Anda di halaman 1dari 18

1

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK UNTUK MEMUPUK


MINAT MURID TERHADAP SAINS

Oleh
Doris Wong Ping, Tang Kui Hung
SJK (C) Min Daik

ABSTRAK

Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti masalah dalam pendidikan sains di sekolah dan
membantu mengatasinya. Kurangnya minat pelajar terhadap mata pelajaran sains telah dikenal pasti sebagai
masalah utama di sekolah yang dipilih. Dari itu, penyelidik telah mencadangkan aktiviti pembelajaran dengan
menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) sebagai langkah untuk menarik minat pelajar
terhadap mata pelajaran sains. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 29 orang murid tahun 5 dan tahun
3 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Min Daik, Bintangor, Sarawak. Kajian ini dilaksanakan dengan
menjalankan projek penanaman sayur dengan menggunakan enzim dan juga hidroponik.. Kaedah pengumpulan
data adalah temubual separa berstruktur ke atas murid, soal selidik, serta melalui pemerhatian. Data dianalisis
secara deskriptif. Dapatan menunjukkan kaedah PBP telah memberi kesan positif dari segi peningkatan tahap
minat dan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran sains. Penelitian ini memberi peluang kepada guru
untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui penggunaan kaedah pembelajaran
berasaskan projek (PBP). Pembelajaran berasaskan projek ini menekankan pembelajaran terbuka,
pembelajaran kendiri dan pembelajaran kolaboratif dimana ia membenarkan murid untuk belajar secara
berkumpulan dan berinteraksi dengan rakan untuk menghasilkan produk/artifak sebagai hasil pembelajaran
mereka. Peranan guru adalah sebagai fasilitator. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan kaedah
pembelajaran berasaskan projek pertandingan ini dapat meningkatkan minat pelajar terhadap sains. Inovasi
dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran sains ini diharapkan dapat membentuk generasi akan datang
yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam bidang sains dan teknologi serta memiliki kemahiran abad ke-21.

Kata Kunci : Pembelajaran Berasaskan Projek , Minat Pelajar, Produk/Artifak,


Kolaboratif, Kemahiran Abad Ke-21.

PENDAHULUAN

Pembelajaran berasaskan projek (PBP) diasaskan oleh pendekatan teori pembelajaran


konstruktivis oleh Piaget (1953), Vygotsky (1962) dan Bandura (1977), pembelajaran melalui
pengalaman oleh Dewey (1938) dan teori constructionisme oleh Papert (1980). Kaedah
pembelajaran yang diinspirasikan oleh Papert ini memerlukan pelajar membina model mental
untuk memahami dunia persekitaran mereka. Walau bagaimanapun, pembelajaran yang
efektif berlaku apabila pelajar menghasilkan produk/artifak sebagai hasil pembelajaran
mereka. Teknologi yang diintegrasikan dengan pembelajaran bertindak sebagai alat untuk
menghasilkan produk akhir proses pembelajaran hasil daripada perbincangan bersama rakan-
rakan serta bimbingan daripada guru. PBP merupakan sejenis pembelajaran inkuiri yang
bersifat terbuka dan dimotivasikan oleh perasaan ingin tahu pelajar (Stephanie 2010). Melalui
PBP pelajar terdorong untuk mencari jawapan kepada persoalan mencabar yang melibatkan
teori dan prinsip dalam sesuatu disiplin ilmu (Thomas 2000).
PBP telah terbukti sebagai satu kaedah terbaik yang boleh digunakan oleh guru untuk
meningkatkan impak pembelajaran. Terdapat pelbagai istilah yang digunakan oleh pengkaji
untuk menerangkan ciri-ciri PBP. Antaranya PBP adalah suatu model instructional yang
menggunakan kemahiran spesifik untuk menghasilkan produk yang autentik (Harel & Papert
1991; Blumenferd et al. 1991; Bransford & Stein 1993: Moursund 1999; Thomas 2000; Grant
2002; Clark 2006; Bell 2010). PBP menggunakan pendekatan dinamik yang menggalakkan
2

pelajar untuk meneroka cabaran dan masalah dalam dunia yang sebenar (Moursund 1999;
Gultekin 2005; Blumenfeld et al. 1991; The George Lucas Foundation 2012). Menurut
Stephanie (2010), PBP merupakan suatu pendekatan yang boleh meningkatkan kemahiran
abad ke-21 pelajar di mana kemahiran ini amat penting untuk menyediakan murid
menghadapi dunia pekerjaan yang sangat mencabar dan bersifat global.
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) adalah sejenis pendekatan yang memerlukan
murid menangani masalah secara penghasilan produk sebagai artifak pembelajaran. Menerusi
penghasilan artifak ini, murid bertindak sebagai seorang penyelesai masalah, pembuat
keputusan, perekacipta dan penyelidik. Ia merupakan sejenis pembelajaran inkuiri yang
bersifat terbuka dan dimotivasikan oleh perasaan ingin tahu seseorang murid (Mioduser &
Betzer 2003). Menerusi pembelajaran berasaskan projek, murid berusaha menjawab
persoalan-persoalan yang melibatkan sesuatu prinsip atau teori sesuatu disiplin ilmu (Thomas
2000).

Banyak kajian telah membuktikan kelebihan PBP berbanding kaedah pembelajaran


konvensional, antaranya murid yang terlibat dengan PBP lebih bertanggungjawab terhadap
pembelajaran mereka (Penuel & Mean 2000; SRI 2000; Boaler 1997). PBP juga
meningkatkan kehadiran pelajar ke sekolah (Thomas 2000) kerana aktiviti PBP
memotivasikan mereka seterusnya dapat meningkatkan pencapaian murid (Thomas 2000;
Geier et al. 2008; Gultekin 2005; Kurcharski et al. 2005). PBP boleh diaplikasikan oleh guru
untuk menggalakkan penglibatan aktif murid kerana pendekatan PBP adalah berpusatkan
murid di mana pelajar terlibat sepenuhnya untuk menjayakan tugasan projek. Menerusi PBP
juga pelajar mendapat lebih pendedahan tentang pemikiran aras tinggi, kemahiran
menyelesaikan masalah, kerjasama dan kemahiran berkomunikasi (Chan Lin & Lin Juan
2008; Mioduser & Betzer 2003; SRI 2000).

Pendekatan pembelajaran berasaskan pertandingan pula merupakan satu pendekatan


pembelajaran yang strategik untuk meningkatkan pencapaian pelajar (Biggs 1976). Shindler
(2007), mendefinisikan pertandingan ‘sihat’ sebagai satu aktiviti pendek di mana hasil
pembelajaran perlu dicapai dan fokus utama ialah proses pembelajaran berbanding hasil
pembelajaran tersebut. Sekiranya objektif pembelajaran adalah jelas, ringkas dan tidak sukar
dicapai, pembelajaran berasaskan pertandingan akan menunjukkan hasil yang lebih signifikan
dan keseluruhan proses pembelajaran akan mengambil masa yang lebih pendek (Stipek
1992).

