Anda di halaman 1dari 4

MENGKHUSUSKAN BACAAN YASIN DI MALAM JUMAAT

PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah yang menjadikan al-Quran sebagai kitab yang apabila dibacakan mendatangkan
ketenangan bagi jiwa, memberikan pahala yang tidak terkira, selawat dan salam sentiasa dicurahkan
kepada baginda Rasulullah alaihis solatu wassalam.

Al-Quran adalah kalam Allah yang wajib dimuliakan dan diamalkan, ia akan menjadi pemberi syafaat dan
pembela bagi orang yang membaca dan mengamalkannya di Yaumil kiamah. Dari itu, Nabi
memerintahkan agar umat Islam sentiasa membacanya.

Menerusi sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam:

‫ا ْق َر ُءوا ْالقُرْ آنَ فَِإنَّهُ يَْأتِي يَوْ َم ْالقِيَا َم ِة َشفِيعًا َألصْ َحابِ ِه‬
Maksudnya: “Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang memberi syafaat di hari kiamat kepada
pembacanya.” [HR. Muslim, no. 804]

Dalam hadis ini baginda memerintahkan membaca al-Quran, dan perintah ini berbentuk umum, tidak
menunjukkan surah dan ayat tertentu, tetapi ada sesetengah surah mempunyai kelebihan tersendiri
seperti surah al-Baqarah, Ali Imran, al-Kahfi, dan lain lain.

Lalu bagaimana pula dengan Surah Yasin yang biasa dibaca setiap malam Jumaat? Adakah ia mempunyai
asas daripada Nabi, sahabat, atau salafus soleh?

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan tentang tajuk ini, kerana penting bagi memberikan maklumat
yang benar tentang amalan yang biasa diamalkan dalam kalangan masyarakat Islam khususnya di negara
kita.

MENGHUSUSKAN BACAAN YASIN DI MALAM JUMA’AT

Banyak amalan yang tersebar luas dalam masyarakat Melayu yang sudah mendarah daging, ianya
diyakini sebagai amalan yang benar dan mesti dilakukan, antaranya membaca Surah Yasin secara
berkumpulan atau bersendirian pada malam Jumaat, tujuannya tidak lain melainkan untuk
mendapatkan pahala membaca surah Yasin dan mendoakan keluarganya yang sudah meninggal.

Ramai jemaah yang hadir ke masjid atau surau pada malam itu, malah yang hadir lebih ramai daripada
malam-malam biasa, ini kerana malam Jumaat diisi dengan ritual bacaan Surah Yasin yang menurut
mereka ianya memilik fadhilat yang amat besar, bahkan ada di antara mereka yang membawa air untuk
mendapatkan keberkatan daripada bacaan surah Yasin.

Ada juga yang berpandangan bahawa bacaan Yasin berjamaah suatu amalan ibadah yang baik kerana
dalam majlis tersebut itu terhimpun pelbagai amalan kebaikan seperti memupuk budaya membaca Al-
Quran paling tidak seminggu sekali, memupuk semangat berukhuwah sesama muslim serta
membudayakan melakukan amalan baik secara berjemaah.

Untuk menjawab masalah ini, kami akan mengemukakan perkara berikut:

Pertama, secara umum membaca Al-Quran memiliki kelebihan yang sangat besar, tetapi jika bacaan itu
dikhususkan pada surah tertentu dan pada masa tertentu, maka hal ini memerlukan dalil yang sahih,
kerana beramal dalam agama ini didirikan di atas dalil yang sahih, bukan dalil yang lemah apatah lagi
perkataan manusia.
1
Kedua, setiap amalan yang disangka baik oleh manusia belum tentu ianya benar di sisi Allah, kerana
prasangka mereka berdasarkan hawa nafsunya, bahkan sahabat Abdullah ibn Umar menyatakan dengan
keras bahawa perbuatan yang disangka baik oleh manusia adalah bid’ah dhalalah.

‫ضاللَةٌ وَِإ ْن َرآهَا النَّاسُ َح َسنًا‬


َ ‫ُكلُّ بِ ْد َع ٍة‬
Maksudnya: “Semua bid’ah itu sesat, meskipun manusia menganggapnya baik.” [As-Sunah li al-Maruzi,
no. 68, al-Ibanah oleh Ibn Batthah ms. 205, al-Madkhal oleh Al-Baihaqi, ms. 191]

Manakala amalan yang sedia ada merupakan petunjuk Allah dan Rasulnya.

Ketiga, tidak ada hadis secara khusus yang menyatakan fadhilat membaca Yasin di malam Jumaat, ini
bermakna bahawa bacaan Yasin di malam Jumaat merupakan warisan nenek moyang yang sudah turun
temurun.

