Anda di halaman 1dari 3

SD0309 LECTURE 2 ISNIN 16/8/2021

MAQASID SYARIAH (DEFINISI)

MAQASID DAN MASLAHAH

● Istilah Maqasid dan Maslahah sering digunakan secara berselang-seli (interchangeably) untuk satu
maksud yang sama.

● Antara contoh kitab yang menggunakan kaedah ini adalah Dhawabith al-Maslahah fi al-Shari’ah al-
Islamiyyah karangan Almarhum Syeikh Sa’id Ramadhan al-Buthi.

○ Beliau menetapkan bahawa; antara dhawabith (parameter) yang harus digunakan sebagai
neraca untuk menimbang samada sesuatu maslahah itu adalah bersifat mu’tabar, mulghah,
atau mursalah; ialah melihat samada ia terkandung di dalam prinsip-prinsip Maqasid Syari’ah
ataupun tidak.

● Selain itu juga, boleh dikatakan juga bahawa Maqasid Syari’ah merupakan lanjutan dan pengembangan
konsep al-maslahah al-mursalah dalam ‘ilmu Usul Fiqh.

○ Ia merupakan salah satu dalil yang tidak disepakati keabsahannya (‫ )الدليل المختلف فيها‬dimana ia
dianggap sebagai hujjah yang sah disisi mazhab Maliki, namun ia ditolak oleh mazhab Syafie.

● Maslahah juga merupakan elemen utama dalam perbahasan Maqasid dimana tahqiq al-maslahah
merupakan tujuan tertinggi syari’at itu sendiri.

○ Seperti yang disebut oleh al-Imam as-Syathibi:

ِ ‫ح ْال ِعبَا ِد ِفي ْال َع‬


‫اج ِل َواآْل ِج ِل َمعًا‬ َ ‫َأنَّ َوضْ َع ال َّش َراِئ ِع ِإنَّ َما ه َُو لِ َم‬
ِ ِ‫صال‬

“Sesungguhnya syari’at itu ditetapkan hanyalah untuk kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat.” (Rujuk
Al-Muwafaqat, 2/9)

KEPERLUAN MENGUASAI MAQASID SYARIAH

1. Dr. Ahmad ar-Raysouni menganggap penguasaan ‘ilmu Maqasid sebagai satu kewajipan kepada setiap
faqih:

‫أن المقاصد الزمة للفقيه في جميع المناحي والوجوه االجتهادية‬

“Sesungguhnya (pengetahuan berkenaan) Maqasid Syari’ah adalah satu keperluan kepada para fuqaha’ dalam
segenap segi dan wajah ijtihad.” (Rujuk Muhadharat fi Maqasid as-Syari’ah, hal. 104)

2. Dr. Nuruddin bin Mukhtar al-Khadimiy menyatakan:

‫ فارغا من كل دالئله وأهدافه‬،‫ وإال ظل الفقه كيانا بدون روح‬،‫فهي ضرورية الزمة للفقيه وغيره كضرورة النصوص نفسها‬

“Ia (Maqasid Syari’ah) merupakan satu perkara yang wajib dikuasai oleh para fuqaha’ dan selain mereka
sepertimana keperluan menguasai nas-nas syara’ itu sendiri. Jika tidak, ‘ilmu fiqh akan menjadi tanpa roh dan
jiwa, kontang tanpa dala’il dan tujuan.” (Rujuk al-Ijtihad al-Maqasidiy, 1/65)
DEFINISI MAQASID

● Sudut Bahasa:
○ Perkataan maqasid dari sudut bahasa merupakan jamak (‫)ج ْمع‬ َ kepada perkataan maqsad (‫صد‬ َ ‫) َم ْق‬
iaitu masdar mimiy (‫) ِمي ِمي‬. Diambil dari kata kerja Qa Sa Da (َ‫صد‬
َ َ ‫ق‬) yang membawa maksud
pegangan, punca, sasaran, kelurusan, keadilan dan kesederhanaan. (Muhammad Ibn Manzur,
(t.t), Lisan al-‘Arab, Beirut : Dar Sadir, jld. 3, hlm. 353.)

○ Dengan lain perkataan, istilah ini merujuk kepada maksud objektif yang membawa erti
berasaskan kenyataan atau fakta sebenar.