Menurut Graham (1976) terdapat tiga jenis pertandingan iaitu pertandingan secara
langsung, tidak langsung dan kooperatif yang menunjukkan komponen positif dan negatif.
Dari sudut positif, pertandingan yang diatur dengan baik akan meningkatkan motivasi,
menggalakkan pembelajaran aktif pelajar dan sesuai untuk pelajar-pelajar dalam kategori
pandai (Verhoeff 1997; Lawrence 2004). Selain meningkatkan motivasi murid, Fulu (2007)
turut menyatakan bahawa pertandingan memberikan pengiktirafan dan meningkatkan harga
diri murid. Fasli & Michalakopoulos (2005) menegaskan yang elemen persaingan dalam
pertandingan bertindak sebagai insentif kepada murid untuk lebih berusaha, malahan murid
yang lemah turut terlibat dalam aktiviti berkenaan.

Thousand, Villa & Nevin (1994) menyatakan bahawa matlamat kooperatif menjadikan
murid mengambil berat tentang tanggungjawab dan tugasan yang diberi demi kumpulan
mereka. Selain elemen-elemen positif yang dilihat di dalam kajian-kajian sebelumnya, kajian
3

oleh Cantador & Conde (2010) menambah satu lagi elemen iaitu atmosfera sosial. Projek
mewujudkan atmosfera sosial yang positif di kalangan ahli kumpulan dan juga dengan
kumpulan yang lain.

Pembelajaran berasaskan projek juga boleh menerapkan kemahiran abad ke-21 di


kalangan pelajar. Kajian oleh Rukiah dan Kamisah (2014) mengenai persepsi pelajar terhadap
sains serta hubungannya dengan kemahiran abad ke-21 menunjukkan bahawa tahap persepsi
pelajar terhadap sains, persepsi pelajar terhadap proses PdP sains dan tahap persepsi pelajar
terhadap kemahiran abad ke-21 adalah pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga
menunjukkan komponen kemahiran literasi era digital, pemikiran inventif serta kemahiran
norma dan nilai merupakan faktor penyumbang terbesar kepada persepsi pelajar terhadap
sains. Berdasarkan dapatan kajian, pengaplikasian kemahiran abad ke-21 dalam PdP dapat
membantu pelajar menghadapi kehidupan mencabar seterusnya mewujudkan daya saing yang
positif pada masa akan datang. Selain itu, menurut Syarifah Alwiyah Alsagoff (1984) dan
Boyle (1997) setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan guru
seharusnya menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh menangani
kepelbagaian pelajar ini. Dapatan kajian menunujukkan PBP mampu untuk memenuhi
keperluan kepelbagaian stail pembelajaran ini kerana ciri PBP yang meluas memberi peluang
serta kebebasan kepada pelajar memilih tajuk dan aktiviti berdasarkan minat dan bakat
mereka (Solomon 2003; Newell 2003, Clark 2006; Bell 2010).

Justeru berdasarkan kepada kelebihan-kelebihan tersebut, maka dapat disimpulkan


bahawa kaedah pembelajaran bersaskan projek pertandingan sesuai digunakan untuk
memupuk minat pelajar terhadap sains.

PERNYATAAN MASALAH

Kebelakangan ini, didapati minat murid terhadap sains semakin menurun. Isu peminggiran
mata pelajaran sains, khususnya dalam kalangan murid peringkat rendah dan menengah atas
merupakan satu masalah yang serius kepada negara. Hubungan yang nyata dan signifikan
bagi permasalahan penurunan minat terhadap sains dan pengurangan mereka yang akan
menceburkan diri dalam kerjaya yang berkaitan dengan bidang sains merupakan satu isu yang
perlu ditangani segera. Ini adalah kerana dalam realiti dunia tanpa sempadan masa kini,
keupayaan menghasilkan sumber tenaga manusia yang mampu menyumbang kepada negara
serta berdaya saing sering kali digunakan sebagai petunjuk kemajuan dan kemandirian
sesebuah negara atau bangsa. Justeru, dalam menyediakan sumber tenaga manusia yang
mencukupi serta memiliki kemahiran yang diperlukan, kesediaan murid untuk menyertai
bidang sains perlu ditingkatkan dan penguasaan kognitif murid dalam disiplin tersebut perlu
diperbaiki agar kenyataan misi Wawasan 2020 dapat direalisasikan.

Sesetengah murid beranggapan bahawa kerjaya sains tidak menjamin peluang


pekerjaan serta tidak menawarkan pendapatan yang lumayan berbanding bidang-bidang yang
lain. Ringkasnya, persepsi yang ditunjukkan oleh murid terhadap sains adalah terlalu negatif.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab terutamanya Kementerian
Pendidikan untuk mengatasi dan mengubah persepsi serta sikap negatif murid terhadap sains.
Pihak Kementerian Pendidikan berusaha sedaya upaya dengan pelbagai perubahan dan
aktiviti bagi menambahkan bilangan murid dalam aliran sains antaranya, memperkenalkan
4

mata pelajaran sains dari peringkat awal iaitu kepada murid Tahun Satu mulai 2002,
mengadakan aktiviti pameran dengan kerjasama pelbagai pihak bagi memupuk kesedaran dan
minat dalam sains dan lain-lain lagi. Pembelajaran sains seharusnya menjana pemikiran kritis
dan kreatif murid yang amat diperlukan pada abad ke-21 ini. Masalah ini ditambahkan lagi
oleh kurangnya pengamalan budaya empirikal dalam kalangan warga Malaysia (Hani 2001).
Budaya murid di Malaysia menganggap bahawa bidang Sains hanya dipelopori oleh murid
yang pandai (Akhbar 1997) turut menjadi faktor kemerosotan penyertaan murid dalam sains.
Keadaan ini memberikan tekanan kepada pelajar dan menyekat peluang pelajar yang agak
lemah untuk menceburi bidang sains walaupun mereka meminati bidang tersebut.

Pembelajaran sains di sekolah pada hari ini telah menyumbang kepada murid kurang
berminat untuk memilih aliran sains (Ismail 2005) apabila memasuki menengah atas .
Penyertaan murid sekolah menengah dalam aliran sains masih belum berjaya mencapai
nisbah yang telah ditetapkan pada tahun 1967. Menurut statistik yang diterbitkan oleh KPM
dari tahun 1981 sehingga 2010, peratusan murid sekolah menengah yang menyertai aliran
sains belum pernah mencapai nisbah sains sastera 60 : 40. Pelbagai pandangan telah
diutarakan untuk menjelaskan fenomena penurunan minat murid terhadap sains, antaranya
seperti yang dilaporkan oleh Razila (1998) iaitu murid menganggap bahawa mata pelajaran
sains bukan sahaja membosankan tetapi terlalu abstrak, sukar difahami (Syed Zin 2003;
Rojahan 2004), miskonsepsi dalam sains (Siow 1995), membebankan dan memerlukan murid
menghafal fakta-fakta. Berdasarkan kajian, kebanyakan guru memilih untuk menggunakan
kaedah konvensional yang berpusatkan guru dan berorientasikan peperiksaan (Salwa 2012;
Chiel et al. 2010; Lim 2007) yang memberi fokus kepada lulus dalam peperiksaan UPSR,
PMR dan SPM sehingga mengorbankan aktiviti amali. Kajian oleh Subahan (2009)
mendapati walau sebanyak mana inovasi dilakukan dalam pengajaran sains, guru sains masih
lagi menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Penglibatan murid kurang aktif
menyebabkan mereka menghafal konsep-konsep tanpa memahaminya (Sharifah Maimunah &
Lewin 1993), menyalin nota di papan hitam. Pencapaian murid dan penguasaan kemahiran
proses sains berada pada tahap yang rendah. Pendekatan inkuiri penemuan yang kurang
diimplimentasi semasa pengajaran dan pembelajaran (Khalidah 2002) mempengaruhi minat
dan kebolehan murid untuk terlibat secara aktif dalam penyiasatan saintifik.

