Anda di halaman 1dari 16

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS (BTPSE)

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2021

HBSC2203_V2

KAEDAH-KAEDAH MEMPELAJARI SAINS

NO. MATRIKULASI : 870406025312001


NO. KAD PENGNEALAN : 870406-02-5312
NO. TELEFON : 017-4975085
E-MEL : arisya8587@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : SUNGAI PETANI


LEARNING CENTRE

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN


1.0 PENGENALAN 3
2.0 PELAJAR PERLU MEMBINA HIPOTESIS 4-5
3.0 CARA MEMBINA HIPOTESIS
3.1 Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan
pemerhatian 6–8
3.2 Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan inferens
3.3 Menilai hipotesis
4.0 MEMBINA EKSPERIMEN 9 – 10
5.0 MEMBINA HIPOTESIS BERKAIT RAPAT

DENGAN KEMAHIRAN BERFIKIR


5.1 Meramal
5.2 Membeza dan Membanding 11 - 14

5.3 Mencirikan
5.4 Menghubungkaitkan
5.5 Menjana Idea
6.0 KESIMPULAN 15
7.0 RUJUKAN 16

2
1.0 PENGENALAN

Pada masa kini, pembelajaran sains tersebardan dipelajari ke seluruh pelusuk dunia.
Namun, mempelajari sains bukanlah seperti mempelajari subjek sejarah yang
menekankan kepada fakta semata-mata. Subjek ini, memerlukan penglibatan pelajar
yang aktif sebelum pelajar dapat menguasainya. Pendekatan inkuiri saintifik yang
ditekankan dalam proses pebelajaran merupakan satu kaedah yang memerlukan
penglibatan aktif pelajar dan biasanya dilakukan secara amali (Ting, Choo Yee &
Mohammad Yusof, 2001). Sebagai pelajar sains, mereka haruslah mempunyai
pengetahuan yang secukupnya mengenai sesuatu fenomena sains itu, mempraktikkan
kemahiran-kemahiran sains di dalam makmal .
Menurut Yeong (1995), pendidikan sains bukanlah pengetahuan semata-mata, malahan
ia merupakan satu teknik penyoalan dan pemahaman terhadap alam sekitar yang
hanya akan dilakukan dengan cara yang sistematik sahaja. Mohd Salleh (2000) pula
mendefinisikan pendidikan sains sebagai satu proses pembelajaran yang
menggunakan pendekatan inkuiri penemuan dalam stategi pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Sains turut dibayangkan sebagai satu proses yang logik atau satu
kaedah yang spesifik sebagai langkah untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang
tercipta (Larry, 1997).
Pendidikan Sains di Malaysia, sama ada di peringkat rendah mahupun di peringkat
menengah, adalah berteraskan falsafah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), iaitu melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk mencapai matlamat ini,
pendidikan sains dirancang untuk memberi penekanan ke atas kesepaduan antara ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni.
Sains adalah suatu susunan ilmu pengetahuan hasil daripada kajian yang sistematik
tentang alam. Ilmu ini sentiasa berkembang. Untuk penyelidikan sains, lapan kemahiran
proses sains asas dan enam kemahiran proses sains intergrasi diperlukan. Semua
kemahiran ini boleh diperoleh melalui pembelajaran sains secara aktif.
Kajian sains adalah berasaskan pemerhatian terhadap fenomenon semula jadi. Tujuan
pemerhatian adalah untuk mendapatkan data yang kemudiannya diorganais dalam
bentuk yang bermakna dan dibincangkan. Hasil perbincangan membolehkan kita
membuat generalisasi tentang fenomenon yang dikaji itu.

3
2.0 PELAJAR PERLU MEMBINA HIPOTESIS
.

