Anda di halaman 1dari 3

SOALAN DUA

Beserta contoh, huraikan LIMA (5) langkah yang bersesuaian bagi seseorang penjawat
awam terhadap pematuhan nilai integriti dan etika dalam pelaksanaan amanah
pekerjaannya ketika Bekerja Dari Rumah (BDR).

(20 MARKAH)

JAWAPAN

Dalam pembangunan sesuatu organisasi, pekerja yang berintegriti amatlah penting


kerana ia merupakan aset penting sebagai penanda aras terhadap kejayaan sesebuah
organisasi tersebut. Integriti akan membentuk tingkah laku dan tatacara kelakuan pejawat
awam bebas daripada tingkah laku yang negative seperti mencuri, vandalisme,
memanjangkan waktu rehat tanpa kebenaran dan ponteng kerja semata. Antara nilai – nilai
murni dan mulia seperti sifat amanah, telus, bertanggungjawab dan sanggup berkhidmat
untuk kepentingan awam adalah merupakan sebahagian daripada intipati integrity dan etika
individu tersebut yang menjadi pemangkin kepada kejayaan sesebuah organisasi tersebut.
Kurangnya penerapan nilai – nilai murni ini sebagai asas kepada integriti dan etika kerja
akan menyebabkan berlakunya hasikan nilai integrity di kalangan pejawat awam.
Kelemahan integrity ini akan menyumbang kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan
struktur pentadbiran organisasi tersebut. Sekaligus, ini akan mengakibatkan kepincangan
dalam pentadbiran yang berpunca daripada wujudnya salah laku dalam organisasi tersebut.
Oleh itu, pihak organisasi perlu menitikberatkan pekerjanya supaya dapat memahami dan
mengamalkan integriti dan etika yang baik sewaktu menjalankan tugas bagi meningkatkan
mutu kualiti dan hasil kerja yang sempurna. Seperti yang di ketahui, perkhidmatan awam
merupakan tulang belakang kepada jentera pentadbiran kerajaan dalam menyampaikan
perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Isu – isu salah laku pejawat awam seperti rasuah dan
salah guna kuasa akan memberi kesan dan menjejaskan imej serta kredibiliti pejawat awam.
Oleh itu, setiap pejawat awam perlu menjunjung tinggi budaya etika dan integrity serta
komited, jujur dan amanah dalam melaksanakan tugasan yang diberi.
Kini, disaat seluruh dunia cuba memerangi covid 19, organisasi juga turut terkesan
kerana para pejawat awam tidak dapat hadir ke pejabat untuk melakukan tugasan rutin
harian. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah membuat saranan untuk para pekerja
bekerja daripada rumah bagi memastikan produktiviti dan pembangunan ekonomi tetap
berjalan seperti biasa walaupun negara dilanda covid 19. Saranan kerajaan untuk pejawat
awam dan swasta bekerja daripada rumah telah diterima baik oleh seluruh lapisan
masyarakat dan organisasi lain. Bagi memastikan keberhasilan pejawat awam yang
berkualiti dan berproduktiviti, nilai – nilai integrity dan etika hendaklah sentiasa di terapkan
dalam jiwa pejawat awam.Penjawat awam hendaklah sentiasa jujur dan amanah sewaktu
bekerja daripada rumah (BDR) dilakukan. Antara penerapan etika dan integrity yang boleh
di amalkan adalah tepati masa dan waktu bekerja adalah sentiasa berada dirumah sebagai
tempat bekerja dalam tempoh waktu kerja yang di tetapkan. Ini bermaksud staf perlu
sentiasa berada di rumah dalam tempoh waktu pejabat/ bekerja yang ditetapkan iaitu pukul
8.00 pagi hingga 5.00 petang. Jika sebelum ni, pejawat awam kekal di tempat kerja seawal
jam 8 pagi dan pulang selepas jam 5 petang, tapi kini rutin harian itu telah berubah dengan
tuntutan bekerja dari rumah. Ini akan menjadi satu cabaran buat para pejawat awam kerana
mereka akan berkerja dari rumah yang mana pada masa sama terpaksa menguruskan hal
rumah tangga.Sepanjang tempoh waktu bekerja tersebut, pejawat awam hendaklah jujur
dan telus dalam menjalankan tugasan operasi harian. Pejawat awam tidak boleh berada di
luar kawasan seperti Pasaraya dan sebagainya sewaktu waktu bekerja yang di tetapkan.
Contohnya Puan D telah keluar ke Pasaraya untuk untuk membeli barang – barang
keperluan dapur yang rumahnya pada waktu diperuntukkan untuk bekerja dari rumah.
Tindakan Puan D ini menunjukkan beliau tidak berintegriti dan beretika ketika menjalankan
tugasan kerjanya. Beliau hendaklah menunjukkan sikap yang jujur dan amanah dalam
melakukan tugasan hariannya. Sebagai pejawat awam yang beretika dan berintegriti, Puan