DEFINISI SYARIAH

● Syariah berasal daripada perkataan syara’a ‫ ش ََر َع‬yang bermaksud sumber air yang tidak pernah putus
dan terus mengalir.

● Dari segi istilah, ia merangkumi keseluruhan apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat
manusia melalui Rasul-Nya nabi Muhammad SAW

MAQASID SYARIAH SEBAGAI SATU ISTILAH

● Maqasid syariah merupakan istilah yang mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri. Sama
seperti perkembangan ilmu-ilmu Islam yang lain, seperti ilmu fiqh dan usul fiqh.

○ Istilah ini mengalami perkembangan dari satu period ke satu period di mana pada peringkat
awalnya ia tidak menonjol sebagai satu bidang yang tersendiri sehinggalah ke zaman
kemuncaknya di zaman Shatibi, ilmu ini masih juga belum dikonsepkan dengan satu huraian
yang lengkap.

○ Namun, ulama mutakhir memberanikan diri untuk memberikan konsep maqasid syariah serta
huraiannya dengan panjang lebar di samping menjadikannya sebagai satu disiplin ilmu yang
tersusun.

1. Sheikh Ibn ‘Asyur (1393 H) mendefinisikan maqasid ‘ammah sebagai:

“Pengertian-pengertian dan hikmah-hikmah yang dititikberatkan dalam semua atau


sebahagian besar perundangan Islam. Ia tidak hanya dikhususkan kepada hukum-hukum tertentu sahaja.”

Beliau menyebut dan menerangkan maqasid ‘ammah ini sebagai memelihara


peraturan, mendapatkan kebaikan, menolak keburukkan, menyamaratakan semua manusia, memartabatkan
syariah, memperteguhkan umat dan sebagainya.

Beliau mendefinisikan maqasid khassah sebagai metode-metode yang digunakan oleh syari’ untuk
merealisasikan objektif manusia yang bermanfaat atau untuk memelihara kepentingan umum mereka dalam
urusan personal mereka.

Ini termasuklah setiap hikmah yang dipelihara dalam pertasyriatan hukum yang
berhubung dengan tindak tanduk manusia,
Contohnya: tujuan perjanjian dalam kontrak Al-rahnu (gadaian), mendirikan sistem rumah tangga dan
kekeluargaan dalam akad perkahwinan mendapat kebaikan.

Dan begitu juga pensyariatan talak adalah bagi menolak kemudharatan yang berterusan.

2. ‘Ilal al-Fasi (1394 H) menghimpunkan objektif syariat am dan khas dalam definisi:

“Matlamat syariat dan rahsia-rahsia pensyariatan setiap hukum yang ditentukan oleh Allah”

Konsep ini merangkumi objektif umum dalam frasa yang pertama iaitu (matlamat syariat) dan objektif khusus
iaitu dalam frasa kedua.

Dari segi pengertian Syarak, para ulama usul fiqh telah mentakrifkan bahawa maqasid al-syariah adalah
merupakan “makna dan tujuan yang dikehendaki syara’ dalam mensyariatkan sesuatu hukum bagi
kemaslahatan umat manusia.”

3. Al-Raisuni mendefinisikan maqasid syariah sebagai:

“Matlamat-matlamat yang diletakkan syariat untuk merealisasikan kemaslahatan umat manusia”

4. Dr. Wahbah al-Zuhaili mendefinisikan maqasid al-syariah sebagai:

“Tujuan yang dititikberatkan dalam semua hukum atau sebahagian besarnya atau ialah matlamat dari syariat
dan rahsia-rahsia yang diletakkan oleh syari’ dalam setiap hukum”

5. Al-Yubi pula mendefinisikan maqasid syariah sebagai:

“makna-makna dan hikmat-hikmat dan seumpamanya yang syarak memeliharanya dalam pensyariatan sama
ada secara umum atau khusus untuk merealisasikan kemaslahatan umat manusia”

6. Menurut Izzuddin Ibn Abdul Salam, majoriti kemaslahatan dunia dan keburukannya
diketahui dengan akal, sepertimana juga kebanyakan syariat

Anda mungkin juga menyukai