Membuat inferens ialah proses membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang
mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau
pemerhatian. Kemahiran membuat inferens ini juga menggunakan pengalaman lepas
atau himpunan data terdahulu kearah membuat kesimpulan dan membuat penerangan
terhadap apa yang telah berlaku. Ringkasnya membuat inferens ialah penerangan
terhadap pemerhatian.
Lazimnya, proses membuat inferens ini sering menggunakan perkataan sebab dan
kerana. Dalam satu pemerhatain, inferens mungkin lebih daripada satu dihasilkan.
Terdapat tiga jenis inferens iaitu inferens bebas, inferens terkawal dan inferens jitu.
Inferens bebas memberikan penerangan munasabah terhadap pemerhatian. Manakala
inferens terkawal pula adalam penerangan yang munasabah tentang pemerhatian
berdasarkan satu ransangan yang diberi. Inferens jitu pula adalah pernyataan inferens
yang tepat dengan menyatakan pemerhatian tambahan.
Dalam sains, hipotesis adalah sebahagian daripada kaedah saintifik. Ini adalah ramalan
atau penjelasan yang diuji oleh eksperimen. Dalam penggunaan umum, hipotesis
hanyalah penjelasan atau ramalan yang dicadangkan, yang mungkin atau mungkin
tidak diuji.
Percubaan biasanya bermula dengan masalah yang perlu diselesaikan, soalan yang
memerlukan jawapan atau keputusan yang perlu dibuat. Eksperimen dilakukan untuk
tentukan sama ada wujud hubungan sebab-akibat antara pembolehubah. Jika dengan
sengaja menukar satu pembolehubah dalam eksperimen, yang lain mungkin berubah
sebagai jawapan atau keputusan sebaliknya.
Sebelum menjalankan eksperimen, pelajar perlu merumuskan hipotesis pertama.
Merumus hipotesis melibatkan mengajukan soalan tentang pemerhatian. Hipotesis ialah
pernyataan tentatif yang mencadangkan penjelasan yang mungkin kepada sesuatu
fenomena atau kejadian yang kemudiannya boleh dibuktikan dengan melakukan
penyiasatan.
Hipotesis ialah ramalan tentang hubungan antara pembolehubah. Jadi jika dimulakan
percubaan dengan hipotesis, ia akan membimbing tentang data yang hendak
dikehendaki dan mampu untuk hipotesis menumpukan pada spesifik berkaitan. Ia
mengehadkan fokus kepada hanya dua perkara pada satu masa, pembolehubah
manipulatif dan bergerak balas.
Tambahan pula, ia boleh membuat kesimpulan logik jika melihat hipotesis sekali lagi.
Hipotesis selalunya berdasarkan pengalaman lalu, maklumat yang diperoleh daripada
pengetahuan sedia ada dan tekaan terbaik. Sebagai contoh :