Tinjauan umum di sekolah-sekolah menengah menunjukkan prestasi pencapaian


murid dalam mata pelajaran sains masih pada tahap yang rendah (Zaharah 2009). Sikap
murid terhadap mata pelajaran sains (Lilia et al. 2002) dan pedagogi berkesan adalah aspek
yang berkaitan dengan pencapaian murid dalam mata pelajaran sains. Dari segi kaedah
pengajaran sains, secara keseluruhannya guru-guru sains di Malaysia kurang bersedia
mengajar topik-topik sains (Yazid 2008) berbanding di peringkat antarabangsa. Sistem
pendidikan yang berorientasikan peperiksaan (Lim 2007) menyebabkan kaedah pengajaran
dan pembelajaran berpusatkan guru dan guru kurang memberi peluang kepada murid untuk
membina dan meneroka sendiri pembelajaran mereka.

Justeru, kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek merupakan suatu


kaedah yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains murid masa kini.
Bagaimanapun sesuatu projek memerlukan perancangan terperinci serta kaedah pelaksanaan
yang sistematik di samping keperluan sumber serta kepakaran yang sesuai. Sehubungan itu
kajian ini cuba untuk merungkai persoalan berkaitan keperluan serta cabaran dari aspek
perancangan dan pelaksanaan projek bagi meneliti kesesuaiannya dalam membawa nilai
5

tambah ilmu kepada pelajar serta sumbangannya kepada pembelajaran. Dalam usaha
meningkatkan penglibatan murid dalam aliran sains, kajian ini direka bentuk sedemikian rupa
untuk membina aktiviti yang dapat meningkatkan minat terhadap sains dan mengubah sikap
pelajar terhadap sains di sebuah sekolah yang dipilih. Dapatan kajian akan dapat
menyediakan maklumat sejauh manakah minat murid meningkat selepas menjalani aktiviti
Pembelajaran Berasaskan Projek dan perubahan sikap murid-murid terhadap sains.

PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian ini adalah seperti berikut :
1. Apakah pandangan guru/pakar terhadap pembelajaran sains berasaskan projek ?
2. Adakah terdapat perubahan minat muird terhadap sains menggunakan aktiviti
pembelajaran berasaskan projek ?
3. Apakah penilaian murid terhadap aktiviti pembelajaran berasaskan projek ?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini melibatkan 29 orang murid dari Tahun 3 dan Tahun 5 di SJK (C)
Min Daik Meradong, Bintangor, Sarawak. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan
menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur, soal selidik serta melalui pemerhatian.
Kaedah temu bual yang digunakan ialah temubual bersemuka individu. Selain itu pandangan
7 orang guru/pakar terhadap PBPP diperolehi menggunakan borang penilaian pakar. Dapatan
kajian dianalisis secara deskriptif.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Transkripsi ini telah dianalisis secara manual dengan mencetak transkripsi dan membaca
berulang kali dengan teliti bagi melihat aspek konteks secara lebih meluas. Melalui proses ini
pengkaji berupaya melihat perubahan minat pelajar terhadap sains melalui aktiviti yang
dijalankan. Kaedah yang digunakan dalam menganalisis data temubual adalah secara
tipologi: analisis tematik. Menurut Chua (2012) melalui analisis domain, tema dan kod
diperkembangkan daripada data kajian sendiri dan bukannya ditentukan sebelum analisis
dilakukan yang mana proses pengkodan ini dikenali sebagai pengkodan induktif. Dapatan
utama bagi kajian ini adalah berdasarkan objektif kajian serta menjawab persoalan-persoalan
kajian yang telah dinyatakan di peringkat Pendahuluan.

1. Pandangan guru/pakar terhadap pembelajaran sains berasaskan projek

Penilaian guru/pakar yang dibuat di dalam kajian ini adalah berdasarkan borang penilaian
pakar. Borang ini diedarkan kepada guru/pakar bagi menilai aktiviti pembelajaran berasaskan
projek yang telah dicadangkan. Pakar yang dipilih merupakan guru-guru yang mengajar sains
dan guru yang terlibat sebagai pembina modul pengajaran di Bahagian Perkembangan
Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia. Jadual 1 menunjukkan analisis dapatan
penilaian yang telah diberikan oleh tujuh orang guru/pakar. Penilaian yang dibuat
berdasarkan skala yang berikut :
6

Jadual 1 Analisis Penilaian Guru/Pakar


Tahap penilaian
KRITERIA
SaSangat Tidak Tidak Setuju Sangat
Tidak setuju pasti Setuju
Setuju
Kandungan aktiviti ini sesuai dengan tahap 71.4% 28.6%
akademik murid
Kandungan aktiviti ini boleh dilaksanakan 14.3% 71.4% 14.3%
dengan sempurna
Kandungan aktiviti ini sesuai dengan masa 28.6% 42.9% 14.3% 14.3%
yang diperuntukkan
Kandungan aktiviti ini dapat memupuk 42.9% 57.1%
kemahiran proses sains
Kandungan aktiviti ini boleh mencungkil 71.4% 28.6%
kreativiti dan inovasi pelajar
Kandungan aktiviti ini dapat memupuk 85.7% 14.3%
sikap saintifik
Kandungan aktiviti ini dapat memupuk 85.7% 14.3%
nilai-nilai murni dalam diri murid
Kandungan aktiviti ini dapat memberikan 100%
kefahaman tentang konsep sains kepada
murid dengan lebih berkesan
Kandungan aktiviti ini boleh meningkatkan 71.4% 28.6%
minat pelajar terhadap mata pelajaran sains
Kandungan aktiviti ini boleh meningkatkan 85.7% 14.3%
sikap positif murid terhadap mata pelajaran
sains

Dapatan menunjukkan 71.4% guru/pakar memberi penilaian setuju dan 28.6%


memberikan penilaian sangat setuju bahawa kandungan aktiviti ini sesuai dengan tahap
akademik murid. Seramai 14.3% menyatakan tidak pasti, 71.4% guru/pakar menyatakan
setuju, dan 14.3% guru/pakar menyatakan sangat setuju bahawa kandungan aktiviti ini boleh
dilaksanakan dengan sempurna. Antara ulasan yang diberikan adalah seperti berikut:

Syabas! Aktiviti ini sangat menarik…………G/P 3


Secara keseluruhan, anda berjaya mencadangkan satu aktiviti PdP yang sesuai
dengan tahap pengetahuan pelajar……………G/P 4