D hendaklah komited dan perlu mempunyai tadbir urus masa yang lebih cekap.
Selain itu,sewaktu bekerja daripada rumah, pejawat awam hendaklah sentiasa boleh
dihubungi oleh majikannya sewaktu tempoh bekerja. Ini adalah kerana pejawat awam perlu
kekal berhubung dengan rakan sekerja yang lain walaupun bertugas daripada rumah. Ini
adalah kerana tiada interaksi secara bersemuka seperti organisasi tradisional tetapi lebih
kepada komunikasi secara teknologi seperti mesyuarat online, diskusi secara maya dan
sebagainya. Oleh itu, pejawat awam hendaklah sentiasa bersiap sedia dan hendaklah
sentiasa boleh dihubungi oleh majikannya. Bagi pejawat awam yang gagal dihubungi
sewaktu bertugas adalah amat tidak wajar. Ini kerana pejawat awam perlu ada rasa
tanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan.
Selain daripada itu, sewaktu Bekerja dari rumah diamalkan,pejawat awam hendaklah
berada di kawasan yang boleh dihubungi oleh Ketua PTj dan hendaklah pada bila-bila masa
hadir ke pejabat apabila diperlukan. Ini adalah kerana untuk memudahkan pihak majikan
atau organisasi menghubungi pejawat awam untuk memberi maklumat atau tugasan –
tugasan lain. Sekiranya pejawat awam adalah gagal dihubungi ketika waktu bertugas, ini
adalah satu kesalahan disiplin dimana pejawat awam boleh dianggap telah menghilangkan
diri sewaktu bertugas. Tindakan pejawat awam ini amatlah tidak wajar dan tidak beretika.
Kurangnya rasa tanggungjawab dalam diri pejawat awam akan menyebabkan timbulnya isu
disiplin seperti hal tersebut.
Sebagai pejawat awam, salah satu etika yang paling perlu di terap adalah menjaga
kerahsiaan tugasan dan organisasi. Ini adalah kerana sebagai pejawat awam yang bekerja
dari rumah akan terdedah kepada masyakarat sekeliling seperti ahli keluarga, anak, suami
atau Isteri di rumah tersebut. Pejawat awam tersebut perlulah menjaga keselamatan dan
kerahsiaan maklumat rasmi organisasi sepanjang tempoh bekerja dari rumah. Oleh
itu,adalah amat penting untuk pejawat awam kekal di suatu kawasan sebagai sudut kerja
dan tidak mendedahkan maklumat – maklumat organisasi tersebut. Sebagai contoh, Puan D
adalah seorang guru yang bertugas untuk menjaga skema permarkahan ujian penting
pelajar. Beliau telah membawa pulang dokumen tersebut sebagai sebahagian tugas beliau
sewaktu bekerja dari rumah. Kegagalan beliau menjaga kerahsian dokumen tersebut telah
menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan keatasnya. Oleh itu, adalah penting untuk
menerapkan sikap menjaga kerahsiaan organisasi di kalangan pejawat awam supaya dapat
membentuk pekerja yang bersahsiah mulia dan berintegriti.
Sekiranya seseorang pejawat awam mempunyai hal peribadi yang perlu dilakukan
sewaktu waktu bekerja dari rumah itu, pejawat awam tersebut hendaklah memohon cuti
rehat untuk menguruskan hal peribadi tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan pejawat
awam itu terguna atau terambil masa yang sepatutnya digunakan untuk bekerja. Sekiranya
tindakan pejawat awam tersebut menggunakan waktu kerja ataupun waktu rehat yang lebih
panjang untuk urusan peribadi adalah amat tidak beretika. Pejawat awam hendaklah
amanah dan jujur dengan diri sendiri sewaktu bekerja dari rumah.
Secara amnya, integriti dan etika adalah saling berhubung kait dan ianya adalah
berlandaskan keperibadian pejawat awam dan organisasi itu sendiri. Nilai moral dan murni
yang menjadi penanda aras bagi tingkah laku pejawat awam dan organisasi itu sendiri. Ini
adalah kerana penerapan nilai – nilai murni seperti kepercayaan, sikap dan juga jati diri
pejawat awam tersebut terhadap pekerjaannya. Etika dan integriti dalam perkhidmatan perlu
diperlihatkan oleh penjawat awam melalui perlaksanaan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan ke atas mereka demi kepentingan umum. Sekiranya perbuatan
tidak beretika dan tidak berintegriti dibiarkan berterusan tanpa usaha menanganinya maka ia
berupaya menghilangkan kepercayaan masyarakat dan menjejaskan imej pekerja, negara
serta melumpuhkan entiti organisasi yang kukuh. Maka dapat difahami bahawa etika dan
integriti dalam kalangan penjawat awam amat penting untuk dipupuk demi melahirkan
bangsa Malaysia yang berdaya saing dan maju.

Anda mungkin juga menyukai