Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SULTAN AZLAN SHAH

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


TAHUN 3 SEMESTER I
KUMPULAN 45

CASE STUDY: MAGS 3113 (PRAKTIS PEMBEDAHAN)

TAJUK: KOLESISTISIS

NAMA PELATIH ADLI ZIL IKRAM BIN ABDULLAH

NO METRIK BPP2019-0365

NO KAD PENGENALAN 951012-11-5045

PENEMPATAN KLINIKAL HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, KEDAH


ISI KANDUNGAN

NO TAJUK MUKA SURAT

1 PENGENALAN 2

2 PENYATAAN MASALAH 3

3 PENCARIAN LITERATURE 4

4 PENEMUAN & PROSEDUR 5

5 TEKNIK PEMBEDAHAN 6

6 PERBINCANGAN 7

7 RUMUSAN 8

8 RUJUKAN 9

1 | CASE STUDY: MAGS 3113 (PRAKTIS PEMBEDAHAN)


PENGENALAN

Kolesistitis adalah satu keadaan berlakunya inflamasi pada gallbladder ataupun pundi
hempedu.Pundi hempedu adalah kantung kecil berbentuk buah pir,terletak disebelah
abdomen,dibawah hepar.Ia mengandungi cecair alkali yang pekat yang dirembeskan
oleh hati

Cecair hempedu ini diperlukan untuk pencernaan lemak.Kolesistitis berpunca dari


pelbagai faktor seperti tumor dan batu hempedu,batu hempedu terbentuk daripada
mendapan cecair hempedu dalam pundi hempedu,seperti lebihan kolestrol dan
ketidakseimbangan paras bilirubin(bahan kimia yang dihasilkan apabila badan
memecahkan sel darah merah).

Antara punca lain pembentukan batu hempedu adalah pundi hempedu tidak dikosongkan
sepenuhnya setiap kali cecair hempedu diperlukan untuk mencairkan lemak.

Gambarajah 1: Sistem biliary

2 | CASE STUDY: MAGS 3113 (PRAKTIS PEMBEDAHAN)


PENYATAAN MASALAH

NAMA PESAKIT MAHMUD BIN HARIMAN


UMUR 45 TAHUN
BANGSA MELAYU
R/N AS 00913422

ADUAN UTAMA

1. Pesakit mengadu sakit pada bahagian kanan abdomen sejak seminggu yang lalu.
2. Hilang selera makan
3. Berpeluh
4. Mata dan kulit kekuningan (Jaundice)

SEJARAH PENYAKIT KINI

Pesakit mengadu mengalami kesakitan yang tiba-tiba pada bahagian abdomen sebelah
kanan sehari sebelum admission – right upper chondriac. Kesakitan disertai dengan rasa
tenderness pada bahagian abdomen terutama selepas makan.Disusuli dengan
mual,muntah beserta demam.

DIAGNOSIS PERBEZAAN

Apendisitis akut

Hasil pemeriksaan fizikal mendapati mild guarding.Ujian lanjut yang dijalankan melalui
ujian tomografi berkomputer mendapati pembesaran hepar (cirrhotic of liver).

Kemudian diagnosis bertukar kepada kolesistitis akut.

3 | CASE STUDY: MAGS 3113 (PRAKTIS PEMBEDAHAN)


PENCARIAN LITERATURE

Menurut Pakar Gastroenterologi University of Maryland Medical Centre,Patricia L.Turner

“During the dissection of triangle of Calot a partial resection of biliary common duct was
made. Immediately the lesion was evident and sheltered in laparoscopy, suturing with a
spin reabsorbable, without biliar drainage. The post-operative outcome was good, without
alteration of the some parameters, and the patient was discharged after three days.”

University of Maryland,United States August 2007

Menunjukkan pembedahan kes kolesistitis secara laparascopy cholecystectomy amat


berkesan.Tanpa meninggalkan komplikasi yang berbahaya dan mudah dijalankan selain
penjagaan pos operatif yang mudah.

Menurut Pakar Perunding Pembedahan Am dan Pankreatik-Hepatobiliari Pusat


Perubatan Sunway

,Dr.Shaharin Shaharuddin menyatakan :

“Pesakit ada diberi beberapa pilihan rawatan seperti pembedahan pembuangan pundi
hempedu iaitu kolesistektomi.Kaedah ini dicadangkan kerana hamper 80% batu
hempedu berulang kembali namun dengan cara pembedahan ini,peratusan untuk
kembali berulang adalah tipis.Jangan bimbang ketiadaan pundi hempedu tidak
menjejaskan hidup anda kerana ia bertugas hanya untuk menyimpan cecair hempedu
dan akan keluar ketika anda makan makanan berlemak.”

