Anda di halaman 1dari 3

Apakah Depresi (Depression)?

Depresi (depression) sememangnya sesuatu yang bukan ganjil dalam kehidupan kita kerana
hidup kita ini ada “ups” dan “downs”nya. Untuk segelintir, mereka menghadapi masalah ini
secara harian. Apabila depresi ini berlaku, gaya hidup anda pun akan berubah. Anda rasa nak
selimutkan diri dan pisahkan diri daripada dunia luar. Walaupun rutin harian macam
menonton TV dan makan pun tak lalu. Pendek kata, sekali kena, lain macam jadinya.
Tambah-tambah orang yang tinggal berseorangan, lagilah sunyi seribu bahasa. Apabila
amalan rutin harian yang sihat kita tidak dijaga, mulalah kesihatan diri merosot, kekurangan
tenaga dan sehinggalah, yang paling teruk, bunuh diri.

Apa puncannya? Macam-macam guys. Boleh juga jadi disebabkan berpisah dengan
pasangan, timbunan kerja yang tinggi dan kehilangan kerja akibat Covid-19. Banyak lagi
cabang dia sebenarnya, tak cukup nak ceritakan semua di sini.Objektif artikel ini adalah untuk
membantu anda atau sesiapa yang mengalami depresi bagi mengurangkan atau mengatasi
masalah ini. Walaupun begitu, kami nasihatkan, jika anda mengalami Major Depressive
Disorder, berjumpalah pakar psikiatri atau hubungi BEFRIENDERS di 03-76272929.

4 Cara Mengurangkan Depresi

1. Amalkan Pemakanan Sihat

Anda rasa makanan tidak ada effect terhadap diri kita? Fikir sekali lagi. Serotonin, bahan kimia
dalam otak kita befungsi untuk menambah mood diri kita. Mengikut WebMD, makanan
karbohidrat seperti bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran boleh meningkatkan jumlah
serotonin dalam otak kita. Lebih banyak anda makan karb, lagi tinggilah serotonin dan lagi
naiklah mood anda. Bukan itu sahaja, makanan berprotein tinggi juga membantu
meningkatkan bilangan serotonin macam ikan dan ayam. Lagi satu, antara yang paling penting
adalah Vitamin D, pendek kata, makanan untuk otak anda. Mengikut kajian yang dilakukan
oleh Universiti Toronto, orang yang mengalami depresi ini mengalami kekurangan Vitamin D
(Vitamin D Deficiency). Mudah saja nak dapat V-D ni, pergilah ke farmasi berdekatan dan beli
Vitamin D dalam botol tu, pastikan ada cop sah KKM yang tulen.

2. Exercise (Bersenam)

Cara yang mudah tetapi susah untuk segelintir. Jangan risau. Anda tak perlu buat senaman
esktrem, cukup dengan senaman ringan (dengan syarat, anda mesti berpeluh). Dengan
bersenam, stres dan depresi anda akan berkurang. Contohnya, anda boleh berjalan sekitar
taman atau workout di gim. Anda tidak perlu nak buat semua benda dalam satu hari, tetapi bi-
arlah konsisten.
3. Jangan Procastinate Atau Berlengah-lengah

Sebahagian besar masalah macam ni berpunca daripada kerja yang banyak (overload).
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Universiti West Attica, tabiat berlengah-lengah adalah
salah satu masalah utama apabila melibatkan Major Depressive Disorder dan akan adanya
kitaran semula di antara berlengah-lengah, stres dan depresi. Apa yang perlu dibuat?
Habiskan kerja anda, tidak kiralah pelajar universiti atau pekerja swasta atau kerajaan, secara
berperingkat dan bukannya pada akhir waktu.

4. Dapatkan Bantuan Profesional

Untuk sesiapa yang mengalami depression yang teruk, kami sarankan anda untuk berjumpa
dengan pakar psikiatri. Tidak semua benda kita boleh buat sendiri kerana kadang-kadang, kita
perlukan juga bantuan luar. Mudah saja, anda hanya perlu google pakar psikiatri berdekatan
rumah anda dan buat temu janji dengan klinik tersebut.
Akhir sekali, jangan sesekali pendam masalah yang anda alami. Jangan berdiam diri apabila
anda menghadapi stres yang melampau. Hubungi keluarga anda, kawan-kawan atau
BEFRIENDERS di 03-76272929. Stay safe and stay healthy.

Anda mungkin juga menyukai