Bagi kriteria kesesuaian masa pula, 28.6% tidak bersetuju, 42.9% guru menyatakan
tidak pasti,14.3% menyatakan setuju dan hanya 14.3% sahaja menyatakan sangat setuju
bahawa kandungan aktiviti ini sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Pernyataan ini juga
digambarkan melalui ayat-ayat yang ditulis pada bahagian ulasan dan cadangan penambah-
baikan. Antara pernyataan yang diberikan adalah seperti berikut:

Masa penstrukturan idea dikurangkan kerana masa yang terlalu lama akan
membuatkan pelajar membuang masa seperti berbual kosong………….…. G/P 6
..masa yang diberikan agak suntuk untuk pembinaan model…………………..…….…..
…G/P 5
7

Sementara itu, seramai 42.9% guru/pakar setuju dan 57.1% menyatakan sangat setuju
bahawa kandungan aktiviti ini dapat memupuk kemahiran proses sains. 71.4% guru
menyatakan setuju dan 28.6% pakar sangat setuju bahawa kandungan aktiviti-aktiviti ini
boleh mencungkil kreativiti dan inovasi murid. Antara ulasan yang diberikan adalah seperti
berikut:

..aktiviti yang dijalankan menggalakkan murid untuk lebih aktif dalam kelas, dapat
mendidik pelajar untuk lebih kreatif, paling penting murid tidak bosan di dalam
kelas…………….G/P 7

Apabila diajukan soalan adakah kandungan aktiviti ini dapat memupuk sikap saintifik,
85.7% guru pakar menyatakan setuju dan bakinya 14.3% guru menyatakan sangat setuju.
Kesemua guru/pakar 100% menyatakan setuju bahawa kandungan aktiviti ini dapat
memberikan kefahaman tentang konsep sains kepada murid dengan lebih berkesan.

Dalam aspek penerapan nilai pula, 85.7% guru menyatakan setuju dan 14.3% guru
sangat setuju bahawa kandungan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri
pelajar. Antara nilai yang dapat diterapkan adalah sikap bertolak ansur, bekerja sama, yakin
dan berani untuk mengemukakan idea dan pendapat. Nilai-nilai ini sangat diperlukan sewaktu
pelajar menjalankan dan membentangkan model/produk yang telah dihasilkan oleh kumpulan
mereka. Dapatan ini menyokong hasil kajian-kajian terdahulu bahawa pelajar yang terlibat
dengan projek didapati lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka berbanding
ketika mengikuti pembelajaran tradisional (Penuel & Means 2000; SRI 2000; Boaler 1997).

Selain itu, 71.4% guru menyatakan setuju dan 28.6% menyatakan sangat setuju
bahawa kandungan aktiviti ini boleh meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran
sains. Tambahan pula 85.7% guru bersetuju dan 14.3% sangat bersetuju bahawa kandungan
aktiviti ini boleh meningkatkan sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran sains seperti
yang diharapkan oleh penyelidik.

Secara kesimpulannya, dapatan menunjukkan bahawa kebanyakkan guru/pakar ini


bersetuju bahawa aktiviti PBP akan menarik minat murid untuk belajar sains dan seterusnya
memberikan tumpuan yang lebih baik di dalam kelas nanti. Penyelidik telah membuat
penambahbaikan berdasarkan komen dan ulasan yang telah diperoleh sebelum menjalankan
aktiviti kepada pelajar yang dipilih.

2. Perubahan minat murid terhadap sains menggunakan aktiviti pembelajaran


berasaskan projek ?

“Bagaimana perasaan anda sebelum dan selepas terlibat dalam projek sains?”

Berikut jawapan pelajar tentang minat mereka terhadap sains

Sebelum membuat projek rasa macam takut, teruja, bosan sikit… selepas projek ini
saya rasa gembira…( L1P1, L2P1, L4P1, P1P1, P2P1, P3P1 (L3-4))
Sebelum memhuat projek saya memang berminat dengan sains..selepas projek ini
saya rasa lebih berminat... (L3P1, P4P1 P5P1 (L3-4))
8

Apakah minat anda tentang sains bertambah setelah terlibat dalam projek sains?”

bolehlaa... (L1P2, P5P2 (L6))


ya, bertambah sikit....( L2P2, L3P2 (L6))
ya..saya semakin bertambah minat dengan sains.. (L4P2, P1P2, P2P2, P3P2, P4P2
(L6))

Pendapat dan pandangan responden yang telah menyertai aktiviti ini digunakan
sebagai satu kaedah membuat penilaian dan refleksi ke atas kaedah pembelajaran alternatif
yang dicadangkan oleh penyelidik. Ia amat perlu supaya aktiviti yang dicadangkan
bersesuaian dan boleh diaplikasikan oleh guru seterusnya. Sintesis daripada dapatan temu
bual murid ini mendapati tujuh orang responden memberikan penilaian “sangat sesuai”
sementara dua responden memberikan penilaian “sesuai” aktiviti pembelajaran berasaskan
projek pertandingan ini dijalankan bagi meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran
sains. Dapat diperhatikan bahawa murid-murid sangat seronok menjalankan aktiviti ini,
keceriaan jelas terpancar pada wajah mereka.

3. Penilaian murid terhadap aktiviti pembelajaran berasaskan projek?

3.1 Sebelum ini pernahkah anda terlibat dalam projek berkaitan sains? Boleh kongsi
dengan saya pengalaman anda.

tidak pernah... (L1P3, L4P3, P1P3, P3P3 (P9))


tidak pernah, ini kali pertama saya menyertai projek dalam sains... (L2P3, P2P3
(P9))
pernah, pengalaman tersebut telah meningkatkan minat saya terhadap sains…
L3P3(P9)
ya..saya semakin bertambah minat dengan sains... P4P3(P9)
ya, seronok masuk aktiviti projek, dapat pengalaman baru... P5P3(P9)

Dapatan daripada temubual menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar tidak pernah


menyertai aktiviti projek berkaitan dengan sains sebelum ini. Hanya dua orang murid pernah
menyertai projek dan mereka memang mengakui dengan menyertai aktiviti projek sebegini,
minat mereka terhadap sains telah bertambah.