4
 Lampu suluh berhenti berfungsi semasa perjalanan perkhemahan. Itu adalah
pemerhatian. Hipotesis yang munasabah berdasarkan pengalaman lepas adalah
bahawa kehabisan bateri dalam lampu suluh. Hipotesis membolehkan membuat
ramalan. Ramalan inilah yang diuji untuk membuktikannya.
Kemahiran proses sains (KPS) merupakan nadi bagi pembelajaran sains. Maka, pelajar
mestilah menguasai kemahiran ini. Kemahiran ini bermula daripada kemahiran yang
mudah dan kemudiannya berkembang kepada kemahiran yang lebih kompleks. Di
dalam kemahiran membuat hipotesis, pelajar yang lemah dalam mengenalpasti
pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas akan gagal membina hipotesis. Ini
kerana kemahiran membina hipotesis merupakan gabungan daripada dua
pembolehubah ini.
KPS saling berkait antara satu sama lain dan jika tidak menguasai kemahiran ini
sepenuhnya maka sukar untuk membezakan antara satu kemahiran dengan satu
kemahiran yang lain. Contohnya pelajar sering terkeliru antara kemahiran membuat
ramalan dan juga kemahiran membuat inferens. Maka ini akan menjadikan beban
kepada mereka untuk membezakan antara dua kemahiran ini. Untuk mengkaji tahap
peguasaan KPS, pengkaji telah memutuskan untuk membuat penyelidikan mengenai
dua jenis kemahiran sahaja agar tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada kajian
ini. Dua kemahiran yang dikaji dalam kajian ini ialah kemahiran membuat hipotesis dan
juga kemahiran mendefinisi secara operasi.
Kemahiran membina hipotesis bergantung kepada kebolehan dalam :
i. Membuat pemerhatian yang tepat dan menerangkannya secara terperinci atau
merekodkan pemerhatian dalam bentuk gambar rajah, jadual dan graf.
ii. Mentafsir inferens dan data secara tepat
iii. Mengenalpasti pola, ciri-ciri sepunya dan 'trend' dalam maklumat
iv. Membuat penerangan tentang pemerhatian, inferens dan data
v. Memberi sebab yang munasabah terhadap setiap hipotesis
vi. Merancang dan menjalankan eksperimen untuk setiap hipotesis
vii. Membanding dan membeza data yang menyokong dan tidak menyokong
sesuatu hipotesis
viii. Menyemak hipotesis dengan dapatan ujikaji
ix. Membezakan inferens daripada hipotesis

5
3.0 CARA MEMBINA HIPOTESIS

Hipotesis adalah pernyataan tentatif tentang hubungan antara dua atau


lebih pembolehubah . Ia adalah ramalan khusus yang boleh diuji mengenai apa yang
anda jangkakan berlaku dalam sesuatu kajian. Sebagai contoh, kajian yang dirancang
untuk melihat hubungan antara kekurangan tidur dan prestasi ujian mungkin
mempunyai hipotesis yang menyatakan, "Kajian ini direka untuk menilai hipotesis
bahawa orang yang kurang tidur akan melakukan lebih buruk pada ujian daripada
individu yang tidak tidur dilucutkan".

Dalam kaedah saintifik, sama ada ia melibatkan penyelidikan dalam psikologi, biologi,
atau kawasan lain, hipotesis menggambarkan apa yang difikirkan oleh penyelidik dalam
percubaan. Kaedah saintifik melibatkan langkah-langkah berikut:
 Membentuk soalan
 Melaksanakan penyelidikan latar belakang
 Mewujudkan hipotesis
 Merancang eksperimen
 Mengumpul data
 Menganalisis keputusan
 Membuat kesimpulan
 Berkomunikasi dengan hasilnya
Hipotesis adalah apa yang diramal para penyelidik hubungan antara dua atau lebih
pembolehubah, tetapi ia melibatkan lebih dari satu teka-teki. Kebanyakan masa,
hipotesis bermula dengan soalan yang kemudiannya diterokai melalui penyelidikan latar
belakang. Hanya pada ketika ini para penyelidik mula membangun hipotesis yang boleh
diuji.
Dalam kajian yang meneroka kesan-kesan ubat tertentu, hipotesis mungkin adalah
bahawa penyelidik mengharapkan ubat mempunyai beberapa jenis kesan pada gejala-
gejala penyakit tertentu.
Dalam psikologi, hipotesis mungkin memberi tumpuan kepada bagaimana aspek
tertentu alam sekitar mungkin mempengaruhi perilaku tertentu.
Kecuali apabila membuat kajian yang bersifat eksplorasi, hipotesis harus selalu
menerangkan apa yang diharapkan berlaku semasa percubaan atau penyelidikan.
Hipotesis tidak semestinya betul. Walaupun hipotesis meramalkan apa yang diharapkan
oleh para penyelidik, matlamat penyelidikan adalah untuk menentukan sama ada
tekaan ini betul atau salah. Apabila menjalankan eksperimen, penyelidik mungkin
meneroka beberapa faktor untuk menentukan mana yang mungkin menyumbang
kepada hasil akhir. Sebagai contoh, dalam banyak kes, penyelidik mungkin mendapati
bahawa hasil eksperimen tidak menyokong hipotesis asal. Apabila menulis keputusan