Metro Ahad,Bahagian Kesihatan,02 Mei 2010 “Gejala batu hempedu”

4 | CASE STUDY: MAGS 3113 (PRAKTIS PEMBEDAHAN)


PENEMUAN DAN PROSEDUR

Gambarajah 2: Jenis pembedahan cholecystectomy

Gambarajah 3: Instrument Laparoscopy Cholecystectomy

5 | CASE STUDY: MAGS 3113 (PRAKTIS PEMBEDAHAN)


TEKNIK PEMBEDAHAN

Perioperatif antibiotik : IV rocephine 1g, IV flagyl 500mg,

Sedatif : Preoxygenation,IV Fentanyl 100mcg,IV Midazolam 1mg,IV sodium thicpentate


75mg,IV morphine 2mg

Reversal: Atropine dan nose stigmine

Operatif Findings: Enlarged liver,cirrhotic,minimal contamination during manupilation


dense adhesion to liver and clear bile.

Prosedur:

1. Pesakit dibius secara keseluruhan.


2. Kawasan bagi pembedahan dibersihkan dengan antiseptik
3. Supraumbilikal 10mm dimasukkan dengan optikal port mengikut Teknik Hassan
dan pneumoperitonium dihasilkan pada 12mmHg.
4. 12 mm epigastric,5mm right hypochondriac dan lumbar kanan dimasukkan
dengan port optikal.
5. Berlaku masalah dalam memasukkan dissecting calots triangle disebabkan
pembesaran hepar.
6. Pembedahan ditukar kepada Open Cholecystectomy dimana abdomen dibuka
secara berlapis.
7. Calots triangles dissected dan cystic duct dikelip dua kali dan dilakukan insisi.
8. Gallbladder dikeluarkan melalui ruang hepar.
9. Ruang abdomen dicuci dengan menggunakan Normal Saline.
10. Haemostasis dielakkan dan bahagian abdomen ditutup secara lapisan dan kulit
di stappler

6 | CASE STUDY: MAGS 3113 (PRAKTIS PEMBEDAHAN)


PERBINCANGAN

Open cholecystectomy adalah melibatkan satu insisi melengkung intra umbilical 25 mm


dengan menarik keluar umbilicus.Trokar 12 mm diletakkan melalui pembukaan kaviti
abdomen dengan semi-flexible laparoskop 10 mm.Dua ports 5mm dimasukkan secara
melintang melalui port laparoskop.Seepas itu 2mm mini loop retractor pula dimasukkan
untuk meregangkan fundus gallbladder tersebut.Disecction dilakukan menggunakan
electric cautery hook dan Endograsper roticulator.

Pneumoperitoneum dilakukan dengan tekanan 12mmHg karbon dioksida


dimasukkan.

Pesakit diletakkan dalam posisi Trendelenburg dan dipusingkan ke kiri,apabila kawasan


Triangle Calot bersesuaian,hook dan gasper dimasukkan untuk traksi.Cystic arteri
didedahkan kemudian dipisahkan dengan 5mm clip standard applier(Endoclip III 5-mm
clip applier; Autosuture) dan dipotong menggunakan endoshear reticular(Roticulator
Endo Mini-Shears; Autosuture).Pundi hempedu ditarik menggunakan
endocatch(Endocatch Gold, 10 mm; Autosuture) melalui umbilikal.

Homeostasis dijaga untuk mengelakkan pendarahan teruk.Saliran secara


Pendrose diletakkan melalui 2mm insisi untuk mini retractor II.Akhirnya 25mm
kawasanpembedahan ditutup dengan suture yang diserap dan umbilicus diposisikan
semula.

Gambarajah 4: Keadaan Gallbladder dibuang


7 | CASE STUDY: MAGS 3113 (PRAKTIS PEMBEDAHAN)
RUMUSAN

Selain parut yang kecil dan tidak menghodohkan (kriteria yang biasanya lebih diambil
berat oleh pesakit perempuan), penyembuhan menggunakan pembedahan
kolesistektomi laparoskopi juga adalah lebih cepat. Tempoh tinggal di hospital juga
adalah lebih singkat iaitu di antara satu ke dua hari sahaja . Pun begitu, pembedahan
kolesistektomi secara terbuka masih kekal sebagai gold standard di dalam rawatan
kolesistitis. Setiap pesakit mempunyai kolesistitis yang berbeza-beza di antara satu sama
lain. Kolesistitis yang melekat (kronik atau berlaku secara berulang) atau yang telah
pecah lebih sukar dibedah.

Penjagaan Selepas Pembedahan

Umumnya, pesakit yang bakal menjalani rawatan harus bercuti selama kira-kira dua
minggu hingga sebulan dari pekerjaannya. Tempohnya lebih pendek di antara satu
hingga dua minggu sekiranya prosedur laparoskopi digunakan. Pesakit akan diberikan
ubat antibiotik dan penahan sakit manakala rawatan susulan satu atau dua kali
sahaja.Manakala diet normal boleh dimulakan bagi pesakit kolesititis hanya selepas
seminggu pembedahan.

8 | CASE STUDY: MAGS 3113 (PRAKTIS PEMBEDAHAN)


RUJUKAN

1. Afdhal NH, Humes D.J,Diseases of the Gallbladder and Bile Ducts. Cecil Textbook of
Medicine,23rd,Saunders Elsevier,2007.
2. Metro Ahad,Bahagian Kesihatan, Gejala batu hempedu,2 Mei 2010.
3. http://www.gastro.org
4. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles

9 | CASE STUDY: MAGS 3113 (PRAKTIS PEMBEDAHAN)

Anda mungkin juga menyukai