3.2 Pada pandangan anda, adakah aktiviti ini sesuai digunakan dalam sesi
pembelajaran sains di sekolah, rasanya apakah cara terbaik untuk menjalankan
aktiviti seperti ini?

saya rasa sangat sesuai, kalau boleh 2 kali seminggu, buat di bilik sains. Aktiviti
dijalankan dalam kumpulan... (L1P4 (L13-14))
saya rasa sesuai, kalau boleh kerap sikit, buat di bilik sains pun ok juga.. Aktiviti ini
seronok dijalankan dalam kumpulan... (L2P4 (L13-14))
saya rasa sangat sesuai, kalau boleh 1 kali sebulan, buat di bilik sains. Aktiviti
dijalankan dalam kumpulan, satu kumpulan 3 orang... (L3P4 (L13-14))
9

saya rasa sangat sesuai, kalau boleh 1 kali setahun, buat di bilik sains. Aktiviti
dijalankan secara individu lagi seronok. (L4P4 (L13-14))
saya rasa sangat sesuai, kalau boleh 2 kali setahun, buat di bilik sains. Saya lagi suka
aktiviti dijalankan secara individu lagi mencabar... (P1P4, P2P4 (L13-14))
saya rasa sangat sesuai, kalau boleh 4 kali setahun, buat kat Pusat Sains ok juga..
Saya lagi suka aktiviti dijalankan secara berkumpulan, lagi banyak idea... (P3P4
(L13-14))
saya rasa sangat sesuai, kalau boleh setiap minggu, buat kat Pusat Sains ok juga…
Saya suka aktiviti dijalankan secara berkumpulan (P4P4, P5P4 (L13-14))

Apabila diajukan pandangan berkaitan kaedah berkumpulan atau individu lebih


sesuai, seramai tujuh responden menyatakan aktiviti ini sesuai dijalankan secara berkumpulan
dan hanya dua orang berpendapat bahawa aktiviti ini sekiranya dijalankan secara individu
adalah lebih baik dan mencabar. Ini menunjukkan kecenderungan responden kajian ini
adalah untuk menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Pembelajaran berkumpulan juga
merupakan satu kaedah yang baik kerana ia dapat memupuk nilai-nilai yang baik seperti
melatih murid untuk bekerjasama dan bertoleransi sesama ahli kumpulan. Dapatan ini
disokong oleh kajian Roth et al. (1995) dan Massey et al. (2006) yang menyatakan bahawa
pelajar perlu bekerjasama sebagai satu pasukan, menghormati pandangan rakan, memberi
idea dan pandangan sendiri serta membuat persembahan laporan projek kumpulan masing-
masing untuk mematikan mereka berjaya.

Analisis cadangan kekerapan aktiviti pembelajaran ini menunjukkan responden lebih


suka aktiviti sebegini dijalankan dengan lebih kerap seperti sekali dalam seminggu, sekali
sebulan dan sekurang-kurangnya sekali setahun. Ini menunjukkan mereka teruja untuk
terlibat dalam aktiviti sebegini kerana mereka kurang mendapat peluang sebelum ini.

3.3 Kenapa anda rasa aktiviti ini sesuai/seronok? Adakah seronok dapat hadiah? Apa
perasaan anda sekiranya menang atau kalah?

Seronok sebab saya boleh berbincang dengan kawan-kawan, mungkin sebab hadiah
jugak, semangat.... (L1P5, P2P5 (L16))
saya boleh berbincang dengan kawan-kawan, boleh tunjuk skill..takde hadiah pun
ok.... (L2P5, L3P5, P4P5 (L16))
saya boleh gunakan ilmu yang dipelajari sebelum ini, ya, hadiah jadi motivasi....
(L4P5, P1P5, P3P5 (L16))
saya boleh gunakan ilmu yang dipelajari sebelum ini, mestilah seronok dapat hadiah.
Tapi takde hadiah pun takpe...( P5P5, P4P6, P5P6 (L16-17))
kalau menang, saya rasa gembira dan bangga, kalau tak berjaya tu gembira juga
sebab dapat pengalaman.. (L1P6, L2P6 (L18-19))
kalau menang, saya rasa gembira, kalau tak berjaya tu saya akan berusaha lebih
gigih.. (L3P6, L4P6, P1P6, P2P6, P3P6 (L18-19))

Melalui kajian ini juga, penyelidik mendapati aktiviti di luar kelas sebenarnya lebih
menarik minat murid. Ini dibuktikan melalui perlaksanaan aktiviti “Pertandingan Membina
Penapis Air” di mana mereka kelihatan gembira semasa menjalankan aktiviti. Walaupun
aktiviti tersebut agak meletihkan, namun murid-murid lebih bersemangat untuk belajar.
10

Aktiviti begini juga lebih menggalakkan murid menggunakan kelima-lima deria dan merasai
sendiri pengalaman melihat, menyentuh dan menghidu seperti yang diperlukan dalam
kemahiran proses sains (memerhati). Pengalaman itu juga lebih mengekalkan ingatan mereka
berbanding dengan hanya melihat gambar model.

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) memenuhi ciri-ciri pendekatan pembelajaran


berasaskan pengalaman. Pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar terbahagi kepada dua.
Pertama ialah pembelajaran yang dilalui oleh pelajar dalam keadaan di mana mereka telah
diberikan peluang untuk memperolehi dan mengaplikasikan ilmu serta kemahiran dalam satu
situasi yang sebenar. Oleh itu pembelajaran berasaskan pengalaman adalah melibatkan
“pengalaman sebenar dengan fenomena yang dikaji” dan bukannya hanya berfikir tentang
fenomena tersebut atau memikirkan cara bagaimana hendak mengalaminya (Borzak 1981).
Kedua ialah pembelajaran yang berlaku hasil daripada penglibatan terus dengan pengalaman
kehidupan (primary experience, learning that occurs as a direct participation in the events of
life) (Borzak 1981; Houle 1980). Pembelajaran terhasil akibat tindak balas atau refleksi
terhadap pengalaman seharian dan inilah sebenarnya cara di mana kebanyakan daripada kita
belajar.

3.4 Apa cadangan atau harapan anda berkaitan perlaksanaan pertandingan projek ini?

pertandingan projek sains ini sangat bagus untuk menaikkan rasa suka pelajar
terhadap mata pelajaran sains... (L1P7 (L22-23))
pertandingan projek sains ini amat bagus untuk memupuk minat terhadap mata
pelajaran sains... (L2P7, L3P7 (L21-22))
saya berharap pertandingan projek sains ini dapat dijalankan dengan lebih banyak
eksperimen.. (L4P7, P1P7, P2P7, P3P7, P4P7 (L21-22))
saya berharap pertandingan projek sains ini dapat dijalankan dengan lebih banyak.
Pelajar sekarang malas, seronok belajar sambil main-main... (P5P7 (L21-22))

3.5 Adakah terdapat perubahan minat pelajar terhadap sains menggunakan aktiviti
pembelajaran berasaskan projek pertandingan?

Hasil daripada analisis temubual dengan pelajar yang melibatkan diri dalam
pertandingan projek membina penapis air, perubahan minat yang agak ketara dapat
diperhatikan. Daripada analisis temu bual didapati bahawa berlaku perubahan terhadap minat
pelajar. Dapat diperhatikan pelajar berasa kurang yakin dan tidak begitu berminat dengan
sains di awal sesi sebelum aktiviti dijalankan. Ini dapat digambarkan dari ungkapan-
ungkapan

“rasa macam bosan sikit”.,


“biasa je” dan
“ saya rasa takut juga..”

Pernyataan-pernyataan ini dikategorikan sebagai pernyataan yang bersifat negatif.


Hanya seorang responden yang menyatakan bahawa beliau sememangnya berminat dengan
sains, tetapi juga menyatakan bahawa minatnya bertambah selepas aktiviti ini dijalankan.
11

Sebaliknya, selepas menjalankan aktiviti yang disediakan, perasaan negatif ini telah berubah,
antara dialog yang diberikan adalah

“saya rasa seronok..”,


“..saya rasa lebih berminat”dan
“..saya rasa teruja dan gembira…”.