Keempat, memang banyak sekali hadis-hadis yang menjelaskan fadhilat membaca surah Yasin, tetapi
semuanya daif (lemah) bahkan maudu’ (palsu), berikut kami nyatakan hadits-haditsnya:

Hadis pertama:

ٍ ‫َب هَّللا ُ لَهُ بِقِ َرا َءتِهَا قِ َرا َءةَ ْالقُرْ آ ِن َع ْش َر َمرَّا‬
‫ت‬ َ ‫ َو َم ْن قَ َرَأ يس َكت‬،‫آن يس‬
ِ ْ‫ َوقَ ْلبُ ْالقُر‬،‫ِإ َّن لِ ُك ِّل َش ْي ٍء قَ ْلبًا‬
Maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hati, dan sesungguhnya hati al-Quran adalah surah Yasin.
Barangsiapa yang membacanya maka Allah akan catat pahalanya seumpama membaca sepuluh kali al-
Quran.”

Hadis ini diriwayatkan oleh At-Tirmizi, no. 2887, beliau berkata hadis ini gharib, hadis ini juga dinilai tidak
sahih oleh Imam Ibn Katsir dalam tafsirnya kerana isnadnya lemah, dan dinilai daif oleh Al-Albani dalam
Daif at-Tirmizi.

Dalam riwayat Imam Al-Baihaqi:


ٍ ‫َم ْن قَ َرَأ يس فَ َكَأنَّ َما قَ َرَأ ْالقُرْ آنَ َع ْش َر َمرَّا‬
‫ت‬
Maksudnya: “Orang yang membaca surah Yasin seakan-akan dia membaca Quran sepuluh kali”

Abu Hatim berkata dalam kitabnya Ilalul Hadis (4/631) bahawa hadis ini munkar. Dan masih banyak
komentar ulama mengenai hadis ini bahkan ada yang sampai darjat palsu.

Hadis kedua:
ُ‫َم ْن قَ َرَأ يس فِي لَ ْيلَ ٍة َأصْ بَ َح َم ْغفُورًا لَه‬
Maksudnya: “Barangsiapa membaca surah Yasin pada malam hari, maka pada pagi hari dia dalam
keadaan diampuni”

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan At-Tabrani dalam Mu’jam as-Shoghir juga
terdapat dalam Musnnaf Abi syaibah, hadis ini didaifkan oleh Al-Haisami dalam Majma’ Zawaid dan
didaifkan pula oleh Al-Albani dalam at-Targhib wat-Tarhib lil Munzdiri

Hadis ketiga:
‫َم ْن دَا َو َم َعلَى قِ َرا َءتِهَا ُك َّل لَ ْيلَ ٍة ثُ َّم َماتَ َماتَ َش ِه ْيدًا‬
Maksudnya: “Barangsiapa melazimkan bacaan (Yasin) pada setiap malam, kemudian dia mati, maka dia
mati dalam keadaan syahid.”

2
Hadis keempat:
‫د َم ْن فِ ْيهَا َح َسنَات‬Qِ ‫ َو َكانَ لَهُ بِ َع َد‬، ‫َم ْن َد َخ َل ال َمقَابِ َر فَقَ َرَأ سُوْ َرةَ يس ُخفِّفَ َع ْنهُ ْم يَوْ َمِئ ٍذ‬
Maksudnya: “Barangsiapa yang masuk perkuburan lalu membaca surah Yasin, maka pada hari itu akan
diringankan (seksa) mereka (para penghuni kubur) dan dia (yang membaca) akan mendapatkan pahala
sebanyak orang yang ada di dalamnya.”

Hadis-hadis di atas darjatnya lemah dan palsu, tidak dapat dijadikan sebagai sandaran dalam beramal
apatah lagi berhujjah, dan hadis-hadis tersebut juga tercantum dalam kitab al-Mauduaat (hadis-hdis
palsu) yang dikarang oleh Ibn Al-Jauzi (3/313), dan Al-Fawaidul Majmuah oleh Asy-Syaukani.

Hadis kelima:
ْ ‫يس لِ َما قُ ِرَأ‬
ُ‫ت لَه‬
Maksudnya: “Surah Yasin tergantung niat orang yang membacanya.”

As-Sakhawi dalam kitabnya al-Maqasidul Hasanah berkata, “tidak ada hadis yang lafaznya seperti ini”,
Al-Qadi Zakaria dalam Hasyiah al-Baidhawi berkata, “hadis maudhu’ ” sepertimana juga dinyatakan
dalam Kasyful Khafa’ (2/2215)

Ini adalah beberapa hadis tentang fadhilat surah Yasin, banyak lagi hadis tentang fadhilat surah ini
dalam riwayat-riwayat lain, cuma hadis-hadis tersebut tidak perlu disebutkan kesemuanya kerana tidak
sahih. Jadi surah Yasin yang dibaca pada malam Jumaat tidak bersandarkan kepada hadis Nabi yang
sahih, sebaliknya dalil-dalil yang menjelaskan fadhilat Surah Yasin adalah daif (lemah) malah maudhu'
(palsu).

Jika demikian, sebaiknya kebiasaan ini ditinggalkan kerana tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan para
sahabat, bacalah al-Quran sebanyak-banyaknya tanpa mengaitkannya dengan masa tertentu, dan umat
Islam hendaklah lebih berhati-hati dalam beramal, kerana semua amalan akan diminta pertanggung
jawaban di hari kiamat.

