Gummy Bear.

Dipersilakan.
Penyampaian Tahniah dan Syabas diucapkan kepada murid-murid atas
Hadiah
persembahan yang begitu menyeronokkan sebentar tadi!

Hadirin dan hadirat sekalian,


Majlis kini menjemput Pn Dzuraini binti Lamsin Penolong
Kanan Petang Sekolah Kebangsaan (1) Selayang Baru
diiringi oleh Pn Nor Asiah binti mad Zain untuk
menyampaikan hadiah kepada wakil murid Tahun1.

Dipersilakan wakil murid bagi kelas :


1 Eureka
1 Inkuri
1 Kreatif
1 Teknologi
1 Sistematik
1 Lestari

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


Yang Berusaha Puan Dzuraini binti Lamsin atas kesudian
beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi.
Penutup Hadirin dan hadirat sekalian,

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah sebentar tadi,


maka selesailah sudah majlis pada hari ini. Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat di atas segala sumbangan dan kerjasama
yang diberikan secara langsung mahupun tidak langsung
bagi menjayakan Majlis Penutupan Program Transisi
Tahun 1 sesi 2022/2023.

Delima selasih indah tersingkap


Hantaran bengkalis seri cahaya
Terima kasih tidak terungkap
Lantaran majlis lancar jaya.

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta.

Mewakili pihak jawatankuasa, majlis juga memohon ampun


dan maaf atas kelemahan yang tidak disengajakan
sepanjang majlis ini berlangsung sebentar tadi.

Sekian, Wabilahitaufikwahidayah.assalamualaikum w.b.t.

Sesi Bergambar Sebagai tanda kenangan, majlis menjemput Pn Dzuraini


binti Lamsin, barisan guru-guru serta murid-murid Tahun 1
untuk mengambil tempat bagi acara fotografi.

Anda mungkin juga menyukai