Ungkapan-ungkapan ini menunjukkan perubahan yang positif. Semua responden,


100% bersetuju bahawa minat mereka bertambah dengan aktiviti ini. Contoh dialog bagi
menggambarkan pernyataan ini adalah seperti berikut:

ya..saya rasa semakin bertambah minat dengan sains…P1P2(L6)


ya..minat saya semakin bertambah ..P2P2(L6)

Oleh yang demikian, boleh disimpulkan bahawa aktiviti pembelajaran berasaskan


projek pertandingan ini mampu untuk meningkatkan minat pelajar. Mereka juga memperoleh
kemahiran belajar sains secara tidak langsung dan dapat menggunakan pendekatan
kontekstual pada sesuatu konsep sains. Aktiviti ini dapat membantu pelajar meningkatkan
keyakinan diri, kefahaman terhadap apa yang dipelajari di samping menjadikan suasana PdP
lebih ceria dan menyeronokkan. Dapatan ini disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh
penyelidik-penyelidik sebelum ini bahawa kaedah pengajaran berasaskan projek berjaya
meningkatkan minat pelajar terhadap sains (Christidou 2011). Pelajar yang terlibat dengan
projek didapati lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka berbanding ketika
mengikuti pembelajaran tradisional (Penuel & Means 2000; SRI 2000; Boaler 1997).

CADANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Minat memainkan peranan yang penting bagi membantu seseorang pelajar mencapai
kejayaan dalam dunia pendidikan. Minat yang wujud dalam diri seseorang pelajar akan
mempengaruhi proses pembelajaran mereka. Kebimbangan melanda apabila situasi hari ini
menunjukkan bahawa dasar 60:40 aliran sains sastera masih belum dicapai. Malahan
kerisauan bertambah apabila peratusan pelajar yang memilih aliran sains ini dilihat semakin
berkurangan dan semakin menjauhi nisbah 60% yang dihasratkan (Zanaton, Lilia & Kamisah
2006; Sapora 2010; Fatin et al. 2012).

Peranan guru sangat penting dalam menarik minat pelajar terhadap sains. Dapatan
kajian menunjukkan antara faktor pelajar tidak minat terhadap sains adalah kerana kaedah
pengajaran guru yang bersifat rutin dan tidak menarik. Oleh yang demikian, kajian ini
mencadangkan perlunya dilakukan penyegaran semula terhadap aktiviti PdP sains di sekolah
supaya dapat meningkatkan kembali minat pelajar terhadap sains. Antara usaha yang boleh
dilakukan ialah menggunakan pelbagai pendekatan pembelajaran seperti pembelajaran
berasaskan projek (Penuel & Means 2000; SRI 2000; Boaler 1997). Pembelajaran berasaskan
projek adalah sejenis pendekatan yang memerlukan pelajar menangani masalah secara
penghasilan produk sebagai artifak pembelajaran. Menerusi penghasilan artifak ini, pelajar
bertindak sebagai seorang penyelesai masalah, pembuat keputusan, perekacipta dan
penyelidik. Ia merupakan sejenis pembelajaran inkuiri yang bersifat terbuka dan
dimotivasikan oleh perasaan ingin tahu seseorang pelajar. Pelajar yang terlibat dengan projek
didapati lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka berbanding ketika mengikuti
12

pembelajaran tradisional (Penuel & Means 2000; SRI 2000; Boaler 1997). Walaupun aktiviti
sebegini dikatakan memerlukan masa yang agak panjang, namun dapatan kajian
menunjukkan ia mampu meningkatkan minat pelajar. Oleh yang demikian, pihak guru perlu
merancang aktiviti pengajaran mereka supaya aktiviti sebegini dapat dilaksanakan dengan
berkesan.

Selain itu, dalam perlaksanaan PBPP guru perlu mempunyai ciri-ciri sebagai
fasilitator yang baik. Cropley (1997) telah menyenaraikan ciri-ciri tingkah laku guru yang
memupuk kreativiti dalam bilik darjah:
a) Menggalakkan pelajar untuk belajar secara bebas.
b) Memiliki stail pengajaran yang saling bekerjasama dengan pelajar dan bersepadu
secara sosial.
c) Memotivasikan pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan sebagai asas kepada
pemikiran divergen.
d) Menangguhkan sebarang penilaian terhadap idea yang dikemukakan oleh pelajar
kecuali setelah idea-idea tersebut telah diteliti dan diungkapkan dengan jelas.
e) Menggalakkan pelajar berfikir secara fleksibel.
f) Menggalakkan pelajar melakukan penilaian kendiri terhadap idea-idea yang mereka
keluarkan.
g) Mengambil segala cadangan dan soalan pelajar secara serius atau bersungguh-
sungguh.
h) Menawarkan kepada pelajar peluang-peluang untuk melakukan tugasan dengan
menggunakan pelbagai bahan dalam berbagai keadaan.
i) Membantu pelajar belajar bagaimana untuk menghadapi kekecewaan dan kegagalan
supaya pelajar akan tabah untuk mencuba sesuatu yang baru dan luarbiasa.

Ringkasnya, terdapat pelbagai gaya pengajaran yang telah disarankan oleh pakar-
pakar. Terpulanglah kepada komitmen para guru untuk melaksanakannya di dalam bilik
darjah.

Selain itu, pihak sekolah juga berperanan untuk menganjurkan program yang dapat
memberi pendedahan kepada guru-guru berkaitan teknik pengajaran yang lebih berkesan dan
menarik supaya mereka dapat mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Pembelajaran
berasaskan projek ini memerlukan kerjasama pihak-pihak swasta untuk memberi sumbangan
dalam bentuk kewangan dan latihan kepakaran. Sesi perkongsian ilmu boleh dijalankan untuk
menganjurkan program bagi meningkatkan minat pelajar terhadap sains seperti Petrosains,
Pusat Sains Negara, Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI), badan korporat
dan sebagainya. Program kerjasama juga boleh dijalankan bersama-sama dengan pelajar
mahupun pensyarah-pensyarah institut pengajian tinggi yang sememangnya mempunyai
kemahiran dan kepakaran yang luas dalam bidang ini. Memberi kursus berkaitan PBPP
kepada bakal guru dan guru yang telah berada dalam perkhidmatan. Ini adalah kerana proses
pembangunan guru yang berkualiti adalah satu proses yang panjang dan berterusan bermula
dari mereka mula berkhidmat sehinggalah mereka bersara (Muzirah & Nurhana 2013). Satu
bentuk program pembangunan profesional yang dapat menyokong proses
memperkembangkan kemampuan guru secara terus menerus amat diperlukan bagi
memastikan sikap dan minda guru berubah seiring dengan peredaran global. Dalam keadaan
apabila seseorang guru perlu melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran,
mereka mungkin tidak mengetahui cara untuk menangani perubahan tersebut (Muzirah &
Nurhana 2013). Bantuan dan sokongan perlu diberi kepada guru-guru untuk mengekalkan
13

mereka supaya sentiasa berada dalam keadaan yang kemas kini (update) dengan iklim
pendidikan abad ke-21.