BACAAN YANG DIANJURKAN DI MALAM JUMAAT

Adapun surah yang dianjurkan untuk dibaca di hari Jumaat iaitu al-Kahfi, terdapat beberapa riwayat
tentang keutamaan membaca surah al-Kahfi di malam Jumaat , antaranya:

Pertama, orang yang membacanya akan disinari cahaya antara dirinya dengan Ka’bah.

Dari Abu Said Al-Khudri radhiyallahu anhu, Rasulullah sallallahu alaihi wassallam bersabda:

ِ ِ‫ت ْال َعت‬


‫يق‬ ِ ‫ور فِي َما بَ ْينَهُ َوبَ ْينَ ْالبَ ْي‬ َ ‫ْف لَ ْيلَةَ ْال ُج ُم َع ِة َأ‬
ِ ُّ‫ضا َء لَهُ ِمنَ الن‬ ِ ‫َم ْن قَ َرَأ سُو َرةَ ْال َكه‬
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumat, dia akan disinari cahaya
antara dirinya dan Ka’bah.” [HR Ad-Darimi 3470 dan disahihkan Al Albani dalam Sahihul Jami’, 6471]

Kedua, akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.

Dalam riwayat Imam Al-Hakim dan Imam Al-Baihaqi, Rasulullah Sallallahu alaihi wassallam bersabda:

‫ور َما بَ ْينَ ْال ُج ُم َعتَ ْي ِن‬ َ ‫ْف فِى يَوْ ِم ْال ُج ُم َع ِة َأ‬
ِ ُّ‫ضا َء لَهُ ِمنَ الن‬ ِ ‫َم ْن قَ َرَأ سُو َرةَ ْال َكه‬
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di
antara dua Jumaat.” [HR. Hakim 6169, Baihaqi 635, dan disahihkan Al Albani dalam Sahihul Jami’ 6470]

3
Ketiga, orang yang menghafal 10 ayat pertama/terakhir surah al-Kahfi akan dilindungi dari fitnah Dajjal.

ِ ‫ص َم ِمنَ ال َّدج‬
‫َّال‬ ِ ‫ت ِم ْن َأ َّو ِل سُو َر ِة ْال َكه‬
ِ ‫ْف ُع‬ ٍ ‫َم ْن َحفِظَ َع ْش َر آيَا‬
Maksudnya: “Barangsiapa yang menghafal 10 ayat pertama Surah al-Kahfi maka dia akan dilindungi
dari fitnah Dajjal.” [HR Muslim 1919, Abu Daud 4325, dan yang lainnya]

Waktu untuk membaca surah al-Kahfi iaitu di malam atau di hari Jumaat, bermula setelah terbenamnya
matahari hari Khamis sampai terbenamnya matahari hari Jumaat.

SEBAGAI BAHAN RENUNGAN

Setelah kita tahu apa yang biasa diamalkan setiap malam Jumaat ternyata bersandarkan kepada hadis
yang lemah, adakah kita masih mahu terus amalan itu? Bagi orang yang berfikir, sudah tentu mereka
akan mengelakakn diri dari beramal demikian, kerana sedar bahawa syiar Islam itu dibina di atas dalil
yang kukuh dan kuat, bukan dalil yang lemah apatah lagi palsu. Jika ada hadis yang sahih kenapa kita
mau beramal dengan hadis yang lemah?

Ada yang kata, “Surah al-Kahfi kan terlalu panjang, kita yang sudah tua ni mana larat baca surah tu,
daripada kita langsung tidak baca Al-Quran, ada baiknya baca Yasin saja, kan begitu!”

Kenyataan seperti ini sering dikatakan oleh orang yang mengamalkan bacaan Yasin pada malam Jumaat,
begitulah cara mereka beramal dalam agama, walaupun sudah ada garis panduan, mereka tidak mahu.
Jika hendak membaca surah Yasin sebanyak mungkin pun, namun jangan mengaitkannya dengan
aturcara, masa dan fadhilat tertentu.

Yang betul adalah amalkan apa yang sudah ada dalam ajaran agama, walaupun nampak sederhana,
kerana pahalanya besar di sisi Allah subhanahu wataala, daripada bersusah payah mengamalkan amalan
lain yang belum tentu benar, dan sebaliknya tinggalkan amalan itu jika dikira membebankan kita, kerana
Islam tidak pernah memaksa umatnya dalam perkara sunnah, siapa mampu, boleh buat dan siapa tak
mampu, boleh tinggalkan.

KESIMPULAN

1. Tidak ada hadis satu pun yang sahih tentang fadhilat membaca surah Yasin di malam jumaat
2. Mengkhususkan bacaan Yasin di malam jumaat bukan amalan Nabi dan para sahabat
3. Surah yang dianjurkan untuk dibaca di malam/hari jumaat adalah surah al-Kahfi

Demikian, Wallahu taala a’lam

Semoga diambil manfaat

Disediakan oleh: Hamba Allah yang mengharap redhaNya

Anda mungkin juga menyukai