6
ini, penyelidik mungkin mencadangkan pilihan lain yang perlu diterokai dalam kajian
masa depan.
3.1 Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian
Pemerhatian bahawa gula pasir larut lebih cepat di dalam air panas
berbanding air sejuk. Daripada pemerhatian tersebut, mungkin membina hipotesis:

"Semua bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panas
 berbanding air sejuk"

Hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian perlu diuji berkali-kali dengan


menggunakan pelbagai bahan untuk menetusahkan hipotesis tersebut. Bahan yang
diketahui larut dalam air dimasukkan dalam bekas berisi air panas dan bekas berisi
air sejuk. Masa untuk melarut dicatat. Jika masa untuk melarut dalam air panas sama
dengan atau lebih lama daripada masa melarut di dalam air sejuk, maka hipotesis tidak
disokong  oleh dapatan eksperimen. Hipotesis perlu diubahsuai atau diganti baru
seperti :

"Kebanyakan bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panas
berbanding air sejuk"
3.2 Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan inferens
Sebatang paku dililit dengan dawai bergelung yang dipasang pada bekalan elektrik.
Apabila arus mengalir di dalam dawai bergelung, paku itu dapat menarik klip kertas.
Jika bilangan lilitan ditambah bilangan kertas klip yang melekat pada paku turut
bertambah. Inferens yang mungkin anda buat ialah apabila bilangan lilitan gegelung
bertambah, lebih banyak klip kertas yang ditarik oleh paku kerana kekuatan medan
elektromagnet paku juga bertambah. Hipotesis yang dapat dibina berdasarkan inferens
ialah :

"Semakin banyak lilitan gegelung semakin kuat medan elektromagnet terhasil pada
paku."

Seterusnya hipotesis ini diuji untuk mendapatkan data yang akan menyokong
atau menyangkal hipotesis tersebut.

7
3.3 Menilai hipotesis

Bandingkan hasil eksperimen dengan hipotesis yang dibina. Jika dapatan eksperimen
menyokong hipotesis, maka hipotesis itu boleh diterima. Jika sebaliknya hipotesis
tersebut perlu diubahsuai atau diganti dengan yang baru. Contohnya :

Menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi masa untuk memasak kentang.Antara


faktor dan hipotesis yang boleh uji ialah masa,saiz kentang ,jenis periuk,dan proses
pembakaran.

8
4.0 MEMBINA EKSPERIMEN

Aktiviti makmal merupakan satu kemestian dalam pendidikan sains. Kaedah makmal
adalah satu-satunya kaedah yang melatih pelajar menguasai kemahiran saintifik,
khususnya melalui aktiviti amali atau eksperimen. Tumpuan diberikan kepada strategi
pelaksanaan kaedah eksperimen dan demonstrasi kerana lazimya, kedua-dua kaedah
inilah yang dominan digunakan oleh guru semasa mengajar di dalam makmal.
Dalam tugasan yang diberi, saya diminta untuk mencadangkan satu eksperimen
saintifik yang memerlukan pembinaan hipotesis yang munasabah. Saya mengambil
eksperimen sains tahun 5 sekolah rendah iaitu “Menghasilkan Buih Sabun Gergasi”.
 Tujuan
Mengkaji hubungan antara kuantiti gliserin dengan tempoh yang diambil oleh buih
sabun untuk pecah.
 Penyataan Masalah
Adakah kuantiti gliserin mempengaruhi tempoh yang diambil oleh buih sabun untuk
pecah?
 Hipotesis
Semakin bertambah kuantiti gliserin, semakin bertambah tempoh yang diambil oleh
buih sabun untuk pecah.
 Menentukan Pemboleh Ubah
Dimanupulasikan : Kuantiti gliserin
Bergerak balas : Tempoh yang diambil oleh buih sabun untuk pecah
Dimalarkan : Jenis cecair pencuci, isi padu air, saiz buih sabun yang terhasil dan
kelajuan angina di persekitaran.