Dapatan penilaian guru/pakar menunjukkan bahawa aktiviti PBPP ini sesuai dengan
kandungan pembelajaran dan dapat mengukur sikap saintifik pelajar. Sehubungan itu, kajian
ini mencadangkan supaya guru-guru dapat menggunakan kaedah ini sewaktu menjalankan
aktiviti pentaksiran penilaian berasaskan sekolah (PBS). Menurut Dokumen Standard
Penilaian PBS, untuk mencapai tahap tertinggi, (band 6), pelajar dikehendaki untuk
mempersembahkan aktiviti projek yang telah dibina dengan berkesan. Guru-guru dapat
membuat penilaian yang lebih berkesan dengan memberi peluang kepada pelajar
mempamerkan bakat dan kemahiran berkomunikasi yang tersendiri. Dapatan yang diperoleh
daripada kajian ini memberikan implikasi secara langsung ke atas perlaksanaan pendidikan
sains di Malaysia khususnya di peringkat menengah.

KESIMPULAN

Dapatan kajian menunjukkan terdapat perubahan yang positif dari segi minat pelajar dalam
mata pelajaran sains. Pendedahan aktiviti ini diharapkan boleh menjadikan panduan kepada
guru untuk melakukan inovasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran sains supaya ia
lebih menyeronokkan dan meningkatkan minat pelajar. Kesimpulannya PBPP merupakan
satu kaedah alternatif yang patut digunakan oleh guru masa kini. PBPP jika
diimplementasikan secara terancang dan teratur akan membawa kepada peningkatan minat
pelajar terhadap mata pelajaran sains, meningkatkan tahap literasi sains di kalangan warga
Malaysia serta menyumbang kepada peningkatan kualiti sains dan teknologi di negara ini.
Pada masa hadapan warga Malaysia yang harus dilahirkan bukan hanya pengguna produk
sains dan teknologi, malahan berkemampuan menghasilkan ciptaan-ciptaan baru, bersifat
inventif dan memiliki kemahiran abad ke-21 supaya mereka mampu bersaing di peringkat
global.
.

RUJUKAN

Aimeur, E. & Frasson, C. (1996). Analyzing a new learning strategy according to different
knowledge levels. Computers & Education 27: 115-127
Akhbar Ibrahim. (1997). Attrition to science and technology: The Malaysian case.
Conference on Science and Technology Education. Kuala Lumpur Malaysia.
Barringto ,B. L. dan B. Hendricks.

Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. New York: Prentice Hall.

Bell, T., Urhahne, D., Schanze, S and Ploetzner, R. (2010). Collaborative inquiry learning:
models, tools and challenges. International Journal of Science Education. 3(1): 349-
377.

Biggs, J. B. (1976). Dimensions of Study Behavior: Another Look at ATI. British Journal of
Educational Psycology 46: 68-80.
14

Blumenfeld, P. C., Soloway, E., Marx, R. W., Krajcik, J. S., Guzdial, M., & Palincsar, A.
(1991). Motivating project-based learning: Sustaining the doing, supporting the
learning. Educational Psychologist 26(3): 369-398.

Boaler, J. (1997). Experiencing School Mathematics: Teaching Styles, Sex and Settings.
Buckingham, UK: Open University Press.

Borzak, L. (ed.) (1981). Field Study. A source book for experiential learning. Beverley Hills:
Sage Publications.
Boyle, T. (1997). Design for Multimedia Learning. London: Prentice Hall.
Bransford, J.D. & Stein, B.S. (1993). The Ideal Problem Solver (2nd ed.). New York:
Freeman.

Cantador, I. & Conde, J.M. (2010). Effects of Competition in Education: A Case Study in an
e-Learning Environment, Universidad Autonoma de Madrid.
Chan Lin, Lin Juan. (2008). Technology Integration Applied to Project-based Learning in
Science. Innovation in Education and Teaching International 45: 55-65.
Chiel, H. J., McManus, J.M. & Shaw, K. M. (2010). From Biology to mathematical models
and back: Teaching modeling to biology students, and biology to math and engineering
students. CBE-Life Sciences Education 9: 248-265.

Christidou, V. (2011). Interest, attitudes and images related to Science : Combining students’
voices with the voices of school Science. Teachers and Popular Science 6(2): 141-159.
Clark, A. (2006). Changing classroom practice to include the project approach. Early
Childhood Research & Practice 8(2): 37-46.

Cropley, A.J. (1997). Creativity & cognition: producing effective novelty. Roeper Review
21: 253-263.

Dewey, J. (1938). Experience and Education. New York: Macmillan.

Fasli, M., Michalakopoulos, M. (2005) Supporting Active Learning through Game-like


Exercises. Proceedings of the 5th IEEE International Conference of Advanced Learning
Technologies (ICALT 2005), hlm. 730-734.
Fatin Aliah Phang, Mohd Salleh Abu, Mohammad Bilal Ali & Salmiza Salleh. (2012). Faktor
penyumbang kepada kemerosotan penyertaan pelajar dalam aliran sains: satu analisis
sorotan tesis. Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012, The Zon Regency, Johor
Bahru, Johor.

Fulu, I. (2007). Enhancing Learning Through Competitions. School of InfoComm


Technology, Ngee Ann Polytechnic.

Geier, R., Blumenfeld, P.C., Marx, R.W., Krajcik, J.S., Fishman, B., Soloway, E. & Clay-
Chambers, J. (2008). Standardized test outcomes for students engaged in inquiry-based
15

science curricula in the context of urban reform. Journal of Research in Science


Teaching 45(8): 922-939.

Graham, P.J. (1976). The competitive emphasis of sport: A need for reflection. Paper
presented at the International Congress of Physical Activity Sciences, Quebec City,
Quebec, CA.
Grant, M. M. (2002). Getting a grip on project-based learning: Theory, cases and
recommendations. Meridian: A Middle School Computer Technologies Journal 5(1).

Gültekin, M. (2005). The effect of project based learning on learning outcomes in the 5th
grade social studies course in primary education. Educational Sciences: Theory &
Practice 5(2): 548-556.

Hamacheck, D.E., (1985). Psychology in Teaching, Learning and Growth. Massachusetts:


Allyn & Bacon.
Hani Ismail. (2001). Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar menengah rendah
dalam mata pelajaran sains. Kertas projek Sarjana, Fakulti Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Harel, J. R. & Papert, S. (1991). Constructionism. Norwood, NJ: Ablex.

Houle, C. (1980). Continuing Learning in the Professions. San Francisco: Jossey-Bass.

Ismail Md. Salleh. (2005). Strategi bagi Rancangan Malaysia Kesembilan untuk
Meningkatkan Pembangunan Insan. Conferences on Challenges in Human
Development in Malaysia: Ideas For The Ninth Malaysian Pelan. 11-12 Julai.
Kamisah Osman & Neelavany Marimuthu. (2010). Setting new learning targets for the 21 st
century science education in Malaysia. Procedia Social and Behavioral Sciences 2
2010, hlm. 3737-3741.

Khalijah Hj Ahmad (2002). Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan penerapan


proses sains : Amalan di kalangan guru-guru sains di daerah Pontian. Tesis Sarjana,
UTM.
Kolodner, J. (2002). Learning by design TM: Iterations of Design Challenges for Better
Learning of Science Skills. Cognitive Studies 9(3): 338-350.

Kucharski, G., Rust, J., & Ring, T. (2005). Evaluation of the ecological, futures, and global
(EFG) curriculum: A project based approach. Education 125(4): 652-670.

Laporan Kementerian Pelajaran Malaysia 1993. Kemerosotan pelajar sains. Putrajaya:


Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lawrence, R. (2004). Teaching Data Structures Using Competitive Games. IEEE
Transactions on Education 47(4): 459-466.
16

Lilia Halim, Kamisah Osman & Zanaton Hj. Ikhsan. (2002). Perkaitan di antara sikap
saintifik dan sikap terhadap sains di kalangan pelajar sekolah menengah. Laporan
Penyelidikan Jangka Pendek. Fakulti Pendidikan : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lim, T.C. (2007). Hubungan antara pendekatan pengajaran guru dengan pendekatan
pembelajaran pelajar mata pelajaran kimia tingkatan empat. Tesis Sarjana, Universiti
Teknologi Malaysia.
Massey, A. P., Ramesh, V., & Khatri, V. (2006). Design, Development and Assessment of
Mobile Applications: The Case for Problem-Based Learning. IEEE Transactions on
Education 49(2): 183–192.

Mioduser, D., & Betzer, N. (2003). The Contribution of Project-based Learning to High
Achievers’ Acquisition of Technological Knowledge and Skills. International Journal
of Technology and Design Education 18: 59-77.
Moursund, D. (1999). Project-based learning using information technology. Eugene, OR:
International Society for Technology in Education.

Muzirah Ab Mokhti & Nurhana Mohamad Rafiuddin. (2013). Persepsi Guru Sains yang
Mengamalkan Lesson Study sebagai Program Pembangunan Profesional Guru
Terhadap Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran. Proceeding of the Global
Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala
Lumpur. Organized by WorldConferences.net.

Newell, R. J. (2003). Passion for learning: How project-based learning meets the needs of
21st-century students. Lanham, Md.: Scarecrow Press.

Papert, S. (1980). Mindstorm : Children, Computers and Powerful Ideas. New York: Basic
Books.
Penuel, W. R., & Means, B. (2000). Designing a Performance Assessment to Measure
Students’ Communication Skills in Multimedia-supported, Project-based Learning.
Annual Meeting of the America Educational research Association, New Orleans.
Piaget, J. (1953). The Origins of Intelligence in Children. New York, NY: Basic Books.

Razila Abd. Kadir. (1998). Pemilihan aliran sains di kalangan pelajar Tingkatan Empat.
Latihan Ilmiah: Fakulti Pendidikan, UKM.

Roth, W.M. (1995). Authentic school science. Knowing and learning in open-inquiry science
laboratories. Dordrecht : Kluwer.

Rojahan Hj. Abdullah. (2004). Pencapaian dan kesalahan konsep dalam kerja, tenaga dan
kuasa di kalangan pelajar tingkatan lima Aliran Teknikal. Tesis Sarjana, UM.
Ruhaiza, R. (2012). Anggap Bidang Sains Tak Berbaloi. Retrieved from
http://www.hmetro.com.my/. [16 April 2014].

Rukiah Mohamed Ibrahim & Kamisah Osman. (2014). Persepsi pelajar terhadap sains dan
hubungannya dengan kemahiran abad ke-21. Proceeding International Seminar on
Global Education II 2014, hlm. 2827-2845.
17

Salwa Baba. (2012). Hubungan antara pendekatan pengajaran guru biologi dan pendekatan
pembelajaran pelajar dengan pencapaian dalam mata pelajaran biologi. Tesis Sarjana.
Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sapora Sipon. (2010). Peranan kaunselor sekolah mempertingkatkan kerjaya dalam bidang
sains dan matematik di kalangan pelajar bumiputera. Jurnal Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan.

Sharifah Maimunah Syed Zin & Lewin, K.M. (1993). Insight Into Science Education:
Planning ang Policy Priorities in Malaysia. Laporan Kajian Bersama Kementerian
Pendidikan Malaysia dan International Institute for Educational Planning. ENESCO.
Paris: IIPP’s Prinshop.

Shindler, J. (2007). Transformative Classroom Managemen. Massachusetts: Pearson Allyn &


Bacon Press.

Siow Heng Loke. (1993). Pergerakan Konsepsi Alternatif: Pengaruh dan Implikasinya ke
atas Pendidikan Sains di Malaysia. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya.
Solomon, G. (2003). Project Based Learning: A Primer. Technology and Learning 23(6).

SRI International. (2000). Silicon Valley Challenge 2000: Year 4 Report. San Jose, CA: Joint
Venture, Silicon Valley Network.
Stephanie Bell. (2010). Project-based learning for the 21st century: Skills for the future, the
clearing house. Journal of Educational Strategies, Issues and Ideas 83(2): 39-43.
Stipek, D.J. (1992). Motivation to Learn: From Theory to Practice, 2 ed. Massachusetts:
Allyn & Bacon.
Subahan M. M. (2009). Teachers’ Profesional Knowledge in Science and Mathematics
Educational: Views From Malaysia and Abroad, hlm. 1-33. Fakulti Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syarifah Alwiah Alsagoff. (1981). Pengenalan pengajaran individu dengan tumpuan khas
kepada modul pengajaran dan modul pembelajaran. Jurnal Pendidik dan Pendidikan
3(1): 54-62.

Syarifah Alwiah Alsagoff. (1984). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Syed Zin, S.M, (2002). Malaysia. Retrieved from
http://www.ibe.unesco.org/curriculum/China/Pdf/IIMalaysia.pdf [17 Ogos 2013].

The George Lucas Foundation (2011). What Works in Education. Retrieved from
http://www.edutopia.org. [24 Mei 2014].

Thomas, J. W. (2000). A Review of research on Project-based Learning. Laporan Autodesk


Foundation. Retrieved from
http://www.bie.org/index.php/site/RE/pbl_research/29[25/5/2013].
18

Thousand, J., Villa, A. & Nevin, A. (1994). Creativity and Collaborative Learning. Brookes.
Verhoeff, T. (1997). The role of competitions in education. Proceeding of the Future World
Educating for the 21st Century Conference and Exhibition.

Vockell, E. (2004). Educational Psycology: A practical Approach. Purdue University.

Vygotsky, L.S. (1962). Thought and language. Cambridge, MA: MIT Press.

Yazid Yusof. (2008). Profil pengajaran berkesan mata pelajaran sains di sekolah menengah
harian di Seremban, Negeri Sembilan. Tesis Sarjana, UM.
Zaharah Mohd Nadzir. (2009). Hubungan antara Persepsi Pelajar Tentang Persekitaran
Sekolah, Motivasi Akademik dan Strategi Pembelajaran dengan Pencapaian dalam
Mata Pelajaran Sains. Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zanaton Haji Iksan, Lilia Halim dan Kamisah Osman. (2006). Sikap terhadap sains dalam
kalangan pelajar sains di peringkat menengah dan matrikulasi. Pertanika J. Soc. Sci &
Hum 14(2): 131-147.

Anda mungkin juga menyukai