 Alat dan bahan


Gogal keselamatan, slinder penyukat, jam randik, bekas plastic bersama-sama
penutup, penyedut minuman, sudu besar, air, cecair pencuci pinggan dan gliserin.
 Langkah-langkah
a) Lakukan eksperimen di kawasan yang kurang berangin
b) Pakai gogal keselamatan untuk melindungi mata
c) Sediakan larutan sabun dengan menggunakan 200ml air dan 50ml cecair
pencuci pinggan. Kemudian, aduk rata larutan tersebut tanpa menghasilkan buih.

9
d) Tambahkan satu sudu besar gliserin ke dalam larutan sabun. Aduk rata larutan
tersebut tanpa menghasilkan buih.
e) Biarkan larutan tersebut selama empat jam pada suhu bilik.
f) Celupkan penyedut minuman ke dalam larutan dan letakkan bahagian hujung
penyedut minuman pada penutup bekas plastic.
g) Tiup hingga buih memenuhi permukaan penutup bekas plastic. Setelah itu,
mulakan jam randik dengan serta-merta.
h) Catatkan tempoh yang diambil oleh buih sabun untuk pecah ke dalam jadual.
Ulang langkah (c) hingga langkah (h) dengan menambahkan tiga sudu besar gliserin
dan lima sudu besar gliserin ke dalam setiap larutan sabun.
 Data
Tempoh yang diambil oleh buih sabun
Kuantiti gliserin (sudu besar)
untuk pecah (saat)
1 45
3 120
5 145

 Mentafsir data
a) Berdasarkan kuantiti gliserin yang digunakan dalam eksperimen ini, sebanyak -
lima sudu besar gliserin diperlukan untuk menghasilkan buih sabun yang paling
lambat pecah.
b) Tempoh yang diambil oleh buih sabun untuk pecah adalah selama 145 saat.

 Kesimpulan
a) Hipotesis (diterima / tidak diterima)
b) Semakin bertambah kuantiti gliserin, semakin bertambah tempoh yang diambil
oleh buih sabun untuk pecah.

10
5.0 MEMBINA HIPOTESIS BERKAIT RAPAT DENGAN KEMAHIRAN
BERFIKIR

Menurut Kamus Dewan, fikir bermaksud akal atau keupayaan untuk berfikir manakala
berfikir mengikut terjemahan kamus dewan pula bererti menggunakan akal untuk
menyelesaikan sesuatu.Jadi dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran berfikir ialah
kemahiran menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu.
M.Najib (1959), definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana
kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran
tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh bersetuju
bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikir adalah potensi yang dimiliki oleh seseorang untuk menyelesaikan
persoalan dalam pelbagai cara. Kepelbagaian ini menghasilkan lebih daripada satu
jawapan yang diterima. Kemahiran berfikir yang digunakan dalam hipotesis seperti
meramal, membeza dan membanding, mencirikan, menghubungkait dan menjana idea.
5.1 Meramal
Merupakan sejenis kemahiran berfikir yang membolehkan pelajar membuat jangkaan
terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang
berdasarkan bukti dan maklumat tertentu. Aktiviti membuat ramalan pula akan
dilakukan sekiranya pelajar hendak memilih tindakan yang sesuai dengan perkara yang
diandaikan akan berlaku dan mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu perkara.
Contohnya :
Pelajar menggunakan kemahiran meramal :
 Menggunakan maklumat semasa dan yang telah lepas untuk menjangka apa
yang akan berlaku
 Boleh membezakan antara meramal dan meneka, dapat menjangka kesan
akibat daripada tindakan yang diambil
 Mengesan pola-pola untuk menjangka yang seterusnya.
 Yakin dengan ketepatan jangkaan yang dibuat.
 Dapat menjangka dan menghuraikan kejadian yang akan berlaku berdasarkan
bukti dan kejadian lampau.
 Berhati-hati dalam membuat andaian menjangkau bukti yang ada hanya
berdasarkan pola-pola data.
 Mengekstrapolasi sebagai alat untuk mendapatkan data dalam meramal.

11
5.2 Membeza dan Membanding

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan
unsur sesuatu objek atau peristiwa.
Kemahiran ini digunakan apabila :
a) Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan.
b) Membuat pilihan atau keputusan.

Penerangan Aktiviti:
i. Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa objek.
ii. Kenal pasti satu daripada ciri objek itu.
iii. Tentukan sama ada objek yang lain mempunyai ciri yang sama.
iv. Nyatakan ciri itu sama atau berbeza.

Contoh Aktiviti :
 Perhatikan haiwan siput dan objek kipas.
 Cari persamaan dan perbezaan ciri antara siput dan kipas seperti bergerak,
bernafas, memerlukan air dan makanan, membesar dan membiak.
 Gunakan peta pemikiran buih berganda untuk membandingkan dan
membezakan :
a) Lukis dua bulatan yang bertindih.
b) Rekodkan ciri siput dalam bulatan A
c) Rekodkan ciri kipas dalam bulatan B.
d) Jika ciri siput sama dengan kipas, rekod ciri dalam kawasan bertindih antara
dua bulatan.

5.3 Mencirikan

Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.
Kemahiran ini digunakan untuk:
a) Mendefinisikan konsep atau item.
b) Mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.

Penerangan Aktiviti:
i. Tumpukan perhatian kepada item atau konsep secara menyeluruh.
ii. Kenal pasti ciri.

Contoh Aktiviti :
 Lihat gambar yang diberikan (Gambar seorang manusia). Tuliskan bahagian
tubuh yang terdapat pada manusia tersebut.

 Gunakan peta pemikiran seperti peta bulatan untuk membantu mencirikan,


seperti :
a) Lukiskan satu bulatan besar.
b)Tuliskan bahagian tubuh manusia dalam bulatan besar tersebut.
c) Lukiskan bulatan kecil di sekeliling bulatan besar.

12
d) Tuliskan bahagian tubuh manusia yang ada pada setiap bulatan kecil.

5.4 Menghubungkaitkan

Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.


Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat hipotesis,
membuat kesimpulan dan mengitlak.

Penerangan Aktiviti:
i. Kenal pasti jenis tumbuhan.
ii. Buat analisis tentang situasi cara pancaran biji benih atau buahnya.
iii. Kenal pasti aspek yang boleh dihubung kaitkan
iv. Buat pernyataan tentang perkaitan.

Contoh Aktiviti :
Tumbuhan memencarkan biji benih atau buah melalui pelbagai cara untuk memastikan
kemandirian spesisnya. Sebagai contoh pokok keembung dan induknya di kaji untuk
mengetahui cara tumbuhan memencarkan biji benih atau buahnya :
a) Bincangkan hubungkait antara ciri biji benih dengan cara pancaran.
b) Bina peta pemikiran yang sesuai untuk pengurusan grafik.
c) Paparkan hasil kerja.
d) Bentang hasil kerja.

5.5 Menjana Idea

Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara.
Kemahiran ini digunakan apabila:
a) Mencari idea baru.
b) Mencari alternatif.

Penerangan Aktiviti:
i. Tetapkan tajuk perbincangan.
ii. Senaraikan semua idea yang dikemukakan.
iii. Renung kembali idea yang dikemukakan.
iv. Tambah lagi idea yang boleh difikirkan.
v. Hubung kaitkan idea-idea yang telah disumbangkan.

Contoh Aktiviti :
Di sekolah, terdapat banyak bahan buangan pepejal. Pelajar dikehendaki
menguruskan bahan buangan ini secara sistematik dan berfaedah.

a) Tetapkan tajuk perbincangan :


Cara menguruskan bahan buangan di sekolah secara sistematik dan berfaedah.

b) Senaraikan semua idea yang dikemukakan tanpa menilai atau menolak :


I. Kitar Semula

13
II. Bakar bahan yang tidak dapat dikitar semula.
III. Membuang bahan ke dalam tong sampah.
IV. Mengumpul mengikut kelas
V. Kambus sisa buangan yang tidak dapat dikitar semula.
VI. Menjual pada tempat kitar semula
VII. Mengadakan pertandingan reka cipta antara kelas dengan menggunakan
bahan terpakai

c) Imbas kembali idea yang telah dikemukakan. Setelah semua idea dicatatkan, idea-
idea itu perlu dinilai, disaring, diubahsuai atau dibuang mengikut keperluan.

d) Tambah idea lain dan hubung kaitkan idea-idea yang disumbangkan.

14
6.0 KESIMPULAN
            

Di Malaysia, Kurikulum Sains Sekolah Rendah adalah menggunakan strategi


penyelidikan terarah. Melalui inkuiri, pelajar dibimbing untuk menjalankan proses sains
tersebut. Strategi ini adalah untuk menyediakn pelajar untuk lebih menguasai
kemahiran proses sains peringkat tinggi seperti membuat inferens, membuat ramalan
dan penggunaan perhubungan ruang-masa. Proses ini amat bernilai dalam pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran sains.
            Justeru itu, kajian ini menyingkap tahap pencapaian kemahiran proses sains
pelajar. Ini dapat membantu guru untuk memberikan peluang kepada pelajar
menguasai proses sains ini semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan
kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan
komponen kemahiran saintifik. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran
proses sains asas dan kemahiran proses asas bersepadu.
            Selain daripada itu, memberikan peluang kepada pelajar untuk menigkatkan lagi
usaha dalam mendapatkan pengetahuan sains memlalui proses sains tersebut. Dengan
cara ini, pelajar mampu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Pengajaran sains
adalah seperti mengajar mengenai sesuatu yang wujud disekeliling kita. Manusia
mempunyai perasaan ingi tahu lebih-lebih lagi terhadap apa saja yang ada disekeliling
mereka. Perasaan inilah yang menjadikan manusia suka mengkaji dan menggunakan
pengetahuan tersebut untuk kesejahteraan hidup. Perasaan inkuiri ini akhirnya akan
membawa kepada penemuan demi penemuan. Perasaan inkuiri yang hadir dalam diri
pelajar sejak lahir perlu diperkembangkan dalam proses mencari  jawapan ataupun
penemuan. Mencari jawapan dalam sains melibatkan proses membina pengetahuan
atau konstruktif. Konstruktif merujuk bagaimana individu membina pengetahuan sendiri
dan bukan hanya menerima pengetahuan orang.

15
7.0 RUJUKAN

 Azizah Ngah Tasir, April 2015, HBSC2203_V2, Open University Malaysia.


 Siti Roha binti Abd Karim, 2020, Sains Tahun 5, Cheras, Kuala Lumpur,
Penerbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Alias bin Puteh, 2016, Sains Tahun 1, Batu Caves, Kuala Lumpur, Penerbitan :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Dr.Mohamed bin Abu Bakar, April 2019, DSKP Sains Tahun 5,
http://online.anyflip.com/ittl/gsyk/mobile/index.html
 Dr.Sharifah Maimunah binti Syed Zin, April 2002, Kemahiran Berfikir Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran,
https://afiqekie.files.wordpress.com/2012/12/kemahiran-berfikir.pdf
 Manniseh Yakun, Mac 2013, Kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir
serta pencapaian kimia pelajar Tingkatan Empat,
http://omisay.blogspot.com/2013/03/kemahiran-proses-sains-dan-kemahiran.html

16

Anda mungkin juga menyukai